TAJUK : BANGKOK 13 BAHASA : THAILAND EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimaytharatt, Thospol Sirvivat PENGARAH : Dulyasit Niyomgul SINOPSIS : Pia mempunyai deria keenam yang membolehkannya melihat benda-benda paranormal. Dia menyertai rancangan televisyen paranormal untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelebihannya itu dan mereka telah bekerja dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 38 Min TAYANG : 12 Mei 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : SUMMER CAMP BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Diego Boneta, Jocelin Donahue, Maiara Walsh, Andrés Velencoso PENGARAH : Alberto Marini SINOPSIS : Empat kaunselor Amerika telah pergi ke Eropah untuk satu kem musim panas. Apabila mereka tiba di kem, mereka mendapati mereka perlu berdepan dengan satu wabak virus yang tersebar di kalangan kanak-kanak di kem tersebut.
KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja. DURASI : 01 Jam 21 Min TAYANG : 05 Mei 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : ADA APA DENGAN CINTA 2 BAHASA : MELAYU (INDONESIA) EDARAN : PRIMEWORKS STUDIOS GENRE : Romantik PELAKUN UTAMA : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara PENGARAH : Riri Riza SINOPSIS : Filem sekuel ini mengisahkan tentang percintaan Rangga dan Cinta, namun mereka berdua telah berpisah sejak 14 tahun lalu. Setelah beberapa tahun, kedua-dua mereka ini berpeluang untuk kembali bertemu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam TAYANG : 28 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE NEW ADVENTURES OF ALADDIN BAHASA : INGGERIS (FRANCH) EDARAN : PATHE GENRE : DRAMA / KOMEDI PELAKUN UTAMA : Kev Adams, Jean-Paul Rouve, Vanessa Guide PENGARAH : Arthur Benzaquen SINOPSIS : Pada malam Krismas, Sam dan rakan baiknya Khalid berpakaian seperti Santa berhasrat untuk mencuri di sebuah kedai. Tetapi Sam didapati oleh beberapa kanak-kanak dan terpaksa mengalih perhatian mereka dengan bercerita tentang kisah Aladdin - versi beliau. Mengambil watak sebagai Aladdin, Sam mengembara ke tengah-tengah Baghdad, kota seribu satu kekayaan. Tetapi malangnya, di balik cerita rakyat yang pernuh warna tersebut, rakyat menderita atas kezaliman seorang perdana menteri yang terkenal dengan kekejamannya. Adakah Aladdin, dibantu oleh jin itu, dapat menggagalkan rancangan jahat sang perdana menteri? Dan dapatkah ia menawan hati Puteri Shallia? Sudah pasti ianya tidak akan mudah! KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 01 Jam 46 Min TAYANG : 28 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : PRIMAJAYA BAHASA : MELAYU (BRUNEI) EDARAN : VISUAL DIMENSION GENRE : Aksi / Komedi PELAKUN UTAMA : Hazim Hamzah, Aliff Ali, Kenny Yong, Jonathan Chen & Deewi Hamdilah PENGARAH : Adam Groves SINOPSIS : Kejadian jenayah di Bandar Primajaya yang semakin hari diluar kawalan membuatkan Zack, seorang peminat buku-buku komik superhero yang juga bekerja sebagai pelayan, memutuskan untuk mengambil perkara ini ke dalam tangannya sendiri . Dia menjadikan dirinya sebagai pejuang jenayah bertopeng dan mendapat gelaran oleh media sosial sebagai 'Bahlol ' apabila videonya menjadi viral. Dia tidak tahu, mafia dadah bernama Eric mendapati bahawa Bahlol adalah penyebab perniagaannya akan ditutup oleh polis Primajaya . Bahlol berhasrat untuk menghentikan peningkatan jumlah jenayah di bandar fiksi yang dipanggil Primjaya itu. KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja DURASI : 01 Jam 38 Min TAYANG : 15 September 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : CRIMINAL BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Aksi / Drama / Jenayah PELAKUN UTAMA : Ryan Reynolds, Kevin Costner, Tommy Lee Jones, Gary Oldman, Gal Gadot PENGARAH : Ariel Vromen SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang badan perisikan CIA yang telah menanam memori, skil dan rahsia seorang ejen CIA yang telah mati kepada seorang penjenayah berbahaya dengan harapan dia dapat menghentikan plot pembunuhan kejam. KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja DURASI : 01 Jam 54 Min TAYANG : 21 April 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero PELAKUN UTAMA : Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl, William Hurt PENGARAH : Joe Russo, Anthony Russo SINOPSIS : Filem ini mengambil tempat selepas kejadian dalam"Avengers: Age of Ultron" dengan Captain America perlu berdepan dengan masalah baru, yang mana pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira. Captain America dan Iron Man mempunyai pendapat bertentangan tentang tindakan kerajaan itu, menyebabkan tercetusnya perang saudara antara bekas sekutu ini. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 02 Jam 27 Min TAYANG : 28 April 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : CHONGQING HOT POT BAHASA : MANDARIN (CHINA) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Chen Kun, Bai Baihe, Qin Hao, Yu Entai PENGARAH : Yang Qing SINOPSIS : Tiga sekawan telah membuka sebuah restoran di dalam gua yang pernah digunakan sebagai tempat pelindung bom di Chong Qing. Disebabkan masalah pengurusan telah membuat mereka berhutang dan terpaksa menjual kedai mereka. Berharap dapat menjual dengan harga tinggi, mereka kemudian telah mengorek gua tersebut untuk menjadikan ia lebih besar. Mereka secara tidak sengaja telah menemui jalan ke peti simpanan bawah tanah sebuah bank. Mereka kemudian menghadapi masalah besar apabila bank itu menjadi sasaran perompak. KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja. DURASI : 01 Jam 39 Min TAYANG : 21 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : LU MAFIA GUA GANGSTER BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : POSITIVE FILEM GENRE : Aksi / Komedi PELAKUN UTAMA : Syaiful, Atu, Sharif, Jalaluddin Hasan, Zack Taipan PENGARAH : Roy SINOPSIS : Amir, Rosham dan Megat adalah rakan baik dan mereka masing-masing mempunyai impian dan angan-angan tinggi melangit. Bagaimanapun hidup mereka mula menjadi kucar-kacir apabila salah seorang mereka terjumpa kotak berisi berlian yang merupakan milik mafia. Berikutan itu, nyawa mereka kemudian terancam apabila menjadi sasaran mafia King dan Kong yang mahu berlian itu kembali. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 46 Min TAYANG : 21 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : MR. RIGHT BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Aksi / Komedi / Romantik PELAKUN UTAMA : Sam Rockwell, Anna Kendrick, Tim Roth, RZA, James Ransone PENGARAH : Paco Cabezas SINOPSIS : Filem komedi romantik ini mengisahkan seorang wanita yang menemui seorang lelaki yang sesuai untuknya, selepas mengharungi kisah duka dalam percintaannya. Walaubagaimanapun, hubungan yang dibina diuji dengan masalah apabila dia mendapati lelaki tersebut merupakan seorang pembunuh upahan. KATEGORI : "D" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Sahaja. DURASI : 01 Jam 36 Minit TAYANG : 01 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE HUNSTMAN: WINTER'S WAR BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain, Sam Claflin, Nick Frost PENGARAH : Cedric Nicolas-Troyan SINOPSIS : Ratu Jahat Ravenna mengkhianati adiknya Freya dan menyebabkan Freya berundur ke sebuah negara di utara. Dengan hatinya tidak lagi boleh menyayangi, Freya memberi arahan supaya pemburu-pemburu elitnya tidak jatuh cinta. Apabila kedua-dua ratu mula bertempur untuk mendominasi, pemburu elit Eric dan rakan seperjuangannya, Sara, adalah wira di antara kedua-dua ratu jahat itu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 54 Min TAYANG : 14 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : REDHA BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : EMPIRE FILMS SOLUTION GENRE : Drama / Family PELAKUN UTAMA : Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester PENGARAH :Tunku Mona Riza SINOPSIS : Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam45 Min TAYANG : 14April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : MIDNIGHT SPECIAL BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Drama / Science Fiction PELAKUN UTAMA : Michael Shannon, Kirsten Dunst, Adam Driver, Joel Edgerton PENGARAH : Jeff Nichols SINOPSIS : Filem aksi arahan Sammo Hung ini mengisahkan tentang seorang pengawal peribadi yang telah bersara bertemu dengan seorang gadis muda. Apabila nyawa gadis tersebut diancam oleh ketua penjenayah, pengawal peribadi tersebut bertindak untuk menyelamatkan gadis itu. KATEGORI : "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur. DURASI : 01 Jam 40 Min TAYANG : 14 April 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE JUNGLE BOOK BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Pengembaraan / Drama / Fantasi PELAKUN UTAMA : Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson, Lupita Nyong'o, Giancarlo Esposito PENGARAH : Jon Favreau SINOPSIS : Seorang budak lelaki bernama Mowgli dibesarkan oleh serigala di dalam hutan. Dia berkawan dengan seekor beruang bernama Baloo dan seekor harimau kumbang bernama Bagheera. Mowgli terpaksa meninggalkan keluarga serigalanya apabila dia diancam oleh seekor harimau, Shere Khan, yang membenci manusia. KATEGORI : "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur. DURASI : 01 Jam 46 Min TAYANG : 07 April 2016 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : SHOWDOWN BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : PRIMEWORKS STUDIOS GENRE : Tarian PELAKUN UTAMA : Reza Hasbi, Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jasmin PENGARAH : Khairil M. Bahar SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penari yang menggelar diri mereka sebagai "Battle Crew" yang mana mereka mempunyai impian untuk menyertai dan menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu "Showdown". KATEGORI : "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur. DURASI : 01 Jam 37 Min TAYANG : 07 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BEFORE I WAKE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : NGERI / SERAM PELAKUN UTAMA : Kate Bosworth, Thomas Jane, Annabeth Gish, Jacob Tremblay PENGARAH : Mike Flanagan SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yatim piatu, yang mana apabila dia tidur dia akan mengalami mimpi ngeri yang teruk dan dia mendapati apa sahaja yang berlaku dalam mimpinya akan terjadi secara fizikal ketika dia sedang tidur. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 01 Jam 37 Min TAYANG : 07 April 2016 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :