Tuesday, August 16, 2016

CHINESE GHOST STORY

TAJUK : CHINESE GHOST STORY

BAHASA : KANTONIS (Malaysia)

EDARAN : METROWEALTH

GENRE : Seram / Komedi

PELAKUN UTAMA : Jeff Chin, Bernard Hiew, Juztin Lan, Emely Poon, Houson Ng, Joe Chang, Catherine Ang, Lynn Lim, Yap Chin Fong, Cheah Ghim Hin

PENGARAH : Silver

SINOPSIS : Tiga sekawan, Lam Zhong Fak, Malcom dan Wu Heng Yan telah bertembung dengan hantu kanak-kanak di tempat meletak kereta pada waktu malam. Apabila mereka tiba di rumah masing-masing, perkara pelik mula berlaku kepada mereka. Lam berdepan masalah kewangan kerana permohonan pinjamannya ditolak. Dia telah pergi bertemu dengan bomoh untuk meminta bantuan dan diberi `toyol` yang boleh menunaikan hasratnya. Malcom menghadapi masalah rumah tangga kerana dia syak isterinya berlaku curang. Dia juga bertemu dengan seorang bomoh yang memberinya minyak pengasih untuk mengembalikan cinta isterinya. Sementara itu, Wu adalah satu-satunya yang boleh melihat makhluk halus. Selepas bapanya meninggal dunia akibat penyakit jantung, dia telah merayau bertanyakan kepada setiap hantu mengenai lokasi bapanya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 30 Min

TAYANG : 18 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment