Monday, August 24, 2015

KNOCK, KNOCK WHO'S THERE?

TAJUK : KNOCK, KNOCK WHO'S THERE?

BAHASA : KANTONIS

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Animation, Kids & Family

PELAKUN UTAMA : Annie Liu, Babyjohn Choi, Kate Tsui

PENGARAH : Carrie Ng

SINOPSIS :  Filem seram Kantonis ini mempunyai tiga cerita berlainan yang berlaku di sebuah rumah pengebumian. Cerita pertama mengisahkan tentang Isabelle yang mati dengan tragik dalam satu kemalangan jalan raya. Dia kembali bersatu dengan bekas kekasihnya yang bekerja di rumah pengebumian dan cinta mereka kembali berputik walaupun Isabelle kini hantu. Cerita kedua pula mengisahkan tentang Yung yang bekerja di kedai ibu bapa tirinya yang merupakan sepasang kaki judi. Demi mahu membawa tuah baik kepada keluarganya, dia telah mengambil keputusan untuk menangkap kucing hitam dari lorong dan meletak kucing tersebut dalam keranda untuk melakukan ritual "Lucky Cat". Tetapi belum sempat dia menangkap kucing tersebut, ia telah dibunuh oleh ibu tirinya. Cerita ketiga mengisahkan tentang Yan, seorang yang ketagih dengan telefon pintar. Satu hari dia telah terjumpa telefon milik seorang perempuan bernama Meow. Dia kemudian mula berkawan dengan Meow selepas melihat gambar seksinya. Mereka mula bermain pesanan ringkas tetapi perkara pelik mula berlaku.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 28 Minit

TAYANG : 27 Ogos 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment