Tuesday, February 28, 2017

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

TAJUK : SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

BAHASA : INDONESIA

EDARAN : ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Laudya Chintya Bella, Raline Shah, Fedi Nuril, Reza Rahadian

PENGARAH : Hanung Bramantyo

SINOPSIS : Filem ini adalah kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Pras dan dua orang isterinya, Arini dan Mei Rose. Sekuel ini memaparkan Arini yang telah bertemu dengan Mei Rose yang mana kemudian telah menimbulkan keraguan atas pilihan hidupnya selama ini. Arini yang redha, dapat menerima madunya Mei Rose dan juga anaknya Akhbar dan berharap madunya itu kembali kepada suaminya Pras. Mei Rose bagaimanapun berada dalam dilemma samada mahu meneruskan hidupnya bersama Pras atau tidak. Arini pula cuba memujuk Mei Rose supaya kembali bersama Pras.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 4 Minit

TAYANG : 16 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

LOGAN

TAJUK : LOGAN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant, Dafne Keen

PENGARAH : James Mangold

SINOPSIS : Logan perlu menjaga Professor X yang sedang dalam keadaan tenat dan kedua-dua mereka bersembunyi di sempadan Mexico. Tetapi apabila seorang mutan muda baru tiba, diburu oleh kuasa gelap, Logan mendapati cubaannya untuk menyembunyikan diri dari dunia gagal dan dia perlu sekali lagi menggunakan kuasanya sebagai Wolverine.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 18 Minit

TAYANG : 2 Mac 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, February 24, 2017

RUPTURE

TAJUK : RUPTURE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Noomi Rapace, Peter Stormare, Kerry Bishe, Michael Chiklis

PENGARAH : Steven Shainberg

SINOPSIS : Kehidupan seorang ibu muda bernama Renee bertukar menjadi huru-hara apabila dia diculik secara rawak, diberi dadah dan dibawa ke sebuah makmal rahsia. Penculiknya mahu membuat eksperimen terhadap dirinya. Renee perlu mencari jawapan mengapa dia menjadi mangsa dan perlu meloloskan diri dari kurungan sebelum keadaan bertambah buruk.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 23 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, February 21, 2017

COLLIDE

TAJUK : COLLIDE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Felicity Jones, Nicholas Hoult, Ben Kingsley

PENGARAH : Eran Creevy

SINOPSIS : Filem aksi ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Casey terpaksa terlibat dengan kumpulan penyeludupan dadah sebagai pemandu untuk menampung perbelanjaan perubatan kekasihnya. Dia kemudian telah merancang untuk merompak tetapi cubaannya itu gagal. Ini menyebabkan dia terpaksa melarikan diri menyeberangi Eropah selain mengejar masa untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya daripada diambil oleh raja dadah.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 33 Minit

TAYANG : 23 Februari 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2

TAJUK : GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan

PENGARAH : James Gunn

SINOPSIS : Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 27 April 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, February 20, 2017

HIDDEN FIGURES

TAJUK : HIDDEN FIGURES

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Taraji P. Henson, Octavia Spencer, Janelle MonĂ¡e, Kevin Costner, Kirsten Dunst

PENGARAH : Theodore Melfi

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang seorang ahli matematik Afrika-Amerika Katherine Johnson dan dua rakan sekerjanya, Dorothy Vaughanand dan Mary Jackson, yang membantu NASA dalam penjelajahan angkasa. Menggunakan pengiraan mereka, John Glenn menjadi angkasawan Amerika pertama berjaya ke orbit bumi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 6 Minit

TAYANG : 23 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

A DOG'S PURPOSE

TAJUK : A DOG'S PURPOSE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA : Britt Robertson, Dennis Quaid, Josh Gad, Peggy Lipton

PENGARAH : Lasse Hallstrom

SINOPSIS : Diangkat daripada sebuah novel dengan judul sama pada tahun 2010 nukilan W.Bruce Cameron, filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang mencari tujuan dalam beberapa hayat hidupnya dan pemilik-pemiliknya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 40 Minit

TAYANG : 23 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, February 19, 2017

JALAN PASIR PUTIH

TAJUK : JALAN PASIR PUTIH

BAHASA : MELAYU (BRUNEI)

EDARAN : CAMLIGHGRAPHY STUDIO

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Abby Skandar, Bella Tejudinh, Firdaus Haji Salleh, Zelleah Safar, Afiq Julaihi, Siti Rahmah & Afiq Abd Razak

PENGARAH : Aj Khalid

SINOPSIS : Mengisahkan Dua Orang Adik Beradik Perempuan yatim piatu yang baru sahaja berpindah di sebuah kampong. Untuk menuju ke kampong itu ada Dua Jalan, satu jalan yang jauh untuk sampai kerumah mereka, manakala satu jalan lagi tempat yang dekat untuk sampai kerumah mereka, jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Pasir Putih. Ketua Kampong sudah pun melarang mereka untuk tidak menggunakan Jalan tersebut diwaktu malam disebabkan banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 20 Min

TAYANG : 23 Februari 2017

PANGGUNG : The PSB Dualplex Seria

TRAILER :

Tuesday, February 14, 2017

HACKSAW RIDGE

TAJUK : HACKSAW RIDGE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Andrew Garfield, Sam Worthington, Luke Bracey, Teresa Palmer, Hugo Weaving

PENGARAH : Mel Gibson

SINOPSIS : Mengisahkan tentang kisah sebenar seorang askar medik, Desmond Doss, yang telah menyelamatkan 75 orang ketika Perang Okinawa pada Perang Dunia II tanpa melepaskan sebarang tembakan. Dia merupakan satu-satunya askar Amerika berada di barisan hadapan ketika Perang Dunia II tanpa senjata yang mana dia percaya membunuh adalah salah. Doss kemudian menjadi orang pertama menerima Medal of Honor tanpa menembak ketika perang.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 19 Minit

TAYANG : 16 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, February 13, 2017

ADIWIRA KU

TAJUK : ADIWIRA KU

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi

PENGARAH : Eric Ong

SINOPSIS : Filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang pasukan `choral speaking` Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh setiap ahli pasukan `choral speaking`.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 09 Mac 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, February 12, 2017

SLEEPLESS

TAJUK : SLEEPLESS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Jamie Foxx, T.I, Gabrielle Union, Lloyd Banks, Drew Sidora

PENGARAH : Baran bo Odar

SINOPSIS : Seorang detektif polis yang mempunyai hubungan dengan penjenayah gelap mendapati rahsianya terbongkar apabila dia dan rakan tugasnya ditangkap mencuri kokain daripada raja dadah berkuasa. Ini kemudian telah menyebabkan nyawa anak lelakinya terancam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 35 Minit

TAYANG : 17 Februari 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, February 7, 2017

LA LA LAND

TAJUK : LA LA LAND

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Komedi / Drama / Muzikal

PELAKUN UTAMA : Ryan Gosling, Emma Stone, J.K. Simmons, Finn Wittrock, John Legend, Rosemarie DeWitt

PENGARAH : Damien Chazelle

SINOPSIS : Filem yang berlatarkan di Los Angeles ini mengisahkan tentang seorang pemain piano jazz dan seorang pelakon wanita hebat. Bagaimanapun, pasangan ini berdepan masalah apabila kerjaya mereka semakin berkembang.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 8 Minit

TAYANG : 05 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, February 6, 2017

SOULMATE HINGGA JANNAH

TAJUK : SOULMATE HINGGA JANNAH

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : ALTERNATE PICTURES SDN BHD

GENRE : Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Taufik Batisah, Erra Fazira, Raja Ilya, Douglas Lim, Reen Rahim

PENGARAH : Prof Madya A. Razak Mohaideen

SINOPSIS : Seorang gadis kampung Rokiah bersemangat apabila mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Malangnya dia terpaksa bekerja di bawah seorang bos kejam bernama Azmeer yang merasakan dirinya "En. Sempurna". Namun semakin lama, Azmeer mula berubah hati kepada Rokiah yang mengingatkannya kepada arwah isterinya, Khalisa. Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan dilema kerana dia telah berjanji kepada isterinya yang dia tidak akan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita lain.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 54 Minit

TAYANG : 16 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

JOHN WICK: CHAPTER 2

TAJUK : JOHN WICK: CHAPTER 2

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Keanu Reeves, Common, Laurence Fishburne, Riccardo Scamarcio

PENGARAH : Chad Stahelski

SINOPSIS : Pembunuh upahan yang dihantar untuk membunuh pembunuh upahan lain ini kembali dengan misi baru, di mana dia dipaksa untuk kembali dari persaraan oleh bekas rakan setugasnya. Bekas rakannya itu mahu mengambil alih rangkaian pembunuh upahan antarabangsa. John Wick terpaksa melakukan misi tersebut kerana telah bersumpah sebelum ini. Oleh itu, dia mengembara ke Rom untuk menumpaskan pembunuh-pembunuh upahan yang terhebat.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 2 Minit

TAYANG : 09 Februari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :