Tuesday, April 30, 2019

MATA BATIN 2

TAJUK: MATA BATIN 2

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Jessica Mila, Nabilah Ratna Ayu Azalia, Sophia Latjuba, Jeremy Thomas, Bianca Hello, Citra Prima

PENGARAH: Rocky Soraya

SINOPSIS: Alia kini tinggal dan melakukan kerja amal di sebuah rumah anak-anak yatim yang dimiliki oleh Puan Laksmi dan Tuan Fadil. Tetapi Alia kemudian berasa sesuatu tidak kena dengan rumah itu. Salah seorang anak yatim di situ, Nadia, juga mempunyai kebolehan melihat roh-roh seperti Alia. Mereka boleh mendengar suara misteri meminta bantuan dari dalam dinding rumah itu. Bagaimanapun kedua-dua mereka telah tersilap langkah apabila secara tidak sengaja membebaskan Darmah, roh jahat yang dikurung dalam sebuah bilik. Kini mereka bersama Puan Windu perlu berdepan dengan Darmah untuk menyelamatkan rumah anak-anak yatim itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Minit

TAYANG: 9 Mei 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BRIGHTBURN

TAJUK: BRIGHTBURN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Seram / Superhero

PELAKUN UTAMA:  Elizabeth Banks, David Denman, Jackson A. Dunn, Matt Jones

PENGARAH: David Yarovesky

SINOPSIS: Sepasang suami isteri terjumpa bayi dengan kuasa misteri yang datang dari angkasa lepas dan mengambilnya sebagai anak angkat. Mereka cuba membesarkannya untuk menggunakan kuasanya bagi tujuan kebaikan, tetapi sebaliknya berlaku.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 9 Mei 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, April 29, 2019

LAST FOOL SHOW

TAJUK: LAST FOOL SHOW

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA:   Arci Muñoz, JM de Guzman, Snooky Serna

PENGARAH:  Eduardo W. Roy Jr.

SINOPSIS: Mayesa seorang pengarah filem mengubah cerita hatinya yang tersembunyi ke dalam sebuah filem selepas beberapa orang penerbit yang menggalakkannya untuk membuat satu lagi filem romantis. Semasa pembuatan filem itu, dia terjumpa lagi dengan mantannya dan mendapati dirinya mengimbas kembali kenangan dengannya dalam waktu yang sama dia cuba menghindarkan dirinya daripada jatuh untuknya lagi

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 11 Mei 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

LONG SHOT

TAJUK: LONG SHOT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA:  Charlize Theron, Seth Rogen, June Diane Raphael, O'Shea Jackson, Jr., Ravi Patel, Andy Serkis, Alexander Skarsgard

PENGARAH: Jonathan Levine

SINOPSIS: Seorang wartawan, Fred Flarsky, kini tidak mempunyai pekerjaan atas kecuaian diri sendiri. Dia berusaha untuk mengejar cinta hatinya yang kini bukan sahaja merupakan salah satu wanita paling berkuasa di dunia, tetapi juga mempunyai impian untuk menjadi presiden Amerika wanita yang pertama.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 2 Mei 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, April 28, 2019

UGLY DOLLS

TAJUK: UGLY DOLLS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE: Pengembaraan / Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA:  Kelly Clarkson, Nick Jonas, Wanda Sykes, Gabriel Iglesias, Pitbull, Leehom Wang

SINOPSIS: Ia sebuah naskhah yang diangkat dari permainan Ugly Dolls. Ia berlatarkan di Uglyville, di mana Moxy dan rakan-rakannya tinggal. Mereka berdepan cabaran kerana perbezaan mereka, dan bergelut dengan perasaan ingin dicintai. Tetapi akhirnya mereka menyedari yang perkara paling penting adalah menjadi diri sendiri.

KATEGORI: "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI: 1 Jam 29 Minit

TAYANG: 1 Mei 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, April 22, 2019

AVENGERS: ENDGAME

TAJUK: AVENGERS: ENDGAME

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Superhero

PELAKUN UTAMA:  Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch

SINOPSIS: Dalam filem sekuel kepada "Marvel`s The Avengers" ini, Iron Man, Hulk, Captain America, Black Widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 3 Jam 2 Minit

TAYANG: 24 April 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, April 17, 2019

TRIPLE THREAT

TAJUK: TRIPLE THREAT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA:  Tony Jaa, Iko Uwais, Tiger Chen, Scott Adkins, Michael Jai White

PENGARAH: Jesse V. Johnson

SINOPSIS: Sindiket jenayah telah mengupah sekumpulan pembunuh upahan elit untuk membunuh anak perempuan seorang billionaire. Kini sekumpulan kecil tentera upahan perlu menumpaskan kesemua pembunuh upahan tersebut bagi melindungi gadis itu.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 18 April 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, April 16, 2019

FATE/STAY NIGHT: HEAVEN'S FELL - II. LOST BUTTERFLY

TAJUK: FATE/STAY NIGHT: HEAVEN'S FELL - II. LOST BUTTERFLY

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Anime

PELAKUN UTAMA: Noriaki Sugiyama, Noriko Shitaya, Yu Asakawa, Mai Kadowaki, Kana Ueda, Ayako Kawasumi

PENGARAH: Tomonori Sudou

SINOPSIS: Filem kedua dari trilogi "Fate/Stay Night: Heaven`s Feel" ini adalah kesinambungan daripada kejadian yang berlaku pada filem pertama.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:

TAYANG: 25 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, April 15, 2019

DREADOUT

TAJUK: DREADOUT

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan, Ciccio Manassero

PENGARAH: Kimo Stamboel

SINOPSIS: Sekumpulan pelajar mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka dan memuat naik video di sosial media. Untuk video terbaru mereka, mereka memilih untuk merakam di sebuah bangunan apartment terbiar, di mana mereka menemui satu unit yang dihalang dengan pita polis. Mereka masuk ke unit itu dan menjumpai kertas lama. Mereka buat kesilapan dengan membacanya, sebagaimana secara tiba-tiba portal terbuka. Ia adalah portal dunia kematian dan penjaganya, iaitu makhluk ghaib, berang dengan tindakan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 18 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BUMI ITU BLAT

TAJUK: BUMI ITU BLAT

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE: Komedi / Romantik / Remaja

PELAKUN UTAMA:  Rayn Wijaya, Febby Rastanty, Rania Putrisari, Kenny Austin, Qausar Harta

PENGARAH: Ron Widodo

SINOPSISBerkisar tentang perjalanan remaja Rahabi, Markus, Syahid dan Tiara yang mengejar impian mereka dengan menubuhkan sebuah kumpulan acapella bernama Rujak Acapella. Rahabi tekad untuk buktikan kepada ayahnya bahawa kumpulan nyanyian mereka akan berjaya. Seorang komposer muzik menawarkan mereka kontrak rakaman album dengan syarat, Aishia, seorang penyanyi yang pernah popular suatu masa dahulu, perlu menyertai kumpulan Rujak Acapella.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 42 Minit

TAYANG: 18 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, April 9, 2019

MISSING LINK

TAJUK: MISSING LINK

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Animasi

PELAKUN UTAMA:  Hugh Jackman, Zoe Saldana, Timothy Olyphant, Emma Thompson, Zach Galifianakis

PENGARAH: Chris Butler

SINOPSIS: Peneroka Sir Lionel Frost mengupah seorang pengembara Adelina Fortnight untuk menemaninya dalam pengembaraannya ke Barat Laut Pasifik, di mana dia mahu buktikan kewujudan makhluk lagenda yang digelar Mr. Link.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN

TAJUK: THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Seram / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Linda Cardellini, Patricia Velásquez, Sean Patrick Thomas, Raymond Cruz

PENGARAH: Michael Chaves

SINOPSIS: Berlatarkan pada dekad 1970-an di Los Angeles, di mana hantu lagenda La Llorona merayau pada waktu malam. Hantu wanita dari kisah Mexico ini telah kehilangan anak dan kini mengambil kanak-kanak lain untuk menjadikan mereka sebagai anaknya. Anna Garcia, seorang janda pekerja sosial yang membesarkan dua anak, menyedari yang hantu itu telah mensasarkannya dan tidak akan berhenti selagi tidak mendapat anaknya.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 33 Minit

TAYANG: 18 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, April 8, 2019

FLY BY NIGHT

TAJUK: FLY BY NIGHT

BAHASA: MELAYU / MANDARIN  (MALAYSIA)

EDARAN: SKOP PRODUCTION

GENRE: Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Sunny Pang, Jack Tan, Fabian Loo, Bront Palarae

PENGARAH: Zahir Omar

SINOPSIS: Sekumpulan pemandu teksi di Kuala Lumpur menjalankan aktiviti jenayah kecil dengan memeras ugut penumpang kaya yang mereka bawa dari lapangan terbang. Perkara menjadi sebaliknya apabila seorang pemandu teksi muda mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan salah seorang daripada mangsa mereka, yang mahu mengugut kekasihnya yang curang.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FRIEND ZONE

TAJUK: FRIEND ZONE

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi / Romantik / Remaja

PELAKUN UTAMA:  Naphat Siangsomboon, Pimchanok Luevisadpaibul

PENGARAH: Chayanop Boonprakob

SINOPSIS: Selama 10 tahun, Palm terperangkap dalam `friend zone` dengan rakan baiknya Gink. Dia sudah menaruh harapan terhadap wanita itu sejak sekolah tinggi lagi, malah cuba meluahkan perasaannya tetapi ditolak kerana wanita itu hanya mahu berkawan sahaja. Selepas beberapa tahun, mereka semakin rapat antara satu sama lain. Apabila Palm putus cinta dengan teman wanita, Gink akan menenangkannya. Sama seperti Gink, setiap kali dia bergaduh dengan teman lelakinya, tidak kisah di mana wanita itu berada, Palm akan menggunakan kelebihannya sebagai pramugara untuk terbang kepadanya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, April 5, 2019

HELLBOY

TAJUK: HELLBOY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA:  David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim

PENGARAH: Neil Marshall

SINOPSIS: Filem ini diangkat dari novel grafik Mike Mignola dengan judul yang sama. Ia berkisarkan tentang Hellboy yang perlu mempersiapkan diri bagi menentang ahli sihir purba yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

FIGHTING WITH MY FAMILY

TAJUK: FIGHTING WITH MY FAMILY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA:  Florence Pugh, Jack Lowden, Nick Frost, Lena Headey, Vince Vaughn, Dwayne Johnson

PENGARAH: Stephen Merchant

SINOPSIS: Keluarga Bevis terdiri daripada ahli gusti profesional yang menyara hidup dengan bergusti di tempat-tempat kecil di seluruh negara. Dua beradik Raya dan Zak memasang impian untuk masuk ke World Wrestling Entertainment (WWE). Impian mereka menjadi kenyataan apabila kedua-dua mereka diberi peluang untuk hadir ke sesi uji bakat di WWE. Namun masalah mula timbul dalam keluarga itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, April 3, 2019

ARWAH TUMBAH NYAI: PART NYAI

TAJUK: ARWAH TUMBAH NYAI: PART NYAI

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Ayu Ting Ting, Aqila Herby, Dewi Perssik, Zaskia Gotik, Raffi Ahmad

PENGARAH: Arie Azis

SINOPSIS: Rosma sering pulang lewat sebagaimana dia bekerja di pawagam. Satu hari dia perlu segera pulang rumah berikutan neneknya nazak tetapi apabila dia tiba, neneknya sudah meninggal dunia. Selepas kematian neneknya, Rosma perasan yang anaknya Nayla mula bermain dengan rakan halimunan yang dipanggil Nyai. Rosma terkejut apabila mendapat tahu yang Nyai adalah entiti jahat yang dipuja oleh neneknya. Kini Rosma perlu meneruskan janji neneknya kepada Nyai tetapi dia enggan berbuat demikian.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 11 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

P STORM

TAJUK: P STORM

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: LOTUS FIVE STARS

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA:  Louis Koo, Kevin Cheng, Raymond Lam Fung, KaTung Lam, Chrissie Chau, Julian Cheung, Gordon Lam

PENGARAH: David Lam

SINOPSIS: Selepas "Z Storm", "S Storm" dan "L Storm", kini "P Storm" pula. Louis Koo kembali sebagai William Luk, di mana kali ini dia menyamar sebagai banduan untuk menyiasat pegawai penjara yang menerima rasuah. Dia berbuat demikian selepas Liu Yue Ping membuat laporan mengenai seorang lelaki kaya, Cao Yuen Yuen, merasuah pegawai Perkhidmatan Penjara Hong Kong dari dalam penjara. Sementara itu, pegawai ICAC Ming bekerja dengan Liang, seorang pegawai dari Biro Anti Rasuah, untuk memburu Yun, seorang pegawai korup yang juga dikenali sebagai White Glove. William kemudian bekerjasama dengan Ming untuk menyasarkan kumpulan penjenayah di seluruh Hong Kong dan Tanah Besar China.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 4 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, April 1, 2019

TABU

TAJUK: TABU

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Angga Aldi Yunanda, Isel Fricella, Bastian Steel

PENGARAH: Angling Sagaran

SINOPSIS: Enam remaja telah pergi ke hutan terlarang dan melanggar pantang-larang ketika berada di hutan itu. Perbuatan mereka itu kemudian menyebabkan kematian berlaku di antara mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 4 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

TIADA TAJUK

TAJUK: TIADA TAJUK

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA:  Mawi, Hazama Azmi, Along Cham, Joey Daud

PENGARAH: Mawi

SINOPSIS: Filem arahan Mawi ini merupakan kesinambungan daripada telefilem "Rock Sangkut". Ia berkisarkan mengenai pengembaraan tiga pemuda kampung dalam mengejar impian mereka untuk menjadi penyanyi. Pelbagai cabaran dan halangan yang mereka perlu hadapi demi merealisasikan impian mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 4 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: