Monday, August 31, 2020

I WEIRDO


TAJUKI WEIRDO

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Drama

PELAKUNAustin Lin, Nikki Hsieh, Chang Shao Huai, Aviis Zhong

PENGARAHLiao Ming-Yi

SINOPSISAkibat menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dengan gejala-gejala tinggi misofobia, iaitu ketakukan melampau terhadap kotoran dan kuman, Po Ching sering dipulaukan. Walau bagaimanapun, kehidupannya berubah selepas dia bertemu seorang gadis bernama Chen Ching, yang turut menghidap OCD sepertinya, ketika berada di sebuah pasar raya. Sejak itu, hubungan mereka mulai rapat dan mereka cuba hidup sebagai pasangan kekasih yang normal.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

KUTUK


TAJUKKUTUK

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUNShandy Aulia, Alice Norin, Stuart Collin, Vitta Mariana

PENGARAHRudi Aryanto

SINOPSISMaya kerap terhidu bau busuk di biliknya dan mendengar suara-suara aneh setiap malam di rumah jagaan warga emas tempatnya baru mula bekerja. Dia turut diganggu satu kelibat wanita yang berpakaian jururawat sama sepertinya. Pemilik rumah itu, Elena, cuba membantunya, namun kehadirannya tidak disenangi oleh Gendis. Pada masa yang sama, dia turut mengenali seorang pekerja rumah jagaan warga emas bernama Reno, yang memberi amaran kepadanya supaya segera meninggalkan rumah itu. Apabila seorang demi seorang orang di sekelilingnya mati, Maya cuba mencari jalan untuk menamatkan gangguan-gangguan aneh yang menghantui rumah itu, tanpa menyedari bahaya yang menantinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 22 Minit

TAYANG: 17 September 2020

PANGGUNG: TheMall Cineplex

TRAILER:

Sunday, August 23, 2020

TENET

TAJUKTENET

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Aksi / Drama / Ngeri

PELAKUNJohn David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clémence Poésy, Michael Caine, Kenneth Branagh

PENGARAHChristopher Nolan

SINOPSISSebuah filem aksi thriller arahan Christopher Nolan, yang mengisahkan tentang dunia perisikan antarabangsa. Ia dibintangi oleh John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clemence Poesy, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 30 Minit

TAYANG: 27 Ogos 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, August 17, 2020

BILL & TED FACE THE MUSIC


TAJUK
BILL & TED FACE THE MUSIC

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN:ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Pengembaraan / Komedi / Sain Fiksyen

PELAKUNKeanu Reeves, Alex Winter, William Sadler

PENGARAHDean Parisot

SINOPSISFilem ketiga daripada francais "Bill & Ted", yang juga sekuel kepada filem "Bill & Ted's Excellent Adventure" (1989) dan "Bill & Ted's Bogus Journey" (1991). Kali ini ia mengisahkan tentang dua watak utama itu yang kini merupakan bapa dalam lingkungan pertengahan umur. Apabila seorang pelawat dari masa depan memberi amaran supaya mereka perlu mencipta lagu yang boleh menyelamatkan nyawa dan mengembalikan keharmonian alam semesta, dua lelaki itu cuba menyelesaikan tugasan itu dengan kerjsama keluarga dan rakan-rakan lama mereka serta pemuzik-pemuzik terkenal.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 27 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

LEGALLY DECLARED DEAD


TAJUK
: LEGALLY DECLARED DEAD

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Jenayah / Drama / Suspen

PELAKUNAnthony Wong, Carlos Chan, Karena Lam, Kathy Yuen

PENGARAHSteve Yuen

SINOPSISSetelah mendapati pelanggannya Tak tidak menunjukkan sebarang reaksi atas kematian anak lelakinya, ejen insurans Sean yang baik hati mengesyaki lelaki itu adalah seorang pembunuh yang psiko. Biarpun polis mengesahkan kematian anaknya bukan berpunca dari pembunuhan, namun Sean percaya Tak membunuh anak lelakinya kerana ingin menuntut wang insurans dan mula menyiasat punca sebenar kematian remaja itu. Ketika sedang menyiasat, dia menerima banyak ugutan yang bukan hanya meletakkan dirinya dalam bahaya, tetapi juga orang-orang di sekelilingnya. Sean nekad untuk menghalang isteri Tak yang buta, Ling, daripada menjadi mangsa yang seterusnya.

KATEGORI: "18" - Seusai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 20 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, August 16, 2020

TAKUT KE TAK

TAJUK: TAKUT KE TAK

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi / Seram

PELAKUNNabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabella, Arwind Kumar, Han Zalini

PENGARAHMuzzamer Rahman

SINOPSISAbbas, seorang pelajar jurusan filem, bersama empat orang rakannya Yang Guo, Linda, Amir dan Sivar, dikehendaki menerbitkan sebuah filem sebagai projek graduasi mereka. Untuk itu, mereka bercadang untuk melakukan penggambaran di sebuah rumah berhantu. Namun projek mereka terganggu apabila kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka. Situasi menjadi semakin kecoh apabila mereka menemui sebuah almari pelik. Dalam pada mereka perlu membuat keputusan penting demi menyelamatkan diri dari rumah itu, mereka turut menyedari kepentingan ikatan persahabatan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 27 Ogos 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

BEHIND YOU


TAJUK
: BEHIND YOU

BAHASA: INGGERIS

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:Seram

PELAKUN:TAJUK: BANG DREAM! FILM LIVE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: KONSERT

PELAKUNAimi, Hisako Kanemoto, Ami Maeshima, Haruka Kudo, Yuuri Yoshida

PENGARAHAndrew Mecham, Matthew Whedon

SINOPSISOlivia dan adiknya Claire telah dihantar ke rumah makcik mereka, Beth, selepas ibu mereka meninggal dunia dan bapa mereka terpaksa melanjutkan tempoh kerjanya di luar kawasan. Setibanya di rumah itu, Beth memberi amaran supaya jangan masuk ke dalam bilik bawah tanah yang berkunci. Apa yang membuatkan mereka bertambah pelik adalah selepas menyedari semua cermin di rumah itu ditutup atau disorokkan. Tanpa menghiraukan amaran makciknya, Claire menyelinap masuk ke dalam bilik bawah tanah itu dan menemui sebuah cermin, dan tidak sengaja membebaskan satu makhluk jahat yang ganas.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 26 Minit

TAYANG: 20 Ogos 2020

PANGGUNG: TheTimes Cineplex

TRAILER:

Tuesday, August 11, 2020

BANG DREAM! FILM LIVE


TAJUK
: BANG DREAM! FILM LIVE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: KONSERT

PELAKUNAimi, Hisako Kanemoto, Ami Maeshima, Haruka Kudo, Yuuri Yoshida

PENGARAHTomomi Umezu

SINOPSISSebuah filem konsert pertama dalam francais animasi Jepun, "BanG Dream!". Ia menampilkan lima buah kumpulan muzik Jepun iaitu Poppin' Party, Afterglow, Pastel*Palettes, Roselia dan Hello, Happy World!

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 13 Minit

TAYANG: 20 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DARK SECRETS

TAJUK: DARK SECRETS

BAHASA: THAILAND

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram / Drama

PELAKUNSavika Kanjanamart, Atiwat Kanjanapiwat, Bee Patcharawan Safer

PENGARAHAtiwat Kanjanapiwat, Nukrob Rojanatanakon, Paitoon Yordruk

SINOPSISSelepas mengalami keguguran yang traumatik, pasangan suami isteri Ek dan Parn berpindah ke sebuah rumah yang terletak di desa. Mereka cuba lari dari kesibukan kota dan mencari ketenangan di kawasan yang lebih aman, bagimanapun situasi menjadi buruk apabila mereka mula berdepan kejadian-kejadian aneh di rumah itu.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 1 Jam 24 Minit

TAYANG:20 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, August 10, 2020

THE CLOCK: SPIRITS AWAKENING


TAJUK
: THE CLOCK: SPIRITS AWAKENING

BAHASA: BAHASA KAMBODIA

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Seram / Drama

PELAKUNSorn Piseth, Nov Dana, Khul Samanta, Yem Srey, Charlotte Van Hollekebe

PENGARAHLeak Lyda

SINOPSISCheata seorang gadis yang kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya pergi meninggalkan keluarganya. Namun nasibnya malang apabila setiap hari dia didera oleh ibu tirinya secara mental dan fizikal, sehingga menyebabkan gadis itu mengalami kemurungan. Gambar dan nyanyian ibunya yang didengar setiap malam tidak mampu menenangkan hatinya. Gadis lemah yang dahagakan kasih sayang ibu kandungnya itu akhirnya dikawal oleh roh wanita Perancis yang tinggal dalam sebuah jam. Wanita Perancis itu telah membunuh diri pada tahun 1940 selepas kematian teman lelakinya, seorang jurutera jam. Kejadian itu berlaku selepas wanita itu mendengar sebuah lagu berhantu berjudul "Gloomy Sunday", yang turut menyebabkan kes bunuh diri meningkat pada waktu itu. Roh wanita yang tidak tenteram itu dikatakan mencari mangsa-mangsa yang mengalami kemurungan untuk membantu menunaikan hajat mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 13 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SAKRAL: KERAMAT


TAJUK
: SAKRAL: KERAMAT

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUNOlla Ramlan, Teuku Zacky, Makayla Rose Hilli

PENGARAHTema Patrosza

SINOPSISKeluarga Melina diganggu satu entiti misteri dan lebih mengejutkan, orang-orang di sekelilingnya mula mati seorang demi seorang. Apabila suaminya, Daniel, cuba membongkar rahsia di sebalik gangguan aneh dan kematian itu, dia mendapati semuanya berkait dengan kematian salah seorang anak kembar mereka beberapa tahun lalu. Melina tidak pernah melupakan kematian itu, sementara kembar yang hidup, Flora, telah membesar menjadi seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang muram dan bermisteri. Semakin Daniel cuba merungkai misteri itu, semakin banyak bahaya yang dihadapi keluarganya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 21 Jam 31 Minit

TAYANG: 13 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, August 9, 2020

STEEL RAIN: SUMMIT

TAJUK: STEEL RAIN: SUMMIT

BAHASA: KOREA

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE: Seram

PELAKUN: Jung Woo-sung, Yoo Yeon-Seok, Kwak Do-Won, Angus Macfadyen

PENGARAH: Yang Woo-Seok

SINOPSIS: Presiden Korea Selatan Han Kyeong-jae cuba memeterai perjanjian keamanan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat. Han kemudiannya mengadakan mensyuarat bersama presiden Korea Utara dan Amerika Syarikat di Wonsan, bagi membincangkan isu nuklear dan keamanan Semenanjung Korea. Walau bagaimanapun, Ketua Komando Pengawal Tertinggi Korea Utara tidak bersetuju dengan perjanjian itu dan berlakunya rampasan kuasa, menyebabkan ketiga-tiga ketua negara itu diculik dan dikurung dalam sebuah kapal selam. Kini Han perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri serta menyelesaikan krisis yang berlaku sebelum peperangan tercetus antara Korea Utara, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 12 Minit

TAYANG: 20 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, August 4, 2020

AKU TAHU KAPAN KAMU MATI



TAJUK: AKU TAHU KAPAN KAMU MATI

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN: Natasha Wilona, Ria Ricis, Ahmad Al Ghazali

PENGARAHHadrah Daeng Ratu

SINOPSISSiena mendapati dirinya mempunyai kebolehan untuk melihat petanda seseorang akan mati selepas dia mengalami insiden 'mati suri', iaitu mati hidup semula. Walau bagaimanapun, rakan-rakannya, Flo, Neni dan Vina, tidak mempercayai akan kebolehannya itu. Dia menjadi semakin takut apabila orang-orang di sekelilingnya mati seorang demi seorang, selepas muncul roh-roh yang ingin menjemput mereka. Apabila petanda itu muncul pada lelaki yang disukainya, Brama, serta orang-orang yang rapat dengannya, Siena cuba untuk menyelamatkan mereka, sehinggalah petanda itu muncul pada dirinya sendiri.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 13 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, August 3, 2020

THE JACK IN THE BOX



TAJUK: THE JACK IN THE BOX

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN: Ethan Taylor, Robert Nairne, Lucy-Jane Quinlan

PENGARAHLawrence Fowler

SINOPSISCasey Reynolds, seorang pekerja di sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah hutan, percaya bahawa Jack-In-The-Box antik yang didermakan ke tempat itu telah disumpah. Dia merasakan patung badut di dalamnya bernyawa. Apabila seorang demi seorang rakan-rakan kerjanya mati, dia kemudiannya menyedari yang dia perlu mencari jalan untuk menamatkan sumpahan itu, jikalau tidak dia juga akan mati.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 27 Minit

TAYANG: 06 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ROH



TAJUK: ROH

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN: Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, Junainah

PENGARAHEmir Ezwan

SINOPSISBerlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 23 Minit

TAYANG: 06 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, August 2, 2020

EYES ON ME

BLACK WATER: ABYSS


TAJUK: BLACK WATER: ABYSS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Drama / Ngeri

PELAKUN: Jessica McNamee, Luke Mitchell, Amali Golden

PENGARAHAndrew Traucki

SINOPSISPasangan Eric dan Jennifer bersama dua rakan mereka, Yolanda dan Viktor, ingin menerokai sebuah sistem gua yang terletak jauh di Utara Australia. Mereka kemudiannya mendapatkan khidmat pemandu pelancong bernama Cash. Menyangka mereka akan selamat dari ribut tropika yang melanda, mereka meneruskan perjalanan dengan lebih jauh ke dalam gua tersebut. Tanpa disangka, gua itu mula dinaiki air dan mereka telah sesat dan terperangkap di dalamnya. Namun itu bukanlah satu-satunya masalah yang mereka perlu hadapi, kerana banjir itu juga membawa sekumpulan buaya yang ganas. Kini mereka perlu mengejar masa demi menyelamatkan diri dan mencari jalan keluar dari gua tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 38 Minit

TAYANG: 06 Ogos 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: