Monday, May 29, 2017

GOD OF WAR

TAJUK : GOD OF WAR

BAHASA : KANTONIS (CINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Sejarah

PELAKUN UTAMA : Vincent Zhao, Sammo Hung, Wan Qian, Timmy Hung, Yasuaki Kurata

PENGARAH : Gordon Chan

SINOPSIS : Kegiatan lanun Jepun di perairan China semakin berleluasa ketika abad ke-16. Pada 1557, lanun telah menguasai Cengang di Zhejiang. Selepas beberapa bulan bertempur, Komander Yu akhirnya berjaya menumpaskan mereka menerusi kepimpinan Jeneral Qi yang baru dinaikkan pangkat. Lanun-lanun itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri. Jeneral Qi kemudian merekrut penduduk kampung dan menubuhkan Tentera Qi untuk mengalahkan lanun.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 9 Minit

TAYANG : 1 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

WONDER WOMAN

TAJUK : WONDER WOMAN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero

PELAKUN UTAMA : Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright

PENGARAH : Patty Jenkins

SINOPSIS : Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 17 Minit

TAYANG : 1 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, May 23, 2017

BAYWATCH

TAJUK : BAYWATCH

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra, Hannibal Buress

PENGARAH : Seth Gordon

SINOPSIS : Seorang anggota keselamatan yang komited dengan kerjanya terpaksa bekerjasama dengan rakan setugas muda yang keras kepala. Mereka perlu bekerjasama untuk melindungi pantai mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 56 Minit

TAYANG : 1 Jun 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, May 22, 2017

DIARY OF A VIMPY KID: THE LONG HAUL

TAJUK : DIARY OF A VIMPY KID: THE LONG HAUL

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 2OTH CENTURY FOX

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Jason Drucker, Owen Asztalos, Charlie Wright, Alicia Silverstone, Tom Everett Scott

PENGARAH : David Bowers

SINOPSIS : Greg telah meyakinkan keluarganya untuk bercuti ke rumah nenek mereka bagi menyambut ulang tahun ke-90 nenek mereka. Dia sebenarnya mempunyai rancangan lain iaitu mahu pergi ke konvensyen `gamer` berhampiran. Bagaimanapun perkara tidak menjadi seperti yang dirancang.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 25 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

PIRATES OF THE CARIBBEAN: SALAZAR'S REVENGE

TAJUK : PIRATES OF THE CARIBBEAN: SALAZAR'S REVENGE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush

PENGARAH : Joachim Rønning, Espen Sandberg

SINOPSIS : Apabila Kapten Salazar dan kru lanun hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle, mereka nekad untuk menghapuskan semua lanun di laut termasuk Kapten Jack Sparrow. Untuk menyelamatkan diri dari musuh lama, Jack kini perlu mencari Trident of Poseidon, artifak berkuasa yang membolehkan pemiliknya menguasai laut. Tetapi untuk mendapatkan artifak itu dia perlu bekerjasama dengan ahli astronomi jelita, Carina Smyth, dan pelayar Royal Navy yang keras kepala, Henry.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 9 Minit

TAYANG : 25 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, May 21, 2017

DEAR OTHER SELF

TAJUK : DEAR OTHER SELF

BAHASA : TAGALOG

EDARAN : STAR CINEMA

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Jodi Sta. Maria, Xian Lim, Joseph Marco

PENGARAH : Veronica Velasco

SINOPSIS : Seorang wanita mendapati dirinya terperangkap dalam dilema sama ada dia akan kekal di tempat kerjanya atau meneruskan minatnya untuk mengembara.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 17 Mei 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, May 16, 2017

DEALER / HEALER

TAJUK : DEALER / HEALER

BAHASA : KANTONIS (CHINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA : Lau Ching Wan, Gordon Lam, Jiang Yiyan, Louis Koo

PENGARAH : Lawrence Ah Mon

SINOPSIS : Ketika tahun 1960an-70an di Hong Kong, kongsi gelap dan anggota polis korup menguasai bandar, ia merupakan zaman kegemilangan bagi Chan Wah, seorang yang angkuh dan digelar sebagai ketua kumpulan `Thirteen Naughty Children of Tsz Wan Shan`. Dia kemudian telah bertemu cinta hatinya Ho-yau dan sering menghabiskan masa bersama wanita itu. Bagaimanapun keadaan bertukar apabila dia dipenjara atas kesalahan kegiatan mengedar dadah. Selepas dibebaskan dari penjara, Chan mengambil keputusan untuk berubah dan memulakan hidup baru. Dia bukan sahaja membantu belia untuk keluar dari najis dadah, tetapi juga berjaya menerima anugerah salah seorang `Ten Outstanding Young Persons of Hong Kong`. Satu hari ketika menghadiri syarahan pemulihan dadah di Jepun, Chan bertemu semula dengan Ho-yau dan mahu kembali bersamanya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 41 Minit

TAYANG : 18 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, May 15, 2017

THE CIRCLE

TAJUK : THE CIRCLE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Drama / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Emma Watson, Tom Hanks, John Boyega, Karen Gillan

PENGARAH : James Ponsoldt

SINOPSIS : Mae Holland telah berjaya merebut peluang sekali dalam seumur hidup apabila dia mendapat kerja di The Circle, sebuah syarikat teknologi dan media sosial berkuasa di dunia. Digalakkan oleh pengasas syarikat itu, Mae telah menyertai satu eksperimen yang melangkaui batasan privasi, etika dan kebebasan peribadi. Pembabitannya dalam eksperimen itu dan segala keputusan yang dibuatnya mula menjejaskan kehidupan dan masa depan rakannya, keluarga dan juga tamadun kemanusiaan

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 50 Minit

TAYANG : 18 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, May 14, 2017

RESIDENT EVIL: VENDETTA

TAJUK : RESIDENT EVIL: VENDETTA

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Animasi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Matt Mercer, Kevin Dorman, Erin Cahill

PENGARAH : Takanori Tsujimoto

SINOPSIS : Filem ini adalah kesinambungan dari filem "Resident Evil: The Final Chapter" dan sebelum kejadian dalam permainan video "Resident Evil 7: Biohazard". Ia berkisarkan tentang Kapten BSAA (Bioterrorism Security Assessment Alliance), Chris Redfield, yang meminta bantuan ejen DSO (Division of Security Operations), Leon S. Kennedy, dan Profesor Rebecca Chambers dari Alexander Institute of Biotechnology untuk menghentikan pengganas bernama Glenn Arias daripada menyebarkan virus berbahaya di New York.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 35 Minit

TAYANG : 27 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Saturday, May 13, 2017

JATRA

TAJUK : JATRA

BAHASA : NEPALI

EDARAN : SHATKON ARTS

GENRE Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA : Prechya Bajracharya, Rabindra Singh Baniya, Prakash Ghimire

PENGARAH : Pradeep Bhattarai

SINOPSIS :  Seorang pemuda miskin dan rajin, Phadindra Timsina (Bipin Karki) telah dengan tidak senghaja menjumpai karung yang penuh dengan wang yang dicuri dari bank. Beliau kemudian berunding dengan dua orang kawannya iaitu Jayas (Rabindra Singh Baniya) dan Munna (Rabindra Jha) untuk bagaimana memanfaatkan wang tersebut dengan sebaiknya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 30 Minit

TAYANG : 18 Mei 2017

PANGGUNG : The PSB Cineplex Seria

TRAILER :

Tuesday, May 9, 2017

BATTLE OF MEMORIES

TAJUK : BATTLE OF MEMORIES

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : WANDA PICTURES

GENRE : Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Huang Bo, Xu Jinglei, Duan Yihong, Yang Zishan, Ann Hsu

PENGARAH : Leste Chen

SINOPSIS : Apa yang akan berlaku jika otak anda menempatkan memori yang bukan milik anda? Pada 2025, operasi manipulasi-memori telah dipopularkan di seluruh dunia. Feng, seorang novelis berprestij (Huang Bo), telah memadam memori perkahwinannya yang gagal. Tetapi apabila dia cuba untuk mendapatkan kembali kenangan yang hilang, dia mendapati dirinya dalam fikiran seorang pembunuh bersiri. Beliau berjumpa dengan seorang pegawai polis Shen (Duan Yihong) dan apabila mereka mula untuk menyiasat kes itu, sebuah konspirasi lain terdedah.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 59 Minit

TAYANG : 10 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

ZOMBIE FIGHTERS

TAJUK : ZOMBIE FIGHTERS

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA : Puvadol Vechwongsa, Pasakorn Sanrattana, Worachai Sirikongsuwan, Kittipat Samarntragulchai

PENGARAH : Poj Arnon

SINOPSIS : Diarahkan oleh Poj Arnon, ia berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap dalam bandar yang dipenuhi oleh orang yang bertukar menjadi zombi. Ia dibintangi oleh Puvadol Vechwongsa, Pasakorn Sanrattana, Worachai Sirikongsuwan dan Kittipat Samarntragulchai.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 44 Minit

TAYANG : 10 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, May 8, 2017

CAN'T HELP FALLING IN LOVE

TAJUK : CAN'T HELP FALLING IN LOVE

BAHASA : TAGALOG (FILIPIN)

EDARAN : STAR CINEMA PRODUCTION

GENRE : Drama, Romantik, Komedi

PELAKUN UTAMA : Kathryn Bernardo, Daniel Padilla, Matteo Guidicelli, Cherry Pie Picache, Lito Pimentel, Lotlot de Leon, Dennis Padilla, Joross Gamboa, Kristel Fulgar, Janus del Prado, Pinky Amador

PENGARAH : Mae Cruz-Alviar

SINOPSIS : "Can't Help Falling in Love" mengisahkan Gab (Kathryn Bernardo) seorang gadis yang mendekati kata sempurna. Dia sudah melakukan perencanaan untuk menikahi pacarnya Jason (Matteo Guidicelli). Dunianya berubah ketika dia mengetahui bahwa dia telah menikah dengan seorang pemuda bernama Dos (Daniel Padilla). Kejadian yang tidak sengaja diantara mereka membawa mereka berdua ke dalam situasi yang membingungkan. Tetapi perubahan ini juga membawa perubahan dalam hati mereka juga. Apakah Gab memilih kmbali ke Jason atau dia akan mengambil resiko dengan seorang pria asing yang nampak sempurna untuknya?

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 59 Minit

TAYANG : 10 Mei 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, May 7, 2017

KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD

TAJUK : KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Charlie Hunnam, Astrid Bergés-Frisbey, Jude Law, Djimon Hounsou

PENGARAH : Guy Ritchie

SINOPSIS : Arthur baru mengetahui dirinya dari keturunan diraja setelah dia berjaya mendapat pedang Excalibur. Dengan pedang yang berkuasa di tangannya, dia menyertai kumpulan pemberontak dan wanita bernama Guinevere yang mahu menggulingkan diktator Vortigern yang menguasai negara.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 6 Minit

TAYANG : 10 Mei 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

ALIEN: COVENANT

TAJUK : ALIEN: COVENANT

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Pengembaraan / Fiksyen Sains / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Michael Fassbender, Noomi Rapace, Billy Crudup, Danny McBride, DemiĂ¡n Bichir

PENGARAH : Ridley Scott

SINOPSIS : Kru kapal koloni Covenant dalam pencarian planet terpencil yang jauh dari galaksi. Apabila mereka tiba di sana, tempat itu kelihatan seperti tidak pernah diterokai tetapi sebenarnya ia adalah tempat yang berbahaya, dan hanya diduduki oleh David yang terselamat daripada malapetaka ekspedisi Prometheus sebelum ini.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 3 Minit

TAYANG : 10 Mei 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, May 3, 2017

UNLOCKED

TAJUK : UNLOCKED

BAHASA : INGGERIS (USA/UK)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Noomi Rapace, Orlando Bloom, Michael Douglas, John Malkovich

PENGARAH : Michael Apted

SINOPSIS : Seorang penyoal siasat CIA telah terpedaya dengan helah oleh pengganas dan memberikan maklumat penting kepada pihak yang salah, sekaligus membuatkan dirinya terlibat dalam plot yang bakal menyebabkan London berada dalam keadaan berisiko terhadap serangan biologi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 38 Min

TAYANG : 04 Mei 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :