Wednesday, January 30, 2019

THE LEGO MOVIE 2

TAJUK: THE LEGO MOVIE 2

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Animasi

PELAKUN UTAMA: Chris Pratt, Elizabeth Banks, Will Arnett, Tiffany Haddish

PENGARAH: Mike Mitchell

SINOPSIS: Lima tahun selepas kejadian Taco Tuesday, penceroboh Duplo telah menukar Bricksburg menjadi tanah tandus tetapi Emmet masih lagi berpura-pura yang semuanya masih hebat. Bagaimanapun, apabila rakannya, termasuk Wyldstyle, diculik oleh penceroboh baru yang dipanggil Sweet Mayhem, Emmet kini dalam misi ke angkasa lepas untuk menyelamatkan mereka.

KATEGORI: "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 07 Februari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 29, 2019

THE NEW KING OF COMEDY

TAJUK: THE NEW KING OF COMEDY

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Wang Bao Qiang, Zhang Quan Dan, Jing Ru Yang

PENGARAH: Stephen Chow

SINOPSIS: Filem komedi arahan Stephen Chow ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Dreamy yang memasang impian untuk menjadi bintang filem. Dia berusaha keras selama beberapa tahun untuk merealisasikan impiannya itu, namun gagal. Bapanya memberi tekanan kepadanya dan keluarganya juga meminta dia berhenti, kecuali teman lelakinya Charlie yang masih menyokong impiannya. Selepas banyak kali kecewa, dia ambil keputusan untuk berhenti dan mahu mencari kerja tetap. Bagaimanapun semuanya berubah apabila dia mendapat panggilan yang memaklumkan dia mendapat watak utama untuk sebuah filem arahan pengarah tersohor.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 05 Februari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 28, 2019

A LIFETIME TREASURE

TAJUK: A LIFETIME TREASURE

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Louis Cheung, Ivana Wong, Richard Ng, Teddy Robin, Sammo Hung

PENGARAH: Andrew Lam

SINOPSIS: Master seorang pesara doktor yang menghabiskan masanya dengan mengembara ke seluruh dunia untuk membantu orang dan kini menguruskan sebuah rumah kebajikan warga emas. Dia dibantu oleh Ching, seorang jururawat yang selalu bekerja dengannya sebelum ini. Bersama mereka menjaga sekumpulan lima pesara iaitu Teddy, seorang bekas penyeluk saku; Fatty Crab, seorang bekas detektif yang kini berkerusi roda; Uncle Lung, seorang bekas pengintip untuk perkhidmatan rahsia British; Richard, seorang bekas perenang professional; dan Wai, seorang bekas pelakon opera Cina. Kehidupan aman Master terganggu apabila rakan lamanya, iaitu gengster Marvin, mahu membalas dendam terhadapnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 05 Februari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ALITA: BATTLE ANGEL

TAJUK: ALITA: BATTLE ANGEL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE:  Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley, Keean Johnson

PENGARAH: Robert Rodriguez

SINOPSIS: Alita adalah sebuah cyborg yang terjaga di sebuah klinik dengan tidak mempunyai sebarang memori mengenai siapa dirinya. Dia kemudian terpaksa menggunakan kebolehan pertarungannya yang luar biasa sambil cuba merungkai kebenaran di sebalik masa lampaunya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 2 Minit

TAYANG: 05 Februari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, January 27, 2019

KUNG HEI PAT POH (MISSBEHAVIOUR)

TAJUK: KUNG HEI PAT POH (MISSBEHAVIOUR)

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Gigi Leung, Miriam Yeung, Dada Chan Ching, Isabel Chan, Chui Tien-you

PENGARAH: Pang Ho-Cheung

SINOPSIS: Kumpulan borak dalam telefon "Pat Poh" terdiri daripada enam perempuan dan dua lelaki. Mereka sebelum ini sangat rapat tetapi hubungan mereka menjadi renggang apabila pelbagai konflik timbul, termasuk Inspektor May mendapati rakan baiknya Isabel menjalin hubungan dengan teman lelakinya dan selebriti internet Rosalin menulis rahsia cinta semua orang dalam sebuah buku dan menerbitkannya. Satu hari, salah seorang daripada mereka iaitu June berdepan dengan masalah. Walaupun mereka mempunyai konflik dan tidak puas hati antara satu sama lain, mereka ketepikan masalah mereka demi membantu rakan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 31 Januari 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 22, 2019

A JOURNEY OF HAPPINESS

TAJUK: A JOURNEY OF HAPPINESS

BAHASA: KANTONIS (MALAYSIA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Komedi / Keluarga

PELAKUN UTAMA: Joyce Cheng, Lo Hoi-pang, Lin Min-Chen, Ah Niu, Alex Lam, Jerry Lamb

PENGARAH: JY Teng

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang keluarga Siew dari Hong Kong. Selepas kematian isterinya, Siew Fatt menjadi murung, jadi anak perempuannya Siew Shen yang merupakan pemandu pelancong merancang percutian keluarga bersama abangnya, ejen hartanah Siew Beng, dan adiknya, selebriti media sosial Siew Lup. Ketika dalam percutian itu, pelabagai perkara lucu berlaku setelah mereka bertemu dengan `backpacker` bernama Pumpkin BB, pemandu pelancong bernama Cui Fong dan pemilik hostel bernama Orchid. 

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 05 Februari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 21, 2019

XX RAY 3

TAJUK: XX RAY 3

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTIONS

GENRE: Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Izzue Islam, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Jalaluddin Hassan, Saiful Apek

PENGARAH: Aziz M.Osman

SINOPSIS: Selepas lebih 20 tahun, Aziz M. Osman muncul dengan filem ketiga dari francais "XX-Ray". Kali ini, ia berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang perlu menyelesaikan masalah kemusnahan dunia selepas diancam oleh seorang penjahat yang mahu menguasai dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 49 Minit

TAYANG: 24 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE VANISHING

TAJUK: THE VANISHING

BAHASA: INGGERIS (UK)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Ngeri

PELAKUN UTAMA: Gerard Butler, Peter Mullan, Ólafur Darri Ólafsson, Connor Swindells

PENGARAH: Kristoffer Nyholm

SINOPSIS: Tiga pekerja rumah api tiba di sebuah pulau tidak berpenghuni untuk bekerja di sana selama enam minggu. Ketika mereka mula menyesuaikan diri dengan rutin mereka, sesuatu tidak dijangka berlaku. Mereka menjumpai emas dalam sebuah bot terkandas dan hidup mereka kemudian berubah menjadi teruk.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan penonton dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 17 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, January 20, 2019

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD

TAJUK: HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan / Animasi

PELAKUN UTAMA: Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson, F. Murray Abraham

PENGARAH: Dean DeBlois

SINOPSIS: Dengan Hiccup kini bergelar sebagai ketua puak Viking, dia dan Toothless melindungi pulau dan penduduk daripada bahaya, sekaligus merealisasikan impiannya untuk berdamai dengan naga. Sementara itu, Toothless telah bertemu dengan seekor lagi naga, Light Fury. Bagaimanapun Hiccup dan Toothless perlu membuat keputusan sukar apabila kampung halaman mereka berada dalam bahaya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 31 Januari 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 15, 2019

EVIL RITUAL

TAJUK: EVIL RITUAL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Ngeri

PELAKUN UTAMA: Laurie Holden, Nicole Muñoz, Chloe Rose, Eric Osborne

PENGARAH: Adam MacDonald

SINOPSIS: Mahu membunuh ibunya, seorang remaja perempuan nakal cuba melakukan ritual untuk membangkitkan ahli sihir untuk membunuh bagi pihaknya. Ketika ritual itu dibuat, dia secara tidak sengaja telah membangkitkan sesuatu di dalam hutan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 24 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ESCAPE ROOM

TAJUK: ESCAPE ROOM

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Logan Miller, Deborah Ann Woll, Taylor Russell, Tyler Labine

PENGARAH: Adam Robitel

SINOPSIS: Filem ini menceritakan mengenai enam orang asing yang perlu menggunakan kekuatan masing-masing untuk menyelamatkan diri apabila mereka terperangkap dalam situasi yang mereka tidak boleh kawal.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Min

TAYANG: 24 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 14, 2019

THE KID WHO WOULD BE KING

TAJUK: THE KID WHO WOULD BE KING

BAHASA: INGGERIS (UK)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE:  Pengembaraan / Drama

PELAKUN UTAMA: Louis Serkis, Tom Taylor, Dean Chaumoo, Rhianna Doris, Angus Imrie, Patrick Stewart, Rebecca Ferguson

PENGARAH: Joe Cornish

SINOPSIS: Alex adalah seorang budak sekolah biasa yang mempunyai masalah. Satu hari dia terjumpa dengan pedang mitos Excalibur dan kini dia mempunyai pedang paling berkuasa dalam sejarah. Dengan ini, penjahat bernama Morgana muncul untuk memusnahkan dunia. Kini Alex dan rakannya perlu menewaskan penjahat dan menyelamatkan dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 17 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

GLASS

TAJUK: GLASS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE:  Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: James McAvoy, Bruce Willis, Samuel L. Jackson

PENGARAH: M. Night Shyamalan

SINOPSIS: Filem ini adalah sekuel kepada dua filem arahan M. Night Shyamalan iaitu "Split" dan "Unbreakable". David Dunn, seorang pengawal keselamatan dengan kuasa luar buasa, kali ini dalam misi untuk menjejaki Kevin Wendell Crumb, yang menderita daripada kecelaruan identiti dan mempunyai 24 personaliti berbeza termasuk The Beast. Kedua-dua mereka kemudian bertemu dengan Elijah Price, seorang pembunuh yang dipenjara, yang kini memegang rahsia mereka.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 9 Minit

TAYANG: 17 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, January 11, 2019

BTS WORLD TOUR: LOVE YOURSELF IN SEOUL

TAJUK: BTS WORLD TOUR LOVE YOURSELF IN SEOUL

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Konsert

PELAKUN UTAMA: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook

PENGARAH: Big Hit Entertainment

SINOPSIS: Filem ini memaparkan rakaman ketika jelajah konsert kumpulan BTS "Love Yourself" yang berlangsung di Stadium Olimpik Seoul. Ia turut menampilkan rakaman sepanjang proses sebelum konsert bermula dan di belakang tabir.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 10 Minit

TAYANG: 26 Januari 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 8, 2019

REDCON-1

TAJUK: REDCON-1

BAHASA: INGGERIS (UK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Aksi / Fiksyen Sains / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Katarina Waters, Mark Strange, Carlos Gallardo

PENGARAH: Chee Keong Cheung

SINOPSIS: Dalam satu bandar di Britain yang dipenuhi oleh zombi, skuad elit tentera dalam misi berbahaya untuk menyelamat seorang saintis yang sedang mengejar masa untuk mencari penawar.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 57 Minit

TAYANG: 10 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MOBILE SUIT GUNDAM NARRATIVE

TAJUK: MOBILE SUIT GUNDAM NARRATIVE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Anime

PELAKUN UTAMA: Junya Enoki, Tomo Muranaka, Ayu Matsuura

PENGARAH: Toshikazu Yoshizawa

SINOPSIS: Setahun telah berlalu selepas kejadian Mobile Suit Gundam Unicorn berlaku dan Laplace Box dibuka. Susulan konflik yang dipanggil "Laplace Incident", baki kuasa Neo Zeon yang dikenali sebagai Sleeves musnah. Kedua-dua Banshee dan Unicorn Gundam disimpan dan dikunci di tempat rahsia supaya akan dilupakan oleh orang ramai. Bagaimanapun, kemunculan Gundam lain tiba-tiba mula dilaporkan. Unicorn Gundam 03 Phenex yang disangka hilang sejak dua tahun lalu kini kembali muncul.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 17 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 7, 2019

DEADLY STILL

TAJUK: DEADLY STILL

BAHASA: INGGERIS (RUSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Egor Kharlamov, Sanjar Madi, Garik Petrosyan

PENGARAH: Anton Zenkovich

SINOPSIS: Ketika menuju ke sebuah rumah di pinggir bandar untuk meluangkan hujung minggu bersama, sekumpulan rakan terlibat dalam kemalangan dengan seekor rusa, memaksa mereka berhenti di tempat pedalaman yang pelik. Di sana, mereka menemui kamera misteri. Mereka kemudian menyedari yang gambar dari kamera itu akan mendedahkan kematian sesiapa yang menggunakannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 20 Minit

TAYANG: 10 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

TAKE POINT

TAJUK: TAKE POINT

BAHASA: KOREA

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Aksi

PELAKUN UTAMA: Ha Jung-Woo, Lee Seon-Gyun, Jennifer Ehle, Kevin Durand, Kang Shin-Cheol, Yang Ji-Soo

PENGARAH: Kim Byung-Woo

SINOPSIS: Pada tahun 2024, pada hari pilihan raya A.S, sepasukan tentera upahan elit dalam misi rahsia CIA untuk menculik Menteri Pertahanan Korea Utara di kubu bawah tanah Korean Demilitarized Zone (DMZ). Bagaimanapun mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran dan situasi semakin tegang, ia berkemungkinan akan mencetuskan perang dunia ketiga

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 10 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 1, 2019

KUNG FU MONSTER

TAJUK: KUNG FU MONSTER

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE:  Aksi / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Louis Koo, Chen Xuedong, Bao Bei'er, Zhou Dongyu

PENGARAH: Andrew Lau

SINOPSIS: Berlatarkan pada tahun-tahun terakhir Dinasti Ming, apabila negara China dihadiahkan seekor makhluk pelik oleh Empayar Wanli. Seorang anggota Polis Rahsia Imperial ditugaskan untuk menjinakkan makhluk itu tetapi setelah menyedari ia adalah makhluk yang baik, dia melepaskannya dari istana dan kemudian kahwin lari dengan anak perempuan seorang lelaki yang dihukum atas kesalahan palsu. Tindakannya itu telah diketahui oleh pihak istana yang kemudian meletakkan ganjaran tinggi sekiranya makhluk itu ditangkap. Kini guru-guru seni mempertahankan diri dalam misi untuk menangkap makhluk itu dengan harapan mendapat ganjaran lumayan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

HOMESTAY

TAJUK: HOMESTAY

BAHASA: THAI

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Drama / Fantasi / Ngeri

PELAKUN UTAMA: James Teeradon Supapunpinyo, Cherprang Areekul, Nopachai Jayanama, Suquan Bulakool

PENGARAH: Parkpoom Wongpoom

SINOPSIS: Diinspirasikan dari novel "Colorful" nukilan Eto Mori. Ia berkisarkan tentang roh yang merayau terjumpa seorang lelaki misteri yang dipanggil Guardian, yang memberitahunya dia diberi peluang hidup dalam tubuh seorang remaja lelaki, Min, yang terbaring mati di rumah mayat hospital. Tinggal dalam tubuh baru dikenali sebagai `homestay` dan ia hanya sementara. Untuk roh itu, dia mempunyai 100 hari untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas kematian Min. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan roh itu mati dan dia perlu meninggalkan `homestay` buat selama-lamanya. Bagaimanapun, dia mahu tinggal dalam tubuh itu buat selamanya kerana dia kini menjalani kehidupan baru dengan keluarga Min dan juga telah jatuh cinta dengan seorang gadis, Pie.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 11 Minit

TAYANG: 17 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: