Tuesday, December 29, 2020

SHOCK WAVE 2

TAJUK: SHOCK WAVE 2

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: AKSI

PELAKUNAndy Lau, Sean Lau Ching Wan, Ni Ni

PENGARAHHerman Yau

SINOPSISTiga tahun selepas bekas pegawai penghapus bom Poon Sing-fung meninggalkan kerjaya polis, dia mendapati dirinya kini seorang suspek yang paling dikehendaki berhubung kes pengeboman bersiri di Hong Kong. Polis beranggapan dia terbabit dengan kes itu setelah menjumpainya dalam keadaan koma dan cedera akibat letupan di salah satu lokasi jenayah. Dia telah disoal siasat dan dipenjarakan selepas bangun dari koma. Memandangkan dia menghidap amnesia, dia tidak ingat sama ada dia terbabit dengan kes serangan bom sepanjang dua tahun lalu. Untuk bebas dari penjara dan membuktikan dia tidak bersalah, dia bekerjasama dengan pegawai penghapus bom Tung Cheuk-man. Sementara itu, bekas kekasihnya Pong Ling, yang kini ketua inspektor Unit Tindak Balas Pengganas, memujuknya untuk menyusup masuk dalam Resurrection Group untuk mencari tahu tentang tindakan organisasi jenayah itu yang seterusnya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 2 Jam 1 Minit

TAYANG: 1 Januari 2021

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MOTHER GAMER

HALLOWEEN PARTY

TAJUK: HALLOWEEN PARTY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: SERAM / NGERI

PELAKUNBradley Bailey, Scott Bailey, Jason Daley

PENGARAHBradley Bailey, Scott Bailey, Jason Daley

SINOPSISGrace, seorang pelajar kolej, cuba menyiasat siapa pembunuh sebenar rakan baiknya selepas mereka secara tidak sengaja membebaskan entiti-entiti mengerikan menerusi sebuah 'meme' komputer bertemakan Halloween. Dia kemudiannya dibantu oleh seorang pelajar pakar I.T. bernama Spencer dan mereka mula merungkai rahsia gelap yang tersembunyi di kolej tersebut.

KATEGORI"18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 33 Minit

TAYANG: 31 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 22, 2020

THE RESCUE

TAJUK: THE RESCUE

BAHASA: MANDARIN

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: AKSI

PELAKUNEddie Peng, Wang Yanlin, Xin Zhilei, Lan Yingying

PENGARAHDante Lam

SINOPSISFilem ketiga dalam siri filem Dante Lam yang memberi penghormatan kepada kakitangan awam Cina, selepas "Operation Mekong" yang memfokuskan anggota polis dan "Operation Red Sea" yang memfokuskan tentera laut. Filem ini berkisar mengenai China Rescue & Salvage (CRS). Apabila kemalangan di sebuah pelantar minyak menyebabkan ia terbalik dan tenggelam, kapten kepada Unit Respons Kecemasan, Gao Qian, bekerjasama dengan juruterbang helikopter Zhao Cheng untuk menyelamatkan mangsa-mangsa. Unit itu bergegas melawan masa untuk menyelamatkan semua mangsa di tengah-tengah kebakaran dan letupan yang berbahaya.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 13 Minit

TAYANG: 24 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SOUL


TAJUK
: SOUL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: ANIMASI / PENGEMBARAAN / KEKELUARGAAN

PELAKUNJamie Foxx, Tina Fey, Questlove, Phylicia Rashad, Daveed Diggs

PENGARAHPete Docter

SINOPSISJoe Gardner adalah guru muzik sekolah menengah di New York yang memasang impian untuk menjadi seorang pemain piano jazz. Malangnya dia terjatuh ke dalam sebuah pembetung di jalan raya Manhattan, menyebabkan jiwanya terpisah dari jasadnya dan dihantar ke You Seminar, iaitu sebuah pusat di mana jiwa-jiwa dihasilkan bersama minat mereka sebelum dimasukkan dalam badan bayi yang baru lahir. Untuk pulang ke Bumi semula, Gardner perlu berlatih dengan jiwa-jiwa yang lain seperti 22, jiwa yang sudah lama terperangkap di pusat tersebut.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 25 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 21, 2020

DEMON SLAYER

TAJUK: DEMON SLAYER

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: ANIMASI

PELAKUNNatsuki Hanae, Akari Kito, Hiro Shimono, Yoshitsugu Matsuoka, Satoshi Hino, Daisuke Hirakawa

PENGARAHHaruo Sotozaki

SINOPSISFilem ini merupakan sekuel kepada filem siri animasi TV "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba" (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 57 Minit

TAYANG: 24 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

 

Friday, December 18, 2020

THE CROODS 2: A NEW AGE

TAJUK: THE CROODS 2: A NEW AGE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURE

GENRE: ANIMASI

PELAKUNNicolas Cage, Emma Stone, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Cloris Leachman, Clark Duke, Peter Dinklage

PENGARAHJoel Crawford

SINOPSISKetika keluarga pra-sejarah Croods mengembara untuk mencari tempat tinggal yang baru, mereka berdepan cabaran terbesar sejak meninggalkan gua mereka: sebuah keluarga lain. Keluarga yang menggelar diri mereka sebagai Bettermans itu mendakwa mereka lebih hebat dan lebih berkembang berbanding keluarga Croods, dengan ciptaan-ciptaan terbaru serta tanaman-tanaman segar. Hubungan kedua-dua pihak agak tegang memandangkan perbezaan ketara antara keluarga pra-sejarah dan keluarga moden itu. Namun bukan itu sahaja masalah yang perlu mereka hadapi kerana terdapat satu ancaman baru yang menanti mereka di dunia luar.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 24 Disember 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

ARAF 3

TAJUK: ARAF 3

BAHASA: BAHASA TURKI

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE: SERAM

PELAKUNMehmet Bastürk, Çagla Erdimen, Emre Özmen

PENGARAHBiray Dalkiran

SINOPSISNihal sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan adiknya yang sedang sakit. Apabila tidak menjumpai penawar yang mampu menyembuhkan penyakit misteri adiknya, Nihal mula bergantung harap kepada buku-buku sihir, dengan harapan dapat menemui salah satu yang mampu berbuat demikian. Dia kemudiannya menjumpai Kitab'ul Azazil.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 26 Minit

TAYANG: 24 Disember 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 15, 2020

SOUL SNATCHER


TAJUK
: SOUL SNATCHER

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: AKSI / FANTASI

PELAKUNLi Xian, Chen Linong, Hani Kyzy, Pei Kuishan

PENGARAHSong Haolin, Yi Liqi

SINOPSISDemi memastikan hidupnya kekal selama-lamanya, roh jahat musang Bai Shisan perlu menyelesaikan satu tugasan, iaitu mendapatkan roh di dunia manusia. Untuk itu, dia telah menyamar sebagai seorang lelaki. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Wang Zijin, seorang pelajar pintar tetapi miskin yang menuju ke bandar untuk menduduki peperiksaan awam. Apabila mendapati Wang Zijin tertarik dengan kisah-kisah makhlus halus dan syaitan, Bai Shisan mula berkawan dengan pelajar itu. Bersama, mereka memulakan satu pengembaraan yang penuh dengan magik.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 17 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 14, 2020

THE CALLING OF A BUS DRIVER


TAJUK
: THE CALLING OF A BUS DRIVER

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: ROMANTIK / KOMEDI

PELAKUNIvana Wong, Philip Keung, Edmond Leung

PENGARAHPatrick Kong

SINOPSISHarapan Suki Chiang, seorang pemandu bas, untuk membawa hubungan bersama teman lelakinya ke tahap lebih serius hancur berkecai apabila dia mendapati teman lelakinya berlaku curang di belakangnya. Percintaan mereka yang terbina selama tujuh tahun terlerai begitu sahaja. Setahun kemudian, Suki menghadiri jamuan perkahwinan bekas teman lelakinya bersama wanita itu. Tanpa sengaja, dia telah mengganggu perancangan bekas teman lelaki wanita itu untuk mendedahkan bahawa dia seorang penipu dan telah berlaku curang. Dia akhirnya merancang untuk bekerjasama dengan lelaki itu untuk membalas dendam terhadap wanita tersebut.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 17 Disember 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, December 9, 2020

WONDER WOMAN 84


TAJUK
: WONDER WOMAN 84

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: AKSI / SUPERHERO

PELAKUNGal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal

PENGARAHPatty Jenkins

SINOPSISKetika Perang Dingin 1980an, Diana Prince a.k.a Wonder Woman terlibat dalam konflik dengan Soviet Union. Dia juga perlu bertarung dengan Cheetah, penjahat yang mempunyai kuasa luar biasa.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 31 Minit

TAYANG: 17 Disember 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: