Friday, December 28, 2018

KESEMPATAN KEDUDA

TAJUK: KESEMPATAN KEDUDA

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE:  Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Raffi Ahmad, Zizan Razak, Cut Meyriska

PENGARAH: Awi Suryadi

SINOPSIS: Abi seorang pekerja korporat yang berdepan dengan masalah rumah tangga selepas isterinya Maya curang dengan majikan Abi sendiri, manakala Ken pula berkahwin dengan Baby. Kedua-dua mereka bertembung ketika berada di Mahkamah Syariah untuk menguruskan perceraian mereka dengan isteri masing-masing. Selepas pertemuan itu mereka semakin rapat, dan bersama mereka mula mencari kekasih baru, tetapi halangan yang mereka hadapi adalah Ken dan Abi perlu menunjukkan kesungguhan dan usaha keras untuk membuktikan cinta mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

HOLMES & WATSON

TAJUK: HOLMES & WATSON

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE:  Pengembaraan / Komedi / Misteri

PELAKUN UTAMA: Will Ferrell, John C. Reilly, Lauren Lapkus, Rob Brydon

PENGARAH: Etan Cohen

SINOPSIS: Filem komedi ini diangkat dari misteri klasik Arthur Conan Doyle yang berkisarkan Sherlock Holmes dan rakannya Doctor Watson, sebagaimana mereka menyelesaikan misteri dan kes di London dengan cara yang lucu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, December 26, 2018

AWANG GERUDI

TAJUK: AWANG GERUDI

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Zoey Rahman, Ika Nabila, Aprena Manrose, Mustapha Kamal, Z. Lokman

PENGARAH: Z. Lokman

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Awang yang bekerja sebagai pengutip hutang. Satu hari dia telah dipecat oleh bosnya En. Tapa kerana telah memukul Pak Mahmud sehingga tercedera. Dia kemudian cuba mendapatkan wang dengan menjual Gerudi Emas yang disimpan oleh ibunya, yang mana sebilah lagi Gerudi Emas itu dibawa lari oleh ayahnya. Bagaimanapun Gerudi Emas itu tidak boleh dijual kerana ia merupakan barang warisan yang tidak ada surat `bon`.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 27 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SECOND ACT

TAJUK: SECOND ACT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Jennifer Lopez, Vanessa Hudgens, Leah Remini, Annaleigh Ashford, Dan Bucatinsky, Freddie Stroma

PENGARAH: Peter Segal

SINOPSIS: Seorang pekerja di sebuah kedai cuba mengubah kehidupan dan gaya hidupnya. Ketika berbuat demikian, dia berpeluang untuk membuktikan bijak di jalanan adalah setaraf dengan segulung ijazah kolej.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 43 Minit

TAYANG: 3 Januari 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 25, 2018

SUZZANNA BERNAPAS DALAM KUBUR

TAJUK: SUZZANNA BERNAPAS DALAM KUBUR

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Luna Maya, Herjunot Ali, Clift Sangra, Teuku Rifnu Wikana

PENGARAH: Rocky Soraya, Anggy Umbara

SINOPSIS: Suzzanna dan Satria tinggal di rumah bersama tiga pembantu. Satu hari, apabila Satria bekerja di luar kawasan, empat pekerjanya melihat ini sebagai peluang untuk merompak rumahnya. Mereka mendapat peluang apabila rumah itu ditinggalkan kosong selepas Suzanna dan pembantunya keluar. Malangnya, ketika rompakan berlaku, Suzzanna pulang ke rumah seorang diri. Mereka kemudian telah membunuhnya dan menanam mayatnya di belakang rumah. Bagaimanapun, keesokan harinya, Suzzanna kembali ke rumah itu seperti tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 27 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MORE THAN BLUE

TAJUK: MORE THAN BLUE

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Jasper Liu, Ivy Chen, Bryan Chang Shu-Hao, Annie Chen

PENGARAH: Gavin Lin

SINOPSIS: Filem ini adalah `remake` filem Korea pada tahun 2009 dengan judul sama. Cream dan K berkawan sejak sekolah tinggi lagi. Beberapa tahun kemudian, mereka tinggal bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. K telah disahkan mengidap leukemia tetapi dia tidak sampai hati hendak beritahu Cream, yang mana dia menaruh perasaan terhadap wanita itu, kerana bimbang akan membuatkan Cream terluka. Cream kemudian mula menjalin hubungan dengan lelaki lain dan menerima lamaran kekasihnya tanpa mengetahui apa yang disembunyikan oleh K.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 27 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 23, 2018

MARY POPPINS RETURNS

TAJUK: MARY POPPINS RETURNS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE:  Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi / Muzikal

PELAKUN UTAMA: Emily Blunt, Lin-Manuel Miranda, Ben Whishaw, Emily Mortimer, Julie Walters, Colin Firth, Angela Lansbury, Dick Van Dyke, Meryl Streep

PENGARAH: Rob Marshall

SINOPSIS: Pada 1935, ketika era Zaman Meleset di United Kingdom, pengasuh Mary Poppins melawat Jane dan Michael Banks yang sudah besar, dan juga anak-anak Michael - Annabel, Georgie dan John - selepas mereka merana dari tragedi keluarga yang membuatkan mereka tidak lagi gembira. Dengan kuasa magis dan bantuan daripada rakannya, Jack, Mary cuba membantu keluarga itu mendapat semula kebahagian dalam kehidupan.

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur.

DURASI: 2 Jam 11 Minit

TAYANG: 25 Disember 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: