Wednesday, December 30, 2015

DETECTIVE CHINA TOWN

TAJUK : DETECTIVE CHINA TOWN

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Komedi

PELAKUN UTAMA : Wang Bao Qiang, Liu Hao Ran, Tong Liya, Chen He

PENGARAH : Chen Sicheng

SINOPSIS : Seorang budak lelaki bernama Qin Feng, yang mempunyai kelebihan, dan sepupunya Tang Ren dikenali sebagai "Chinatown No. Detective". Satu hari mereka berdua terlibat dalam satu kes pembunuhan dan secara tidak langsung menjadi suspek utama. Mereka berdua tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri dari polis dan mencari penjenayah sebenar. Bagaimanapun mereka perlu menyelesaikan kes tersebut dalam masa tujuh hari.

KATEGORI : UNRATED

DURASI : 02 Jam 15 Min

TAYANG : 31 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

LANGIT CINTA

TAJUK : LANGIT CINTA

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : TAYANGAN UNGGUL

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Jalaluddin Hasan, Ogy Ahmad Daud

PENGARAH : Osman Ali

SINOPSIS : Alif Zulkarnain seorang anak yang patuh pada ibu bapa dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. Walaupun hubungan itu ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Dari situ, kehidupan Alif dilanda pelbagai dugaan. Cabaran demi cabaran harus ditempuh oleh dua insan itu.

KATEGORI : UNRATED

DURASI :

TAYANG : 07 Januari 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 28, 2015

MOJIN: THE LOST LEGEND

TAJUK : MOJIN: THE LOST LEGEND

BAHASA : MANDARIN

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Chen Kun, Huang Bo, Shu Qi, Angelababy, Ha Yu

PENGARAH : Wuershan

SINOPSIS : Berlatarbelakangkan tahun 1980an, filem yang diangkat dari novel nukilan Zhang Muye, "Ghost Blows out the Light", ini mengisahkan tentang seorang bekas askar bernama Hu Bayi dan rakannya bekerjasama dengan ahli arkeologi Amerika Syarikat selepas mereka terkena sumpahan ketika merompak kubur. Untuk membuang sumpahan itu, mereka perlu mencari klu yang tersembunyi di tempat misteri di China.

KATEGORI : "U" Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 02 Jam 05 Min

TAYANG : 07 Januari 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

SENIOR

TAJUK : SENIOR

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Jannine Wiegel, Phongsakon Tosuwan, Sa-ad Piampongsan

PENGARAH : Wisit Sasanatieng

SINOPSIS : Mon adalah orang buangan dari sekolah Katolik perempuan. Dia mempunyai deria keenam iaitu dia dapat menghidup orang mati. Secara spesifiknya dia dapat menghidu roh yang bermasalah yang masih berlegar di dunia manusia. Dia kemudian membina hubungan dengan hantu lelaki yang pernah menjadi pelajar pada tahun 1980an, sebelum ia bertukar menjadi gereja perempuan. Bersama, kedua-dua mereka menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku 50 tahun lalu membabitkan puteri yang dipukul dan dibunuh di dalam kolam renang.

KATEGORI : UNRATED

DURASI :

TAYANG : 14 Januari 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

MAY WHO?

TAJUK : MAY WHO?

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Komedi / Fantasi / Remaja

PELAKUN UTAMA : Thanapob Leeratanakajorn, Suthatta Udomsilp, Thiti Mahayotaruk

PENGARAH : Chayanop Boonprakob

SINOPSIS : Seorang pelajar sekolah tinggi bernama Pong yang dimiliki oleh kumpulan yang dikenali sebagai "Invisibles". Dia gemar melukis kartun perempuan yang mana dia telah jatuh hati padanya, tetapi perempun itu berada di kalangan kumpulan popular. Dia mula mengenali rakan `invisibles` bernama May. May juga telah jatuh hati pada seorang pelajar senior bernama Fame yang merupakan presiden dan atlet sekolah. May bagaimanapun tidak dapat pergi dekat dengan Fame tanpa kena kejutan elektrik kerana apabila jantungnya berdegup lebih laju dari 120 denyutan per minit badanya akan mengeluarkan kuasa elektrik yang kuat. Apabila Pong mendapat tahu mengenai kebolehannya, dia berjanji untuk menyimpan rahsia sebagai pertukaran untuk mereka membantu antara satu sama lain untuk memenangi hati mereka.

KATEGORI : "U" Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 02 Jam 02 Min

TAYANG : 07 Januari 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

BACKTRACK

TAJUK : BACKTRACK

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Adrien Brody, Bruce Spence, Sam Neill, Robin McLeavy

PENGARAH : Michael Petroni

SINOPSIS : Hidup seorang ahli psikologi Peter Bower menjadi huru-hara apabila dia mendapati bahawa pesakitnya adalah hantu. Mempertaruhkan kewarasannya, Peter mula mengkaji kisah silamnya yang menakutkan yang mana hanya dia sahaja mampu membetulkan keadaan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 33 Min

TAYANG : 07 Januari 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

APARTMEN

TAJUK : APARTMEN

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : RAINFILM SDN BHD

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Kamal Adli, Naqia Nasution, Bil Azali

PENGARAH : Pierre Andre

SINOPSIS : Diarahkan oleh Pierre Andre, filem seram ini mengisahkan tentang seorang penulis novel yang baru berpindah ke sebuah pangsapuri baru. Dia kemudian telah mengalami pengalaman menakutkan, termasuk hantu tanpa kepala. Ia dibintangi oleh Kamal Adli, Naqia Nasution dan Bil Azali.

KATEGORI : "D" Sesuai untuk tontonan Dewasa Sahaja.

DURASI : 1 Jam 27 Min

TAYANG : 31 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 22, 2015

THE 33

TAJUK : THE 33

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Bob Gunton, Cote de Pablo, Antonio Banderas, Rodrigo Santoro, Juliette Binoche

PENGARAH : Patricia Riggen

SINOPSIS : Diangkat daripada kejadian sebenar, ia mengisahkan tentang insiden buruk yang berlaku pada tahun 2010 di mana seramai 33 orang pekerja lombong terperangkap selama lebih dua bulan di bawah runtuhan kawasan perlombongan San Jose di Chile.

KATEGORI : "U" Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 2 Jam

TAYANG : 31 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, December 20, 2015

ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP

TAJUK : ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Pengembaraan / Komedi / Animasi

PELAKUN UTAMA : Jason Lee, Justin Long, Tony Hale, Jesse McCartney, Matthew Gray Gubler

PENGARAH : Walt Becker

SINOPSIS : Apabila Dave (Jason Lee) mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya di New York, ini membuatkan Alvin, Simon dan Theodore bimbang Dave akan meninggalkan mereka setelah berkahwin kelak. Trio ini kemudian telah merancang untuk menggagalkan lamaran itu walau apa sekali pun.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 28 Min

TAYANG : 24 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

ISTERI UNTUK DIJUAL

TAJUK : ISTERI UNTUK DIJUAL

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : METROWEALTH

GENRE : Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Abam

PENGARAHEyra Rahman

SINOPSIS : Reza telah jatuh cinta dengan Bella. Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin. Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya.

KATEGORI : "U" Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 44 Min

TAYANG : 24 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

IP MAN 3

TAJUK : IP MAN 3

BAHASA : KANTONIS (HK)

EDARAN : LOTUS FIVE STAR

GENRE : Aksi / Seni Mempertahankan Diri

PELAKUN UTAMA : Donnie Yen, Lynn Xiong, Yu Bo, Mike Tyson

PENGARAH : Wilson Yip

SINOPSIS : Donnie Yen kembali memainkan watak Ip Man. Kali ini Ip Man perlu menentang kumpulan kongsi gelap yang diketuai oleh seorang pemaju hartanah (Mike Tyson) yang ingin menguasai bandar dengan kekerasan..

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 44 Min

TAYANG : 24 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 15, 2015

DADDY'S HOME

TAJUK : DADDY'S HOME

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Will Ferrell, Mark Wahlberg, Linda Cardellini, Thomas Haden Church, Hannibal Buress

PENGARAH : Sean Anders, John Morris

SINOPSIS : Seorang eksekutif radio bernama Brad berkahwin dengan Linda yang mempunyai dua orang anak. Brad bergelut untuk menjadi bapa tiri yang baik kepada mereka. Perkara menjadi rumit apabila bapa kandung mereka, Dusty, tiba dan memaksa Brad untuk bersaing mendapat kasih sayang daripada kedua-dua anak tirinya itu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 36 Min

TAYANG : 31 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 14, 2015

LEGEND

TAJUK : LEGEND

BAHASA : INGGERIS (UK)

EDARAN : UNIVERSAL PICTURES

GENRE : Biography, Crime, Thriller

PELAKUN UTAMA : Tom Hardy, Emily Browning,
David Thewlis, Duffy, Christopher Eccleston, Chazz Palminteri

PENGARAH : Brian Helgeland

SINOPSIS : Film Legend (2015) ini di ambil dari sebuah kisah nyata, yang menceritakan tentang kehidupan gangster terkenal di London iatu Reggie dan Ron Kray, Bersama dengan saudaranya Kray, ia mengambil alih sebuah kota di london, jaringan dan lagenda meraka berdua semakin luas, Akan tetapi ikatan persaudaraan mereka diuji dengan kedatangan  seorang wanita, yang mungkin juga dapat menyebabkan kekuasaan mereka runtuh. Cerita ini menggambarkan pada saat London di serang oleh kelompok gengster selama tahun 1950-an dan 1960-an.

KATEGORI : "D" Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Sahaja.

DURASI : 2 Jam 11 Min

TAYANG : 09 September 2015

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

PAY THE GHOST

TAJUK : PAY THE GHOST

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENREThriller

PELAKUN UTAMA :  Nicolas Cage, Sarah Wayne Callies, Alex Mallari Jr

PENGARAH : Uli Edel

SINOPSIS : Filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang profesor (Nicolas Cage) dalam mencari anaknya yang hilang saat karnival Halloween.  Setahun kemudian sang profesor mula merasakan kehadiran anaknya.  Serangkaian petunjuk pun menarik profesor itu untuk mencari anaknya di seluruh kota New York, di mana ia kemudian menemukan rahasia kuno dan bentuk balas dendam yang jahat.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 34 Min

TAYANG : 25 September 2015

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, December 6, 2015

LOVE THE COOPERS

TAJUK : LOVE THE COOPERS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENREKomedi

PELAKUN UTAMA :  John Goodman, Diane Keaton, Amanda Seyfried, Olivia Wilde, Alan Arkin, Marisa Tomei


PENGARAH Jessie Nelson

SINOPSIS : FIlem komedi arahan Jessie Nelson ini mengisahkan tentang empat generasi keluarga Cooper berkumpul untuk makan malam bersempena dengan Hari Krismas. Pelbagai siri kejadian tidak dijangka dan lucu berlaku sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Namun di sebalik segala insiden tersebut, hubungan silatulrahim antara keluarga mereka kembali kukuh.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 10 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE PEANUTS MOVIE

TAJUK : THE PEANUTS MOVIE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Pengembaraan / Komedi / Animasi

PELAKUN UTAMA : Bill Melendez, Noah Schnapp, Hadley Belle Miller

PENGARAH : Steve Martino

SINOPSIS : Filem animasi ini merupakan hasil adaptasi daripada komik yang diarahkan oleh Steve Martino. Filem ini dihasilkan sempena menyambut ulang tahun penghasilan komik ini yang sudah pun memasuki usia yang ke 65. Filem ini bakal menyaksikan Bryan Schulz, Craig Schulz dan Cornelius Uliano sebagai penulis kreatif untuk menghasilkan filem adaptasi komik nukilan Charles M. Schulz ini. Pelakon popular Bill Melendez bakal menyumbangkan suaranya bagi watak Snoopy dan Woodstock.

KATEGORI : "U" - Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.

DURASI : 1 Jam 34 Minit

TAYANG : 10 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, December 4, 2015

STAR WARS: THE FORCE AWAKENS


TAJUK : STAR WARS: THE FORCE AWAKENS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA :  John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong'o, Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Gwendoline Christie, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker

PENGARAH : J. J. Abrams

SINOPSIS : Filem aksi mengembara dan fantasi ini diadaptasi dari buku popular yang ditulis oleh penulis buku siri Star Wars yang tidak asing lagi, George Lucas. Kisah pengembaraan saga kembali menemui peminat siri filem ini yang dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh J.J Abrams dan ditulis oleh Lawrence Kasdan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 16 Minit

TAYANG : 17 Disember 2015

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

THE LAST WOMEN STANDING


TAJUK : THE LAST WOMEN STANDING

BAHASA : MANDARIN (CHINA/HK)

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENREDrama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Shu Qi, Eddie Peng, Pan Hong, Chin Shih Chieh

PENGARAH : Luo Luo

SINOPSIS :  Seorang wanita, Sheng Ruxi, merupakan seorang berkerjaya. Walaupun usianya sudah memasuki 30an, namun dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki. Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan kedua-dua ibu bapa dan rakannya. Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila dia bertemu dengan rakan sekerja barunya Ma Sai yang berusia 25 tahun. Cinta di antara mereka kemudian berputik.

KATEGORI : "U" - Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.

DURASI :

TAYANG : 10 Disember 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

KERANDA TOK WAN TERBANG


TAJUK : KERANDA TOK WAN TERBANG

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)


EDARAN : METROWEALTH


GENRE : Komedi / Seram


PELAKUN UTAMA : Yassin, Syuk SYJ, Rahim R2, Shima Anuar, Epy Kodiang


PENGARAH : Hashim Rejab


SINOPSIS : Di sebuah perkampungan tinggal seorang bomoh, Mak Betong, yang dipercayai membela saka. Apabila bomoh tersebut meninggal dunia, pelbagai kejadian pelik dan kekecohan berlaku dari malam bomoh itu meninggal sehinggalah jenazah mahu dikebumikan.


KATEGORI
"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI

TAYANG : 10 Disember 2015


PANGGUNG : The Mall Cineplex


TRAILER :

Wednesday, December 2, 2015

PAINT MY LOVE

TAJUK : PAINT MY LOVE

BAHASA : MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : KOMEDI / ROMANTIK

PELAKUN UTAMA : Sam, Fuying, Ribbon Ooi, Eric Lin

PENGARAH : Jen B

SINOPSIS :  Berlatarbelakangkan sebuah perkampungan di Pulau Ketam, sepasang budak lelaki dan perempuan bergelut samada mahu mengejar impian mereka atau menjadi apa yang dijangka oleh orang terhadap mereka. Kedua-dua mereka kemudian mula jatuh cinta dan sesuatu telah terjadi yang mana telah mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 03 Disember 2015

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :