Monday, July 13, 2020

TRAIN TO BUSAN 2: PENINSULA

TAJUK: TRAIN TO BUSAN 2: PENINSULA

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Aksi / Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, Kwon Hae-Hyo

PENGARAH: Yeon Sang-Ho

SINOPSIS: Empat tahun lalu, anggota tentera Jung-seok hampir hilang nyawa ketika berusaha menyelamatkan diri dari Korea Selatan apabila seluruh negara itu diserang wabak zombi bermisteri. Kini hidup sengsara di Hong Kong, dia menerima tawaran untuk kembali ke kawasan semenanjung yang dikuarantinkan itu untuk menyertai misi mengambil trak terbengkalai di tengah-tengah Seoul. Dia perlu menjalankan operasi rahsia itu dalam tempoh yang singkat dan menyelamatkan diri secara senyap-senyap selepas berjaya. Ketika memasuki zon yang dijangkiti, dia dan kumpulannya bukan hanya berdepan zombi-zombi ganas tetapi juga menemui kumpulan manusia yang terselamat. Misi mereka terganggu apabila mereka diserang unit tentera misteri Unit 631. Jung-seok diselamatkan oleh seorang wanita bernama Min-jung ketika dia berada dalam keadaan terdesak dan kini dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari kawasan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Min

TAYANG: 15 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment