Wednesday, July 31, 2019

DORA AND THE LOST CITY OF GOLD

TAJUK: DORA AND THE LOST CITY OF GOLD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Komedi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA: Isabela Moner, Eugenio Derbez, Michael Pena, Eva Longoria, Danny Trejo

PENGARAH: James Bobin

SINOPSIS: Walaupun Dora sudah biasa meneroka hutan tetapi kini dia perlu berdepan dengan persekitaran baru iaitu sekolah tinggi. Dia kemudian mendapat rakan baru dan bersama mereka, dan monyetnya Boots dan sepupunya Diego, dia terlibat dalam pengembaraan untuk menyelamatkan ibu bapanya dan menyelesaikan misteri kehilangan tamadun Inca.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 42 Minit

TAYANG: 8 Ogos 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, July 28, 2019

BRING THE SOUL THE MOVIE

TAJUK: BRING THE SOUL THE MOVIE

BAHASA: KOREA

EDARAN: BOOKMYSHOW

GENRE: Konsert

PELAKUN UTAMA: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook

PENGARAH: Park Jun Soo

SINOPSIS: Kumpulan K-pop terkenal BTS kembali dengan filem dokumentari yang menampilkan `tour` konsert "Love Yourself" 2018-2019. Konsert itu bermula di Seoul, Korea Selatan, sehingga ke lokasi terakhir di Paris, Perancis. Selepas hari terakhir konsert, BTS menceritakan kisah mereka ketika tampil di hadapan ribuan ARMY seluruh dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 7 Ogos 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW

TAJUK: FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, Helen Mirren

PENGARAH: David Leitch

SINOPSIS: Dua tahun selepas kejadian dalam "Fast and Furious 8", ejen Servis Keselamatan Diplomatik Luke Hobbs dan bekas ahli SAS yang menjadi pembunuh upahan Deckard Shaw mendapati mereka terpaksa bekerjasama walaupun tidak suka akan satu sama lain. Mereka perlu bersatu untuk menumpaskan seorang anarkis siber-genetik hebat, Brixton, yang telah menguasai satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 16 Minit

TAYANG: 1 Ogos 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Friday, July 26, 2019

SUPER 30

TAJUK: SUPER 30

BAHASA: HINDI (INDIA)

EDARAN: DMY CREATION SDN BHD

GENRE: Biografi / Drama

PELAKUN UTAMA: Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Pankaj Tripathi, Virendra Saxena

PENGARAH: Vikas Bahl

SINOPSIS: Berdasarkan kisah kehidupan seorang pakar Matematik Anand Kumar dan program Super 30, di mana setiap tahun dia akan memilih 30 orang pelajar berbakat dan pintar dari keluarga tidak berkemampuan dan melatih mereka untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke Institut Teknologi India.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 47 Minit

TAYANG: 27 Ogos 2019

PANGGUNG: The Grandsand Cineplex

TRAILER:

Tuesday, July 23, 2019

BOBOIBOY MOVIE 2

TAJUK: BOBOIBOY MOVIE 2

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE: Animasi

PELAKUN UTAMA: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean

PENGARAH: Nizam Abdul Razak

SINOPSIS: Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

KATEGORI: "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 08 Ogos 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, July 22, 2019

KUNTILANAK 2

TAJUK: KUNTILANAK 2

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy, Ciara Nadine Brosnan

PENGARAH: Rizal Mantovani

SINOPSIS: Seorang wanita bernama Karmila, yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, pergi ke rumah Makcik Donna dan meminta Dinda melawat rumahnya di dalam hutan. Kerana mahu meluangkan masa bersama ibunya, Dinda pergi ke rumah itu tanpa persetujuan Makcik Donna. Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda, yang sebelumnya pernah bertembung dengan makhluk ghaib wanita bergelar Kuntilanak, perlu berdepannya semula. Kali ini ia berbeza daripada makhluk sebelumnya yang dihapuskan menggunakan sihir.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 41 Minit

TAYANG: 25 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, July 21, 2019

MA

TAJUK: MA

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram / Suspen

PELAKUN UTAMA: Octavia Spencer, Luke Evans, Juliette Lewis, Missi Pyle, Allison Janney

PENGARAH: Tate Taylor

SINOPSIS: Sue Ann, seorang wanita kesunyian, diminta oleh Maggie, seorang remaja baru di pekan Ohio, untuk membelikan minuman keras untuk dia dan rakan-rakan. Sue Ann melihat ini sebagai peluang untuk mendapatkan rakan muda. Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan kepada mereka adalah salah seorang daripada mereka tidak boleh mabuk, mereka tidak boleh melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma. Tanpa diketahui, Sue Ann sebenarnya menyimpan niat jahat.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 25 Julai 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, July 15, 2019

THE LION KING

TAJUK: THE LION KING

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyonce Knowles, James Earl Jones

PENGARAH: Jon Favreau

SINOPSIS: Filem drama muzikal `live action` ini adalah adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta. Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 17 Julai 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, July 9, 2019

NAKEE 2

TAJUK: NAKEE 2

BAHASA: THAILAND

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Fantasi

PELAKUN UTAMA: Urassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Natapohn Tameeruks, Phupoom Pongpanu

PENGARAH: Pongpat Wachirabunjong

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang detektif baru yang dihantar untuk menyiasat kejadian pelik di sebuah perkampungan kecil di utara Thailand yang dipercayai membabitkan dengan ular gergasi mistik yang dipanggil Nakee.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:

TAYANG: 18 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, July 8, 2019

DILAN 1991

TAJUK: DILAN 1991

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Adhisty Zara

PENGARAH: Fajar Bustomi, Pidi Baiq

SINOPSIS: Teman wanita Dilan yang bernama Milea risau akan masa depan mereka, lebih-lebih lagi selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah. Akhirnya dia menyuruh Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan mereka. Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 11 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ESCAPE PLAN: THE EXTRACTORS

TAJUK: ESCAPE PLAN: THE EXTRACTORS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Sylvester Stallone, Dave Bautista, Max Zhang Jin, 50 Cent, Malese Jow, Jaime King

PENGARAH: John Herzfeld

SINOPSIS: Dalam filem ketiga dari siri filem "Escape Plan" ini, Ray Breslin dan Trent bekerjasama sekali lagi. Kali ini ianya bagi menyelamatkan salah seorang rakan pasukan mereka dari penjara yang dikenali sebagai Devil`s Station, di mana tiada seorang pun yang pernah berjaya meloloskan diri dari situ.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 11 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, July 7, 2019

CRAWL

TAJUK: CRAWL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, Anson Boon

PENGARAH: Alexandre Aja

SINOPSIS: Seorang wanita muda cuba menyelamatkan bapanya ketika ribut taufan Kategori 5. Dalam cubaannya itu, dia terperangkap dalam sebuah rumah yang banjir dan mendapati dirinya perlu melawan sekumpulan buaya ganas.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 27 Minit

TAYANG: 11 Julai 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, July 2, 2019

THE WHITE STORM: DRUG LORDS

TAJUK: THE WHITE STORM: DRUG LORDS

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: GSC MOVIES

PELAKUN UTAMA:  Andy Lau, Louis Koo, Michael Miu, Karena Lam, Cherrie Ying

PENGARAH: Herman Yau

SINOPSIS: Geng Ching Hing yang terdiri daripada Yu Nam, Tin dan Jizo telah menetapkan peraturan untuk tidak terlibat dalam pengedaran dadah. Tetapi Jizo menjalankan bisnes pengedaran dadah secara rahsia tanpa pengetahuan Yu Nam dan telah dibuang dari geng tersebut. Beberapa tahun kemudian, Jizo berjaya menjadi pengedar dadah terbesar di Hong Kong. Tin menawarkan $100 juta bagi menumpaskan Jizo, menyebabkan perbalahan antara mereka menjadi semakin teruk.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI:

TAYANG: 11 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

TAJUK: SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Superhero

PELAKUN UTAMA: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson

PENGARAH: Jon Watts

SINOPSIS: Peter Parker menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya ke Eropah. Di sana, Nick Fury meminta Peter menyertai misi yang memerlukannya bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi `parallel` dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 10 Minit

TAYANG: 3 Julai 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: