TAJUK : THE BODYGUARD BAHASA : MANDARIN (HK) EDARAN : RAM ENTERTAINMENT GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Sammo Hung, Andy Lau, Jacqueline Chan, Li Qin Qin, Zhu Yuchen
PENGARAH : Sammo Hung
SINOPSIS : Filem aksi arahan Sammo Hung ini mengisahkan tentang seorang pengawal peribadi yang telah bersara bertemu dengan seorang gadis muda. Apabila nyawa gadis tersebut diancam oleh ketua penjenayah, pengawal peribadi tersebut bertindak untuk menyelamatkan gadis itu. KATEGORI : "D" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Sahaja. DURASI : TAYANG : 01 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : LONG LONG TIME AGO BAHASA : MANDARIN (Singapore) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : DRAMA PELAKUN UTAMA : Aileen Tan, Mark Lee, Wang Lei, Suhaimi Yusof PENGARAH : Jack Neo SINOPSIS : Berlatarkan tahun 1965 sehingga awal 1970an, ia mengisahkan tentang perjalanan sebuah keluarga dari kampung ke HDB, ketika era Singapura membangun. Pada 9 Ogos 1965, Zhao Di yang sarat mengandung telah dihalau keluar oleh keluarga suaminya. Pada malam dia dihalau, dia telah melahirkan pasangan kembar, Shun Fatt dan Su-mei. Su-mei lahir mempunyai 2 tahi lalat di wajahnya, dan ia dikatakan pembawa nasib cukup malang untuk keluarga. Zhao Di terpaksa memberi Su-mei kepada keluarga lain. Zhao Di berazam untuk mengubah nasib hidup dan dengan bantuan keluarganya, mereka melalui pelbagai perubahan sepanjang tahun ke tahun berikutnya bersama dengan pembangunan negara semakin pesat setiap tahun. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 51 Min TAYANG : 31 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : WARNA CINTA IMPIAN BAHASA : MELAYU (Malaysia) EDARAN : EMPIRE FILMS SOLUTION GENRE : Romantik PELAKUN UTAMA : Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal, Erwin Dawson PENGARAH : N.S Krishna SINOPSIS : Daniel seorang arkitek dan isterinya Diana seorang peguam. Mereka cuba untuk membina hubungan kasih sayang di sebalik perkahwinan mereka yang diatur oleh keluarga mereka. Bagaimanapun, ego mereka dan kegagalan masa lampau telah menimbulkan konflik yang mana telah memuncak apabila kakak Daniel dan abang Diana masuk campur. Kedua-dua kakak Daniel dan abang Diana pernah menjalin hubungan cinta yang berakhir dua dekad yang lalu. Tetapi sekarang, mereka mengenepikan perbezaan mereka untuk menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 42 Min TAYANG : 31 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : 10 CLOVERFIELD LANE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Ngeri PELAKUN UTAMA : Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, John Gallagher, Jr. PENGARAH : Dan Trachtenberg SINOPSIS : Seorang wanita muda terjaga di sebuah bilik bawah tanah selepas terlibat dengan kemalangan kereta. Dia bimbang yang dia sebenarnya diculik oleh lelaki yang telah membantunya. Lelaki itu memberitahunya dia telah menyelamatkan wanita itu dari serangan kimia yang telah menyebabkan dunia di luar tidak selamat untuk didiami. Tidak mempercayai kata-kata lelaki itu, wanita itu mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa mengira bahaya yang bakal dihadapinya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 45 Min TAYANG : 07 April 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : AACH... AKU JATUH CINTA BAHASA : MELAYU (Indonesia) EDARAN : MVP PICTURES GENRE : Romantik PELAKUN UTAMA : Pevita Pearce, Chicco Jerikho, Nova Eliza, Annisa Hertami PENGARAH : Garin Nugroho SINOPSIS : Film ini menceritakan tentang sepasang kekasih Yulia dan Rumi yang saling jatuh cinta sejak kecil. Keduanya melewati perjalanan cinta dari tahun 1970-an hingga 1990-an. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 17 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KIPIDAPP! SELAMATKAN HARI JADI BAHASA : MELAYU (Malaysia) EDARAN : METROWEALTH GENRE : Jenayah / Ngeri PELAKUN UTAMA : Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz PENGARAH : Eyra Rahman SINOPSIS : KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 33 Minit TAYANG : 17 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BATMAN VS SUPERMAN BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Pengembaraan / Animasi / Komedi PELAKUN UTAMA : Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons, Gal Gadot PENGARAH : Zack Snyder SINOPSIS : Batman mahu menumpaskan Superman kerana bimbang dengan tindakan Superman. Sementara mereka berdua bertempur, Lex Luthor mencipta ancaman baru iaitu Doomsday. Kedua-dua mereka perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bersama dengan Wonder Woman menghentikan rancangan Lex Luthor dari memusnahkan Metropolis. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 31 Min TAYANG : 24 Mac 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : IT'S THE MOMENT YANG ARIF BAHASA : MELAYU (Malaysia) EDARAN : Empire Film Solution GENRE : Jenayah / Ngeri PELAKUN UTAMA : Ross Hassan, Keena Mentor, Jacob Rabindranath Krishnan, Balakumaran Krishnasamy PENGARAH : S.T Bala SINOPSIS : Daniel seorang yang berpelajaran dan berpangkat tinggi telah membuat satu kesilapan besar tanpa disedarinya. Bagaimanapun dia percaya dia tidak bersalah dan mahukan keadilan. Jinna seorang wanita moden yang juga berpelajaran dan memegang jawatan besar, tetapi berang dengan Daniel dan nekad untuk mahukan balasan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 10 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : USIN UFO BAHASA : MELAYU (Malaysia) EDARAN : Empire Film Solution GENRE : Komedi / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Shuib Sepahtu, Puteri Sarah Liyana, Liza Abdullah, Aishah Ilias PENGARAH : Zul Yahya SINOPSIS : Usin, seorang pemuda kampung, telah diculik oleh makhluk asing untuk dijadikan sebagai bahan kajian mereka. Tubuh Usin menjadi separa manusia dan separa makhluk asing setelah menjadi bahan kajian tersebut. Apabila makhluk asing melepaskannya dari UFO, Usin mula berperangai aneh dan menimbulkan kekecohan di kampung. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 10 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KUNG FU PANDA 3 BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 20TH CENTURY FOX GENRE : Pengembaraan / Animasi / Komedi PELAKUN UTAMA : Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, J.K. Simmons, James Hong, Jackie Chan, Lucy Liu, Seth Rogen, Kate Hudson, David Cross PENGARAH : Jennifer Yuh, Alessandro Carloni SINOPSIS : Filem ketiga ini mengisahkan tentang Po kembali beraksi, yang mana dia bakal disatukan kembali dengan ayah kandungnya. Mereka berdua mengembara ke sebuah tempat rahsia panda untuk bertemu dengan panda-panda lain, namun dia kemudian menyedari dirinya tidak selesa hidup di situ. Apabila penjahat Kai mengancam China, Po perlu sekali lagi menyelamatkan keadaan. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 35 Min TAYANG : 10 Mac 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : 13 HOURS: THE SECRET SOLDIERS OF BENGHAZI BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Aksi / Drama / Ngeri PELAKUN UTAMA : James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens, Pablo Schreiber PENGARAH : Michael Bay SINOPSIS : Pada ulang tahun ke-11 serangan 11 September, sekumpulan militan pengganas menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan CIA Annex di Benghazi, Libya. Empat rakyat Amerika termasuk Duta AS J. Christopher Stevens terbunuh ketika serangan. Kumpulan keselamatan terdiri daripada enam orang telah dihantar untuk mempertahankan rakyat Amerika yang masih selamat. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 17 tahun ke atas sahaja.. DURASI : 02 Jam 24 Min TAYANG : 17 Mac 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE DIVERGENT SERIES: ALLEGIANT BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Shailene Woodley, Theo James, Octavia Spencer, Ray Stevenson, Zoe Kravitz, Miles Teller, Ansel Elgort, Maggie Q, Naomi Watts, Jeff Daniels, Bill Skarsgård PENGARAH : Robert Schwentke SINOPSIS : Bahagian pertama dalam filem terakhir siri "Divergent" ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan. Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah. Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagai mana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 19 Min TAYANG : 17 Mac 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :