Monday, October 5, 2020

Z


TAJUK: Z

BAHASA: INGGERIS (CANADA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: SERAM

PELAKUNKeegan Connor Tracy, Jett Klyne, Sean Rogerson

PENGARAHBrandon Christensen

SINOPSISElizabeth Parsons hidup bahagia bersama suaminya, Kevin, dan anak lelaki mereka, Joshua. Suatu hari, Joshua meminta ibu bapanya menyediakan ruang makan untuk rakan imaginasinya yang digelar Z. Pada mulanya, Elizabeth menganggap perkara itu normal selepas berbincang dengan pakar psikologi, tetapi dia mula menyedari perlakuan anaknya semakin pelik. Kebimbangannya semakin bertambah apabila Joshua dibuang sekolah setelah dia dilaporkan bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kasar. Namun Joshua menyalahkan Z atas semua tindakannya, menyebabkan Elizabeth nekad untuk mencari jalan penyelesaian. Apa yang lebih menakutkan adalah apabila dia menyedari Z bukanlah sekadar rakan imaginasi, tetapi makhluk itu benar-benar wujud.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 23 Minit

TAYANG: 8 Oktober 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment