TAJUK : THE WAVE BAHASA : INGGERIS (NORWAY) EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : Aksi / Drama / Ngeri PELAKUN UTAMA : Kristoffer Joner, Thomas Bo Larsen, Fridtjov Såheim, Ane Dahl Torp PENGARAH : Roar Uthaug SINOPSIS : Ahli geologi berpengalaman Kristian Eikfjord telah menerima tawaran kerja di luar bandar. Dia dalam persediaan membawa keluarganya berpindah dari Geiranger apabila dia dan rakan sekerjanya merekod perubahan geologi di bawah tanah. Kebimbangan Kristian menjadi kenyataan apabila bencana tidak dapat dielakkan berlaku. Dengan masa kurang daripada 10 minit, dia cuba menyelamatkan seramai yang mungkin termasuk keluarganya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 44 Min TAYANG : 31 Disember 2015 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE REVENANT BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 20TH CENTURY FOX GENRE : Aksi / Pengembaraan PELAKUN UTAMA : Leonardo DiCaprio, Tom Hardy, Will Poulter, Domhnall Gleeson PENGARAH : Alejandro Gonzalez Inarritu SINOPSIS : Seorang penjerat (Leonardo DiCaprio) yang diserang oleh beruang dan dirompak serta ditinggalkan untuk mati oleh rakan-rakannya kini terperangkap dan perlu hidup dalam persekitaran yang ekstrim, iaitu cuaca sejuk dan juga berperang dengan puak Orang Asli Amerika. Dia juga ingin membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan Dewasa sahaja. DURASI : 02 Jam 36 Min TAYANG : 04 Februari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : NORM OF THE NORTH BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Animasi PELAKUN UTAMA : Rob Schneider, Heather Graham, Colm Meaney, Gabriel Iglesias, Bill Nighy, Ken Jeong PENGARAH : Trevor Wall SINOPSIS : Norm adalah seekor beruang kutub yang dialihkan dari tempatnya di Artik dengan tiga rakannya. Keempat-empat mereka dibawa ke New York, di mana Norm menjadi maskot untuk sebuah perbadanan. Dia kemudian mendapati bahawa perbadanan itu mempunyai hubung kait dengan nasib kampung halamannya. KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 01 Jam 31 Min TAYANG : 21 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE TAG-ALONG BAHASA : MANDARIN (TAIWAN) EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : RAM ENTERTAINMENT PELAKUN UTAMA : Ann Hsu, Huang He, Liu Yinshang PENGARAH : Cheng Wei-Hao SINOPSIS : Nenek Wei telah hilang tetapi peliknya rumahnya masih dijaga dengan baik sekali seperti dia tidak pernah hilang. Wei kemudian memeriksa kamera neneknya dan menjumpai video yang memperlihatkan neneknya diekori oleh budak perempuan misteri berbaju merah. Dalam satu kejadian pelik, Wei pula hilang apabila neneknya pulang ke rumah. Teman wanitanya mendapati kehilangan mereka mungkin ada kaitan dengan cerita lagenda mengenai budak perempuan misteri itu. KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan orang Dewasa sahaja. DURASI : 01 Jam 32 Minit TAYANG : 21 Januari 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : OLA BOLA BAHASA : INGGERIS/MALAY/MANDARIN/TAMIL (MALAYSIA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Drama / Sukan PELAKUN UTAMA : Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae PENGARAH : Chiu Keng Guan SINOPSIS : Ben Barber baru sahaja keluar dari akademi polis dan kini menjadi polis Atlanda P.D. Dia mahu menjadi seorang detektif. Dia bakal berkahwin dengan Angela, adik rakan sekerjanya James. Ben dan James kemudian telah diarahkan oleh ketua mereka Lt. Brooks untuk mengendalikan satu kes besar di Miami yang mana mereka perlu bekerjasama dengan polis Miami P.D. KATEGORI : "U" Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 1 Jam 53 Minit TAYANG : 28 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : EXPOSED BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : RAINFILM SDN BHDS GENRE : Drama / Ngeri PELAKUN UTAMA : Keanu Reeves, Ana de Armas, Mira Sorvino PENGARAH : Gee Malik Linton SINOPSIS : Selepas menyaksikan satu keajaiban, seorang wanita muda mula mengalami pengalaman pelik, manakala seorang detektif polis cuba mencari kebenaran di sebalik kematian rakan setugasnya. KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan orang Dewasa sahaja. DURASI : 02 Jam TAYANG : 21 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : RIDE ALONG 2 BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Aksi / Komedi PELAKUN UTAMA : Ice Cube, Kevin Hart, Tika Sumpter, Benjamin Bratt, Ken Jeong, Olivia Munn PENGARAH : Tim Story SINOPSIS : Ben Barber baru sahaja keluar dari akademi polis dan kini menjadi polis Atlanda P.D. Dia mahu menjadi seorang detektif. Dia bakal berkahwin dengan Angela, adik rakan sekerjanya James. Ben dan James kemudian telah diarahkan oleh ketua mereka Lt. Brooks untuk mengendalikan satu kes besar di Miami yang mana mereka perlu bekerjasama dengan polis Miami P.D. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 42 Min TAYANG : 21 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : MR. UNBELIEVABLE BAHASA : INGGERIS/MANDARIN/HOKKIEN (SINGAPORE) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Chen Tian Wen, Liu Ling Ling, Tosh Zhang, Roy Loi, Marcus Chin PENGARAH : Ong Kuo Sin SINOPSIS : Dilahirkan pada 1965, Eric Kwek Hock Seng adalah seorang lelaki yang sangat bangga dengan negaranya sebagaimana dia menyertai setiap kempen kebangsaan dengan sokongan padu. Bagaimanapun, dia yang dibesarkan dalam persekitaran orang bertutur dalam bahasa Mandarin mendapati dirinya sukar untuk menguasai bahasa Inggeris. Selepas perniagaan keluarganya tidak mendapat sambutan, Eric telah muncul dengan idea iaitu memasukkan lirik bahasa Inggeris ke dalam lagu-lagu klasik Cina. Walaupun ideanya ditolak oleh keluarga dan rakannya, namun Eric percaya yang impian boleh menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha keras tanpa mengenal erti putus asa KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 34 Minit TAYANG : 14 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : INTRUDERS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Ngeri / Seram PELAKUN UTAMA : Beth Riesgraf, Martin Starr, Jack Kesy, Rory Culkin PENGARAH : Adam Schindler SINOPSIS : Anna mengidap penyakit agoraphobia, menyebabkan dirinya sentiasa berkurung dalam rumah. Apabila tiga penjenayah memecah masuk ke rumahnya, dia tidak dapat melarikan diri disebabkan penyakitnya itu. Tetapi tiga penjenayah itu tidak sedar yang agoraphobia hanya salah satu daripada psikosis Anna. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan Orang Dewasa sahaja. DURASI : 01 Jam 31 Min TAYANG : 14 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE 5TH WAVE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL GENRE : Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Chloë Grace Moretz, Nick Robinson, Alex Roe, Maika Monroe, Liev Schreiber PENGARAH : J Blakeson SINOPSIS : Filem arahan J Blakeson ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Cassie, yang terdesak untuk menyelamatkan adik lelakinya selepas serangan makhluk asing memusnahkan hampir keseluruhan bumi. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 52 Min TAYANG : 14 Januari 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : SKOP PRODUCTION GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish PENGARAH : Pekin Ibrahim SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 20 Minit TAYANG : 07 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : FRIEND REQUEST BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : RAM ENTERTAINMEN GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan PENGARAH : Simon Verhoeven SINOPSIS : Apabila seorang pelajar kolej menolak permintaan rakan oleh seorang gadis misteri dalam laman sosial, dia mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan roh jahat yang mahu membunuh rakan-rakan baiknya. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan Orang Dewasa sahaja. DURASI : 01 Jam 40 Min TAYANG : 07 Januari 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : MAT MOTO BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : SPS Jaya Sdn Bhd GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Niezam Zaidi, Along Eyzendy, Pablo Amirul, Shenthy Feliziana PENGARAH : Ahmad Idham SINOPSIS : "Mat Moto" arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Alia yang telah kehilangan abangnya (Madi) yang mati dalam satu perlumbaan haram. Sejak itu, Alia benci melihat remaja bermotosikal sehinggalah dia bertemu dengan seorang mekanik bernama Zamri yang telah mengubah persepsinya terhadap mat moto. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 25 Minit TAYANG : 07 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE FOREST BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Natalie Dormer, Taylor Kinney, Eoin Macken PENGARAH : Jason Zada SINOPSIS : Berlatarbelakangkan Hutan Aokigahara, Jepun yang mana merupakan tempat orang menamatkan hidup mereka di situ. Seorang wanita Amerika, Sara, telah ke tempat tersebut bagi mencari kembarnya yang hilang secara misteri. Walaupun ramai orang memberi amaran kepadanya supaya tidak melalui tempat itu, namun Sara memberanikan diri masuk ke hutan untuk mencari kebenaran mengenai nasib kembarnya itu. Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan roh-roh yang marah dan akan menyerang sesiapa yang melalui tempat mereka. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 35 Min TAYANG : 07 Januari 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :