Tuesday, September 1, 2020

DO YOU LOVE ME AS I LOVE YOU


TAJUKDO YOU LOVE ME AS I LOVE YOU

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: RAM ENTERTAINMENT

GENRE: Romantik

PELAKUNTsao Yu Ning, Yuu Chen, Lin Ting Wei

PENGARAHChieh Shueh Bin

SINOPSISSejak kecil, Tien Xiao-Xiang menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Li Zhu-Hao. Dia akhirnya hampir mendapat peluang untuk meluahkan perasaan tetapi malangnya lelaki itu menyukai rakan baik Tien, Song Yi-Jing. Song kemudiannya mencabar Li membantu tiga pasangan untuk bercinta, iaitu profesor Stone yang suka menyendiri dan pemilik gim Liu Zhi-Liang, si pelik Ah-Yu dan si kacak kampus Danny Lo, dan juga pelajar falsafah Ah-Shan dan ketua samseng wanita Yu. Buntu dengan apa yang perlu dilakukan selepas menyahut cabaran itu, Li akhirnya meminta bantuan Tien. Walaupun hatinya agak berat, tetapi Tien tidak sanggup melihat Li sengsara dan bersetuju untuk membantu lelaki itu dengan perasaan yang bercampur baur.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 10 September 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment