TAJUK: MIRACLE IN CELL NO.7
BAHASA: INDONESIA
EDARAN: TGV PICTURES
GENRE: KOMEDI / DRAMA
PELAKUN: Vino Bastian, Indro Warkop, Tora Sudiro
PENGARAH: Hanung Bramantyo
SINOPSIS: Dodo Razak hanya mahu menjadi seorang bapa yang baik kepada Kartika, walaupun dia mempunyai kapasiti mental seorang kanak-kanak. Hakikatnya, Kartikalah yang sering mengambil berat dan memerhatikan bapanya yang pekerjaannya hanya menjual belon, namun mereka tetap bahagia bersama. Mereka terpaksa berpisah apabila Dodo ditangkap dan didakwa atas tuduhan merogol dan membunuh seorang gadis kecil Melati. Dia dipenjarakan di Sel nombor 7 yang penuh dengan penjenayah yang bersifat keras. Lama kelamaan, warden dan banduan penjara itu pun merasa ragu-ragu dan curiga apakah Dodo mampu melakukan jenayah yang dituduh kepadanya.
KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. (A/PG)(LB)
DURASI: 2 Jam 25 Min
TAYANG: 27 Oktober 2022
PANGGUNG: The Mall Cineplex
TRAILER:
No comments:
Post a Comment