Monday, August 10, 2020

THE CLOCK: SPIRITS AWAKENING


TAJUK
: THE CLOCK: SPIRITS AWAKENING

BAHASA: BAHASA KAMBODIA

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Seram / Drama

PELAKUNSorn Piseth, Nov Dana, Khul Samanta, Yem Srey, Charlotte Van Hollekebe

PENGARAHLeak Lyda

SINOPSISCheata seorang gadis yang kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya pergi meninggalkan keluarganya. Namun nasibnya malang apabila setiap hari dia didera oleh ibu tirinya secara mental dan fizikal, sehingga menyebabkan gadis itu mengalami kemurungan. Gambar dan nyanyian ibunya yang didengar setiap malam tidak mampu menenangkan hatinya. Gadis lemah yang dahagakan kasih sayang ibu kandungnya itu akhirnya dikawal oleh roh wanita Perancis yang tinggal dalam sebuah jam. Wanita Perancis itu telah membunuh diri pada tahun 1940 selepas kematian teman lelakinya, seorang jurutera jam. Kejadian itu berlaku selepas wanita itu mendengar sebuah lagu berhantu berjudul "Gloomy Sunday", yang turut menyebabkan kes bunuh diri meningkat pada waktu itu. Roh wanita yang tidak tenteram itu dikatakan mencari mangsa-mangsa yang mengalami kemurungan untuk membantu menunaikan hajat mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 13 Ogos 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment