TAJUK : GOD OF WAR BAHASA : KANTONIS (CINA) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Aksi / Sejarah PELAKUN UTAMA : Vincent Zhao, Sammo Hung, Wan Qian, Timmy Hung, Yasuaki Kurata PENGARAH : Gordon Chan SINOPSIS : Kegiatan lanun Jepun di perairan China semakin berleluasa ketika abad ke-16. Pada 1557, lanun telah menguasai Cengang di Zhejiang. Selepas beberapa bulan bertempur, Komander Yu akhirnya berjaya menumpaskan mereka menerusi kepimpinan Jeneral Qi yang baru dinaikkan pangkat. Lanun-lanun itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri. Jeneral Qi kemudian merekrut penduduk kampung dan menubuhkan Tentera Qi untuk mengalahkan lanun. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 2 Jam 9 Minit TAYANG : 1 Jun 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : WONDER WOMAN BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Superhero PELAKUN UTAMA : Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright PENGARAH : Patty Jenkins SINOPSIS : Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 17 Minit TAYANG : 1 Jun 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : BAYWATCH BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE : Aksi / Komedi PELAKUN UTAMA : Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra, Hannibal Buress PENGARAH : Seth Gordon SINOPSIS : Seorang anggota keselamatan yang komited dengan kerjanya terpaksa bekerjasama dengan rakan setugas muda yang keras kepala. Mereka perlu bekerjasama untuk melindungi pantai mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 56 Minit TAYANG : 1 Jun 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : DIARY OF A VIMPY KID: THE LONG HAUL BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 2OTH CENTURY FOX GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Jason Drucker, Owen Asztalos, Charlie Wright, Alicia Silverstone, Tom Everett Scott PENGARAH : David Bowers SINOPSIS : Greg telah meyakinkan keluarganya untuk bercuti ke rumah nenek mereka bagi menyambut ulang tahun ke-90 nenek mereka. Dia sebenarnya mempunyai rancangan lain iaitu mahu pergi ke konvensyen `gamer` berhampiran. Bagaimanapun perkara tidak menjadi seperti yang dirancang. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 32 Minit TAYANG : 25 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : PIRATES OF THE CARIBBEAN: SALAZAR'S REVENGE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WALT DISNEY PICTURES GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush PENGARAH : Joachim Rønning, Espen Sandberg SINOPSIS : Apabila Kapten Salazar dan kru lanun hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle, mereka nekad untuk menghapuskan semua lanun di laut termasuk Kapten Jack Sparrow. Untuk menyelamatkan diri dari musuh lama, Jack kini perlu mencari Trident of Poseidon, artifak berkuasa yang membolehkan pemiliknya menguasai laut. Tetapi untuk mendapatkan artifak itu dia perlu bekerjasama dengan ahli astronomi jelita, Carina Smyth, dan pelayar Royal Navy yang keras kepala, Henry. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 9 Minit TAYANG : 25 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : DEAR OTHER SELF BAHASA : TAGALOG EDARAN : STAR CINEMA GENRE : Komedi PELAKUN UTAMA : Jodi Sta. Maria, Xian Lim, Joseph Marco PENGARAH : Veronica Velasco SINOPSIS : Seorang wanita mendapati dirinya terperangkap dalam dilema sama ada dia akan kekal di tempat kerjanya atau meneruskan minatnya untuk mengembara. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 30 Minit TAYANG : 17 Mei 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : DEALER / HEALER BAHASA : KANTONIS (CHINA) EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE : Aksi / Drama PELAKUN UTAMA : Lau Ching Wan, Gordon Lam, Jiang Yiyan, Louis Koo PENGARAH : Lawrence Ah Mon SINOPSIS : Ketika tahun 1960an-70an di Hong Kong, kongsi gelap dan anggota polis korup menguasai bandar, ia merupakan zaman kegemilangan bagi Chan Wah, seorang yang angkuh dan digelar sebagai ketua kumpulan `Thirteen Naughty Children of Tsz Wan Shan`. Dia kemudian telah bertemu cinta hatinya Ho-yau dan sering menghabiskan masa bersama wanita itu. Bagaimanapun keadaan bertukar apabila dia dipenjara atas kesalahan kegiatan mengedar dadah. Selepas dibebaskan dari penjara, Chan mengambil keputusan untuk berubah dan memulakan hidup baru. Dia bukan sahaja membantu belia untuk keluar dari najis dadah, tetapi juga berjaya menerima anugerah salah seorang `Ten Outstanding Young Persons of Hong Kong`. Satu hari ketika menghadiri syarahan pemulihan dadah di Jepun, Chan bertemu semula dengan Ho-yau dan mahu kembali bersamanya. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 41 Minit TAYANG : 18 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : THE CIRCLE BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Drama / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA : Emma Watson, Tom Hanks, John Boyega, Karen Gillan PENGARAH : James Ponsoldt SINOPSIS : Mae Holland telah berjaya merebut peluang sekali dalam seumur hidup apabila dia mendapat kerja di The Circle, sebuah syarikat teknologi dan media sosial berkuasa di dunia. Digalakkan oleh pengasas syarikat itu, Mae telah menyertai satu eksperimen yang melangkaui batasan privasi, etika dan kebebasan peribadi. Pembabitannya dalam eksperimen itu dan segala keputusan yang dibuatnya mula menjejaskan kehidupan dan masa depan rakannya, keluarga dan juga tamadun kemanusiaan KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 50 Minit TAYANG : 18 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : RESIDENT EVIL: VENDETTA BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Animasi / Ngeri PELAKUN UTAMA : Matt Mercer, Kevin Dorman, Erin Cahill PENGARAH : Takanori Tsujimoto SINOPSIS : Filem ini adalah kesinambungan dari filem "Resident Evil: The Final Chapter" dan sebelum kejadian dalam permainan video "Resident Evil 7: Biohazard". Ia berkisarkan tentang Kapten BSAA (Bioterrorism Security Assessment Alliance), Chris Redfield, yang meminta bantuan ejen DSO (Division of Security Operations), Leon S. Kennedy, dan Profesor Rebecca Chambers dari Alexander Institute of Biotechnology untuk menghentikan pengganas bernama Glenn Arias daripada menyebarkan virus berbahaya di New York. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 35 Minit TAYANG : 27 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : JATRA BAHASA : NEPALI EDARAN : SHATKON ARTS GENRE : Drama / Komedi PELAKUN UTAMA : Prechya Bajracharya, Rabindra Singh Baniya, Prakash Ghimire PENGARAH : Pradeep Bhattarai SINOPSIS : Seorang pemuda miskin dan rajin, Phadindra Timsina (Bipin Karki) telah dengan tidak senghaja menjumpai karung yang penuh dengan wang yang dicuri dari bank. Beliau kemudian berunding dengan dua orang kawannya iaitu Jayas (Rabindra Singh Baniya) dan Munna (Rabindra Jha) untuk bagaimana memanfaatkan wang tersebut dengan sebaiknya. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 30 Minit TAYANG : 18 Mei 2017 PANGGUNG : The PSB Cineplex Seria TRAILER :
TAJUK : BATTLE OF MEMORIES BAHASA : MANDARIN (CHINA) EDARAN : WANDA PICTURES GENRE : Misteri / Ngeri PELAKUN UTAMA : Huang Bo, Xu Jinglei, Duan Yihong, Yang Zishan, Ann Hsu PENGARAH : Leste Chen SINOPSIS : Apa yang akan berlaku jika otak anda menempatkan memori yang bukan milik anda? Pada 2025, operasi manipulasi-memori telah dipopularkan di seluruh dunia. Feng, seorang novelis berprestij (Huang Bo), telah memadam memori perkahwinannya yang gagal. Tetapi apabila dia cuba untuk mendapatkan kembali kenangan yang hilang, dia mendapati dirinya dalam fikiran seorang pembunuh bersiri. Beliau berjumpa dengan seorang pegawai polis Shen (Duan Yihong) dan apabila mereka mula untuk menyiasat kes itu, sebuah konspirasi lain terdedah. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 59 Minit TAYANG : 10 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : ZOMBIE FIGHTERS BAHASA : THAILAND EDARAN : GSC MOVIES GENRE : Komedi / Seram PELAKUN UTAMA : Puvadol Vechwongsa, Pasakorn Sanrattana, Worachai Sirikongsuwan, Kittipat Samarntragulchai PENGARAH : Poj Arnon SINOPSIS : Diarahkan oleh Poj Arnon, ia berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap dalam bandar yang dipenuhi oleh orang yang bertukar menjadi zombi. Ia dibintangi oleh Puvadol Vechwongsa, Pasakorn Sanrattana, Worachai Sirikongsuwan dan Kittipat Samarntragulchai. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 1 Jam 44 Minit TAYANG : 10 Mei 2017 PANGGUNG : The Mall Cineplex TRAILER :
TAJUK : CAN'T HELP FALLING IN LOVE BAHASA : TAGALOG (FILIPIN) EDARAN : STAR CINEMA PRODUCTION GENRE : Drama, Romantik, Komedi PELAKUN UTAMA : Kathryn Bernardo, Daniel Padilla, Matteo Guidicelli, Cherry Pie Picache, Lito Pimentel, Lotlot de Leon, Dennis Padilla, Joross Gamboa, Kristel Fulgar, Janus del Prado, Pinky Amador PENGARAH : Mae Cruz-Alviar SINOPSIS : "Can't Help Falling in Love" mengisahkan Gab (Kathryn Bernardo) seorang gadis yang mendekati kata sempurna. Dia sudah melakukan perencanaan untuk menikahi pacarnya Jason (Matteo Guidicelli). Dunianya berubah ketika dia mengetahui bahwa dia telah menikah dengan seorang pemuda bernama Dos (Daniel Padilla). Kejadian yang tidak sengaja diantara mereka membawa mereka berdua ke dalam situasi yang membingungkan. Tetapi perubahan ini juga membawa perubahan dalam hati mereka juga. Apakah Gab memilih kmbali ke Jason atau dia akan mengambil resiko dengan seorang pria asing yang nampak sempurna untuknya? KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 59 Minit TAYANG : 10 Mei 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : WARNER BROS. PICTURES GENRE : Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA : Charlie Hunnam, Astrid Bergés-Frisbey, Jude Law, Djimon Hounsou PENGARAH : Guy Ritchie SINOPSIS : Arthur baru mengetahui dirinya dari keturunan diraja setelah dia berjaya mendapat pedang Excalibur. Dengan pedang yang berkuasa di tangannya, dia menyertai kumpulan pemberontak dan wanita bernama Guinevere yang mahu menggulingkan diktator Vortigern yang menguasai negara. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 2 Jam 6 Minit TAYANG : 10 Mei 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : ALIEN: COVENANT BAHASA : INGGERIS (USA) EDARAN : 20TH CENTURY FOX GENRE : Pengembaraan / Fiksyen Sains / Ngeri PELAKUN UTAMA : Michael Fassbender, Noomi Rapace, Billy Crudup, Danny McBride, Demián Bichir PENGARAH : Ridley Scott SINOPSIS : Kru kapal koloni Covenant dalam pencarian planet terpencil yang jauh dari galaksi. Apabila mereka tiba di sana, tempat itu kelihatan seperti tidak pernah diterokai tetapi sebenarnya ia adalah tempat yang berbahaya, dan hanya diduduki oleh David yang terselamat daripada malapetaka ekspedisi Prometheus sebelum ini. KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. DURASI : 2 Jam 3 Minit TAYANG : 10 Mei 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :
TAJUK : UNLOCKED BAHASA : INGGERIS (USA/UK) EDARAN : TGV PICTURES GENRE : Aksi / Ngeri PELAKUN UTAMA : Noomi Rapace, Orlando Bloom, Michael Douglas, John Malkovich PENGARAH : Michael Apted SINOPSIS : Seorang penyoal siasat CIA telah terpedaya dengan helah oleh pengganas dan memberikan maklumat penting kepada pihak yang salah, sekaligus membuatkan dirinya terlibat dalam plot yang bakal menyebabkan London berada dalam keadaan berisiko terhadap serangan biologi. KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI : 1 Jam 38 Min TAYANG : 04 Mei 2017 PANGGUNG : The Empire Cineplex TRAILER :