Monday, December 25, 2017

AJIN: DEMI HUMAN

TAJUK : AJIN: DEMI HUMAN

BAHASA : JEPUN

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE :  Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Takeru Sato, Gou Ayano, Tetsuji Tamayama, Yuu Shirota, Yudai Chiba, Rina Kawaei

PENGARAH : Katsuyuki Motohiro

SINOPSIS : Selepas diisytihar mati dalam sebuah kemalangan, Kei Nagai mendapati dirinya terselamat dari kemalangan itu dan sebenarnya dia adalah dewa Ajin (separuh manusia, separuh dewa). Dianggap sebagai ancaman kepada manusia, kerajaan menangkap Kei dan menghantarnya ke pusat penyelidikan, di mana dia dijadikan bahan eksperimen. Sato, seorang pengganas dan juga Ajin, satu-satunya yang menolong Kei. Bagaimanapun, Kei kini dalam dilemma dan tidak tahu sama ada mahu terlibat dengan rancangan Sato atau tidak.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 49 Minit

TAYANG : 28 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 19, 2017

THE GREATEST SHOWMAN

TAJUK : THE GREATEST SHOWMAN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE :  Drama / Muzikal

PELAKUN UTAMA : Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams

PENGARAH : Michael Gracey

SINOPSIS : Muzikal ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros. dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal. Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 28 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

INSIDIOUS: THE FINAL KEY

TAJUK : INSIDIOUS: THE FINAL KEY

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE :  Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA : Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson, Josh Stewart

PENGARAH : Adam Robitel

SINOPSIS : Mengambil tempat selepas "Chapter 3", filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 43 Minit

TAYANG : 04 Januari 2018

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 18, 2017

BROTHERHOOD

TAJUK : BROTHERHOOD

BAHASA : KANTONIS (MALAYSIA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE :  Aksi / Komedi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Eric Lin, Bernard Hiew, Hanz Koay, Sky Kang, January So, Sherlyn Seo

PENGARAH : Silver

SINOPSIS : 12 tahun sebelum cerita utama bermula, lima rakan yang membesar bersama di rumah anak yatim merancang satu rompakan bersenjata di sebuah kedai emas. Kelima-lima mereka adalah Ah Tak (ketua), Gang Gou (adik Ah Tak), Goh Wong, Ah Cai dan Wan Zai. Ketika rompakan dilakukan, mereka bertembung dengan polis dan berbalas tembakan. Ketika kekecohan itu berlaku, seorang wanita hamil secara tidak sengaja terkena tembakan. Ah Tak yang menyesal meletakkan senjata dan menyerah diri. Walaupun terkejut dengan tindakannya, kesemua mereka turut menyerah diri kecuali Wah Zai yang merupakan pemandu yang berjaya melarikan diri. 12 tahun kemudian, Ah Tak dan yang lain dibebaskan dari penjara dan mereka mendapat tahu yang Wah Zai menjadi seorang ahli perniagaan kaya selepas menggunakan emas yang mereka rompak dahulu. Kini mereka merancang untuk membalas dendam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 22 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

KL WANGAN: BIKIN GEMPAK

TAJUK : KL WANGAN: BIKIN GEMPAK

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : SKOP PRODUCTION

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim

PENGARAH : Pekin Ibrahim

SINOPSIS : Filem ini berkisarkan tentang Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah mengenai lumba kereta jalanan, dari kereta biasa sehinggalah kereta berkuasa tinggi. Selepas bertahun membawa haluan masing-masing, kedua-dua sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Satu hari, mereka secara tidak sengaja bertemu semula di satu perlumbaan tanpa menyedari mereka bersaing sesama sendiri.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 21 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, December 13, 2017

PITCH PERFECT 3

TAJUK : PITCH PERFECT 3

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE :  Komedi / Muzik

PELAKUN UTAMA : Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks

PENGARAH : Elizabeth Banks

SINOPSIS : Filem ketiga "Pitch Perfect" yang mengisahkan tentang pasukan acapella yang menyertai satu lagi pertandingan menyanyi ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Rebel Wilson dan Brittany Snow.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 33 Minit

TAYANG : 28 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 12, 2017

BLEEDING STEEL

TAJUK : BLEEDING STEEL

BAHASA : KANTONIS (CHINA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE :  Aksi / Komedi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Jackie Chan, Show Luo, Ouyang Nana, Tess Haubrich, Callan Mulvey

PENGARAH : Leo Zhang

SINOPSIS : Ketika melindungi seorang wanita muda yang menjadi saksi penting untuk satu kes besar, seorang ejen elit yang dilakonkan oleh Jackie Chan tanpa disedari terperangkap dalam satu konspirasi. Dia bagaimanapun timbul perasaan ada kaitan dengan wanita itu, seperti mereka pernah bertemu sebelum ini dalam kehidupan lain.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 22 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

TAJUK : JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE :  Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams

PENGARAH : Jake Kasdan

SINOPSIS : Empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 52 Minit

TAYANG : 21 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 11, 2017

FERDINAND

TAJUK : FERDINAND

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE :  Animasi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA : John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Daveed Diggs, Gabriel Iglesias

PENGARAH : Carlos Saldanha

SINOPSIS : Ferdinand adalah seekor lembu jantan yang lebih selesa duduk di bawah pokok menghidu bunga-bunga daripada bertarung dengan lembu jantan lain. Dia masih lagi bersikap lembut walaupun dia membesar menjadi seekor lembu jantan kuat, tetapi satu hari dia disalah pilih untuk pertarungan lembu jantan di Madrid.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 47 Minit

TAYANG : 14 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, December 10, 2017

STAR WARS: THE LAST JEDI

TAJUK : STAR WARS: THE LAST JEDI

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN :WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Carrie Fisher, Adam Driver

PENGARAH : Rian Johnson

SINOPSIS : Filem kelapan dari francais "Star Wars" ini adalah kesinambungan dari filem pada tahun 2015, "Star Wars: The Force Awakens". Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 32 Minit

TAYANG : 14 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 5, 2017

UNEXPECTEDLY YOURS

TAJUK : UNEXPECTEDLY YOURS

BAHASA : TAGALOG

EDARAN : STAR CINEMA

GENRE : Romantik

PELAKUN UTAMA : Sharon Cuneta, Robin Padilla, Julia Barretto, Joshua Garcia

PENGARAH : Cathy Garcia-Molina

SINOPSIS : Dua bekas sahabat sekolah, Patty dan Cocoy mencari bertemu kembali setelah tiga puluh tahun kemudian bukan sahaja sebagai penyelenggara acara reuni sekolah mereka tetapi juga sebagai jiran. Patty dan anak perempuannya Yanni yang hidup tenang lalu terperanjat ketika Cocoy dan anak saudaranya Jason datang mengetuk pintu rumah mereka.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 2 Jam

TAYANG : 7 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

JIBAM

TAJUK : JIBAM

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi

PENGARAH : Che Mie

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 39 Minit

TAYANG : 7 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, December 3, 2017

WONDER

TAJUK : WONDER

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay

PENGARAH : Stephen Chbosky

SINOPSIS : Auggie Pullman adalah seorang budak lelaki yang kecacatan wajah dan telah keluar-masuk ke hospital untuk beberapa tahun. Dengan bantuan ibunya, Isabel, dan bapanya, Nate, dia cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru dan buktikan kepada semua orang bahawa dia seorang budak normal. Dia kemudian telah mengajar orang di sekeliling bahawa kecantikan bukan diukur dari segi luaran sahaja.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 53 Minit

TAYANG : 7 Disember 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :