Friday, December 28, 2018

KESEMPATAN KEDUDA

TAJUK: KESEMPATAN KEDUDA

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE:  Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Raffi Ahmad, Zizan Razak, Cut Meyriska

PENGARAH: Awi Suryadi

SINOPSIS: Abi seorang pekerja korporat yang berdepan dengan masalah rumah tangga selepas isterinya Maya curang dengan majikan Abi sendiri, manakala Ken pula berkahwin dengan Baby. Kedua-dua mereka bertembung ketika berada di Mahkamah Syariah untuk menguruskan perceraian mereka dengan isteri masing-masing. Selepas pertemuan itu mereka semakin rapat, dan bersama mereka mula mencari kekasih baru, tetapi halangan yang mereka hadapi adalah Ken dan Abi perlu menunjukkan kesungguhan dan usaha keras untuk membuktikan cinta mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

HOLMES & WATSON

TAJUK: HOLMES & WATSON

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE:  Pengembaraan / Komedi / Misteri

PELAKUN UTAMA: Will Ferrell, John C. Reilly, Lauren Lapkus, Rob Brydon

PENGARAH: Etan Cohen

SINOPSIS: Filem komedi ini diangkat dari misteri klasik Arthur Conan Doyle yang berkisarkan Sherlock Holmes dan rakannya Doctor Watson, sebagaimana mereka menyelesaikan misteri dan kes di London dengan cara yang lucu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, December 26, 2018

AWANG GERUDI

TAJUK: AWANG GERUDI

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Zoey Rahman, Ika Nabila, Aprena Manrose, Mustapha Kamal, Z. Lokman

PENGARAH: Z. Lokman

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Awang yang bekerja sebagai pengutip hutang. Satu hari dia telah dipecat oleh bosnya En. Tapa kerana telah memukul Pak Mahmud sehingga tercedera. Dia kemudian cuba mendapatkan wang dengan menjual Gerudi Emas yang disimpan oleh ibunya, yang mana sebilah lagi Gerudi Emas itu dibawa lari oleh ayahnya. Bagaimanapun Gerudi Emas itu tidak boleh dijual kerana ia merupakan barang warisan yang tidak ada surat `bon`.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 27 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SECOND ACT

TAJUK: SECOND ACT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Jennifer Lopez, Vanessa Hudgens, Leah Remini, Annaleigh Ashford, Dan Bucatinsky, Freddie Stroma

PENGARAH: Peter Segal

SINOPSIS: Seorang pekerja di sebuah kedai cuba mengubah kehidupan dan gaya hidupnya. Ketika berbuat demikian, dia berpeluang untuk membuktikan bijak di jalanan adalah setaraf dengan segulung ijazah kolej.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 43 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 25, 2018

SUZZANNA BERNAPAS DALAM KUBUR

TAJUK: SUZZANNA BERNAPAS DALAM KUBUR

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Luna Maya, Herjunot Ali, Clift Sangra, Teuku Rifnu Wikana

PENGARAH: Rocky Soraya, Anggy Umbara

SINOPSIS: Suzzanna dan Satria tinggal di rumah bersama tiga pembantu. Satu hari, apabila Satria bekerja di luar kawasan, empat pekerjanya melihat ini sebagai peluang untuk merompak rumahnya. Mereka mendapat peluang apabila rumah itu ditinggalkan kosong selepas Suzanna dan pembantunya keluar. Malangnya, ketika rompakan berlaku, Suzzanna pulang ke rumah seorang diri. Mereka kemudian telah membunuhnya dan menanam mayatnya di belakang rumah. Bagaimanapun, keesokan harinya, Suzzanna kembali ke rumah itu seperti tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 27 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MORE THAN BLUE

TAJUK: MORE THAN BLUE

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Jasper Liu, Ivy Chen, Bryan Chang Shu-Hao, Annie Chen

PENGARAH: Gavin Lin

SINOPSIS: Filem ini adalah `remake` filem Korea pada tahun 2009 dengan judul sama. Cream dan K berkawan sejak sekolah tinggi lagi. Beberapa tahun kemudian, mereka tinggal bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. K telah disahkan mengidap leukemia tetapi dia tidak sampai hati hendak beritahu Cream, yang mana dia menaruh perasaan terhadap wanita itu, kerana bimbang akan membuatkan Cream terluka. Cream kemudian mula menjalin hubungan dengan lelaki lain dan menerima lamaran kekasihnya tanpa mengetahui apa yang disembunyikan oleh K.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 27 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 23, 2018

MARY POPPINS RETURNS

TAJUK: MARY POPPINS RETURNS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE:  Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi / Muzikal

PELAKUN UTAMA: Emily Blunt, Lin-Manuel Miranda, Ben Whishaw, Emily Mortimer, Julie Walters, Colin Firth, Angela Lansbury, Dick Van Dyke, Meryl Streep

PENGARAH: Rob Marshall

SINOPSIS: Pada 1935, ketika era Zaman Meleset di United Kingdom, pengasuh Mary Poppins melawat Jane dan Michael Banks yang sudah besar, dan juga anak-anak Michael - Annabel, Georgie dan John - selepas mereka merana dari tragedi keluarga yang membuatkan mereka tidak lagi gembira. Dengan kuasa magis dan bantuan daripada rakannya, Jack, Mary cuba membantu keluarga itu mendapat semula kebahagian dalam kehidupan.

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur.

DURASI: 2 Jam 11 Minit

TAYANG: 25 Disember 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

INSTANT FAMILY

TAJUK: INSTANT FAMILY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Komedi

PELAKUN UTAMA: Mark Wahlberg, Rose Byrne, Isabela Moner, Tig Notaro, Octavia Spencer

PENGARAH: Sean Anders

SINOPSIS: Sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk memulakan keluarga sendiri dengan mengambil anak angkat menerusi satu program anak angkat. Mereka dengan cepat menyedari membesarkan anak bukanlah mudah apabila mereka mendapat tiga orang anak angkat yang liar.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 57 Minit

TAYANG: 10 Januari 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 18, 2018

JACK EM POPOY: THE PULISCREDIBLES

TAJUK: JACK EM POPOY: THE PULISCREDIBLES

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE:  Aksi / Komedi / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Coco Martin, Vic Sotto, Maine Mendoza

PENGARAH: Michael Tuviera

SINOPSIS: Jack Em Popoy: The Puliscredibles (2018) Ia menghisahkan sebuah pasukan polis, yang terdiri daripada tiga pegawai polis berkarisma dan petualang bernama Jack, Emily, dan Popoy, yang memulakan misi untuk menghentikan jenayah daripada berlaku di sekitar mereka..

KATEGORI: UNRATED.

DURASI:

TAYANG: 25 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FANTASTICA

TAJUK: FANTASTICA

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE:  Komedi / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Vice Ganda, Dingdong Dantes, Richard Gutierrez

PENGARAH: Barry Gonzalez

SINOPSIS: Sebuah keluarga mencari bantuan makhluk ajaib untuk menjaga karnival mereka daripada ditutup.

KATEGORI: UNRATED.

DURASI:

TAYANG: 25 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, December 12, 2018

MASTER Z THE IP MAN LEGACY

TAJUK: MASTER Z THE IP MAN LEGACY

BAHASA: KANTONIS (HK & CINA)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE:  Aksi / Seni Mempertahankan Diri

PELAKUN UTAMA: Zhang Jin, Dave Bautista, Tony Jaa, Michelle Yeoh, Liu Yan

PENGARAH: Yuen Woo Ping

SINOPSIS: Susulan filem "Ip Man 3" pada tahun 2015, filem spinoff ini memberi fokus kepada Cheung Tin Chi, yang telah ditewaskan oleh Ip Man dalam pertarungan pada 1959. Dia hidup secara sederhana selepas kekalahannya dan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari masalah. Satu hari dia secara tidak sengaja telah berselisihan faham dengan adik seorang gengster berpengaruh, Sis Ha. Ini telah menyebabkan dia kembali bertarung menggunakan skil seni mempertahan diri Wing Chun.

KATEGORI: UNRATED.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 25 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 11, 2018

DRAGON BALL SUPER: BROLY

TAJUK: DRAGON BALL SUPER: BROLY

BAHASA: JEPUN

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE:  Aksi / Animasi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Masako Nozawa, Ryo Horikawa, Ryusei Nakao

PENGARAH: Tatsuya Nagamine, Naohiro Shintani, Kazuo Ogura, Kazuo Ogura

SINOPSIS: Selepas Tournament of Power, Bumi sudah aman. Satu hari, Goku dan Vegeta bertembung dengan pahlawan Saiyan bernama Broly, yang bukan seperti Saiyan lain yang pernah mereka temui sebelum ini. Mereka tidak tahu mengapa dia di Bumi sedangkan Planet Vegeta sudah hancur dan hampir kesemua Saiyan telah musnah. Pertembungan antara tiga Saiyan ini kemudian bertukar menjadi pertarungan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 27 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 10, 2018

A STOLEN LIFE

TAJUK: A STOLEN LIFE

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Ngeri

PELAKUN UTAMA: Eric Suen, Tong Bing Yu, Yin Yanping, Zhu Yaying

PENGARAH: Lin Shuhung

SINOPSIS: Puan Chen berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan bayi kembarnya, yang dikatakan sudah mati sebelum dilahirkan. Bagaimanapun kedua-dua bayi itu selamat. Ini membuatkan dia berasa curiga dengan Encik Chen yang mungkin melakukan sesuatu untuk menghidupkan semula kembar itu. Salah seorang kembar, Chen Mo, membesar secara normal dalam keluarga mereka tetapi dia kerap melihat kembarnya dalam mindanya. Apabila kekasihnya melamarnya, lelaki itu menyedari yang Chen Mo tidak gembira kerana dia menyembunyikan banyak rahsia dan juga tidak mempunyai memori zaman kanak-kanaknya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 21Jam 18 Minit

TAYANG: 13 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 9, 2018

AQUAMAN

TAJUK: AQUAMAN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe

PENGARAH: James Wan

SINOPSIS: Arthur Curry mendapat tahu yang dia adalah pewaris kepada kerajaan di bawah lautan, Atlantis. Dengan pengetahuan baru itu, dia bukan sahaja perlu mengetuai orangnya sahaja tetapi turut menjadi wira kepada dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 23 Minit

TAYANG: 13 Disember 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

BUMBLEBEE

TAJUK: BUMBLEBEE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker

PENGARAH: Travis Knight

SINOPSIS: Berlatarkan tahun 1987, Charlie, seorang gadis berusia 18 tahun, terjumpa Bumblebee yang rosak tersorok di kedai potong di pantai California. Dia kemudian menyedari bahawa kereta itu bukan Volkswagen Beetle biasa.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 20 Disember 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 4, 2018

NATSUME YUJIN-CHO THE MOVIE

TAJUK: NATSUME YUJIN-CHO THE MOVIE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Anime

PELAKUN UTAMA: Hiroshi Kamiya, Kazuhiko Inoue, Sanae Kobayashi, Akira Ishida

PENGARAH: Takahiro Omori, Hideki Ito

SINOPSIS: Filem animasi ini diangkat dari manga nukilan Yuki Midorikawa dan siri animasi "Natsume`s Book of Friends". Ia berkisarkan tentang Natsume, seorang budak lelaki yang mempunyai kebolehan untuk melihat yokai sejak kecil lagi. Bagaimanapun, manusia memulaukannya, dan dia juga tidak mempunyai hubungan baik dengan yokai. Satu hari dia mewarisi Yujin-Cho ("Book of Friends") daripada neneknya. Buku itu mengandungi banyak kontrak yang neneknya buat untuk memerangkap yokai.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 6 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THREE WORDS TO FOREVER

TAJUK: THREE WORDS TO FOREVER

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE:  Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA: Sharon Cuneta, Richard Gomez, Kathryn Bernardo

PENGARAH: Cathy Garcia-Molina

SINOPSIS: Selepas 25 tahun berkahwin, Rick dan Cristy Andrada (Richard Gomez dan Sharon Cuneta) telah menjadi asing antara satu sama lain. Selepas perjuangan yang pahit, mereka akhirnya memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Tetapi untuk tidak mengecewakan anak perempuan mereka, Tin (Kathryn Bernardo) dan teman lelakinya Kyle (Tommy Esguerra), dan majlis ulang tahun ke-55 perkahwinan ibu bapa Cristy iaitu Cito dan Tinay (Freddie Webb dan Liza Lorena), Cristy dan Rick berpura-pura dan menunda perpisahan mereka. Kepura-puraan itu berlaku sesuai dengan rancangan sehingga Rick dan Cristy akhirnya bersetuju untuk merayakan ulang tahun ke-25 mereka untuk menyempurnakan perayaan keluarga mereka. Selain itu, Paeng (Joross Gamboa), sepupu Cristy, secara tidak sengaja mengetahui rancangan sebenar antara Rick dan Cristy. Apabila persiapan perkahwinan berlangsung, ketiga-tiga pasangan akan mengkaji semula hubungan masing-masing. Keprihatinan Tinay terhadap kesihatan Cito bermula sebagai sekatan kepada Cito, yang berkeinginan untuk mengembalikan keintiman di antara mereka. Tin dan Kyle belajar perbezaan mereka dan mula merasa tidak bersedia untuk hidup berkeluarga. Sebaliknya, Rick dan Cristy mula mencari semula harapan untuk kesatuan mereka. Tetapi ketika hari besar mereka telah hampir tiba, ketiga-tiga pasangan menghadapi kesukaran yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah mereka harus tetap bersama. Adakah keluarga ini dapat mencari penyelesaian dan hidup bahagia untuk selama-lamanya?
KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 6 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 3, 2018

THE WRATH

TAJUK: THE WRATH

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA: Seo Young-Hee, Son Na-Eun, Lee Tae-Ri, Park Min-Ji

PENGARAH: Yoo Young-Seon

SINOPSIS: Filem ini adalah `remake` filem seram 1986 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang dua wanita Joseon yang bergaduh sesame sendiri berikutan tragedi yang berlaku dalam sebuah keluarga, di mana ketiga-tiga orang anak lelaki dalam keluarga itu mati pada hari perkahwinan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 6 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SPIDER-MAN: INTO SPIDER-VERSE

TAJUK: SPIDER-MAN: INTO SPIDER-VERSE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE:  Animasi

PELAKUN UTAMA: Shameik Moore, Liev Schreiber, Mahershala Ali, Brian Tyree Henry

PENGARAH: Bob Persichetti, Peter Ramsey, Rodney Rothman

SINOPSIS: Dalam filem versi animasi ini, seorang remaja dari Brooklyn, Miles Morales, kini menjadi adiwira Spider-Man. Filem ini turut meneroka Spider-Verse, di mana lebih daripada seorang dapat memakai topeng adiwira itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 57 Minit

TAYANG: 7 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 2, 2018

MORTAL ENGINES

TAJUK: MORTAL ENGINES

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Hugo Weaving, Hera Hilmar, Robert Sheehan, Jihae

PENGARAH: Christian Rivers

SINOPSIS: Beberapa abad selepas "Sixty Minute War", kejadian malapetaka yang telah memusnahkan hampir keseluruhan planet Bumi, bandar-bandar yang kini didiami oleh mereka yang terselamat merayau menggunakan roda besar, bertarung sesama sendiri dan memusnahkan bandar kecil untuk mengambil sumber. Tom Natsworthy, rakyat bawahan di bandar London, terpaksa berjuang untuk terus hidup selepas bertemu dengan Hester Shaw, penjenayah yang melarikan diri. Kedua-dua mereka kemudian bekerjasama dan mungkin akan mengubah dunia

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 8 Minit

TAYANG: 6 Disember 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: