TAJUK : AJIN: DEMI HUMAN BAHASA : JEPUN EDARAN: TGV PICTURES GENRE : Aksi / Ngeri PELAKUN UTAMA : Takeru Sato, Gou Ayano, Tetsuji Tamayama, Yuu Shirota, Yudai Chiba, Rina Kawaei PENGARAH : Katsuyuki Motohiro SINOPSIS : Selepas diisytihar mati dalam sebuah kemalangan, Kei Nagai mendapati dirinya terselamat dari kemalangan itu dan sebenarnya dia adalah dewa Ajin (separuh manusia, separuh dewa). Dianggap sebagai ancaman kepada manusia, kerajaan menangkap Kei dan menghantarnya ke pusat penyelidikan, di mana dia dijadikan bahan eksperimen. Sato, seorang pengganas dan juga Ajin, satu-satunya yang menolong Kei. Bagaimanapun, Kei kini dalam dilemma dan tidak tahu sama ada mahu terlibat dengan rancangan Sato atau tidak. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 49 Minit TAYANG : 28 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE GREATEST SHOWMAN BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN: 20TH CENTURY FOX GENRE : Drama / Muzikal PELAKUN UTAMA : Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams PENGARAH : Michael Gracey SINOPSIS : Muzikal ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros. dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal. Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 45 Minit TAYANG : 28 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : INSIDIOUS: THE FINAL KEY BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT GENRE : Seram / Misteri PELAKUN UTAMA : Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson, Josh Stewart PENGARAH : Adam Robitel SINOPSIS : Mengambil tempat selepas "Chapter 3", filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 43 Minit TAYANG : 04 Januari 2018 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BROTHERHOOD BAHASA : KANTONIS (MALAYSIA) EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Aksi / Komedi / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Eric Lin, Bernard Hiew, Hanz Koay, Sky Kang, January So, Sherlyn Seo PENGARAH : Silver SINOPSIS : 12 tahun sebelum cerita utama bermula, lima rakan yang membesar bersama di rumah anak yatim merancang satu rompakan bersenjata di sebuah kedai emas. Kelima-lima mereka adalah Ah Tak (ketua), Gang Gou (adik Ah Tak), Goh Wong, Ah Cai dan Wan Zai. Ketika rompakan dilakukan, mereka bertembung dengan polis dan berbalas tembakan. Ketika kekecohan itu berlaku, seorang wanita hamil secara tidak sengaja terkena tembakan. Ah Tak yang menyesal meletakkan senjata dan menyerah diri. Walaupun terkejut dengan tindakannya, kesemua mereka turut menyerah diri kecuali Wah Zai yang merupakan pemandu yang berjaya melarikan diri. 12 tahun kemudian, Ah Tak dan yang lain dibebaskan dari penjara dan mereka mendapat tahu yang Wah Zai menjadi seorang ahli perniagaan kaya selepas menggunakan emas yang mereka rompak dahulu. Kini mereka merancang untuk membalas dendam. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 22 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : KL WANGAN: BIKIN GEMPAK BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : SKOP PRODUCTION GENRE : Aksi PELAKUN UTAMA : Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim PENGARAH : Pekin Ibrahim SINOPSIS : Filem ini berkisarkan tentang Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah mengenai lumba kereta jalanan, dari kereta biasa sehinggalah kereta berkuasa tinggi. Selepas bertahun membawa haluan masing-masing, kedua-dua sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Satu hari, mereka secara tidak sengaja bertemu semula di satu perlumbaan tanpa menyedari mereka bersaing sesama sendiri. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 21 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : PITCH PERFECT 3 BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Komedi / Muzik PELAKUN UTAMA : Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks PENGARAH : Elizabeth Banks SINOPSIS : Filem ketiga "Pitch Perfect" yang mengisahkan tentang pasukan acapella yang menyertai satu lagi pertandingan menyanyi ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Rebel Wilson dan Brittany Snow. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 33 Minit TAYANG : 28 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : BLEEDING STEEL BAHASA : KANTONIS (CHINA) EDARAN: GSC MOVIES GENRE : Aksi / Komedi / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Jackie Chan, Show Luo, Ouyang Nana, Tess Haubrich, Callan Mulvey PENGARAH : Leo Zhang SINOPSIS : Ketika melindungi seorang wanita muda yang menjadi saksi penting untuk satu kes besar, seorang ejen elit yang dilakonkan oleh Jackie Chan tanpa disedari terperangkap dalam satu konspirasi. Dia bagaimanapun timbul perasaan ada kaitan dengan wanita itu, seperti mereka pernah bertemu sebelum ini dalam kehidupan lain. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : TAYANG : 22 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT GENRE : Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams PENGARAH : Jake Kasdan SINOPSIS : Empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 52 Minit TAYANG : 21 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : FERDINAND BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN: 20TH CENTURY FOX GENRE : Animasi / Kekeluargaan PELAKUN UTAMA : John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Daveed Diggs, Gabriel Iglesias PENGARAH : Carlos Saldanha SINOPSIS : Ferdinand adalah seekor lembu jantan yang lebih selesa duduk di bawah pokok menghidu bunga-bunga daripada bertarung dengan lembu jantan lain. Dia masih lagi bersikap lembut walaupun dia membesar menjadi seekor lembu jantan kuat, tetapi satu hari dia disalah pilih untuk pertarungan lembu jantan di Madrid. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 47 Minit TAYANG : 14 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : STAR WARS: THE LAST JEDI BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN :WALT DISNEY PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Carrie Fisher, Adam Driver PENGARAH : Rian Johnson SINOPSIS : Filem kelapan dari francais "Star Wars" ini adalah kesinambungan dari filem pada tahun 2015, "Star Wars: The Force Awakens". Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 32 Minit TAYANG : 14 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : UNEXPECTEDLY YOURS BAHASA : TAGALOG EDARAN : STAR CINEMA GENRE : Romantik PELAKUN UTAMA : Sharon Cuneta, Robin Padilla, Julia Barretto, Joshua Garcia
PENGARAH : Cathy Garcia-Molina SINOPSIS : Dua bekas sahabat sekolah, Patty dan Cocoy mencari bertemu kembali setelah tiga puluh tahun kemudian bukan sahaja sebagai penyelenggara acara reuni sekolah mereka tetapi juga sebagai jiran. Patty dan anak perempuannya Yanni yang hidup tenang lalu terperanjat ketika Cocoy dan anak saudaranya Jason datang mengetuk pintu rumah mereka. KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 2 Jam TAYANG : 7 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : JIBAM BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION GENRE : Drama PELAKUN UTAMA : Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi PENGARAH : Che Mie SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali. KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 1 Jam 39 Minit TAYANG : 7 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : WONDER BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Drama PELAKUN UTAMA : Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay PENGARAH : Stephen Chbosky SINOPSIS : Auggie Pullman adalah seorang budak lelaki yang kecacatan wajah dan telah keluar-masuk ke hospital untuk beberapa tahun. Dengan bantuan ibunya, Isabel, dan bapanya, Nate, dia cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru dan buktikan kepada semua orang bahawa dia seorang budak normal. Dia kemudian telah mengajar orang di sekeliling bahawa kecantikan bukan diukur dari segi luaran sahaja. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 53 Minit TAYANG : 7 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : MUMON: THE LAND OF STEALTH BAHASA : JEPUN EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Aksi PELAKUN UTAMA : Satoshi Ohno, Satomi Ishihara, Ryohei Suzuki, Yuri Chinen, Yuna Taira, Jun Kunimura, Yusuke Iseya PENGARAH : Yoshihiro Nakamura SINOPSIS : Mumon seorang yang pemalas tetapi dia juga merupakan shinobi terbaik dari Daerah Iga. Satu hari, dia telah membunuh shinobi dari keluarga lain untuk ganjaran. Mumon tidak menyedari tindakannya telah mencetuskan pertarungan maut di antara kor shinobi Iga Province dan kor Nobukatsu Oda di Ise. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 5 Minit TAYANG : 7 Disember 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : PADDINGTON 2 BAHASA : INGGERIS (UK) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Animasi / Komedi / Kekeluargaan PELAKUN UTAMA : Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Hugh Grant PENGARAH : Paul King SINOPSIS : Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka. Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu. Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut. KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI : 1 Jam 44 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BEYOND SKYLINE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD GENRE : Aksi / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Frank Grillo, Bojana Novakovic, Iko Uwais, Callan Mulvey, Yayan Ruhian PENGARAH : Liam O'Donnell SINOPSIS : Ia adalah kesinambungan dari filem terdahulu, "Skyline" (2010). Kejadian di dalam filem ini berlaku pada waktu sama tetapi di lokasi tidak diketahui ketika penaklukan dunia oleh makluk asing. Mark yang merupakan seorang detektif terpaksa berusaha keras untuk membebaskan anak lelakinya Trent yang berada dalam kapal angkasa makhluk asing. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 47 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : MURDER ON THE ORIENT EXPRESS BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 20TH CENTURY FOX GENRE : Drama / Misteri PELAKUN UTAMA : Kenneth Branagh, Tom Bateman, Lucy Boynton, Olivia Colman, Penelope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp PENGARAH : Kenneth Branagh SINOPSIS : `Remake` filem klasik pada tahun 1974 dengan menggunakan judul sama ini diangkat dari novel nukilan Agatha Christie. Ia mengisahkan tentang seorang detektif, Hercule Poirot, yang menyiasat pembunuhan taikun Amerika dalam kereta api Orient Express. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 54 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : DADDY'S HOME 2 BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Lithgow PENGARAH : Sean Anders SINOPSIS : Filem arahan Sean Anders ini adalah kesinambungan dari filem "Daddy`s Home" pada tahun 2015. Will Ferrell dan Mark Wahlberg kembali dengan watak asal mereka sebagai Brad dan Dusty, manakala Linda Cardellini, John Cena, John Lithgow dan Mel Gibson tampil sebagai pelakon pembantu. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 38 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : FIREWORKS BAHASA : JEPUN EDARAN : ATRINAGA SDN BHD GENRE : Anime PELAKUN UTAMA : Suzu Hirose, Masaki Suda, Mamoru Miyano, Shintaro Asanuma PENGARAH : Akiyuki Shinbo, Nobuyuki Takeuchi SINOPSIS : Norimichi, Yusuke dan rakan mereka tidak bersependapat mengenai bentuk bunga apabila ia meletup di udara. Seorang remaja, Nazuna, bagaimanapun mempunyai perkara serius di minda - ibu bapanya bakal bercerai. Tidak diketahui oleh orang, ibu Nazuna merancang untuk membawanya pergi selepas musim panas berakhir. Ketika menyaksikan perlumbaan renang antara Norimichi dan Yusuke, Nazuna secara diam-diam ambil keputusan pemenang akan menjadi pilihannya untuk kahwin lari. Sementara itu, untuk menyelesaikan perdebatan mengenai bunga api, mereka ambil keputusan untuk pergi ke rumah api untuk melihat pertunjukan bunga api. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : PINJAMKAN HATIKU BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : EMPIRE FILMS SOLUTION GENRE : Drama / Romantik PELAKUN UTAMA : Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri PENGARAH : Osman Ali SINOPSIS : Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 59 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : SLUMBER BAHASA : INGGERIS EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Maggie Q, Will Kemp, Sylvester McCoy, William Hope PENGARAH : Jonathan Hopkins SINOPSIS : Alice adalah seorang doktor dengan pemikiran rasional tetapi sering dihantui oleh kematian misteri adiknya. Ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah keluarga yang mempunyai masalah tidur, Alice diserang oleh bapa keluarga itu dalam tidurnya. Si bapa kemudian telah ditangkap dan dipenjarakan. Bagaimanapun masalah menjadi lebih teruk kepada keluarga itu dan Alice kini perlu mengenepikan ajaran saintifiknya dan menerima yang keluarga itu dihantui oleh Night Hag, syaitan parasitik yang menyerang mangsa ketika mereka tidur. Untuk menentang roh jahat itu, Alice perlu berdepan dengan mimpi ngerinya KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 25 Minit TAYANG : 7 Disember 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : JAILBREAK BAHASA : KHMER (CAMBODIA) EDARAN : ZOOKEEPER MEDIA SDN BHD GENRE : Aksi PELAKUN UTAMA : Jean-Paul Ly, Dara Our, Savin Phillip, Céline Tran, Tharoth Sam, Sisowath Siriwudd PENGARAH : Jimmy Henderson SINOPSIS : Playboy yang mengaku dirinya sebagai ketua Kumpulan Butterfly mengambil keputusan untuk mendedahkan bukti mengenai kumpulannya bagi mengurangkan hukuman. Dia telah diiringi oleh pasukan elit SWAT untuk dibawa ke penjara Prey Klaa. Bagaimanapun ketua kumpulan Butterfly sebenar kemudian telah mengupah banduan di penjara tersebut untuk membunuh Playboy supaya dia tidak dapat memberi keterangan dan ini telah mencetuskan rusuhan di dalam penjara. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 32 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : GHOST NET BAHASA : KANTONIS (HONG KONG) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Carlos Chan, Bryant Mak, Ashina Kwok, Cherry Pau, Kabby Hui PENGARAH : KK Wong, Huang Kwok Fai, Yau Tat-Chi SINOPSIS : Filem ini menampilkan tiga cerita hantu yang berlatarkan di Hong Kong, bermula dengan Vivian, yang baru berpindah ke tempat baru dan terlibat dalam insiden menyeramkan dengan jirannya. Cerita kedua mengenai Scarlet, yang tidak tahu terdapat rahsia jahat di sebalik tatu barunya. Cerita terakhir mengenai sekumpulan pelajar universiti yang tidak sengaja membangkitkan roh pendendam sepasang kekasih ketika melakukan siaran langsung ekpedisi memburu hantu. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 37 Minit TAYANG : 30 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : COCO BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Animasi PELAKUN UTAMA : Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor PENGARAH : Lee Unkrich SINOPSIS : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 49 Minit TAYANG : 23 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : REMPIT SAMPAI LANGIT BAHASA : MELAYU (MALAYSIA) EDARAN : SKOP PRODUCTION GENRE : Aksi / Komedi PELAKUN UTAMA : Ajak Shiro, Nabila Huda, Tauke Jambu, Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne PENGARAH : Silver SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 29 Minit TAYANG : 23 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : AH BOYS TO MEN 4 BAHASA : INGGERIS / MANDARIN (SINGAPORE) EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD GENRE : Komedi / Drama PELAKUN UTAMA : Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Maxi Lim, Noah Yap, Jaspers Lai PENGARAH : Jack Neo SINOPSIS : Filem keempat ini menyaksikan `Ah Boys` iaitu Sarjan Ong, Lobang, Ken Chow dan Aloysius dipanggil semula untuk latihan di bawah Armoured Formation of the Singapore Armed Forces. Kali ini mereka turut disertai oleh seorang pegawai wanita. Situasi komedi berlaku apabila mereka kembali menjalani latihan bersama. Bagaimanapun hubungan akrab mereka diuji apabila musuh baru timbul. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 05 Minit TAYANG : 23 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THEERAN ADHIGARAM ONDRU BAHASA : TAMIL EDARAN : TSR FILMS GENRE : Aksi / Ngeri PELAKUN UTAMA : Karthi, Rakul Preet Singh, Abhimanyu Singh, Bose Venkat PENGARAH : H. Vinoth SINOPSIS : Ia berdasarkan kes sebenar yang dikendalikan oleh jabatan polis pada tahun 1990an, ia berkisarkan tentang seorang pegawai polis bernama Theeran yang ditugaskan untuk menyelesaikan beberapa siri kejadian kejam yang mempunyai persamaan. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 2 Jam 40 Minit TAYANG : 17 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : SUBURBICON BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Komedi / Jenayah / Misteri PELAKUN UTAMA : Matt Damon, Julianne Moore, Josh Brolin, Oscar Isaac PENGARAH : George Clooney SINOPSIS : Apabila keluarga Lodge berpindah ke Suburbicon, mereka berkongsi pendapat orang pekan yang mengatakan ia adalah tempat yang sesuai untuk menyara keluarga berikutan rumah murah dan sebagainya. Tetapi kini, beberapa siri kejadian telah berlaku dan ia telah membongkar kebenaran mengenai pekan itu dan Gardner Lodge perlu mencari jalan untuk memperbaikinya. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 45 Minit TAYANG : 23 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : JUSTICE LEAGUE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero PELAKUN UTAMA : Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller PENGARAH : Zack Snyder SINOPSIS : Adiwira-adiwira terhebat Bumi bergabung untuk membentuk Justice League bagi menentang ancaman bahaya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam TAYANG : 16 November 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : PENGABDI SETAN BAHASA : INDONESIA EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Seram PELAKUN UTAMA : Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian PENGARAH : Joko Anwar SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya. KATEGORI : UNRATED DURASI : TAYANG : 23 November 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :