Wednesday, August 30, 2017

PARVA

TAJUK : PARVA

BAHASA : NEPALI

EDARAN : TV FILMY & SUBASH ENTERTAINMENT

GENRE : Seram / Romantik

PELAKUN UTAMA : Namrata Shrestha , Koshish Chhetri , Mala Limbu

PENGARAH : Dinesh Raut

SINOPSIS : Sebuah filem seram yang mencerita satu watak yang terus melakukan serangan untuk kepuasan dirinya selepas kejadian yang berlaku pada sebuah perayaan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 55 Min

TAYANG : 31 Ogos 2017

PANGGUNG : The PSB Cineplex, Seria

TRAILER :

Tuesday, August 29, 2017

THE TAG ALONG 2

TAJUK : THE TAG ALONG 2

BAHASA : MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Rainie Yang, Tiffany Hsu, Francesca Kao, Lung Shao Hua

PENGARAH : Cheng Wei-Hao

SINOPSIS : Filem seram ini adalah kesinambungan dari filem pertama berjudul "The Tag-Along" yang memaparkan tentang kisah mitos popular mengenai Little Red Girl. Sekuel ini akan mendedahkan identiti sebenar Little Red Girl yang menjadi misteri pada filem pertama.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 48 Min

TAYANG : 31 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

COLOUR OF THE GAME

TAJUK : COLOUR OF THE GAME

BAHASA : KANTONIS (HK)

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Simon Yam, Jordan Chan, Philip Ng, Sabrina Qiu

PENGARAH : Kam Ka Wai

SINOPSIS : Seorang ahli kumpulan kongsi gelap telah diberi arahan untuk melakukan misi balas dendam untuk ketuanya. Ketika menjalankan misi itu, dia akhirnya telah membongkar konspirasi di sebalik misi tersebut.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 47 Min

TAYANG : 31 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, August 25, 2017

RENEGADES

TAJUK : RENEGADES

BAHASA : INGGERIS (FRANCE)

EDARAN : RAINFILM SDN BHD

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley

PENGARAH : Steven Quale

SINOPSIS : Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 44 Minit

TAYANG : 1 September 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, August 23, 2017

VIVEGAM

TAJUK : VIVEGAM

BAHASA : TAMIL (INDIA)

EDARANTSR FILMS

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Ajith Kumar, Vivek Oberoi, Kajal Aggarwal, Akshara Haasan

PENGARAH : Siva

SINOPSIS : Diarahkan oleh Siva, filem thriller Tamil ini berkisarkan mengenai seorang pengintip di India. Ajith Kumar membawa watak sebagai pengintip itu manakala Kajal Aggarwal pula membawa watak sebagai isterinya.

KATEGORI : UNRATED

DURASI : 2 Jam 27 Min

TAYANG : 24 Ogos 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 22, 2017

IT

TAJUK : IT

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Bill SkarsgÄrd, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff

PENGARAH : Andres Muschietti

SINOPSIS : Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu. Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 15 Min

TAYANG : 7 September 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, August 21, 2017

CARS 3

TAJUK : CARS 3

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Owen Wilson, Larry The Cable Guy, Bonnie Hunt, Cheech Marin

PENGARAH : Brian Fee

SINOPSIS : Owen Wilson kembali menyumbang suara sebagai Lightning McQueen dalam filem ketiga "Cars". Watak lain yang bakal kembali adalah Luigi, Mater, Sally dan ramai lagi.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 43 Min

TAYANG : 24 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

BIRTH OF THE DRAGON

TAJUK : BIRTH OF THE DRAGON

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Phillip Ng, Billy Magnussen, Terry Chen

PENGARAH : George Nolfi

SINOPSIS : Berlatarkan pada tahun 1965 di San Francisco, seorang pelajar Bruce Lee, Steve McKee, telah mencadangkan supaya Bruce Lee bertarung dengan seorang sami Shaolin bernama Wong Jack Man, yang merupakan guru kung fu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 36 Min

TAYANG : 24 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, August 20, 2017

AMERICAN MADE

TAJUK : AMERICAN MADE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Jenayah / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Tom Cruise, Domhnall Gleeson, Jesse Plemons, Sarah Wright

PENGARAH : Doug Liman

SINOPSIS : Barry Seal adalah seorang juruterbang TWA yang direkrut oleh CIA untuk mengawal ancaman komunis di Pusat Amerika. Seal menjadi seorang ejen dalam satu misi rahsia, tetapi berikutan skandal Iran telah membawa kepada malu besar terhadap Rumah Putih Reagan

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 54 Min

TAYANG : 31 Ogos 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 15, 2017

ABANG LONG FADIL 2

TAJUK : ABANG LONG FADIL 2

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : ASTRO SHAW

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu

PENGARAH : Syafiq Yusof

SINOPSIS : Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Untuk membersihkan namanya dan membuktikan dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 35 Min

TAYANG : 24 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, August 11, 2017

THE EMOJI MOVIE

TAJUK : THE EMOJI MOVIE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURE ENTERTAINMENT

GENRE : Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA : T.J. Miller, Ilana Glazer, James Corden

PENGARAH: Tony Leondis

SINOPSIS : Emoji menjalani kehidupan di dunia rahsia mereka dalam aplikasi telefon. Salah satu daripada mereka, Gene, sepatutnya mempunyai rupa `meh` sama seperti kedua ibu bapanya tetapi gangguan telah menyebabkan dia tidak dapat mengawal ekspresinya, menjadikan dirinya mampu melakukan lebih daripada ekspresi `meh`. Mahu menjadi `normal`, dia perlu cari jalan untuk membaiki gangguan tersebut.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 26 Minit

TAYANG : 17 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE HITMAN'S BODYGUARD

TAJUK : THE HITMAN'S BODYGUARD

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAINFILM SDN BHD

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Elodie Yung, Salma Hayek

PENGARAH: Patrick Hughes

SINOPSIS : Seorang pengawal peribadi terhebat terpaksa bekerjasama dengan bekas musuhnya, seorang pembunuh upahan yang perlu memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mereka perlu membuang perbezaan masing-masing bagi menumpaskan seorang diktator dalam masa 24 jam.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 51 Minit

TAYANG : 17 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 8, 2017

ONCE UPON A TIME

TAJUK : ONCE UPON A TIME

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Aksi / Drama / Fantasi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Yang Yang, Crystal Liu Yifei, Yan Yikuan, Luo Jin, Li Chun

PENGARAH : Anthony LaMolinara, Zhao Xiaoding

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang Bai Qian, dewi dari Heavenly Realms. Dalam kehidupan pertamanya, roh gurunya telah musnah apabila sedang menentang Demon Lord. Sekarang sebagai perantis gurunya, ia menjadi tugasnya untuk menentang Demon Lord. Bai Qian telah dihantar ke dunia manusia sebagai percubaan, di mana dia telah bertemu dan jatuh cinta dengan Ye Hua dan kedua-dua mereka berkahwin. Bagaimanapun, selepas Ye Hua meninggal dunia, Bai Qian meminta memori Ye Hua dipadam dari ingatannya kerana terlalu perit buatnya. Mereka kemudian bertemu lagi dan Ye Hua, kini putera naga hitam berusia 90,000 tahun daripada Bai Qian, telah diberi peluang kedua untuk dicintai lagi, walaupun Bai Qian tidak lagi mengenalinya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 49 Minit

TAYANG : 17 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE BATTLESHIP ISLAND

TAJUK : THE BATTLESHIP ISLAND

BAHASA : KOREA

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Aksi / Sejarah

PELAKUN UTAMA : Hwang Jung-Min, So Ji-Sub, Song Joong-Ki, Lee Jung-Hyun, Yoon Dae-Yool, Kim Soo-Ahn

PENGARAH: Ryoo Seung-Wan

SINOPSIS : Lee Kang-OK adalah seorang kondukter muzik di hotel Kyungsung. Dia telah meninggalkan Jepun untuk melindungi anak perempuannya, tetapi mereka telah dihantar ke Hashima (Pulau Peperangan) iaitu kem buruh, di mana mereka dipenjara dan dipaksa untuk bekerja di lombong arang. Turut menerima nasib sama adalah Choi Chil Seong, seorang pelawan jalanan terbaik di Kyungsung yang sering menimbulkan masalah ketika di kem buruh, dan Park Moo-Yeong, pejuang kebebasan yang berjaya menyelinap masuk untuk menyelamatkan individu penting dalam pergerakan kebebasan yang dipenjara di sana. Mereka adalah antara 400 pekerja Korea yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk melarikan diri dari Hashima. 

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 12 Minit

TAYANG : 17 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, August 7, 2017

MON MON MON MONSTERS

TAJUK : MON MON MON MONSTERS

BAHASA : KANTONIS (TAIWAN)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Deng Yukai, Kent Tsai, Eugenie Liu, Lin Pei Hsin

PENGARAH: Giddens Ko

SINOPSIS : Pelajar cemerlang sekolah tinggi, Lin Shu-wei, sering dibuli oleh Ren-Hao dan rakan-rakannya, Guo-Feng dan Wei-Zhu. Satu hari, ketiga-tiga mereka telah menuduh Lin mencuri wang kelas. Ini menyebabkan semua mereka didenda, termasuk Lin yang diarah untuk melakukan khidmat masyarakat. Kerja khidmat masyarakat itu memberikan Ren-Hao dan kroninya rancangan lain dan mereka mengajak Lin untuk turut serta. Mereka menjadi sebuah geng yang membuli warga emas sehingga cuba merompak seorang veteran perang. Mereka yang menjangkakan dapat menemui emas sebaliknya bertemu dengan sekumpulan raksasa. Mereka membawa salah satu raksasa itu ke tempat lepak rahsia mereka di mana mereka mula melakukan keganasan dengan menyeksanya.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 1 Jam 53 Minit

TAYANG : 10 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

BAD GENIUS

TAJUK : BAD GENIUS

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Ngeri

PELAKUN UTAMA : Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, James Teeradon Supapunpinyo, Chanon Santinatornkul

PENGARAH : Nattawut Poonpiriya

SINOPSIS : Lynn seorang pelajar cemerlang yang mencari wang mudah dengan menjual jawapan peperiksaan kepada pelajar lain. Pelanggannya, Pat dan Grace, meyakinkan dia untuk menjual jawapan STIC, peperiksaan antarabangsa untuk pelajar yang ingin memasuki universiti terkemuka dunia. Peperiksaan itu dijadualkan akan berjalan pada masa dan hari yang sama di seluruh dunia. Lynn perlu terbang ke negara yang mempunyai perbezaan masa dengan Thailand supaya dia boleh menghantar jawapan kepada pelanggannya. Masalahnya adalah seseorang perlu mengambil tempatnya ketika dia tiada. Lynn hanya tahu seorang sahaja yang boleh menggantikannya iaitu musuhnya yang genius, Bank, yang sangat bencikan penipuan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 11 Minit

TAYANG : 10 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, August 4, 2017

ANNABELLE CREATION

TAJUK : ANNABELLE CREATION

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman

PENGARAH: David F. Sandberg

SINOPSIS : Ia mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 49 Minit

TAYANG : 10 Ogos 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, August 2, 2017

JAB HARRY MET SEJAL

TAJUK : JAB HARRY MET SEJAL

BAHASA : HINDI (INDIA)

EDARAN : ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Shah Rukh Khan, Anushka Sharma, Evelyn Sharma, Sayani Gupta, Chandan Roy Sanyal

PENGARAH: Imtiaz Ali

SINOPSIS : Filem arahan Imtiaz Ali ini berkisarkan tentang pengembaraan Harry dan Sejal merentasi Eropah. Pencarian cincin pertunangan untuk Sejal membuatkan Harry memahami cinta dan hubungan dengan baik. Ia dibintangi oleh pelakon terkenal Shah Rukh Khan dan Anuska Sharma sebagai peneraju.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 30 Minit

TAYANG : 3 Ogos 2017

PANGGUNG : The Arena Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 1, 2017

THE DARK TOWER

TAJUK : THE DARK TOWER

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE : Fantasi / Seram / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick

PENGARAH: Nikolaj Arcel

SINOPSIS : Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi tersebut. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembaraan mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 35 Minit

TAYANG : 3 Ogos 2017

PANGGUNG : The Arena Cineplex

TRAILER :

THE OSIRIS CHILD

TAJUK : THE OSIRIS CHILD

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Kellan Lutz, Daniel MacPherson, Isabel Lucas, Luke Ford

PENGARAH: Shane Abbess

SINOPSIS : Kane adalah Leftenan di Exors, sebuah syarikat terraform planet untuk manusia di Bumi. Satu hari dia mendapati syarikat tersebut secara rahsia mencipta makhluk yang dikenali sebagai Raggeds yang akan menghapuskan populasi di planet-planet. Makhluk ini kemudian telah terlepas dan Exor membuat rancangan untuk mengebom planet untuk menutup perkara sebenar. Kane kini perlu bekerjasama dengan bekas jururawat bernama Sy untuk mencari dan menyelamatkan anak perempuannya dari kemusnahan global.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 39 Minit

TAYANG : 3 Ogos 2017

PANGGUNG : The Arena Cineplex

TRAILER :