TAJUK : LAPPAN CHHAPPAN BAHASA : NEPAL EDARAN : GOLDEN HILL PICTURES GENRE : Aksi / Jenayah / Komedi PELAKUN UTAMA : Dayahang Rai, Saugat Malla, Barsha Siwakoti, Arpan Thapa, Shyam Shrestha PENGARAH : Mukunda Bhatta SINOPSIS : Diilhamkan dari tajuk lagu "Lappan Chappan" dari filem "Kabaddi Kabaddi". Maksud tajuk filem merujuk kepada perbuatan ketidakjujuran atau penipuan. Majoriti penggambaran filem itu dilakukan di Belgium. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 30 Min TAYANG : 24 Mac 2017 PANGGUNG : The PSB Cineplex TRAILER :
TAJUK : SINDIKET BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION GENRE : Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA : Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Liyana Jasmay, Sharifah Amani PENGARAH : Bade Hj. Azmi SINOPSIS : Diinspirasikan dari kisah sebenar, ia memaparkan tentang sindiket pemerdagangan manusia dan mengisahkan tentang seorang wanita yang diperdaya oleh teman lelakinya. Dia telah dijual ke rumah pelacuran di mana dia diberi dadah dan dipaksa untuk menjual dirinya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 6 April 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE LAST VAMPIRE PRINCESS BAHASA : INGGERIS (RUSIA) EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : Aksi / Fantasi / Ngeri PELAKUN UTAMA : Ivan Yankovskiy, Leonid Yarmolnik, Lyubov Akstonova, Sabina Akhmedova PENGARAH : Emilis Velyvis SINOPSIS : Budak penghantar Pasha bekerja di perkhidmatan penghantaran ekspres di Moscow. Satu malam, ketika dia sedang menghantar bungkusan ke hotel, dia telah menyaksikan seorang gadis diserang oleh sekumpulan orang. Dia kemudian telah menyelamatkan gadis itu tetapi menyedari bahawa penyerang gadis tersebut mempunyai kuasa luar biasa. Sebagaimana serangan itu berterusan, seorang wakil dari agensi risikan rahsia tiba di lokasi untuk menghentikan pergaduhan itu. Selepas itu, Pasha telah ditawarkan bekerja di Jabatan rahsia yang digelar `D`, tugasnya termasuk menghapuskan roh jahat dan mengawal populasi bukan manusia yang tinggal di bandar seperti Poltergeist, goblins dan ikan duyung. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 41 Minit TAYANG : 16 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE BOSS BABY BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 20TH CENTURY FOX GENRE : Animasi PELAKUN UTAMA : Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett PENGARAH : Tom McGrath SINOPSIS : Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dalam misi mendapatkan kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apabila dia mendapati rahsia jahat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puppy Co yang membabitkan adiknya, kedua-dua mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan ibu bapa mereka dan menyelamatkan dunia. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 37 Minit TAYANG : 30 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : GHOST IN THE SHELL BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Aksi / Jenayah / Drama PELAKUN UTAMA : Scarlett Johansson, Takeshi Kitano, Michael Pitt, Pilou Asbæk, Chin Han, Juliette Binoche PENGARAH : Rupert Sanders SINOPSIS : Filem sains fiksyen ini diangkat dari siri manga popular yang menggunakan judul sama, "Ghost In The Shell" nukilan Masamune Shirow. Ia berlatarkan zaman 2029 yang mana dunia mempunyai akses tubuh sibernatik yang dipanggil `shells` membolehkan mereka mempunyai kuasa luar biasa. Mejar Motoko Kusanagi adalah ketua pasukan untuk Public Security Section 9 yang telah ditugaskan untuk menangkap penggodam yang dikenali sebagai Puppet Master. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 46 Minit TAYANG : 30 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : DEMON HOUSE ON WILLOW STREET BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : RAINFILM SDN BHD GENRE : Seram / Ngeri PELAKUN UTAMA : Sharni Vinson, Carlyn Burchell, Steven Ward, Zino Ventura, Gustav Gerdiner PENGARAH : Alastair Orr SINOPSIS : Sekumpulan penculik yang diketuai oleh seorang wanita bernama Hazel telah mensasarkan Katherine, seorang anak orang kaya, sebagai mangsa seterus mereka. Tetapi apabila mereka memecah masuk ke rumah itu, pintu tidak berkunci dan alat penggera sudah dimatikan. Bagaimanapun, mereka tetap menangkap Katherine dan membawanya ke sebuah gudang menyeramkan. Mereka kemudian menyedari dia dirasuk oleh roh jahat dan roh tersebut mampu menjadikan mimpi ngeri mangsanya menjadi kenyataan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 30 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : POWER RANGERS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Aksi / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks PENGARAH : Dean Israelite SINOPSIS : Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 4 Minit TAYANG : 23 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KIMCHI UNTUK AWAK BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : ASTRO SHAW GENRE : Biography / Drama / Sports PELAKUN UTAMA : Aiman Hakim, Emma Maembong, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Ungku Haris, Natasha Elyzza, Dira Abu Zahar PENGARAH : Michael Ang SINOPSIS : Diangkat dari novel nukilan Suri Ryana dengan judul sama, ia mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Kakak kepada Bella kemudian memaksa Bella membuat kimchi sempena menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kakaknya. Hatinya menjadi tidak aman apabila mendapati presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan menjadi semakin parah apabila keluarga mereka saling kenal dan mahu satukan mereka. Selepas mereka diijabkabulkan, satu insiden telah berlaku menyebabkan Bella melarikan diri ke Seoul. Danial Lee kemudian pergi mencari Bella di sana dengan harapan untuk kembali bersatu dengan isterinya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 58 Minit TAYANG : 30 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : LIFE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : SONY PICTURE RELEASING INTERNATIONAL GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri PELAKUN UTAMA : Ryan Reynolds, Rebecca Ferguson, Jake Gyllenhaal, Hiroyuki Sanada PENGARAH : Daniel Espinosa SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang sepasukan kru angkasawan di planet Marikh. Mereka telah berjaya menemui benda hidup di planet itu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 37 Minit TAYANG : 23 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : COURAGE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION GENRE : Biography / Drama / Sports PELAKUN UTAMA : Aaron Eckhart, Finn Wittrock, Robin Tunney, Sarah Bolger PENGARAH : Angelo Pizzo SINOPSIS : Courage merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Freddie Steinmark (Finn Wittrock) yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemain American Football. Meskipun mempunyai tubuh badan yang tidak sesuai seperti seorang atlet sukan berkenaan, namun dia tetap berusaha keras untuk mencapai cita-citanya itu dengan latihan keras yang dilakukan dengan dibantu oleh ayahnya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 58 Minit TAYANG : 23 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : ATTRACTION BAHASA : INGGERIS (RUSIA) EDARAN : MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD GENRE : Drama / Romantik / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Oleg Menshikov, Rinal Mukhametov, Irina Starshenbaum PENGARAH : Fedor Bondarchuk SINOPSIS : Berikutan kemalangan di angkasa lepas dan kerosakan akibat diserang jet pejuang Rusia, kapal angkasa makhluk asing telah terhempas di tengah-tengah bandar Moscow dan menyebabkan kematian beratus manusia. Seorang gadis kehilangan rakan baiknya ketika insiden itu dan berazam untuk membunuh semua makhluk asing yang dapat dicarinya. Bagaimanapun dia akhirnya menyelamatkan salah satu makhluk asing dan telah jatuh hati kepadanya. Sementara itu, bekas teman lelakinya dan sekumpulan perusuh memburu mereka menyebabkan keganasan di sekitar kapal angkasa itu. Sekarang gadis dan makhluk asing itu perlu menyelamatkan manusia daripada kemusnahan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 13 Minit TAYANG : 16 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE HOUSEMAID BAHASA : VIETNAM EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Kate Nhung, Jean-Michel Richaud, Rosie Fellner, Phi Phung, Kim Xuan PENGARAH : Derek Nguyen SINOPSIS : Selepas kehilangan keluarganya dalam satu insiden pengeboman pada 1953, seorang gadis yatim, Linh, telah pergi ke ladang getah Sa Cat untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Pemilik rumah agam itu adalah kapten Perancis bernama Sebastien Laurent yang juga merupakan pemilik ladang itu. Sudah bertahun rumah agam itu dikatakan dihantui oleh mendiang isteri Sebastien, Camille, dan juga oleh pekerja ladang. Walaupun rumah agam itu besar, ia hanya mempunyai tiga orang pekerja sahaja: penjaga rumah Ms Han, cef Mrs Ngo dan penjaga ladang Mr Chau. Selepas Linh banyak meluangkan masa bersama Sebastien, cinta di antara mereka mula berputik, tetapi ia juga telah membangunkan roh jahat ladang Sa Cat. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 45 Minit TAYANG : 16 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : VAMPIRE CLEANUP DEPARTMENT BAHASA : KANTONIS (HK) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Komedi / Seram PELAKUN UTAMA : Babyjohn Choi, Chin Siu Ho, Susan Shaw, Richard Ng PENGARAH : Yan Pak Wing, Chiu Sin Hang SINOPSIS : Tim Cheung adalah seorang remaja tipikal Hong Kong yang tinggal dengan neneknya dan sentiasa menatap telefon pintarnya. Secara tidak sengaja dia telah dijemput untuk menjadi ahli baru VCD (Vampire Cleanup Department). Dia kemudian telah dilatih untuk menjadi pemburu pontianak dan berlatih melawan pontianak dengan penyapunya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 23 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BEAUTY AND THE BEAST BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Fantasi / Romantik / Muzikal PELAKUN UTAMA : Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci PENGARAH : Bill Condon SINOPSIS : Filem ini adalah adaptasi Disney dari kisah dongeng klasik yang mengisahkan tentang seorang putera raksasa dan seorang wanita jelita yang jatuh cinta dengannya. Ia dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan ramai lagi. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 09 Minit TAYANG : 16 Mac 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : SCHOOL TALES BAHASA : THAILAND EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Sedthawut Anusit, Ranida Techasit, Ekkawat Ekatchariya, Teetatch Ratanasritai PENGARAH : Pass Patthanakumjon SINOPSIS : Ahli pancaragam sebuah sekolah sedang melakukan latihan akhir di kawasan sekolah dan kerana latihan mereka tamat lewat, mereka mengambil keputusan untuk bermalam di sana. Sekumpulan pelajar nakal kemudian berkumpul dan mula bercerita mengenai kisah hantu, iaitu kisah mengenai sekolah mereka yang telah diwarisi sejak beberapa generasi. Selepas selesai bercerita, beberapa pelajar mengambil keputusan untuk mencabar sama ada kisah itu betul atau tidak. Bagaimanapun, apabila kumpulan pelajar itu pulang, ada di antara mereka telah hilang. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 38 Minit TAYANG : 9 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : VOODOO DOLL BAHASA : VIETNAM EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Truong Quynh Anh, Dustin Nguyen, Kim Tuyen, Mac Van Khoa PENGARAH : Vo Ngoc SINOPSIS : Thu, Quan dan Hanh adalah rakan sekelas di Conservatory. Apabila guru mereka mengambil cuti, guru gantian baru Hung mengajar kelas mereka. Hung tertarik kepada Thu kerana dia mengingatkan Hung semula kepada bekas kekasihnya yang meninggal dunia 10 tahun lalu. Isterinya Huong menjadi cemburu dengan Thu. Sementara itu, tiga sekawan ini telah menemui patung voodoo misteri yang tersembunyi di dalam kelas mereka dan perkara aneh mula berlaku kepada mereka. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 28 Minit TAYANG : 23 Februari 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KONG: SKULL ISLAND BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan PELAKUN UTAMA : Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly PENGARAH : Jordan Vogt-Roberts SINOPSIS : Sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 58 Minit TAYANG : 9 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : LOOT 2 BAHASA : NEPAL EDARAN : POPCORN PICTURES GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Saugat Malla, Dayahang Rai, Karma Shakya PENGARAH : Nischal Basnet SINOPSIS : 4 ahli kumpulan gangster, yang telah diperangkap dalam satu rompakan bank, kini melarikan diri dari penjara. Mereka ingin membalas dendam pada Haku Kale, Haku mempunyai rancangan sendiri untuk merompak bank yang berikutnya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 10 48 Minit TAYANG : 24 Februari 2017 PANGGUNG : The PSB Dualplex, Seria TRAILER :
TAJUK : TAKE 2 BAHASA : MANDARIN (SINGAPORE) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Komedi / Drama PELAKUN UTAMA : Ryan Lian, Maxi Lim, Wang Lei, Gadrick Chin, Henry Thia PENGARAH : Ivan Ho SINOPSIS : Filem komedi ini mengisahkan tentang empat bekas banduan yang berazam untuk meninggalkan kehidupan penjara mereka dan memulakan hidup baru, tetapi yang menjadi persoalan adalah samada masayarakat akan memandang mereka sama atau tidak. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 48 Minit TAYANG : 2 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : J REVOLUSI BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : PRIMEWORKS STUDIO GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra PENGARAH : Zul Azhar SINOPSIS : Filem ini berkisarkan tentang seorang ahli Unit Tindakhas (UTK), Jay Zulkarnain yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 2 Mac 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :