Sunday, July 30, 2017

THE DOLL 2

TAJUK : THE DOLL 2

BAHASA : MELAYU (INDONESIA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Luna Maya, Herjunot Ali, Sara Wijayanto, Maria Sabta

PENGARAH :  Rocky Soraya

SINOPSIS :  Maira dan Aldo hidup gembira bersama anak perempuan mereka bernama Kayla dan pembantu rumah mereka bernama Yani. Tetapi satu kemalangan telah meragut nyawa Kayla dan ini telah mengubah hidup kedua-dua mereka. Miara bertukar menjadi seorang yang murung dan Aldo sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja. Tetapi 6 bulan kemudian, sehari sebelum hari jadi Kayla, Maira merasakan seperti dirinya tidak bersendirian. Bunyi pintu terbuka pada waktu malam, TV buruk terpasang sendiri, dan suara kanak-kanak memanggilnya. Patung kegemaran Kayla bernama Sabrina juga sering berubah tempat. Rakan baik Maira, Elsa kemudian mencadangkan supaya dia cuba berkomunikasi dengan Kayla menggunakan Sabrina sebagai orang tengah. Sejak dari itu, Maira mula merasa tidak selesa dan percaya Kayla yang menganggunya. Aldo tidak percaya, tetapi Maira yakin Kayla sekarang berada dalam patung Sabrina juga berkomunikasi dengannya.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 1 Jam 57Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

FINALLY FOUND SOMEONE

TAJUK : FINALLY FOUND SOMEONE

BAHASA : TAGALOG

EDARAN : STAR CINEMA

GENRE : Romantik / Komedi

PELAKUN UTAMA : John Lloyd Cruz, Sarah Geronimo, Joey Marquez

PENGARAH: Theodore Boborol

SINOPSIS : Aprilyn seorang calon pengantin wanita telah ditinggalkan oleh calon suaminya di hari persandingan mereka dan telah minjadi viral secaran online. Oleh kerana kekecewaannya, dia bertemu dengan Raffy seoarang agen PR yang akan membantunya untuk meneruskan kehidupannya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 58 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, July 25, 2017

OVERDRIVE

TAJUK : OVERDRIVE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana de Armas, Gaia Weiss

PENGARAH: Antonio Negret

SINOPSIS : Andrew dan Garrett Foster adalah dua beradik yang mempunyai kepakaran dalam mencuri kereta mewah. Mereka telah mengembara ke selatan Perancis untuk mencari peluang baru. Mereka kemudian diupah untuk mencuri kereta Bugatti 1937, tetapi mereka tertangkap. Pemilik kereta tersebut, ketua penjenayah Jacomo Morier, mahu dua beradik ini mencuri kereta daripada musuhnya Max Klemp sebagai pertukaran dengan nyawa mereka. Bukan kereta biasa yang dia mahu dua beradik itu curi, sebaliknya dia mahukan kereta paling berharga buat Kemp iaitu Ferrari 250 GTO 1962.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 36 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

WOLF WARRIORS 2

TAJUK : WOLF WARRIORS 2

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Jason Wu, Frank Grillo, Celina Jade, Nan Yu, Zhang Hanyu

PENGARAH :  Jason Wu

SINOPSIS :  Filem sekuel "Wolf Warrior" ini memaparkan Leng Feng kembali ke medan perang di Afrika dalam misi menyelamat. Bagaimanapun operasinya tidak berjalan lancar seperti yang dirancang dan dia perlu berdepan pergolakan yang berlaku untuk menyelamatkan diri.

KATEGORI : UNRATED

DURASI : 2 Jam 3 Minit

TAYANG : 28 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, July 24, 2017

ATOMIC BLONDE

TAJUK : ATOMIC BLONDE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Ngeri

PELAKUN UTAMA : Charlize Theron, James McAvoy, John Goodman, Sofia Boutella

PENGARAH: David Leitch

SINOPSIS :  Lorraine Broughton, pengintip terhebat untuk MI6, telah dihantar ke Berlin ketika Perang Dingin untuk menyiasat dan menumpaskan rangkaian pengintip kejam yang telah membunuh ejen penyamaran untuk alasan yang tidak diketahui. Dia juga perlu mendapatkan semula senarai `double agent` yang hilang. Menerusi pengembaraannya, dia telah diminta untuk bekerjasama dengan ketua balai Berlin, David Percival.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 55 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

KAU YANG SATU

TAJUK : KAU YANG SATU

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : ASTRO SHAW

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci

PENGARAH :  Osman Ali

SINOPSIS :  Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 15 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, July 21, 2017

RINA2

TAJUK : RINA2

BAHASA : MELAYU (BRUNEI)

EDARAN : REGALBLUE PRODUCTION

GENRE : Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA : Syukri Mahari, Tauffek Ilyas, Haji Yahya Haji Berudin, Khouannakhone Souliyabapha, Chintana Soukkavongsa, Phongsavanh Boulom

PENGARAH :  Harlif Haji Mohamad

SINOPSIS :  Rina2 adalah kesinambungan dari filem Ada Apa Dengan Rina yang diterbitkan pada tahun 2013.  Kali ini Hakim (Syukri Mahari) dan Faisal (Tauffek Ilyas) masih meneruskan perjuangan mereka mencari jodoh masing-masing.  Persahabatan mereka ditantang ketika mereka menjalankan tugas di luar negeri iaitu di Vientiane. Laos apabila mereka jatuh cinta pada seorang gadis Laos, Mina (Khouannakhone Souliyabapha) yang bertugas sebagai pemandu turis. Mereka juga ditunjuk ajar oleh seorang pengurus tempat mereka menginap iaitu Yahya (Haji Yahya Haji Berudin) yang mana dia sendiri terpaksa berjuang dengan Kaicuk (Phongsavanh Boulom) untuk memenangi hati Malai (Chintana Soukkavongsa).

KATEGORI : "U' - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, July 19, 2017

THE BUNGSU STORY

TAJUK : THE BUNGSU STORY

BAHASA : INGGERIS (BRUNEI)

EDARAN : FILTERWORKS PRODUCTION

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Safarah Nordin, Adi Nabil, Zainal Bostaman

PENGARAH :  Aznniel Yunus

SINOPSIS :  Sebuah drama tentang seorang pelajar yang mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk menyelesaikan studinya terancam apabila dia bertemu dengan sisi lain dari dirinya.

KATEGORI : "U' - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur

DURASI : 32 Minit

TAYANG : 27 Julai 2017

PANGGUNG : The Arena Cineplex

TRAILER :

Tuesday, July 18, 2017

BALUN

TAJUK : BALUN

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim

PENGARAH :  Bob Singah

SINOPSIS :  Hassan seorang pemuda yang telah kematian ayah dan ibu sejak dari kecil lagi. Dia kemudian pulang dari luar negara dan balik menetap di kampung asalnya kerana banyak perkara harus diselesaikan, terutama perihal tanah milik arwah ayahnya dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu. Tetapi apabila dia pulang ke kampung, dia dicemuh sebagai anak kaki judi. Sementara itu Tuan Seman pula terkejut dengan kehadiran Hassan yang disangkakan telah mati ditembak bersama ayahnya. Anak kepada Tok Penghulu, Nur Ain, secara tidak sengaja telah mengetahui kisah sebenar tentang keluarga Hassan dan mula membantu lelaki itu mencari jalan penyelesaian.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 29 Minit

TAYANG : 17 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

HIJABSTA BALLET

TAJUK : HIJABSTA BALLET

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTIONS

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Puteh Maimun Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Aida Khalida

PENGARAH: Syed Zulkifli Syed Masir

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri, lakonan Puteh Maimun Zahra. Adele seorang penari balet yang ingin berhijab. Ia mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan
yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 47 Minit

TAYANG : 03 Ogos 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, July 17, 2017

BABY DRIVER

TAJUK : BABY DRIVER

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE : Aksi / Komedi / Jenayah

PELAKUN UTAMA : Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González

PENGARAH: Edgar Wright

SINOPSIS :  Seorang pemuda yang mempunyai skil memandu yang bagus dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 53 Minit

TAYANG : 20 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

DUNKIRK

TAJUK : DUNKIRK

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Aksi / Drama / Sejarah

PELAKUN UTAMA : Tom Hardy, Cillian Murphy, Mark Rylance, Kenneth Branagh, Harry Styles

PENGARAH :  Christopher Nolan

SINOPSIS :  Diarahkan oleh Christopher Nolan, "Dunkirk" berkisarkan tentang sejarah Pemindahan Dunkirk yang berlaku ketika Perang Dunia II. Ia menceritakan bahaya yang dihadapi ketika memindahkan tentera Bersekutu dari pantai ke pelabuhan Dunkirk, Perancis ketika dikepung oleh tentera Jerman pada Mei 1940. Menggunakan kapal perkhidmatan dan kapal awam, lebih 300,000 tentera British dan Perancis dipindahkan secara perlahan-lahan dari pantai.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 47 Minit

TAYANG : 20 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, July 16, 2017

KERJA KAHWIN

TAJUK : KERJA KAHWIN

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : METROWEALTH

GENRE : Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA : anna Nick, Dato' Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Ziema Din, Syed Ali, Aziz M.Osman, A. R. Badul

PENGARAH :  Anwardi Jamil

SINOPSIS :  Ia berkisarkan tentang seorang wanita bernama Farah yang hendak menamatkan zaman bujangnya. Namun untuk berkahwin, dia perlu memenuhi syarat Mak Tok-nya yang mahukan Farah mengadakan perkahwinan cara tradisi di kampungnya dan bukannya di hotel mewah.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 20 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

VALERIAN AND THE CITY OF A THOUSAND PLANETS

TAJUK : VALERIAN AND THE CITY OF A THOUSAND PLANETS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAINFILM SDN BHD

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Dane DeHaan, Cara Delevingne, Ethan Hawke, Clive Owen, Rihanna, John Goodman, Herbie Hancock, Kris Wu

PENGARAH :  Luc Besson

SINOPSIS :  Ejen pengembara masa Valerian dan Laureline telah dihantar untuk satu misi ke bandar galaksi Alpha. Beribu jenis spesis dari empat sudut alam semesta hidup di metropolis itu. Sebanyak 17 juta penduduk hidup bersama dan bergabung bakat, teknologi dan sumber untuk kebaikan semua. Bagaimanapun, tidak semua di Alpha berkongsi objektif sama, kerana terdapat kuasa yang akan membuatkan hidup manusia dalam bahaya. Kini ia terletak pada Valerian dan Laureline untuk melindungi spesis manusia.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 17 Minit

TAYANG : 20 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, July 11, 2017

MEOW

TAJUK : MEOW

BAHASA : KANTONIS (HONG KONG)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Louis Koo, Ma Li, Liu Chu Tian, Andy Huang

PENGARAH :  Benny Chan

SINOPSIS :  Makhluk asing yang datang dari planet jauh telah menduduki Bumi sejak beribu tahun dahulu. Mereka menyamar sebagai kucing dan mendiami setiap pelusuk dunia. Mereka comel dan bijak membolehkan mereka dilayan seperti raja dan permaisuri oleh manusia. Xi Xili adalah pendatang terbaru dari planet mereka, Planet Meow. Kucing besar yang comel itu telah datang ke Bumi untuk memastikan planetnya terus selamat. Rancangannya bagaimanapun tidak menjadi apabila dia tiba di Bumi dan sebuah keluarga di Hong Kong mengambilnya sebagai haiwan peliharaan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 14 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

WU KONG

TAJUK : WU KONG

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAIMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Drama / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Eddie Peng, Ni Ni, Shawn Yue, Oho Ou Hao, Zheng Shuang

PENGARAH :  Derek Kwok

SINOPSIS :  Sun Wu Kong dilahirkan di Huaguo Mountain dengan mempunyai hati batu. Salah satu general berkuasa di Heaven, Hua Ji, mahu membunuhnya. Wu Kong telah diselamatkan oleh seorang sami, Bodhi, yang kemudian mengambilnya sebagai pengikut. Sementara itu, Yang Jian telah ditawarkan untuk menjadi tuhan - tetapi ada harga. Dia perlu membunuh Zixia, anak perempuan kepada musuh Maharaja Heaven, tetapi dia jatuh cinta dengan gadis itu. Tian Peng pula pengawal Hua Ji yang telah diarahkan untuk menyiasat Wu Kong. Ketiga-tiga mereka telah dihantar ke sekolah Heaven, dengan masing-masing mempunyai misi berbeza. Ketika di sana hidup mereka mula berubah.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 10 Minit

TAYANG : 13 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, July 10, 2017

WAR FOR THE PLANET OF THE APES

TAJUK : WAR FOR THE PLANET OF THE APES

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 2OTH CENTURY FOX

GENRE : Aksi / Drama / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer

PENGARAH :  Matt Reeves

SINOPSIS :  Filem ini mengikuti konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Dia kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 23 Minit

TAYANG : 13 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, July 3, 2017

SPIDER-MAN: HOMECOMING

TAJUK : SPIDER-MAN: HOMECOMING

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero

PELAKUN UTAMA : Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau

PENGARAH :  Jon Watts

SINOPSIS :  Susulan daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, dia mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 13 Minit

TAYANG : 06 Julai 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

HOUSE OF THE DISAPPEARED

TAJUKHOUSE OF THE DISAPPEARED

BAHASA : KOREA

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Kim Yun-Jin, TaecYeon, Jo Jae-Yun, Lee Han-Wi

PENGARAH :  Lim Dae-Woong

SINOPSIS :  Min-hee seorang suri rumah yang telah ditangkap dan dipenjara selama 25 tahun atas tuduhan membunuh suaminya. Anak lelakinya juga telah hilang selepas insiden itu. Selepas dibebaskan dari penjara, Min-hee pulang ke rumah di mana insiden tersebut berlaku bagi merungkai misteri di sebalik kematian suaminya dan kehilangan anak lelakinya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 06 JULAI 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :