TAJUK: KABADDI KABADDI KABADDI BAHASA: NEPALI EDARAN: QSR DIGITAL GENRE: Komedi / Drama / Romantik PELAKUN UTAMA: Dayahang Rai, Kabita Ale, Bijay Baral, Maotse Gurung PENGARAH: Ram Babu Gurung SINOPSIS: Dayahang Rai sebagai watak utama Birkaji, yang lagi dalam tekanan dari orang tuanya untuk berumah tangga. Dia sebaliknya, bersumpah untuk tetap bersikap keras kepala selepas apa yang berlaku dengan Maiya dalam kisah hidupnya sebelum ini. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kenalan dia jatuh hati kepada Kashi (Upasana) yang sudah jatuh cinta dengan Dhwaanse (Karma). Konflik semakin bertambah apabila ibu Kashi (Luniva) mahu Dhankaji (Wilson) menjadi pasangan anak perempuannya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 55 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The PSB Cineplex, Seria TRAILER:
TAJUK: THE FATAL RAID BAHASA: KANTONIS (HK) EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD GENRE: Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Patrick Tam, Min Chen Lin, Jeana Ho, Michael Tong PENGARAH: Jacky Lee SINOPSIS: Filem ini adalah sekuel kepada filem "Special Female Force" (2016). Pertarungan antara sekumpulan anggota polis dan sekumpulan gangster dalam sebuah operasi rahsia yang berlaku di Hong Kong telah mengorbankan Shirley, Hei dan komando-komando lain. Tragedi hitam yang berlaku 20 tahun lalu itu telah meninggalkan kesan mendalam kepada Inspektor Tam Ka Ming dan ketua Pasukan Wanita Khas, Madam Fong. Kini, bagi sebuah operasi baru, Madam Fong telah menubuhkan satu pasukan baru yang disertai empat orang ahli iaitu Alma, Zi Han, Sheila dan Tong Yu. Tetapi operasi mereka diganggu oleh kumpulan gangster di Macau dan pada masa yang sama, mereka mendapati Hei masih hidup. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 32 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: LATE NIGHT BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT GENRE: Komedi / Drama PELAKUN UTAMA: Emma Thompson, Mindy Kaling, Max Casella, Hugh Dancy, John Lithgow PENGARAH: Nisha Ganatra SINOPSIS: Katherine Newbury adalah seorang perintis dan pengacara lagenda sebuah rancangan bual bicara lewat malam. Oleh sebab dituduh sebagai pembenci golongan wanita, dia mengambil Molly bekerja di pejabatnya yang semua penulisnya adalah lelaki. Namun Katherine telah berdepan dengan masalah apabila bilangan penonton rancangannya yang semakin berkurang dan sebuah saluran ingin menggantikannya. Molly yang ingin membuktikan bahawa dirinya berguna, cuba untuk membantu Katherine memberi nafas baru kepada rancangan bual bicara dan kariernya. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 4250 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: NEZHA BAHASA: MANDARIN (CINA) EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Animasi PELAKUN UTAMA: Lü Yanting, Han Mo, Chen Hao PENGARAH: Jiaozi SINOPSIS: Berdasarkan lagenda purba China, filem ini berkisar mengenai seorang budak lelaki, Nezha, yang dilahirkan dari mutiara syurga oleh Primeval Lord of Heaven. Namun, dia sering dibenci dan ditakuti oleh penduduk kampung kerana mempunyai kuasa luar biasa yang ditakdirkan untuk membawa kemusnahan kepada dunia. Dia perlu membuat pilihan sama ada menjadi baik atau sebaliknya bagi mengubah takdirnya dan menjadi adiwira. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: WALK WITH ME BAHASA: KANTONIS EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE: Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA: Michelle Wai, Alex Lam, Qi Yuwu, Anna Ng, Richard Ng PENGARAH: Ryon Lee SINOPSIS: Dengan bapanya seorang penagih dadah dan ibunya seorang jururawat yang sibuk, seorang wanita tinggal bersendirian tanpa kasih sayang keluarga. Dia mula melihat seorang budak perempuan kecil bertocang sering mengikutnya, selepas salah seorang jiran di rumah sewanya berpindah kerana diserang roh jahat. Dia juga dibuli oleh pengurus di tempat kerja serta bapanya di rumah. Tanpa sesiapa untuk membantunya, dia akhirnya meminta pertolongan satu patung aneh untuk melawan pembulinya. Apabila mereka ditemui mati dalam keadaan yang aneh, dia merasakan patung itu ada kaitan dengan kematian mereka. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 32 Minit TAYANG: 03 Oktober 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: DANUR 3 SUNYARURI BAHASA: INDONESIA EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Prilly Latuconsina, Sandrinna Michelle, Shawn Adrian Khulafa PENGARAH: Awi Suryadi SINOPSIS: Risa menyedari bahawa kebolehannya untuk melihat hantu menghalangnya untuk bercinta. Dia tidak memberitahu teman lelakinya, seorang penyampai radio bernama Dimas, mengenai kebolehannya dan mengenai lima orang rakannya yang bukan manusia. Apabila seorang rakan hantunya mula menyakat Dimas, Risa menutup mata batinnya supaya dia tidak boleh melihat hantu dan boleh hidup normal. Namun perbuatannya membawa nasib malang. Walaupun tidak boleh melihat hantu, dia boleh menghidu `danur` (cecair yang keluar dari mayat reput). Dia mendapat tahu satu roh jahat wanita telah memasuki rumah itu ketika hujan lebat dan ia bukan sahaja mengugutnya malah rakan-rakan hantunya juga. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 31 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: SUATU KETIKA BAHASA: MELAYU (MALAYSIA) EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Drama / Sejarah / Sukan PELAKUN UTAMA: Namron, Pekin Ibrahim PENGARAH: Prakash Murugiah SINOPSIS: Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup". KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur. DURASI: 1 Jam 34 Minit TAYANG: 20 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: KAAPPAAN BAHASA: TAMIL (INDIA) EDARAN: DMY CREATION SDN BHD GENRE: Aksi / Ngeri PELAKUN UTAMA: Suriya, Mohanlal, Arya, Sayyeshaa, Boman Irani PENGARAH: K.V. Anand SINOPSIS: Sebuah filem thriller aksi arahan K. V. Anand yang dibintangi oleh Suriya, Mohanlal, Arya, Sayyeshaa dan Boman Irani. Ia berkisar mengenai seorang pegawai Perlindungan Khas, yang diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang-orang ternama termasuk Perdana Menteri. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam 47 Minit TAYANG: 20 September 2019 PANGGUNG: The Grand Cineplex, Seria TRAILER:
TAJUK: HUSTLERS BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Komedi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Constance Wu, Jennifer Lopez, Cardi B, Keke Palmer, Lili Reinhart, Julia Stiles PENGARAH: Lorene Scafaria SINOPSIS: Diinspirasi dari kisah benar tertulis dalam artikel majalah New York berjudul "The Hustlers at Scores" oleh Jessica Pressler yang telah tular. Sekumpulan bekas penari di sebuah kelab malam iaitu Destiny, Ramona, Diamond, Mercedes, Elizabeth, Annabelle dan Liz, merancang untuk melakukan pencurian terhadap pelanggan Wall Street mereka yang kaya. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 47 Minit TAYANG: 19 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: AD ASTRA BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA: Brad Pitt, Tommy Lee Jones, Ruth Negga, Liv Tyler, Donald Sutherland PENGARAH: James Gray SINOPSIS: Dua puluh tahun lalu, bapa Roy McBride telah hilang ketika dalam misi ke Neptune untuk mencari makhluk asing. Kini Roy bekerja sebagai jurutera Korps Tentera dan mengembara ke angkasa lepas untuk mencari bapanya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam 4 Minit TAYANG: 19 September 2019 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: RAMBO LAST BLOOD BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD GENRE: Aksi / Pengembaraan / Ngeri PELAKUN UTAMA: Sylvester Stallone, Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal PENGARAH: Adrian Grunberg SINOPSIS: Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran Perang Vietnam ini perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 40 Minit TAYANG: 19 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: SCARY STORIES TO TELL IN THE DARK BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Zoe Colletti, Michael Garza, Austin Abrams, Gabriel Rush PENGARAH: André Øvredal SINOPSIS: Selama beberapa generasi, sebuah bandar kecil bernama Mill Valley berada dalam bayang-bayang keluarga Bellows. Sebuah rumah agam milik keluarga itu yang terletak di hujung bandar pernah didiami seorang gadis bernama Sarah. Dia menyimpan seribu satu rahsia mengerikan dan menulis sebuah buku yang penuh dengan kisah-kisah seram berdasarkan hidupnya yang terseksa. Pada tahun 1968 di Amerika, sekumpulan remaja mendapati semua kisah tersebut menjadi realiti selepas menemui rumah agam menakutkan itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 48 Minit TAYANG: 19 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: JOKER BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WARNER BROS. PICTURES GENRE: Jenayah / Drama PELAKUN UTAMA: Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy PENGARAH: Todd Phillips SINOPSIS: Berlatarkan pada tahun 1980an, ia berkisarkan tentang Joker. Dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di Gotham City selepas gagal mencipta nama dalam komedi. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 2 Jam 2 Minit TAYANG: 03 Oktober 2019 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE LAST WISH BAHASA: MANDARIN (HK) EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD GENRE: Komedi PELAKUN UTAMA: Peng Yuchang, Wei Daxun, Darren Wang, Zeng Meng Xue PENGARAH: Tian Yusheng SINOPSIS: Seorang pelajar sekolah menengah yang menderita distrofi otot diberitahu bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia bertekad untuk melengkapkan hasrat sebelum mati iaitu untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar. Ketika kedua sahabat baiknya, Xu Hao dan Zhang Zheng Yang mendengar berita ini, mereka tidak berusaha keras untuk mendapatkan keinginan terakhir sahabat baik mereka. KATEGORI: UNRATED DURASI: TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: QUIET COMES THE DAWN BAHASA: INGGERIS (RUSIA) EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Aleksandra Drozdova, Kuzma Kotrelev, Oksana Akinshina, Aleksandr Molochnikov PENGARAH: Pavel Sidorov SINOPSIS: Selepas kematian misteri adiknya, seorang gadis sering bermimpi buruk sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi. Di situ, dia bersama pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama. Namun perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh. KATEGORI: UNRATED DURASI: 1 Jam 53 Minit TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE SPIRIT OF RAMAYANA BAHASA: THAILAND EDARAN: SKOP PRODUCTION GENRE: Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA: Ausadaporn Siriwattanakul, Anusorn Maneeted, Jeffrey Benjakul, Thitikan Sitthisamphan PENGARAH: Chaiwat Sitalasai SINOPSIS: Bagi membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa impiannya untuk menjadi seorang penari adalah benar, termasuk ingin mendapatkan wang untuk membayar bil, penari berusia 24 tahun, Mintra, menyertai uji bakat untuk sebuah pementasan berjudul "Ramayana", dengan harapan dapat menggalas watak Seeda. Pengarah berpendapat dia terlalu baik untuk watak yang memerlukan sisi baik dan gelap itu, dan telah memilih musuhnya Gina. Perkara itu telah menghidupkan sisi gelap Mintra. Dia kemudian bersetuju untuk menerima bantuan hantu yang ingin menghidupkan sisi gelapnya. Namun, Mintra hanya mendapat peluang kedua untuk menyertai uji bakat watak utama itu kerana Gina telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh hantu tersebut. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 35 Minit TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: METAMORPHOSIS BAHASA: KOREA EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Ngeri PELAKUN UTAMA: Bae Sung-Woo, Sung Dong-Il, Jang Young-Nam, Kim Hye-Jun PENGARAH: Kim Hong-Sun SINOPSIS: Sepasang suami isteri serta tiga anak mereka mengalami ketakutan apabila kejadian aneh sering berlaku di rumah baru mereka. Suasana menjadi lebih teruk apabila satu roh jahat menyamar sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Anak sulung keluarga itu kemudian meminta bantuan bapa saudara mereka yang merupakan seorang paderi Katolik. KATEGORI: UNRATED DURASI: 1 Jam 53 Minit TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: PLAYMOBIL BAHASA: INGGERIS EDARAN: TGV PICTURES / SQUARE BOX PICTURES GENRE: Pengembaraan / Animasi PELAKUN UTAMA: Anya Taylor-Joy, Gabriel Bateman, Daniel Radcliffe, Jim Gaffigan, Meghan Trainor, Adam Lambert PENGARAH: Lino DiSalvo SINOPSIS: Diinspirasikan dari permainan kanak-kanak dengan nama yang sama, ia berkisarkan tentang pengembaraan dua beradik Charlie dan Marla dalam dunia animasi Playmobil. Ia bermula apabila Charlie secara tiba-tiba hilang ke dalam dunia Playmobil dan Marla perlu pergi menyelamatkannya. Di sana dia berdepan penjahat, Emperor Maximus. Selain daripadanya, Marla juga bertemu dengan pemandu trak Del, ejen rahsia Rex Dasher, robot dan ramai lagi sepanjang pengembaraannya. KATEGORI: UNRATED DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: IKUT AKU KE NERAKA BAHASA: INDONESIA EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Clara Bernadeth, Rendy Kjaernett, Cut Mini Theo, Sara Wijayanto, Rini Mentari, Teuku Rifnu Wikana PENGARAH: Azhar Kinoi Lubis SINOPSIS: Seorang ibu berjuang untuk menyelamatkan anak dan keluarganya dari sesuatu yang menakutkan yang cuba membawanya ke neraka. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 36 Minit TAYANG: 26 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: ONE PIECE STAMPEDE BAHASA: JEPUN EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Aksi / Anime PELAKUN UTAMA: Mayumi Tanaka, Kazuya Nakai, Akemi Nakamura, Kappei Yamaguchi, Hiroaki Hirata, Ikue Ohtani PENGARAH: Takashi Otsuka SINOPSIS: Lanun-lanun dari serata dunia berkumpul di Ekspo Lanun untuk menyertai pencarian harta karun yang dibuat secara besar-besaran. Misi mereka adalah untuk mencari harta peninggalan milik Gol D. Roger. KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur DURASI: 1 Jam 41 Minit TAYANG: 19 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: DENDAM PONTIANAK BAHASA: MELAYU (MALAYSIA) EDARAN: PRIMEWORKS STUDIO GENRE: Seram / Romantik PELAKUN UTAMA: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadiah M. Din, Nadia Aqilah PENGARAH: Glen Goei, Gavin Yap SINOPSIS: Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu Pontianak tersebut. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 1 Jam 35 Minit TAYANG: 12 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: WEATHERING WITH YOU BAHASA: JEPUN EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Anime / Fantasi / Romantik PELAKUN UTAMA: Kotaro Daigo, Nana Mori, Yuki Kaji, Shun Oguri, Tsubasa Honda, Chieko Baisho PENGARAH: Makoto Shinkai SINOPSIS: Hodaka Morishima yang tinggal di sebuah pulau terbiar berpindah ke Tokyo dan menganggur. Selepas hidup terasing akhirnya nasib menyebelahinya apabila dia diterima bekerja sebagai penulis majalah. Cuaca mula hujan setiap hari selepas Hokada mula bekerja. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang gadis bernama Hina Amano, yang kekal ceria biarpun hanya tinggal berdua bersama adiknya. Dia kemudian mendapat tahu bahawa Hina mempunyai kuasa luar biasa dan mampu mengawal cuaca. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 5 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: WARNING: DO NOT PLAY BAHASA: KOREA EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE: Seram / Misteri PELAKUN UTAMA: Seo Yea-Ji, Jin Seon-Kyu PENGARAH: Kim Jin-Won SINOPSIS: Mi-Jung, seorang pengarah baru yang meminati genre seram, merancang untuk membikin sebuah filem seram. Suatu hari, dia mendapat tahu daripada rakannya, Jun-Seo, mengenai sebuah filem yang dikatakan dirakam oleh hantu. Atas sifat ingin tahu yang tinggi, dia mula menyiasat mengenai filem itu hingga membawanya bertemu dengan pengarah sebenar filem itu, Jae-Hyun. Namun, dia mula diganggu kejadian-kejadian aneh akibat tidak mempedulikan amaran Jae-Hyun yang menyuruhnya melupakan tentang filem itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 25 Minit TAYANG: 5 September 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER: