Monday, October 19, 2020

100 CANDLES GAME



TAJUK
100 CANDLES GAME

BAHASA: INGGERIS (NEW ZEALAND)

EDARAN: SURAYA

GENRE: SERAM

PELAKUNMagui Bravi, Luz ChampanĂ©, Amparo Espinola 

PENGARAHVictor CatalĂ , Brian Deane

SINOPSISSekelompok remaja mesti menghadapi ketakutan mereka dalam permainan yang menakutkan. Mereka mesti duduk dengan pemain yang lain dalam lingkaran yang terbuat dari seratus lilin, lalu seorang demi seorang akan mengambil salah satu daripadanya dan menceritakan kisah seram. Apabila cerita telah diceritakan dan lilin ditiup, kejadian aneh akan mula terjadi.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 22 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE EMPTY MAN


TAJUK
THE EMPTY MAN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: DRAMA / SERAM

PELAKUNJames Badge Dale, Stephen Root, Joel Courtney

PENGARAHDavid Prior

SINOPSISDalam usaha mencari seorang gadis yang hilang, seorang bekas polis menemui kumpulan rahsia yang berusaha memanggil entiti ghaib yang menakutkan.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 17 Minit

TAYANG: 23 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE MORTUARY COLLECTION


TAJUK
THE MORTUARY COLLECTION

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: SERAM / FANTASI

PELAKUNClancy Brown, Caitlin Custer, Christine Kilmer

PENGARAHRyan Spindell

SINOPSISSam mencabar seorang pekerja pengurusan mayat, Montgomery Dark, untuk menceritakan kisah-kisah paling menakutkan tentang kematian. Dia kemudiannya menceritakan empat kisah dari empat dekad, bermula tahun 1950-an hingga 1980-an. Kisah pertama adalah tentang seorang suri rumah yang menemui sesuatu yang mengerikan di dalam tandas pada tahun 1950-an. Yang kedua adalah tentang seorang pelajar kolej yang berdepan hukuman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an pula, seorang lelaki terpaksa membuat pilihan sukar tentang isterinya yang sakit. Sam, yang mengkritik ketiga-tiga kisah itu mudah dijangka, menjadi gerun setelah mendapat tahu kisah terakhir, iaitu "The Babysitter Murders" berlatarkan tahun 1980-an dan mengenai dirinya sendiri.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 22 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FUKUSHIMA 50


TAJUKFUKUSHIMA 50

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: DRAMA

PELAKUNKoichi Sato, Ken Watanabe, Hidetaka Yoshioka, Narumi Yasuda

PENGARAHSetsuro Wakamatsu

SINOPSISBerdasarkan novel bukan fiksyen "Shi no Fuchi o Mita Otoko: Yoshida Masao to Fukushima Daiichi Genpatsu no 500-nichi" (2012) oleh Ryusho Kadota. Bandar Fukushima telah dilanda tsunami akibat gempa bumi bermagnitud 9.0 pada 11 Mac 2011, iaitu gempa bumi terbesar yang tercatat dalam sejarah Jepun. Bencana itu turut memusnahkan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. Seramai 50 orang pekerja membuat keputusan untuk tinggal di situ dan menggadaikan nyawa bagi memastikan tiada kemusnahan lebih buruk yang akan berlaku.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 1 Minit

TAYANG: 30 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 6, 2020

I STILL BELIEVE


TAJUK: I STILL BELIEVE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: DRAMA / ROMANTIK

PELAKUNKJ Apa, Britt Robertson, Melissa Roxburgh, Shania Twain, Gary Sinise

PENGARAHAndrew Erwin, Jon Erwin

SINOPSISSebuah filem biografi yang sama judul dengan sebuah lagu nyanyian bintang muzik Kristian, Jeremy Camp, yang memaparkan kisah cinta bersama isteri pertamanya, Melissa. Biarpun menyedari hidup Melissa tidak lama kerana menghidap kanser ovari, Jeremy masih nekad untuk mengahwininya. Melissa meninggal dunia selepas empat bulan setelah mereka berkahwin. Filem ini turut menceritakan kehidupan Jeremy ketika remaja, perjalanannya sebagai seorang penyanyi terkenal dan pertemuan dengan isteri keduanya, Adrienne.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Minit

TAYANG: 15 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

REBORN


TAJUK: REBORN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: SERAM

PELAKUNBarbara Crampton, Micheal Pare, Kayleigh Gilbert

PENGARAHJulian Richards

SINOPSISPada ulang tahun kelahirannya yang ke-16, Tess cuba mencari ibu kandungnya, sehingga menimbulkan huru hara dan kemusnahan ketika dalam perjalanannya. Remaja itu dikurniakan dengan kuasa elektrokinesis, selepas dia dihidupkan semula oleh kuasa elektro-kinetik ketika masih bayi setelah seorang pekerja bilik mayat yang gila menculiknya dari bilik mayat itu.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 17 Minit

TAYANG: 15 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, October 5, 2020

FATAL VISIT


TAJUK: FATAL VISIT

BAHASA: MANDARIN / KANTONIS (HK)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: NGERI / SUSPEN

PELAKUNSammi Cheng, Tong Dawei, Charlene Choi

PENGARAHCalvin Poon

SINOPSISYanny pergi ke San Jose untuk membawa diri dari sebuah hubungan sulit yang tidak kesampaian di Hong Kong. Di sana, dia melawat seorang rakan lama yang dia sudah lama tidak bertemu selama bertahun-tahun. Biarpun pada awalnya, rakannya Ling, hidup bahagia bersama suaminya Tang, tetapi Yanny mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia kemudiannya mendapati rahsia gelap di sebalik pasangan itu dalam tempoh lima hari dia tinggal di sana.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 29 Minit

TAYANG: 15 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Z


TAJUK: Z

BAHASA: INGGERIS (CANADA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: SERAM

PELAKUNKeegan Connor Tracy, Jett Klyne, Sean Rogerson

PENGARAHBrandon Christensen

SINOPSISElizabeth Parsons hidup bahagia bersama suaminya, Kevin, dan anak lelaki mereka, Joshua. Suatu hari, Joshua meminta ibu bapanya menyediakan ruang makan untuk rakan imaginasinya yang digelar Z. Pada mulanya, Elizabeth menganggap perkara itu normal selepas berbincang dengan pakar psikologi, tetapi dia mula menyedari perlakuan anaknya semakin pelik. Kebimbangannya semakin bertambah apabila Joshua dibuang sekolah setelah dia dilaporkan bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kasar. Namun Joshua menyalahkan Z atas semua tindakannya, menyebabkan Elizabeth nekad untuk mencari jalan penyelesaian. Apa yang lebih menakutkan adalah apabila dia menyedari Z bukanlah sekadar rakan imaginasi, tetapi makhluk itu benar-benar wujud.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 23 Minit

TAYANG: 8 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: