Wednesday, November 29, 2017

MUMON: THE LAND OF STEALTH

TAJUK : MUMON: THE LAND OF STEALTH

BAHASA : JEPUN

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Satoshi Ohno, Satomi Ishihara, Ryohei Suzuki, Yuri Chinen, Yuna Taira, Jun Kunimura, Yusuke Iseya

PENGARAH : Yoshihiro Nakamura

SINOPSIS : Mumon seorang yang pemalas tetapi dia juga merupakan shinobi terbaik dari Daerah Iga. Satu hari, dia telah membunuh shinobi dari keluarga lain untuk ganjaran. Mumon tidak menyedari tindakannya telah mencetuskan pertarungan maut di antara kor shinobi Iga Province dan kor Nobukatsu Oda di Ise.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 5 Minit

TAYANG : 7 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, November 28, 2017

PADDINGTON 2

TAJUK : PADDINGTON 2

BAHASA : INGGERIS (UK)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Animasi / Komedi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA : Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Hugh Grant

PENGARAH : Paul King

SINOPSIS : Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka. Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu. Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 44 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

BEYOND SKYLINE

TAJUK : BEYOND SKYLINE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE : Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Frank Grillo, Bojana Novakovic, Iko Uwais, Callan Mulvey, Yayan Ruhian

PENGARAH : Liam O'Donnell

SINOPSIS : Ia adalah kesinambungan dari filem terdahulu, "Skyline" (2010). Kejadian di dalam filem ini berlaku pada waktu sama tetapi di lokasi tidak diketahui ketika penaklukan dunia oleh makluk asing. Mark yang merupakan seorang detektif terpaksa berusaha keras untuk membebaskan anak lelakinya Trent yang berada dalam kapal angkasa makhluk asing.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 47 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, November 26, 2017

MURDER ON THE ORIENT EXPRESS


TAJUK : MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Drama / Misteri

PELAKUN UTAMA : Kenneth Branagh, Tom Bateman, Lucy Boynton, Olivia Colman, Penelope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp

PENGARAH : Kenneth Branagh

SINOPSIS : `Remake` filem klasik pada tahun 1974 dengan menggunakan judul sama ini diangkat dari novel nukilan Agatha Christie. Ia mengisahkan tentang seorang detektif, Hercule Poirot, yang menyiasat pembunuhan taikun Amerika dalam kereta api Orient Express.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 54 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

DADDY'S HOME 2

TAJUK : DADDY'S HOME 2

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Lithgow

PENGARAH : Sean Anders

SINOPSIS : Filem arahan Sean Anders ini adalah kesinambungan dari filem "Daddy`s Home" pada tahun 2015. Will Ferrell dan Mark Wahlberg kembali dengan watak asal mereka sebagai Brad dan Dusty, manakala Linda Cardellini, John Cena, John Lithgow dan Mel Gibson tampil sebagai pelakon pembantu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 38 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Friday, November 24, 2017

FIREWORKS

TAJUK : FIREWORKS

BAHASAJEPUN

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Anime

PELAKUN UTAMA : Suzu Hirose, Masaki Suda, Mamoru Miyano, Shintaro Asanuma

PENGARAH : Akiyuki Shinbo, Nobuyuki Takeuchi

SINOPSIS : Norimichi, Yusuke dan rakan mereka tidak bersependapat mengenai bentuk bunga apabila ia meletup di udara. Seorang remaja, Nazuna, bagaimanapun mempunyai perkara serius di minda - ibu bapanya bakal bercerai. Tidak diketahui oleh orang, ibu Nazuna merancang untuk membawanya pergi selepas musim panas berakhir. Ketika menyaksikan perlumbaan renang antara Norimichi dan Yusuke, Nazuna secara diam-diam ambil keputusan pemenang akan menjadi pilihannya untuk kahwin lari. Sementara itu, untuk menyelesaikan perdebatan mengenai bunga api, mereka ambil keputusan untuk pergi ke rumah api untuk melihat pertunjukan bunga api.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

PINJAMKAN HATIKU

TAJUK : PINJAMKAN HATIKU

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILMS SOLUTION

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri

PENGARAH : Osman Ali

SINOPSIS : Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 59 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, November 22, 2017

SLUMBER

TAJUK : SLUMBER

BAHASA : INGGERIS

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Maggie Q, Will Kemp, Sylvester McCoy, William Hope

PENGARAH : Jonathan Hopkins

SINOPSIS : Alice adalah seorang doktor dengan pemikiran rasional tetapi sering dihantui oleh kematian misteri adiknya. Ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah keluarga yang mempunyai masalah tidur, Alice diserang oleh bapa keluarga itu dalam tidurnya. Si bapa kemudian telah ditangkap dan dipenjarakan. Bagaimanapun masalah menjadi lebih teruk kepada keluarga itu dan Alice kini perlu mengenepikan ajaran saintifiknya dan menerima yang keluarga itu dihantui oleh Night Hag, syaitan parasitik yang menyerang mangsa ketika mereka tidur. Untuk menentang roh jahat itu, Alice perlu berdepan dengan mimpi ngerinya

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 25 Minit

TAYANG : 7 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

JAILBREAK

TAJUK : JAILBREAK

BAHASA : KHMER (CAMBODIA)

EDARAN : ZOOKEEPER MEDIA SDN BHD

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Jean-Paul Ly, Dara Our, Savin Phillip, Céline Tran, Tharoth Sam, Sisowath Siriwudd

PENGARAH : Jimmy Henderson

SINOPSIS : Playboy yang mengaku dirinya sebagai ketua Kumpulan Butterfly mengambil keputusan untuk mendedahkan bukti mengenai kumpulannya bagi mengurangkan hukuman. Dia telah diiringi oleh pasukan elit SWAT untuk dibawa ke penjara Prey Klaa. Bagaimanapun ketua kumpulan Butterfly sebenar kemudian telah mengupah banduan di penjara tersebut untuk membunuh Playboy supaya dia tidak dapat memberi keterangan dan ini telah mencetuskan rusuhan di dalam penjara.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, November 21, 2017

GHOST NET

TAJUK : GHOST NET

BAHASA : KANTONIS (HONG KONG)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Carlos Chan, Bryant Mak, Ashina Kwok, Cherry Pau, Kabby Hui

PENGARAH : KK Wong, Huang Kwok Fai, Yau Tat-Chi

SINOPSIS : Filem ini menampilkan tiga cerita hantu yang berlatarkan di Hong Kong, bermula dengan Vivian, yang baru berpindah ke tempat baru dan terlibat dalam insiden menyeramkan dengan jirannya. Cerita kedua mengenai Scarlet, yang tidak tahu terdapat rahsia jahat di sebalik tatu barunya. Cerita terakhir mengenai sekumpulan pelajar universiti yang tidak sengaja membangkitkan roh pendendam sepasang kekasih ketika melakukan siaran langsung ekpedisi memburu hantu.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 37 Minit

TAYANG : 30 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

COCO

TAJUK : COCO

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Animasi

PELAKUN UTAMA : Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor

PENGARAH : Lee Unkrich

SINOPSIS : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 49 Minit

TAYANG : 23 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, November 20, 2017

REMPIT SAMPAI LANGIT

TAJUK : REMPIT SAMPAI LANGIT

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : SKOP PRODUCTION

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Ajak Shiro, Nabila Huda, Tauke Jambu, Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne

PENGARAH : Silver

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 29 Minit

TAYANG : 23 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

AH BOYS TO MEN 4

TAJUK : AH BOYS TO MEN 4

BAHASA : INGGERIS / MANDARIN (SINGAPORE)

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA : Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Maxi Lim, Noah Yap, Jaspers Lai

PENGARAH : Jack Neo

SINOPSIS : Filem keempat ini menyaksikan `Ah Boys` iaitu Sarjan Ong, Lobang, Ken Chow dan Aloysius dipanggil semula untuk latihan di bawah Armoured Formation of the Singapore Armed Forces. Kali ini mereka turut disertai oleh seorang pegawai wanita. Situasi komedi berlaku apabila mereka kembali menjalani latihan bersama. Bagaimanapun hubungan akrab mereka diuji apabila musuh baru timbul.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 05 Minit

TAYANG : 23 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, November 17, 2017

THEERAN ADHIGARAM ONDRU

TAJUK : THEERAN ADHIGARAM ONDRU

BAHASA : TAMIL

EDARAN : TSR FILMS

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Karthi, Rakul Preet Singh, Abhimanyu Singh, Bose Venkat

PENGARAH : H. Vinoth

SINOPSIS : Ia berdasarkan kes sebenar yang dikendalikan oleh jabatan polis pada tahun 1990an, ia berkisarkan tentang seorang pegawai polis bernama Theeran yang ditugaskan untuk menyelesaikan beberapa siri kejadian kejam yang mempunyai persamaan.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 40 Minit

TAYANG : 17 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, November 13, 2017

SUBURBICON

TAJUK : SUBURBICON

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Komedi / Jenayah / Misteri

PELAKUN UTAMA : Matt Damon, Julianne Moore, Josh Brolin, Oscar Isaac

PENGARAH : George Clooney

SINOPSIS : Apabila keluarga Lodge berpindah ke Suburbicon, mereka berkongsi pendapat orang pekan yang mengatakan ia adalah tempat yang sesuai untuk menyara keluarga berikutan rumah murah dan sebagainya. Tetapi kini, beberapa siri kejadian telah berlaku dan ia telah membongkar kebenaran mengenai pekan itu dan Gardner Lodge perlu mencari jalan untuk memperbaikinya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 23 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

JUSTICE LEAGUE

TAJUK : JUSTICE LEAGUE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero

PELAKUN UTAMA : Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller

PENGARAH : Zack Snyder

SINOPSIS : Adiwira-adiwira terhebat Bumi bergabung untuk membentuk Justice League bagi menentang ancaman bahaya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam

TAYANG : 16 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, November 7, 2017

PENGABDI SETAN

TAJUK : PENGABDI SETAN

BAHASA : INDONESIA

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian

PENGARAH :  Joko Anwar

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

KATEGORI : UNRATED

DURASI :

TAYANG : 23 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE PROMISE

TAJUK : THE PROMISE

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Drama / Seram

PELAKUN UTAMA : Numthip Jongrachatawiboon, Apichaya Thongkham

PENGARAH : Sophon Sakdaphisit

SINOPSIS : Ketika era krisis kewangan pada tahun 1997, ramai keluarga kaya raya jatuh bankrap dalam sekelip mata. Perkara ini turut berlaku kepada dua rakan baik Boum dan Ib di mana aset keluarga mereka disita untuk membayar hutang. Tidak dapat berdepan realiti, kedua-dua mereka ambil keputusan untuk membunuh diri di sebuah kompleks kondominium tidak siap. Bagaimanapun, hanya Ib sahaja menunaikan janji itu. Kini, dua puluh tahun kemudian, Boum telah menjadi usahawan hartanah berjaya. Dia pulang untuk melawat bangunan itu dengan anak perempuannya Bell. Selepas melawat tempat itu, Boum mendapati Bell mula berjalan ketika tidur dan tingkah lakunya sama seperti Ib.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 54 Min

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, November 6, 2017

HEADLINES

TAJUK : HEADLINES

BAHASA : MANDARIN (SINGAPURA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Wang Lei, Shaun Chen, Sean Lee, Seck Fook Yee

PENGARAH : James Wong

SINOPSIS : Filem ini menampilkan tiga cerita yang ada kaitan dengan tajuk utama akhbar ketika ini. Cerita pertama memberi fokus kepada Yang Guang yang kembali pulang ke rumah selepas kematian bapanya. Sesuatu yang pelik berlaku membuatkan dia berasa sangsi dengan kematian bapanya dan cuba mencari kebenaran. Cerita kedua berkisarkan tentang seorang pemandu teksi, On Chai. Pada satu malam, dia mendapat penumpang seorang wanita hamil. Pada keesokan malamnya dia berjumpa lagi dengan wanita hamil itu. Apabila dia cuba melihat wanita itu menerusi cermin belakangnya, sesuatu aneh berlaku. Cerita terakhir mengisahkan tentang Lim Yang Guang, seorang pembuat Kertas Sembahyang. Hidupnya menjadi sunyi dan sedih selepas kematian isterinya dalam kemalangan. Dia kemudian nekad untuk mencari individu yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 26 Min

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

COLD MOON

TAJUK : COLD MOON

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Jenayah / Drama / Seram

PELAKUN UTAMA : Josh Stewart, Candy Clark, Frank Whaley, Robbie Kay, Christopher Lloyd

PENGARAH : Griff Furst

SINOPSIS : Selepas kehilangan dan pembunuhan kejam gadis berusia 14 tahun Margaret Larkin, pekan kecil Babylon diselubungi misteri dan penduduk tertanya-tanya siapakah pembunuh itu. Nathan Redfield, seorang anak kepada pegawai bank terkenal, berdiam diri dan membiarkan seorang pengetua dituduh dengan kesalahannya. Bagaimanapun Nathan kemudian mula dihantui oleh hantu mangsa-mangsa yang telah mati di sungai sama di mana Margaret dibuang. Melihat perubahannya, bapanya yang zalim menggunakan rasa bersalah Nathan yang mempunyai masalah mental itu untuk memaksanya membunuh lagi.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Friday, November 3, 2017

KILLING GUNTER

TAJUK : KILLING GUNTER

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Arnold Schwarzenegger, Taran Killam, Cobie Smulders, Bobby Moynihan

PENGARAH : Taran Killam

SINOPSIS : Sekumpulan pembunuh upahan sudah bosan dengan seorang pembunuh upahan terhebat bernama Gunther dan mereka mengambil keputusan untuk membunuhnya. Tetapi rancangan mereka gagal kerana dalam beberapa siri cubaan mereka, Gunther sentiasa selangkah di hadapan.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :