TAJUK : ELOISE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : RAM ENTERTAIMENT GENRE : Seram / Misteri / Ngeri PELAKUN UTAMA : Eliza Dushku, Robert Patrick, Chace Crawford PENGARAH : Robert Legato SINOPSIS : Jacob seorang `drifter` yang cuba melarikan diri dari kisah silamnya. Satu hari peguam keluarganya telah menghubunginya untuk memaklumkan yang bapanya telah membunuh diri. Jacob yang pulang ke rumah mendapati dia bakal mewarisi harta yang banyak tetapi halangan yang dihadapinya adalah dia perlu membuktikan kematian mak ciknya yang dia tidak kenal jika dia mahu mewarisi hartanah. Mustahil untuk mencari seorang diri, dia telah dibantu oleh rakan-rakannya Dell, Scott dan Pia untuk mencari rekod sijil kematian mak ciknya di pusat mental Eloise yang berkeluasan 900 ekar. Namun pencarian mereka tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya mereka menjadi huru-hara apabila mereka terpaksa berdepan sesuatu yang menakutkan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 29 Min TAYANG : 05 Januari 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : WHY HIM? BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 2OTH CENTURY FOX GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : James Franco, Bryan Cranston, Zoey Deutch, Keegan-Michael Key PENGARAH : John Hamburg SINOPSIS : Filem komedi romantik ini mengisahkan tentang seorang bapa yang telah mencetuskan permusuhan di antara dirinya dengan teman lelaki anak perempuannya yang kaya. Ia dibintangi oleh James Franco, Bryan Cranston, Zoey Deutch, Megan Mullally, Griffin Gluck dan Keegan-Michael Key. KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN DURASI : 01 Jam 51 Min TAYANG : 29 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : HORROR STORIES III: A GIRL FROM MARS BAHASA : KOREA EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Kyung Soo-jin, Im Seul-Ong, Hong Eun-Hee PENGARAH : Pearry Reginald Teo SINOPSIS : Filem seram Korea ini mengisahkan tentang seorang wanita pada masa hadapan yang mengembara dan mendarat di sebuah planet yang didiami oleh robot-robot. Demi menjelaskan mengapa dia merasakan dia perlu meninggalkan tamadun manusia, dia mula menceritakan kisah seram kepada android. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 34 Min TAYANG : 29 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : ALLIED BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Romantik / Ngeri PELAKUN UTAMA : Brad Pitt, Marion Cotillard, Lizzy Caplan, Matthew Goode, Jared Harris PENGARAH : Robert Zemeckis SINOPSIS : Ketika Perang Dunia II di Casablanca pada 1942, seorang pembunuh bernama Max Vatan dan seorang pengintip Perancis, Marianne Beausejour, telah jatuh cinta dan berkahwin ketika dalam misi untuk membunuh seorang pegawai Jerman. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 04 Min TAYANG : 05 Januari 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE GREAT WALL BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan PELAKUN UTAMA : Matt Damon, Andy Lau, Pedro Pascal, Willem Dafoe, Lu Han, Jing Tianl PENGARAH : Zhang Yimou SINOPSIS : Filem arahan Zang Yimou ini mengisahkan tentang sekumpulan askar yang dalam pencarian serbuk letupan telah bertembung dengan pembinaan Tembok Besar China. Mereka kemudiannya mendapati bahawa China membina Tembok itu bukan sahaja untuk menghalang penjajahan Mongolia, tetapi juga untuk menghalang makhluk-makhluk ghaib daripada menyerang negara tersebut. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 44 Min TAYANG : 29 Disember 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : PASSENGERS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL GENRE : Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Jennifer Lawrence, Chris Pratt, Michael Sheen, Laurence Fishburne PENGARAH : Morten Tyldum SINOPSIS : Jim, seorang jurutera mekanikal dari Denver yang mahu meninggalkan Bumi, dan Aurora seorang wartawan dari New York City yang berminat dengan pengembaraan kosmik, merupakan dua penumpang dalam kapal angkasa yang akan membawa mereka ke hidup baru di planet lain. Apabila pod hibernasi secara misteri telah membangunkan mereka 90 tahun sebelum mereka sampai ke destinasi mereka, mereka meneruskan kehidupan dalam kapal angkasa dan mula jatuh cinta. Perkara menjadi buruk apabila mereka mendapat tahu bahaya sebenar yang dihadapi oleh kapal angkasa mereka dan perlu menyelamatkan bukan sahaja diri sendiri tetapi 5,000 penumpang lain yang masih dalam hibernasi. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 56 Min TAYANG : 29 Disember 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE CURSE OF SLEPPING BEAUTY BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Fantasi / Misteri / Ngeri PELAKUN UTAMA : Ethan Peck, India Eisley, Natalie Hall PENGARAH : Pearry Reginald Teo SINOPSIS : Thomas Kaiser telah mewarisi sebuah rumah agam nenek moyang sejak lama dahulu. Dia kemudian mendapat tahu yang dia juga mewarisi sumpahan purba sejak era Crusades. Sekarang, dia terpaksa menjadi `pelindung` baru di mana dia perlu memastikan kesemua syaitan dan hantu berada di rumah itu. Thomas perlu merungkai misteri rumah dan pada masa sama mencari jalan untuk menyedarkan Briar Rose, yang terperangkap di dunia bawah tanah yang mana dia pernah melihatnya dalam mimpi. KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN DURASI : 01 Jam 29 Min TAYANG : 22 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : A MONSTER CALLS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Drama / Fantasi PELAKUN UTAMA : Lewis MacDougall, Liam Neeson, Felicity Jones, Sigourney Weaver, Toby Kebbell, Geraldine Chaplin PENGARAH : Juan Antonio Bayona SINOPSIS : Setiap malam, seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Conor sering dilawati oleh Monster, iaitu sebuah pokok cemara di belakang rumahnya yang bertukar menjadi makhluk menakutkan pada waktu tengah malam. Ia memberi amaran kepada Conor yang dia akan menceritakan tiga kisah dan sebagai balasan dia mahukan sesuatu daripada budak itu. Malam-malam Conor sangat menakutkan tetapi pada waktu siang juga tidak baik. Kesihatan ibunya semakin tenat, manakala dia pula sering menjadi mangsa buli di sekolah. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 48 Min TAYANG : 05 Januari 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : RAILROAD TIGERS BAHASA : MANDARIN (CHINA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Aksi PELAKUN UTAMA : Jackie Chan, Huang Zitao, Wang Kai, Darren Wang PENGARAH : Ding Sheng SINOPSIS : Jackie Chan kembali dengan filem baru yang mana dia berlakon sebagai pekerja landasan keretapi pada tahun 1941 di China, yang mengetuai pasukan kebebasan menentang pihak Jepun. Menggunakan pengetahuan mengenai perhubungan keretapi, mereka menyerang hendap pasukan Jepun dan mencuri makanan dan memberi kepada rakyat China yang kebuluran. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 45 Min TAYANG : 29 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : ASSASSIN'S CREED BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 2OTH CENTURY FOX GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons, Brendan Gleeson PENGARAH : Justin Kurzel SINOPSIS : Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus". Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh. Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 20 Min TAYANG : 22 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : STAR WARS: ROGUE ONE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Felicity Jones, Diego Luna, Riz Ahmed, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen PENGARAH : Gareth Edwards SINOPSIS : Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 13 Min TAYANG : 15 Disember 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : BO-PENG BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : PENCIL PICTURES SDN. BHD GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Nabil Ahmad, Johan As'ari, Zulin Aziz, Fauzi Nawawi, Soffi Jikan PENGARAH : Helmi Yusof SINOPSIS : Bo dan Peng adalah dua sahabat baik yang bekerja di sebuah restoran makanan segera. Satu hari, pelanggan tetap bernama Mira Idora Senrose yang mempunyai hubungan dengan Peng telah menghubunginya memberitahu yang dia sedang diekori. Dia kemudian telah diculik dan menyaksikan satu pembunuhan kejam oleh penculiknya ketika dalam perjalanan ke tempat persembunyian. Dengan bantuan polis, Bo dan Peng memulakan misi untuk menyelamatkan Mira. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 25 Min TAYANG : 22 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KIMI NO NA WA (YOUR NAME) BAHASA : JEPUN EDARAN : ATRINAGA SDN BHD GENRE : Anime PELAKUN UTAMA : Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi, Ryo Narita PENGARAH : Makoto Shinkai SINOPSIS : Dua pelajar sekolah tinggi tidak pernah bertemu dan tinggal di tempat berbeza di Jepun. Mitsuha pelajar perempuan sekolah tinggi yang bosan tinggal di pinggir bandar dan mahu pergi ke bandar. Taki pula pelajar yang tinggal di Tokyo yang berminat dalam seni dan landskap arkitek. Satu hari, Mitsuha bangun dalam tubuh seorang lelaki dan percaya dia bermimpi. Pada keesokan harinya, dia kembali normal dan mendapat tahu daripada rakannya yang dia berkelakuan pelik. Pada satu hari, dia mendapati dirinya sekali lagi bangun dalam tubuh seorang lelaki dan selepas beberapa siri kejadian dia mendapati dirinya dan Taki telah kerap bertukar tubuh. Mereka cuba mencari sebab misteri di sebalik pertukaran tubuh dan kemudian mendapati ada sebab yang mampu mengubah hidup mereka. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 47 Min TAYANG : 08 Disember 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE DISSAPOINTMENTS ROOM BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Ngeri / Drama PELAKUN UTAMA : Kate Beckinsale, Lucas Till, Gerald McRaney PENGARAH : D.J. Caruso SINOPSIS : Dana dan David bersama anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun cuba untuk mencari hidup baru. Mereka telah berpindah ke sebuah rumah lama yang cantik di kawasan pedalaman dan rumah tersebut menepati cita rasa rumah impian mereka. Tetapi perkara menjadi buruk apabila Dana menemui bilik rahsia di loteng. Dia kemudian menjumpai sebatang kunci, yang telah lama hilang, ke bilik tersebut. Dia secara tidak sengaja telah membuka dan melepaskan sesuatu menyeramkan, yang mendedahkan tentang masa lampau rumah itu yang menakutkan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 35 Min TAYANG : 08 Disember 2016 PANGGUNG : The Arena Cineplex TRAILER :
TAJUK : HAUNTED HOUSE BAHASA : THAILAND EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : Komedi / Seram PELAKUN UTAMA : Supathat Opas, Ingkarat Damrongsakkul, Suchart Chankaeo, Chayanat Jamsai, Punada Vosbein, Arpa Pawilai PENGARAH : Manussanun Pongsuwan SINOPSIS : Pada hari orientasi, sekumpulan pelajar telah ponteng kelas. Mereka kemudian berkumpul dan mula bercerita mengenai cerita hantu dan cuba menakutkan sesama mereka. Apabila satu satu karakter dari cerita itu bertukar menjadi realiti, hantu tersebut telah muncul untuk memburu pelajar yang mana membuatkan sekolah itu tidak lagi selamat. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 15 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : MIDNIGHT UNIVERSITY BAHASA : THAILAND EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Rasri Balenciaga, Toni Rakkaen, Boriboon Chanrueng PENGARAH : Kritsada Kaniwichaporn, Piyabutr Apisuk, Kanin Kulsumitrawong SINOPSIS : Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan ada sebuah universiti yang mempunyai kelas yang dipenuhi dengan roh-roh pelajar yang mati sebelum mereka sempat menamatkan pengajian. Mahu membantu roh-roh tersebut, satu kelas istimewa telah diwujudkan supaya kesemua roh-roh itu dapat menamatkan pengajian dan pergi ke syurga. Tetapi lebih banyak roh mendaftarkan diri ke kelas tersebut dan tiada seorang pun guru yang berani untuk mengajar mereka. Perkara menjadi lebih pelik dan lucu apabila enam pelajar manusia mendaftar masuk ke kelas tersebut. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 54 Min TAYANG : 08 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : SING BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Animasi / Komedi / Muzikal PELAKUN UTAMA : Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson PENGARAH : Garth Jennings SINOPSIS : Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.A KATEGORI : UNRATED DURASI : 01 Jam 48 Min TAYANG : 08 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : DESOLASI BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : SKOP PRODUCTION GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri PELAKUN UTAMA : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan PENGARAH : Syafiq Yusof SINOPSIS : Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Bagaimanapun, pada suatu pagi, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 51 Min TAYANG : 08 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : INCARNATE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Aaron Eckhart, Carice van Houten, Catalina Sandino Moreno, David Mazouz PENGARAH : Brad Peyton SINOPSIS : Dr. Seth Ember berkerusi roda selepas terlibat dalam satu kemalangan. Dia mempunyai kebolehan untuk memasuki minda orang yang dirasuki dan menyembuhkan mereka. Apabila Vatican telah memanggilnya untuk membantu menyembuhkan seorang budak, Ember mendapati syaitan yang merasuki budak itu sama dengan syaitan yang bertanggungjawab terhadap kematian isteri dan anaknya beberapa tahun sebelum itu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 30 Min TAYANG : 01 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : SWORD MASTER BAHASA : MANDARIN (CHINA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Aksi PELAKUN UTAMA : Lin Gengxin, Peter Ho, Jiang Yiyan, Jiang Mengjie PENGARAH : Derek Yee SINOPSIS : Seorang pemain pedang elit dihantui oleh kebolehan dan kemahirannya. Sementara itu, seorang pencabar pula mempunyai niat untuk menggantikan tempatnya dengan apa cara sekali pun. KATEGORI : UNRATED DURASI : TAYANG : 01 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : MOANA BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Animasi PELAKUN UTAMA : Auli'i Cravalho, Dwayne Johnson, Alan Tudyk, Tommy Lee Jones PENGARAH : John Musker, Ron Clements SINOPSIS : Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang berlayar untuk mencari sebuah pulau dongeng. Dalam pengembaraan mencari pulau tersebut, dia telah ditemani oleh wiranya, Maui. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 54 Min TAYANG : 01 Disember 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : UPIN & IPIN: JENG JENG JENG BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : PRIMEWORKS STUDIO GENRE : Pengembaraan / Animasi PELAKUN UTAMA : Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali PENGARAH : Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff SINOPSIS : Filem animasi / `live action` Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak. KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 01 Jam 38 Min TAYANG : 24 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE DEVIL'S DOLLS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA : Christopher Wiehl, Kym Jackson, Samantha Smith, Tina Lifford PENGARAH : Padraig Reynolds SINOPSIS : Dalam tradisi Guatemala, ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyelesaikan masalah dengan menghasilkan `worry dolls`. Tetapi ritual misteri yang sepatutnya tidak berbahaya itu menjadi permainan berdarah apabila dieksploitasi oleh seorang pembunuh bersiri. Dia melakukan beberapa siri pembunuhan kejam dan membuatkan seorang detektif kesuntukan masa dalam menyelamatkan nyawa anak perempuannya. KATEGORI : UNRATED DURASI : 01 Jam 26 Min TAYANG : 17 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE WARRIORS GATE BAHASA : INGGERIS (CHINA) EDARAN : RAINFILM SDN BHD GENRE : Aksi / Pengembaraan PELAKUN UTAMA : Dave Bautista, Francis Ng, Mark Chao PENGARAH : Matthias Hoene SINOPSIS : Seorang remaja mendapati dirinya telah tiba di China dengan kuasa magik, yang mana dia belajar menukar skil permainan videonya kepada skil seorang pahlawan Kung Fu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 48 Min TAYANG : 24 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE BEATLES: EIGHT DAYS A WEEK BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : STUDIO CANAL GENRE : Dokumentari PELAKUN UTAMA : John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr, George Harrison PENGARAH : Ron Howard SINOPSIS : Film The Beatles: Eight Days a Week-The Touring Years akan menceritakan tentang masa tour The Beatles pada tahun1962-1966. Ketika The Beatles tampil di The Cavern Club di Liverpool hingga konser di Candlestick Park di San Francisco pada tahun 1966. Dikisahkan John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr akan bertemu dalam sebuah grup musik fenomenal. Tidak ketinggalan kisah di sebalik proses kreatif dalam pembuatan lagu, keputusan yang dipilih dan sepak terjang dalam karier bermusik. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 18 Min TAYANG : 17 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : FANTASTIC BEASTS & WHERE TO FIND THEM BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight, Ron Perlman PENGARAH : David Yates SINOPSIS : 70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 15 Min TAYANG : 17 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : HIDE & NEVER SEEK BAHASA : KOREAN EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA : Ryu Deok-Hwan, Jo Bok-Rae, Lee Soo-Bin PENGARAH : Lee Doo-Hwan SINOPSIS : Ya-gwang merupakan seorang juruhebah penyiaran yang mengendalikan `podcast` seram di Afreeca TV bersama dengan penerbitnya, Park. Mereka yang mahu menerbitkan episod paling menyeramkan mula mencari lebih banyak bahan yang bahaya. Mereka kemudian menerima satu klip video tentang seorang pelajar perempuan yang hilang ketika bermain satu permainan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 30 Min TAYANG : 17 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : HAVENHURST BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA : Julie Benz, Fionnula Flanagan, Belle Shouse, Josh Stamberg PENGARAH : Andrew C. Erin SINOPSIS : Seorang wanita muda bermasalah telah menyewa bilik di sebuah bangunan apartment seram. Di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang amat menakutkan. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 01 Jam 26 Min TAYANG : 17 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : FALLEN BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : RAINFILM SDN BHD GENRE : Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Addison Timlin, Jeremy Irvine, Harrison Gilbertson, Joely Richardson, Juliet Aubrey PENGARAH : Scott Hicks SINOPSIS : Seorang gadis bernama Lucinda Price dihantar ke sekolah pemulihan selepas dia dituduh menyebabkan kematian seorang budak lelaki. Di sekolah itu, dia jatuh cinta dengan seorang pelajar. Dia kemudian mendapat tahu pelajar lelaki itu adalah malaikat, dan telah mencintainya sejak beribu tahun. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 32 Min TAYANG : 10 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE DOLL BAHASA : INDONESIA EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Demian Aditya PENGARAH : Rocky Soraya SINOPSIS : Pasangan suami isteri Daniel dan Anya berpindah ke sebuah rumah di Bandung untuk menjalani kehidupan baru mereka. Ketika Daniel sedang membersihkan kawasan tempatnya bekerja, dia telah terjumpa dengan patung di atas pokok dan telah mengambilnya untuk dibawa pulang dan diletakkan di rumah mereka. Bagaimanapun satu hari jiran mereka Niken terkejut melihat patung tersebut yang bernama Chawiah - bermaksud jahat. Ia merupakan patung milik seorang kanak-kanak bernama Uci yang mati bersama keluarganya yang dibunuh dengan kejam. Sejak dari itu, kedua-dua pasangan ini mula berdepan dengan pelbagai kejadian aneh termasuk patung bergerak sendiri. KATEGORI : UNRATED DURASI : TAYANG : 10 November 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :