Monday, September 28, 2020

JIANG ZI YA: LEGEND OF DEIFICATION


TAJUK: JIANG ZI YA: LEGEND OF DEIFICATION

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: PENGEMBARAAN / ANIMASI / FANTASI

PELAKUNZheng Xi, Yang Ning, Yan Meme, Ji Guanlin, Jiang Guangtao

PENGARAHCheng Teng, Li Wei

SINOPSISFilem ini merupakan sambungan kepada filem "Ne Zha" (2019). Jiang Ziya telah diperintahkan oleh dewa-dewa untuk menjatuhkan kerajaan Shang. Untuk itu, bersama Ne Zha yang bertindak sebagai salah seorang jeneralnya, dia telah mengumpulkan sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa luar biasa untuk membantunya.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 51 Minit

TAYANG: 8 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FATE/STAY NIGHT HEAVEN'S FEEL III. SPRING SONG


TAJUK: FATE/STAY NIGHT HEAVEN'S FEEL III. SPRING SONG

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: ANIMASI

PELAKUNNoriaki Sugiyama, Noriko Shitaya, Yu Asakawa, Mai Kadowaki, Kana Ueda, Ayako Kawasumi

PENGARAHTomonori Sudou

SINOPSISFilem terakhir daripada trilogi "Fate/Stay Night Heaven's Feel". Ia merupakan kesinambungan kepada filem yang sebelumnya, "Fate/Stay Night: Heaven's Feel II. Lost Butterfly". Shirou Emiya nekad untuk menamatkan Perang Holy Grail, yang merupakan pertempuran maut melibatkan ahli sihir dan roh-roh pewira masa lampau yang digelar Servants. Shirou telah berjanji untuk melindungi rakan baiknya, Sakura Matou, menyebabkan dia kini terlibat dalam pertempuran itu dengan bantuan Rin Tohsaka.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG:  1 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, September 21, 2020

IN MY HEART


TAJUKIN MY HEART

BAHASA: MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: DRAMA / ROMANTIK

PELAKUNCharles Tu, Yuan Teng, Zen Wong

PENGARAHTeddy Chin

SINOPSISPada suatu malam, adik beradik Ah Le dan Ah Yuan yang menggemari muzik memecah masuk ke auditorium sekolah untuk bermain sebuah piano yang mahal. Walaupun mereka berjaya mengalih perhatian pengawal keselamatan dengan muzik mereka, sebuah kemalangan serius berlaku ketika mereka cuba melarikan diri. Ah Yuan koma, membuatkan Ah Le rasa bersalah sehingga dia berhenti bermain muzik. Selepas Ah Le menyambung pengajian ke universiti, dia mula berkawan dan jatuh hati dengan seorang gadis 'punk' yang pelik dengan nama samaran Monster. Dia juga berkawan dengan rakan sebiliknya, seorang pemuzik bernama Mr. Car. Kehidupan Ah Le berubah selepas dia bertemu mereka dan ini mengembalikan impiannya yang tersimpan lama serta kasih sayangnya terhadap adik dan ibu bapanya.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG:  24 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

UNHINGED


TAJUK: UNHINGED

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: AKSI / JENAYAH

PELAKUN: Russell Crowe, Gabriel Bateman, Caren Pistorius

PENGARAH: Derrick Borte

SINOPSISPerbuatannya membunyikan hon kereta kepada seorang lelaki tidak dikenali ketika bergegas ke tempat bekerja menyebabkan Rachel, seorang ibu tunggal, kini berdepan bahaya. Sejak itu, Rachel mendapati lelaki misteri itu sering mengekorinya dan orang-orang yang rapat dengannya menjadi mangsa serangan lelaki itu.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berumur 18 Tahun Ke Atas

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG:  24 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, September 20, 2020

DELIVER US FROM EVIL


TAJUK: DELIVER US FROM EVIL

BAHASA: KOREA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: AKSI / JENAYAH

PELAKUNHwang Jung-Min, Lee Jung-Jae, Park Jung-Min, Choi Hee-Seo

PENGARAHHong Won-Chan

SINOPSISSetelah menyelesaikan kontrak terakhirnya, pembunuh upahan In-nam bergegas ke Thailand apabila mendapat tahu bahawa kemungkinan salah seorang ahli keluarganya telah menjadi mangsa kes penculikan yang berlaku di sana. Dia disertai oleh Yui, yang bekerjasama untuk menyiasat dan mencari mangsa penculikan tersebut. Pada masa yang sama, In-nam turut berada dalam buruan Ray, selepas mendapati adiknya telah dibunuh oleh In-nam.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berumur 18 Tahun Ke Atas

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG:  17 September 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, September 14, 2020

WORM & THE WIDOW (JANDA & ULOT)


TAJUK: WORM & THE WIDOW (JANDA & ULOT)

BAHASA: BAHASA TUTONG / ISYARAT (BRUNEI)

EDARAN: BRUREALISM PICTURES

GENRE: MISTERI / ARTISTIK

PELAKUNAslam bin Mohd Hassan, Norlina Khan, Kai Japar, Ang Chian Lian, Iddie Mo

PENGARAH: Abdul Zainidi

SINOPSISCerita ini mengisahkan tentang pertemuan dua orang yang memiliki sikap aneh iaitu Ulot dan seorang janda yang tinggal di dalam hutan.  Ulot kemudiannya bertemu dengan janda dan dari situlah timbul persahabatan di antara mereka.  Kisah tersebut menjadi misteri apabila Ulot mula mengenali lebih jauh tentang janda tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 3 Minit

TAYANG:  Oktober 2020

PANGGUNG: The PSB Cineplex Seria

TRAILER:

Sunday, September 13, 2020

MIIMALAND


TAJUK: MIIMALAND

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: MICO STUDIO

GENRE: SERAM

PELAKUNFattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek

PENGARAHNevin Hiong

SINOPSISSebuah filem seram arahan Nevin Hiong. Ia dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Ariel, yang ingin menyiasat misteri taman tema terkenal pada tahun 1990-an, Mimaland. Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994. Filem ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq dan Zalif Sidek.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 24 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MONSTER RUN


TAJUK: MONSTER RUN

BAHASA: KANTONIS (CHINA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: AKSI / DRAMA

PELAKUNShawn Yue, Jessie Li, Kara Wai, Tumen

PENGARAHHenri Wong

SINOPSISKelebihannya untuk melihat raksasa sejak kecil membuatkan Ji Mo dianggap pelik, sehingga dia terpaksa berpura-pura tidak mempedulikan mereka. Dia juga percaya yang dia satu-satunya manusia yang mampu melihat mereka, sehinggalah pada suatu hari, raksasa-raksasa muncul di pasar raya di mana dia bekerja. Namun kali ini, mereka diikuti oleh seorang pemburu raksasa bernama Meng. Menyedari yang dia tidak lagi keseorangan, Ji Mo kini bakal berdepan pengembaraan terbesar dalam hidupnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE TUNNEL


TAJUKTHE TUNNEL

BAHASA: INGGERIS (NORWAY)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: AKSI / DRAMA

PELAKUNThorbjørn Harr, Ylva Fuglerud, Lisa Carlehed, Ingvild Holthe Bygdnes, Mikkel Bratt Silset

PENGARAHPål Øie

SINOPSISPerjalanan sekumpulan keluarga, remaja dan pelancong yang baru mahu pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut Krismas tergendala, apabila mereka terperangkap dalam kegelapan di sebuah terowong di pergunungan Norway yang sejuk, akibat sebuah lori tangki minyak yang kemalangan dan terbakar dalam terowong itu. Sementara itu, di luar pula ribut salji sedang melanda. Kini semua mangsa tiada pilihan lain selain berjuang melawan masa untuk menyelamatkan diri daripada situasi yang mencemaskan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

GHOST OF WAR


TAJUK
GHOST OF WAR

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: SERAM / PEPERANGAN

PELAKUNBrenton Thwaites, Theo Rossi, Skylar Astin, Kyle Gallner

PENGARAHEric Bress

SINOPSISLima tentera Amerika ditugaskan untuk memantau sebuah rumah mewah di Perancis menjelang akhir Perang Dunia II. Namun kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi dengan cepat sehingga menjadikan keadaan semakin kacau ketika mereka menghadapi musuh ghaib yang lebih menakutkan daripada apa yang dilihat di medan perang.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE WIDOW


TAJUK: THE WIDOW

BAHASA: INGGERIS (RUSSIA)

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE: SERAM

PELAKUNViktoria Potemina, Anastasiia Gribova, Margarita Bychkova

PENGARAHSvyatoslav Podgaevskiy

SINOPSISSelama 30 tahun, ramai orang didapati hilang di dalam kawasan hutan di utara St. Petersburg, Rusia. Hanya beberapa mayat sahaja yang ditemui, dan selebihnya hilang begitu saja. Penduduk tempatan percaya ia adalah angkara satu roh jahat yang tinggal di sana. Sekumpulan sukarelawan mengembara ke hutan itu pada 14 Oktober 2017 untuk mencari seorang remaja yang hilang tetapi sejak hari itu tiada lagi khabar berita mengenai mereka. Mereka dipercayai telah diculik oleh roh jahat yang sama, dikenali sebagai The Widow.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.
6 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

LET IT SNOW


TAJUKLET IT SNOW

BAHASA: INGGERIS (RUSSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: SERAM / NGERI

PELAKUNIvanna Sakhno, Alex Hafner, Tinatin Dalakishvili

PENGARAHStanislav Kapralov

SINOPSISKetika menyelinap masuk ke sebuah kawasan larangan untuk meluncur salji, Mia terpisah dengan tunangnya. Kini dia bukan sahaja perlu meneruskan hidup di dunia luar, tetapi juga menyelamatkan diri daripada seorang lelaki misteri bertopeng dan berpakaian hitam yang sedang memburunya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI

TAYANG: 24 September 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, September 7, 2020

ADA APA DENGAN DOSA


TAJUKADA APA DENGAN DOSA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE: Drama

PELAKUNAshraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi

PENGARAHRahila Ali

SINOPSISAurora merupakan remaja berusia 19 tahun yang dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam. Namun, setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah, Aurora hampir bunuh diri akibat tertekan. Dia kemudiannya dibantu oleh Khaliq dan pulang ke Malaysia untuk mencari ibu dan bapa kandungnya. Sementara itu, ibu kandungnya, Siti Zahrah, masih dihantui dengan dosa silam, manakala ayah kandungnya pula, Ustaz Aariz, seorang ustaz terkenal, cuba lari dari dosa silam dan tidak mengaku Aurora adalah anak kandungnya demi menjaga reputasinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 24 Minit

TAYANG: 10 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: