Tuesday, June 25, 2019

UNDERCOVER PUNCH & GUN

TAJUK: UNDERCOVER PUNCH & GUN

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA:  Philip Ng, Vanness Wu, Andy On, Chi Shuai, Joyce Feng

PENGARAH: Philip Lui Koon-Nam, Frankie Tam

SINOPSIS: Wu, seorang anggota polis yang menyamar, terlibat dalam sebuah perdagangan syabu dengan kumpulannya. Namun, urusan perdagangan itu terganggu apabila ahli pasukan khas Eva dan Mike masuk campur dalam operasi tersebut. Xia, ketua penyeludup dan salah seorang pengedar dadah terbesar, menangkap Wu dan memaksanya mencari pemilik syabu untuk mendapatkan dadahnya semula. Wu bekerjasama dengan Eva dan Mike untuk melawan Xia dan menumpaskan jenayah pengedaran dadah itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Min

TAYANG: 28 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, June 24, 2019

LOVE THE WAY YOU ARE

TAJUK: LOVE THE WAY YOU ARE

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA:  Vivian Sung, Song Weilong, Lin Yu Rou, Huang Jun Jie

PENGARAH: Zhou Tong, Dai Mengying

SINOPSIS: Gadis berani Lin Lin dan si ulat buku Yuke hidup berjiran dan merupakan rakan sekelas sejak kecil lagi, namun tidak mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. Mereka berdua melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama dan di situ Lin Lin mendapat tahu Yuke menyukai si gadis jelita di kampus, Ruting. Dia kemudiannya bercadang untuk menyatukan mereka, namun dia sendiri mula jatuh hati kepada Yuke.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 27 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ANNABELLE COMES HOME

TAJUK: ANNABELLE COMES HOME

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Mckenna Grace, Madison Iseman, Katie Sarife, Patrick Wilson, Vera Farmiga

PENGARAH: Gary Dauberman

SINOPSIS: Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren meletak Annabelle di bilik artifak mereka, berharap yang ia akan mengekang kuasa jahat patung itu. Bagaimanapun, Annabelle berjaya membangunkan kejahatan dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan Warren iaitu Judy. Judy bersama dengan sepupunya dan rakan sepupu itu perlu berdepan dengan patung jahat itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 27 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, June 23, 2019

YESTERDAY

TAJUK: YESTERDAY

BAHASA: INGGERIS (UK)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA:  Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris

PENGARAH: Danny Boyle

SINOPSIS: Di sebuah bandar kecil tepi pantai Inggeris, seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal. Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie.

KATEGORI: "PG" - "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 57 Minit

TAYANG: 27 Jun 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, June 18, 2019

ANNA

TAJUK: ANNA

BAHASA: INGGERIS (FRANCE)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Sasha Luss, Luke Evans, Cillian Murphy, Helen Mirren

PENGARAH: Luc Besson

SINOPSIS: Anna Poliatova merupakan seorang gadis yang memiliki rupa paras jelita. Namun di sebalik wajah cantiknya itu, tersimpan satu rahsia tentang kekuatan dirinya yang tidak tertanding serta kebolehan untuk menjadi salah seorang pembunuh upahan kerajaan yang paling digeruni di dunia.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 59 Minit

TAYANG: 25 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

TOY STORY 4

TAJUK: TOY STORY 4

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Komedi / Animasi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA:  Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Maddie McGraw, Christina Hendricks, Jordan Peele, Keanu Reeves

PENGARAH: Josh Cooley

SINOPSIS: Sheriff Woody dan Buzz Lightyear kini menjadi milik seorang kanak-kanak bernama Bonnie, selepas diberikan kepadanya oleh pemilik mereka terdahulu iaitu Andy. Mereka kemudian diperkenalkan kepada Forky, `spork` yang ditukar menjadi permainan. Untuk menunjukkan kepadanya bagaimana menjadi permainan, Woody dan Buzz membawa Forky dalam satu pengembaraan.

KATEGORI: "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 20 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, June 17, 2019

CHILD'S PLAY

TAJUK: CHILD'S PLAY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Aubrey Plaza, Gabriel Bateman, Brian Tyree Henry, Tim Matheson, Mark Hamill

PENGARAH: Lars Klevberg

SINOPSIS: Seorang ibu telah memberi anak lelakinya patung bersempena dengan hari jadinya, tanpa menyedari bahaya yang bakal berlaku berikutan patung tersebut akan mengganas.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 20 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE INVINCIBLE DRAGON

TAJUK: THE INVINCIBLE DRAGON

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA:  Zhang Jin, Anderson Silva, Kevin Cheng, Annie Liu, Stephy Tang

PENGARAH: Fruit Chan

SINOPSIS: Kowloon merupakan seorang ejen rahsia bertatu naga yang mula dikenali selepas membantu polis merungkai kes-kes misteri. Namun sikap terburu-burunya sering mengundang padah. Akibatnya dia bertarung dengan seorang detektif Macau dan juga seorang tentera veteran Amerika bernama Alexander, yang mempunyai kaitan rahsia dengan Kowloon.

KATEGORI: UNRATED

DURASI:

TAYANG: 21 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, June 11, 2019

KRASUE: INHUMAN KISS

TAJUK: KRASUE: INHUMAN KISS

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Romantik / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, Sapol Assawamunkong, Surasak Wongthai

PENGARAH: Sittisiri Mongkolsiri

SINOPSIS: Di sebuah perkampungan terpencil, seorang gadis mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue. Kerana sumpahan itu, setiap malam kepalanya akan bercerai dari tubuhnya dan dia mula memburu darah dan daging. Apabila ternakan di kampungnya banyak mati, ini telah menyebabkan orang kampung berang dan mula memburu Krasue.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 2 Minit

TAYANG: 13 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, June 10, 2019

DETECTIVE CONAN: THE FIST OF BLUE SAPPHIRE

TAJUK: DETECTIVE CONAN: THE FIST OF BLUE SAPPHIRE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Anime

PELAKUN UTAMA:  Minami Takayama, Wakana Yamazaki, Rikiya Koyama, Kappei Yamaguchi, Kenichi Ogata

PENGARAH: Tomoka Nagaoka

SINOPSIS: Filem ke-23 dari francais "Detective Conan" dan siri "Case Closed" yang diangkat dari manga Gosho Aoyama dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang `blue lapis fist`, batu nilam biru terhebat dunia. Ia dikatakan telah karam dalam kapal lanun pada lewat abad ke-19 di Singapura. Apabila ia dijumpai dan dipamerkan di hotel Marina Sands Singapura, satu pembunuhan kemudian berlaku di sana. Di tempat kejadian, kad Kaitou Kid dijumpai.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:

TAYANG: 13 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MEN IN BLACK INTERNATIONAL

TAJUK: MEN IN BLACK INTERNATIONAL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Komedi

PELAKUN UTAMA:  Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Rafe Spall, Laurent Bourgeois, Larry Bourgeois, Emma Thompson, Liam Neeson

PENGARAH: F. Gary Gray

SINOPSIS: Chris Hemsworth membawa watak sebagai Ejen H, ejen terhebat di cawangan Men in Black (MIB) United Kingdom, dan Tessa Thompson sebagai Ejen M, ahli baru cawangan tersebut. Mereka bekerjasama untuk bertempur dengan makhluk asing di muka Bumi. Pada masa yang sama, mereka perlu menyelesaikan masalah terbesar mereka setelah mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 13 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, June 3, 2019

CHASING THE DRAGON II: WILD WILD BUNCH

TAJUK: CHASING THE DRAGON II: WILD WILD BUNCH

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA:  Tony Leung Ka-Fai, Louis Koo, Gordon Lam, Simon Yam

PENGARAH: Jason Kwan, Wong Jing

SINOPSIS: Penculik bersiri Logan menculik anak lelaki seorang jutawan Hong Kong dan meminta wang tebusan sebanyak 2 juta dollar. Dia dan kumpulannya berjaya mendapatkan wang tebusan itu tanpa dikenakan sebarang tindakan kerana tiada laporan polis dibuat. Ini hanya salah satu jenayah bersiri yang mereka lakukan ke atas golongan elit Hong Kong pada tahun 90-an tanpa sebarang masalah. Mereka semakin berani dan menyasarkan orang kaya di Macau pula, tanpa mengetahui seorang ejen rahsia telah menyeludup ke dalam kumpulan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 6 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE BIG TRIP

TAJUK: THE BIG TRIP

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Animation

PELAKUN UTAMA:  David Grout, Tim Sell, Brodey Milburn

PENGARAH: Natalya Nilova

SINOPSIS: Seekor burung upeh yang cuai membuat kesilapan menghantar anak panda ke alamat yang salah. Bagi memperbaiki kesilapan itu, sekumpulan haiwan liar yang terdiri daripada beruang, moose, harimau dan arnab perlu bekerjasama untuk mengembalikan anak panda itu ke pangkuan keluarganya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 6 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, June 2, 2019

POCONG THE ORIGIN

TAJUK: POCONG THE ORIGIN

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Samuel Rizal, Nadya Arina, Surya Saputra, Della Dartyan

PENGARAH: Monty Tiwa

SINOPSIS: Sebelum seorang pembunuh kejam bernama Ananta dihukum bunuh oleh kerajaan negerinya, dia memberitahu anak perempuannya Sasthi bahawa dia perlu dikebumikan di kampung asalnya. Selepas kematiannya, Sasthi dan seorang pengawal penjara, Yama, pergi ke kampung halaman Ananta membawa mayat ayahnya. Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai gangguan aneh, membuatkan mereka mengalami kepayahan memindahkan mayat itu, lebih-lebih lagi mereka perlu melakukannya sebelum bulan purnama. Ini kerana Ananta dipercayai mengamalkan ilmu hitam di mana jika pengamalnya tidak dikebumikan di kampung asal selepas kematian, mereka akan dihidupkan semula dan bulan purnama menjadikan mereka lebih kuat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 4 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

X-MEN: DARK PHEONIX

TAJUK: X-MEN: DARK PHEONIX

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA:  Sophie Turner, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Jessica Chastain, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Evan Peters

PENGARAH: Simon Kinberg

SINOPSIS: Ketika misi menyelamat di angkasa lepas, Jean-Grey hampir mati apabila dia dihentam oleh kuasa kosmik misteri. Setelah pulang, kuasa itu membuatkannya lebih berkuasa tetapi juga tidak stabil. X-Men kini mendapati diri mereka berdepan dengan Jean yang semakin tidak boleh dikawal, mencederakan orang tersayang dan memecah-belahkan mereka. Mereka perlu menjadi mencari jalan untuk bersatu dan menyelamatkan roh Jean serta Bumi daripada makhluk asing yang mahu menjajah galaksi dengan menggunakan kuasa itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 6 Jun 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: