Wednesday, February 28, 2018

FROM BANGKOK TO MANDALAY

TAJUK: FROM BANGKOK TO MANDALAY

BAHASA: THAI & MYANMAR

EDARAN: REGALBLUE PRODUCTION

GENRE:  Drama

PELAKUN UTAMA: Sai Sai Kham Leng, Naam Whan Pailporn, Wutt Hmone Shwe Yi

PENGARAH: Chartchai Ketnust

SINOPSIS: Sepuluh pucuk surat dihantar oleh seorang lelaki di Myanmar kepada kekasihnya yang berada di Thailand.  Mereka saling cinta dan merindui. Tetapi surat-surat tersebut tidak pernah dibuka selama bertahun-tahun sehinggalah 50 tahun kemudian surat-surat itu diserahkan kepada cucu wanita itu dan diminta untuk pergi dan membaca setiap surat itu dari tempat ianya ditulis.  Di sinilah bagaimana kisah percintaan yang sangat mengkagumkan bermula.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 2 Mac 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

KALAM KALAM LANGIT

TAJUK: KALAM KALAM LANGIT

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: REGALBLUE PRODUCTION

GENRE:  Drama

PELAKUN UTAMA: Dimas Seto, Meriza Febriani, Elyzia Mulachela, Ibnu Jamil

PENGARAH: Tarmizi Abka

SINOPSIS: Jafar seorang lelaki muda yang mempunyai impian untuk menjadi juara Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ). Dia hampir dapat mencapai impiannya setelah berjaya memasuki sebuah sekolah agama. Walau bagaimanapun, ayahnya menentang keras hasratnya untuk menyertai MTQ kerana ayahnya menganggap MTQ tidak selaras dengan ajaran Islam. Jafar perlu mencari jalan untuk mengubah fikiran ayahnya demi memenuhi impiannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 2 Mac 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

Tuesday, February 27, 2018

GIRLS VS GANGSTERS

TAJUK: GIRLS VS GANGSTERS

BAHASA: MANDARIN (CHINA & HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA:Fiona Sit, Ivy Chen, Ning Chang, Mike Tyson

PENGARAH: Barbara Wong

SINOPSIS: Apabila Xiwen akhirnya bertunang, rakan-rakan baiknya telah merancang untuk berparti dan telah memilih Vietnam kerana salah seorang pengapit, Xiaomei, sedang menjalani penggambaran filem di sana. Apabila tiba di sebuah villa di Ho Chi Minh, rakan Xiaomei, Kimmy dan Jialan, mula bersaing untuk mendapatkan perhatian seorang lelaki kaya. Keadaan menjadi liar dan keesokan harinya, mereka terjaga di sebuah pantai dan tangan mereka bergari dengan sebuah beg. Terdapat tatu pelik di leher Xiwen dan adik tunangnya, Jingjing, pula telah hilang. Mereka juga menjadi buruan gangster. Dengan bantuan seorang bekas juara tinju, mereka perlu mengejar masa untuk menyelamatkan Jingjing.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 53 Minit

TAYANG: 2 Mac 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DETECTIVE CHINATOWN 2

TAJUK: DETECTIVE CHINATOWN 2

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Wang Bao Qiang, Liu Hao Ran, Xiao Yang, Natasha Liu Bordizzo

PENGARAH: Chen Sicheng

SINOPSIS: Qin pergi ke New York menyangka dia akan menghadiri majlis perkahwinan Tang dan Xiang. Ia rupa-rupanya pertandingan detektif antarabangsa, di mana setiap peserta perlu mencari cucu lelaki Uncle Qi. Marah kerana merasa tertipu oleh Tang, Qin bakal meninggalkan bandar itu tetapi dia mendapat tahu cucu tersebut telah dibunuh dengan cara yang pelik. Kini fokus utama pertandingan sudah berubah kepada menyelesaikan masalah kes pembunuhan. Qin dan Tang, "Detective Chinatown Duo", sahut cabaran untuk selesaikan kes itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 1 Minit

TAYANG: 1 Mac 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, February 26, 2018

DEATH WISH

TAJUK: DEATH WISH

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Aksi / Jenayah / Drama

PELAKUN UTAMA: Bruce Willis, Vincent D'Onofrio, Elisabeth Shue, Dean Norris

PENGARAH: Eli Roth

SINOPSIS: Filem arahan Eli Roth ini berkisarkan tentang seorang bapa bertukar menjadi seorang pembunuh kejam selepas keluarganya musnah akibat tindakan keganasan oleh pihak lain. Ia merupakan `remake` filem tahun 1974 dengan judul yang sama.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 1 Mac 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, February 21, 2018

WINCHESTER

TAJUK: WINCHESTER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Helen Mirren, Jason Clarke, Sarah Snook, Angus Sampson

PENGARAH: Michael Spierig, Peter Spierig

SINOPSIS: Selepas kematian secara mengejut suami dan anaknya, pewaris senjata api Sarah Winchester percaya dirinya dihantui oleh roh-roh yang terbunuh di tangan senjata api Winchester. Dia kemudian menghabiskan masa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu membina sebuah rumah agam dengan 160 bilik untuk memastikan kesemua roh-roh jahat berada di dalamnya. Tetapi apabila seorang ahli psikiatri dari San Francisco, Eric Price, yang skeptikal dihantar untuk bertemu dengan wanita itu, dia mendapati obsesi wanita itu bukanlah gila sebenarnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 1 Mac 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RED RAIN

TAJUK: RED RAIN

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Sammy Cowell, Kitkong Khamkrith

PENGARAH: Pirun Anusuriya

SINOPSIS: Selepas menghabiskan semua wangnya, ibu bapa Gab nekad untuk mengajarnya dengan tidak lagi menghantar wang kepadanya. Dengan tiada wang, Gab terpaksa bekerja separuh masa sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. Ketika di sana dia bertemu dengan Som pada waktu sama setiap malam. Selepas mendapati Som berada dalam kedai, dia mendapat tahu Som mengekorinya dan hanya dia sahaja boleh berkomunikasi dengan Som. Mahu tahu apa yang terjadi kepada Som, Gab mula menyiasat hidup Som kerana mahu membantunya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI

TAYANG: 1 Mac 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 20, 2018

GAME NIGHT

TAJUK: GAME NIGHT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE:  Komedi / Misteri

PELAKUN UTAMA: Jason Bateman, Rachel McAdams, Kyle Chandler, Jesse Plemons, Jeffrey Wright

PENGARAH: John Francis Daley

SINOPSIS: Sekumpulan rakan, Max, Annie dan Brooks, sering bertemu untuk bermain permainan pada waktu malam. Brooks telah mengatur satu kes pembunuhan misteri siap dengan ejen persekutuan dan samseng tiruan. Jadi apabila Brooks diculik, ia sepatutnya termasuk dalam permainan itu. Ketika mereka cuba menyelesaikan kes tersebut, mereka mendapati yang ia bukan sekadar permainan dan menjadikan malam mereka huru-hara.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 20 Minit

TAYANG: 1 Mac 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SURF THIS LOVE: GELORA JUARA

TAJUK: SURF THIS LOVE: GELORA JUARA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana

PENGARAH: Waan Hafiz

SINOPSIS: Jiaolong Assault Team adalah salah satu pasukan elit di dunia, ia terdiri daripada lapan anggota dalam misi menyelamat di Republik Afrika Utara. Ketika misi menyelamat sedang dijalankan, pasukan itu diseranghendap menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan. Dengan ketua pengganas kini mempunyai bahan penting untuk menghasilkan senjata nuklear, pasukan itu perlu menyelamatkan orang mereka dan juga bahan tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 43 Minit

TAYANG: 22 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, February 19, 2018

OPERATION RED SEA

TAJUK: OPERATION RED SEA

BAHASA: MANDARIN (CHINA & HK)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Aksi / Perang

PELAKUN UTAMA: Prince Mak, Zhang Yi, Hai Qing, Du Jiang, Huang Jingyu

PENGARAH: Dante Lam

SINOPSIS: Jiaolong Assault Team adalah salah satu pasukan elit di dunia, ia terdiri daripada lapan anggota dalam misi menyelamat di Republik Afrika Utara. Ketika misi menyelamat sedang dijalankan, pasukan itu diseranghendap menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan. Dengan ketua pengganas kini mempunyai bahan penting untuk menghasilkan senjata nuklear, pasukan itu perlu menyelamatkan orang mereka dan juga bahan tersebut.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 19 Minit

TAYANG: 22 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

AGENT MR CHAN

TAJUK: AGENT MR CHAN

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Dayo Wong, Charmaine Sheh, Cecilia So, C-Kwan

PENGARAH: Jeff Cheung Ka Kit

SINOPSIS: Dayo Wong membawa watak sebagai ejen hebat Mr. Chan, yang secara tiba-tiba mendapati dirinya dipecat selepas rakan setugasnya Wonder Child secara tidak sengaja menyinggung seorang anggota polis wanita, Ms. Shek (Charmaine Sheh). Tetapi apabila kes dadah berleluasa, Mr. Chan telah dipanggil balik untuk menyelesaikan kes. Dia menerima kes itu walaupun terpaksa bekerjasama dengan Ms. Shek. Kedua-dua mereka berdepan pelbagai cabaran ketika bekerjasama, tetapi akhirnya jatuh cinta.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 15 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 13, 2018

AMAZING TITANMAN

TAJUK: AMAZING TITANMAN

BAHASA: MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Komedi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Jaguar Lim, Namewee, Mehrdad Razavi Mozart, Azman Hassan

PENGARAH: Eddie Tiger

SINOPSIS: Filem sci-fi komedi arahan Jaguar Lim ini berkisarkan tentang makhluk asing yang datang ke bumi dengan niat jahat. Ia diterajui oleh Jaguar Lim sendiri bersama Namewee.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 22 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MONSTER HUNT 2

TAJUK: MONSTER HUNT 2

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Pengembaraan / Komedi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Bai Baihe, Jing Boran, Tony Leung Chiu-Wai, Li Yuchun, Tony Yang

PENGARAH: Raman Hui

SINOPSIS: Ia kesinambungan selepas Wuba berpisah dengan ibu bapanya Tian dan Lan. Dunia masih tidak aman kerana raja jahat telah mengambil alih takhta berikutan kematian raja raksasa jahat. Sementara itu, Wuba cuba menyembunyikan diri apabila dia menjadi buruan. Ketika bersembunyi, dia terpaksa bekerjasama dengan kaki judi terkenal, Tu, untuk menyelamatkan dirinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 16 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, February 12, 2018

SAMSON

TAJUK: SAMSON

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: RAM ENTERTAINMENT

GENRE:  Aksi

PELAKUN UTAMA: Taylor James, Jackson Rathbone, Billy Zane, Caitlin Leahy, Rutger Hauer

PENGARAH: Bruce Macdonald

SINOPSIS: Berdasarkan injil epik mengenai juara yang dipilih oleh Tuhan untuk menghantar Israel. Samson mempunya kekuatan luar biasa tetapi dia juga sering buat keputusan impulsif dan menentang empayar Philistine. Ditangkap dan dibutakan selepas dikhianati seorang putera dan seorang ahli sihir, Samson meminta bantuan Tuhan untuk memberikannya lebih kuasa. Dia berjaya untuk mencapai kemenangan walaupun buta dan dipenjara.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 22 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

A HOUSE OF HAPPINESS

TAJUK: A HOUSE OF HAPPINESS

BAHASA: KANTONIS (MALAYSIA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Komedi

PELAKUN UTAMA: Richard Ng, Mimi Chu, Chan Fong, Cheryl Lee

PENGARAH: JY Teng

SINOPSIS: Uncle Shui yang panas baran mengidap penyakit Alzheimer`s dan hanya dapat mengingati isterinya Summer telah meninggal dunia dan anak lelakinya Liong Gor bekerja di bandar. Ha Gu tinggal bersama untuk menjaganya tetapi wanita itu telah tinggalkan Uncle Shui kerana tidak tahan dengan sikapnya. Dia kemudian jatuh cinta dengan wanita yang mempunyai iras wajah mendiang isterinya. Liong Gor telah dipanggil pulang oleh jiran untuk membantu bapanya yang hidup sendirian tetapi Liong Gor menyembunyikan rahsia yang boleh memberi kesan kepada keluarganya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 15 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, February 11, 2018

BLACK PANTHER

TAJUK: BLACK PANTHER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURE

GENRE: Aksi / Drama / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA:  Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis

PENGARAH: Ryan Coogler

SINOPSIS: Berlatarkan selepas kejadian dalam "Captain America: Civil War", T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 15 Minit

TAYANG: 14 Februari 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Friday, February 9, 2018

ON I ONA (HIM & HER)

TAJUK: ON I ONA (HIM & HER)

BAHASA: KAZAKHSTAN

EDARAN: REGALBLUE PRODUCTION

GENRE:  Dinara Baktybaeva, Zhandos Aibassov

PELAKUN UTAMA: Aaron Kwok, Feng Shaofeng, Zanilia Zhao, Lin Chi Ling, Yuen King-Tan

PENGARAH: Saken Joldas

SINOPSIS: On adalah seorang pelajar yang percaya kepada cinta sejati.  Dia suka menulis cerita-cerita pendek.  Pada suatu hari On tanpa sengaja bertemu dengan Ona, si cantik yang amat sukar diprediksi, pastinya bukan jenis gadis yang diimpikannya. Namun dia terpaksa menerimanya ke dalam hidupnya, mengubah segala kebiasaanya dan merupakan pengembaraan baru yang terkadang menyakitkan hatinya. Setelah sekian lama bersama akhirnya On jatuh cinta pada Ona, tetapi pada suatu hari Ona menghilangkan dirinya dan mengubah kehidupan On untuk selamanya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 18 Min

TAYANG: 14 Februari 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

Wednesday, February 7, 2018

THE MONKEY KING 3

TAJUK: THE MONKEY KING 3

BAHASA: MANDARIN (HK & CHINA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Aaron Kwok, Feng Shaofeng, Zanilia Zhao, Lin Chi Ling, Yuen King-Tan

PENGARAH: Cheang Pou Soi

SINOPSIS: Ketika Tang Sanzang dan perintisnya melalui Sungai Wang Chuan, mereka secara tidak sengaja telah membuatkan Dewa Sungai marah. Berikutan itu, mereka telah pecah masuk ke Xi Liang dan menyedari tiada lelaki yang muncul di tempat itu, yang hanya didiami oleh wanita sahaja, sejak ia ditubuhkan. Malah, undang-undang di situ menyatakan lelaki adalah musuh mereka. Satu ramalan di Negara Wanita itu menyatakan satu hari, seorang sami akan datang dari Timur membawa bersama monyet, babi dan seorang lelaki berkulit warna biru. Pada hari ketibaan mereka, akan bermula kemusnahan negara itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:

TAYANG: 15 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

WONDERFUL! LIANG XIMEI!

TAJUK: WONDERFUL! LIANG XIMEI!

BAHASA: MANDARIN (SINGAPURA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Komedi

PELAKUN UTAMA: Jack Neo, Mark Lee, Jaspers Lai

PENGARAH: Jack Neo

SINOPSIS: Jack Neo kembali sebagai Liang Xing Mei, yang kini sudah bersara dan menghabiskan masa menjaga dua orang cucunya. Hidupnya masih seronok berikutan masih bersama rakannya Guang Dong Po dan Lion King yang sering menyebabkan kecelaruan. Dia meletakkan harapan kepada anak bongsunya Albert kerana Albert lebih bertanggungjawab berbanding abangnya Robert, yang sering menipu untuk cepat kaya. Ini membuatkan Robert cemburu dan dia telah meminta bantuan Dewa Kekayaan untuk memenangi hati ibunya semula.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 1 Minit

TAYANG: 15 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 6, 2018

THINK BIG BIG

TAJUK: THINK BIG BIG

BAHASA: MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA: Serene Lim, Fabian Loo

PENGARAH: Chiu Keng Guan

SINOPSIS: Moon seorang wanita berbadan gempal yang gembira bekerja sebagai maskot di sebuah taman tema. Satu hari dia secara tidak sengaja menyertai pertandingan menguruskan badan, menukarnya menjadi `Nation Goddess`. Netizen mula memberi perhatian kepadanya membuatkan hidupnya bertukar menjadi huru-hara. Dia perlu mencari jalan untuk kembali gembira dan mendapat semula sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 41 Minit

TAYANG: 15 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, February 4, 2018

NET-I-DIE

TAJUK: NET-I-DIE

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kachai Pich, Klai-Udom Sarantorn, Chicha Amatayakul, Patara Eksangkul

PENGARAH: Weeratham Preedee, Nuttachai Jiraanont

SINOPSIS: Setahun telah berlalu selepas kematian idola, Monica. Video kematiannya telah menggemparkan sosial media. Beberapa hashtag nama idola lain mula muncul dalam talian, dan salah seorang daripada mereka adalah pengulas jenama kosmetik popular. Bagaimanapun, orang di sekeliling pengulas itu mula mati seorang demi seorang dan kekasihnya mula menyiasat punca.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 26 Minit

TAYANG: 11 Februari 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER: