TAJUK: BHOOT: THE HAUNTED SHIP BAHASA: HINDI (INDIA) EDARAN: SURAYA FILEM GENRE: Drama / Seram PELAKUNUTAMA: Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Ashutosh Rana, Siddhanth Kapoor PENGARAH: Bhanu Pratap Singh SINOPSIS: Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Bombay. Pegawai perkapalan Sumit Desai perlu menyelamatkan gadis yang dipercayai berada di dalam Sea Bird, sebuah kapal terbiar di tepi pantai. Walau bagaimanapun, dia mendapati dirinya kini terperangkap dalam kapal itu dan mula diganggu kejadian-kejadian aneh. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 2 Jam 30 Min TAYANG: 21 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: ONWARD BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Animasi PELAKUNUTAMA: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer PENGARAH: Dan Scanlon SINOPSIS: Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 43 Min TAYANG: 05 Mac 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE INVISIBLE MAN BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE: Ngeri PELAKUNUTAMA: Elisabeth Moss, Oliver Jackson-Cohen, Aldis Hodge, Storm Reid, Harriet Dyer PENGARAH: Leigh Whannell SINOPSIS: Dengan bantuan adiknya serta rakan mereka sejak kecil, Cecilia Kass menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam5 Min TAYANG: 05 Mac 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: RASUK 2 BAHASA: INDONESIA EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Nikita Willy, Achmad Megantara, Asri Welas, Raquel Katie Larkin PENGARAH: Rizal Mantovani SINOPSIS: Isabella merupakan pelajar perubatan yang dikurniakan deria keenam tapi dia tidak pedulikannya kerana dia mahu hidup secara normal. Sebagai salah satu tugasan latihan industri, dia perlu melakukan bedah siasat terhadap mayat wanita yang tidak mempunyai identiti. Malangnya, sejak dari itu dia mendapati dirinya diekori roh wanita tersebut, menyebabkan persahabatan dan pembelajarannya terganggu. Pada mulanya hanya kakaknya, Fransisca Inggrid, yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya tetapi dalam usaha untuk melepaskan diri daripada gangguan itu, dia bertemu dengan Radja yang turut memahami situasinya. Dia kemudiannya mendapati misteri kematian wanita itu mula terungkai sedikit demi sedikit. Kini, walaupun nyawanya dalam bahaya, dia mengambil keputusan untuk membantu roh wanita itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 35 Min TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE CLOSET BAHASA: KOREA EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Kim Nam-Gil, Ha Jung-Woo, Heo Yool PENGARAH: Kim Kwang-Bin SINOPSIS: Sang-Won berpindah ke rumah baru dengan anak perempuannya Yi-Na, bagi cuba memperbaiki hubungan mereka yang semakin janggal selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Namun, usahanya untuk mendekati Yi-Na tidak semudah yang disangka. Dia kemudian melihat Yi-Na semakin ceria, anaknya itu memberitahunya bahawa dia mempunyai rakan baru, tetapi dia juga mula mendapati kelakuan Yi-Na semakin pelik dan mendengar bunyi-bunyi aneh dari almari Yi-Na. Suatu hari, Sang-Won mendapati anaknya telah hilang. Dalam pada dia cuba mencari anaknya itu, seorang lelaki misteri bernama Kyung-Hoon muncul untuk memberi pertolongan dan memberitahu bahawa anaknya berada di dalam almari. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 37 Min TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: CALL OF THE WILD BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Pengembaraan PELAKUN UTAMA: Harrison Ford, Dan Stevens, Omar Sy, Karen Gillan, Bradley Whitford, Colin Woodell PENGARAH: Chris Sanders SINOPSIS: Berdasarkan novel nukilan Jack London yang sama judul, filem ini berlatarbelakangkan zaman Gold Rush pada tahun 1980-an. Seekor anjing bernama Buck yang tinggal di California dicuri dari rumahnya dan dijual kepada penghantar barang di Yukon, Alaska. Sejak dari itu, dia perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sukar. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 40 Min TAYANG: 20 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: RATU KALA JENGKING BAHASA: MELAYU (MALAYSIA) EDARAN: SKOP PRODUCTION GENRE: Seram / Romantik PELAKUN UTAMA: Nadia Brian, Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Firman Siagan PENGARAH: Bade Hj. Azmi SINOPSIS: Satu penyakit misteri mengubah wajah Siti menjadi hodoh, menyebabkan dia dihina dan dipulaukan penduduk kampung, termasuk Awang, lelaki yang dicintainya. Salah seorang rakan baiknya, Mawar, dalam diam berasa senang hati kerana dia juga menyukai Awang tetapi rakan mereka, Teratai, memberi amaran kepada Mawar agar tidak merosakkan persahabatan mereka dengan mengganggu hubungan Siti dan Awang. Setelah dipulaukan oleh hampir semua orang, Siti akhirnya berkawan dengan seorang tukang kayu bernama Nadim. Mawar ingin Siti meninggalkan kampung itu, jadi suatu hari, apabila dia mendapat tahu mengenai Nenek Kebayan di Gunung Panti yang mampu merawat segala penyakit, dia memberitahu Siti tentang perkara itu. Walaupun Teratai cuba menghalangnya, namun Siti nekad untuk ke sana demi menyembuhkan mukanya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: RUMAH KENTANG THE BEGINNING BAHASA: INDONESIA EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Luna Maya, Christian Sugiono, Jajang C. Noer PENGARAH: Rizal Mantovani SINOPSIS: Pasangan suami isteri Adrian dan Sofie merupakan penulis dan pelukis ilustrasi novel seram, tapi berdepan cabaran untuk menghasilkan novel terbaru mereka yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Demi mendapat inspirasi untuk novel itu, mereka membawa anak-anak mereka ke rumah lama peninggalan ibu bapa Sofie yang terletak di ladang kentang di Bandung. Tanpa mereka ketahui, terdapat satu insiden tragis yang berlaku di rumah itu. Kejadian aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk. Kini mereka perlu menyiasat kisah sebenar di sebalik gangguan di rumah itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 42 Minit TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: ROCK 4: ROCKER NEVER DAI BAHASA: MELAYU (MALAYSIA) EDARAN: PRIMEWORKS STUDIO GENRE: Komedi PELAKUNUTAMA: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry PENGARAH: Mamat Khalid SINOPSIS: Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 20 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: BRAHMS: THE BOY II BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Ngeri PELAKUNUTAMA: Katie Holmes, Ralph Ineson, Owain Yeoman PENGARAH: William Brent Bell SINOPSIS: Tanpa menyelidik sejarah hitamnya, sebuah keluarga berpindah ke rumah agam Heelshire Mansion. Anak lelaki mereka kemudiannya terjumpa sebuah anak patung berupa manusia bernama Brahms. Kejadian aneh mula berlaku apabila dia berkawan dengan anak patung menakutkan itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 27 Minit TAYANG: 20 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: FANTASY ISLAND BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Michael Pena, Lucy Hale, Maggie Q, Portia Doubleday PENGARAH: Jeff Wadlow SINOPSIS: Mr. Roarke membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: HAPPY OLD YEAR BAHASA: THAILAND EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Romantik PELAKUNUTAMA: Chutimon Chuengcharoensukying, Sunny Suwanmethanon, Apasiri Nitibhon PENGARAH: Nawapol Thamrongrattanarit SINOPSIS: Jean ingin mengubah suai kediamannya menjadi rumah pejabat. Ketika sedang mengemas dan menyusun atur barang yang sudah tidak digunakan lagi, dia terjumpa beberapa barangan milik bekas kekasihnya Aim. Dia mendapati barangan itu mengingatkannya semula kepada kenangan lama mereka dan ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja dengan cara membuangnya. Kini Jean perlu memilih antara menyimpan, membuang atau mengembalikan barangan itu semula kepada tuan empunya badan untuk dia meneruskan kehidupannya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 54 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: SECRET ZOO BAHASA: KOREA EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Komedi / Drama PELAKUNUTAMA: Ahn Jae-Hong, Kang So-Ra, Park Young-Gyu, Kim Sung-Oh PENGARAH: Son Jae-Gon SINOPSIS: Tae-Soo, peguam pelatih tersekat dengan jawatan sementara di sebuah firma perundangan terkenal, berhasrat untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa di syarikat itu. Dia berpeluang untuk membuktikan kebolehannya apabila dia ditugaskan untuk menghidupkan semula sebuah zoo yang hampir muflis. Memandangkan tiada lagi haiwan di zoo itu, dia mendapat idea dengan meminta pekerja di sana untuk berpakaian seperti haiwan. Zoo baru itu dibuka dan menerima sambutan menggalakkan apabila sebuah rakaman video dirinya berpakaian seperti seekor beruang kutub menjadi tular. Akhirnya dia diterima sebagai pekerja tetap di firma itu, tetapi ketika dia bakal meninggalkan zoo itu, dia mendapat tahu niat sebenar syarikat tersebut. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 58 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: HER BLUE SKY BAHASA: JEPUN EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Anime PELAKUNUTAMA: Shion Wakayama, Riho Yoshioka, Ryo Yoshizawa, Ken Matsudaira PENGARAH: Tatsuyuki Nagai SINOPSIS: Berlatarbelakangkan bandar Chichibu, Jepun, di mana tinggalnya dua beradik, Aoi Aioi seorang pelajar tahun kedua sekolah tinggi dan pemuzik bersama kakaknya Akane Aioi. Kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan sejak 13 tahun lalu menyebabkan Akane terpaksa menolak tepi impian untuk mengikuti teman lelakinya, pemain gitar Shinnosuke Kanemuro, ke Tokyo demi menjaga Aoi. Shinnosuke, yang kini berusia 31 tahun, kembali ke bandar itu untuk membuat persembahan di sebuah festival muzik sebagai pemuzik jemputan. Pada masa yang sama, Shinnosuke berusia 18 tahun bernama Shinno turut muncul dari 13 tahun yang lalu, dan Aoi mula jatuh cinta kepadanya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 48 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: HITMAN AGENT JUN BAHASA: KOREA EDARAN: ATRINAGA SDN BHD GENRE: Aksi / Komedi PELAKUNUTAMA: Kwon Sang-Woo, Jung Joon-Ho, Hwang Woo Seul Hye, Lee Yi-Kyung PENGARAH: Choi Won-Sub SINOPSIS: Joon berkhidmat sebagai ejen pembunuh upahan bagi NIS tapi dia kemudian meletak jawatan bagi meneruskan impiannya menjadi penulis komik web. Namun, dia bergelut untuk menerbitkan kandungan baru selepas komik webnya kurang mendapat sambutan. Suatu malam, dia mendapat idea untuk menulis tentang pengalamannya sebagai seorang ejen NIS. Walau bagaimanapun, dia berdepan masalah apabila hasil penulisannya sebenarnya mengandungi maklumat rahsia tentang NIS. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 50 Minit TAYANG: 20 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: SONIC THE HEDGEHOG BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE: Pengembaraan / Fantasi PELAKUN UTAMA: James Marsden, Jim Carrey, Tika Sumpter, Ben Schwartz PENGARAH: Jeff Fowler SINOPSIS: Sonic adalah seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 39 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: LITTLE WOMEN BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERAINMENT GENRE: Drama PELAKUN UTAMA: Saoirse Ronan, Emma Watson, Florence Pugh, Eliza Scanlen, Timothée Chalamet, Laura Dern, Meryl Streep PENGARAH: Greta Gerwig SINOPSIS: Berlatarkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, ia berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam 15 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE GENTLEMEN BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Henry Golding, Michelle Dockery, Jeremy Strong, Eddie Marsan, Colin Farrell, Hugh Grant PENGARAH: Guy Ritchie SINOPSIS: Mickey Pearson, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di London, menjadi kaya raya dengan menjual ganja di bandar itu. Kini dia merancang untuk menjual empayar ganja yang menguntungkan itu, dengan menawarkan nilai USD400 juta kepada kenalan-kenalan Amerikanya. Namun apabila orang lain, termasuk gangster dari kartel dadah Oriental, mendapat tahu mengenai tawaran itu, mereka mula merancang untuk merampas haknya. Ia telah menyebabkan pertumpahan darah yang Pearson tidak jangkakan. KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN DURASI: 1 Jam 43 Minit TAYANG: 13 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER: