TAJUK: UNDERCOVER PUNCH & GUN BAHASA: KANTONIS (HK) EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD GENRE: Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Philip Ng, Vanness Wu, Andy On, Chi Shuai, Joyce Feng PENGARAH: Philip Lui Koon-Nam, Frankie Tam SINOPSIS: Wu, seorang anggota polis yang menyamar, terlibat dalam sebuah perdagangan syabu dengan kumpulannya. Namun, urusan perdagangan itu terganggu apabila ahli pasukan khas Eva dan Mike masuk campur dalam operasi tersebut. Xia, ketua penyeludup dan salah seorang pengedar dadah terbesar, menangkap Wu dan memaksanya mencari pemilik syabu untuk mendapatkan dadahnya semula. Wu bekerjasama dengan Eva dan Mike untuk melawan Xia dan menumpaskan jenayah pengedaran dadah itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 30 Min TAYANG: 28 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: LOVE THE WAY YOU ARE BAHASA: MANDARIN (CHINA) EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD GENRE: Komedi / Romantik PELAKUN UTAMA: Vivian Sung, Song Weilong, Lin Yu Rou, Huang Jun Jie PENGARAH: Zhou Tong, Dai Mengying SINOPSIS: Gadis berani Lin Lin dan si ulat buku Yuke hidup berjiran dan merupakan rakan sekelas sejak kecil lagi, namun tidak mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. Mereka berdua melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama dan di situ Lin Lin mendapat tahu Yuke menyukai si gadis jelita di kampus, Ruting. Dia kemudiannya bercadang untuk menyatukan mereka, namun dia sendiri mula jatuh hati kepada Yuke. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 32 Minit TAYANG: 27 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: ANNABELLE COMES HOME BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WARNER BROS. PICTURES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Mckenna Grace, Madison Iseman, Katie Sarife, Patrick Wilson, Vera Farmiga PENGARAH: Gary Dauberman SINOPSIS: Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren meletak Annabelle di bilik artifak mereka, berharap yang ia akan mengekang kuasa jahat patung itu. Bagaimanapun, Annabelle berjaya membangunkan kejahatan dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan Warren iaitu Judy. Judy bersama dengan sepupunya dan rakan sepupu itu perlu berdepan dengan patung jahat itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 46 Minit TAYANG: 27 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: YESTERDAY BAHASA: INGGERIS (UK) EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE: Komedi PELAKUN UTAMA: Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris PENGARAH: Danny Boyle SINOPSIS: Di sebuah bandar kecil tepi pantai Inggeris, seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal. Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie. KATEGORI: "PG" - "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 57 Minit TAYANG: 27 Jun 2019 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: ANNA BAHASA: INGGERIS (FRANCE) EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Aksi / Ngeri PELAKUN UTAMA: Sasha Luss, Luke Evans, Cillian Murphy, Helen Mirren PENGARAH: Luc Besson SINOPSIS: Anna Poliatova merupakan seorang gadis yang memiliki rupa paras jelita. Namun di sebalik wajah cantiknya itu, tersimpan satu rahsia tentang kekuatan dirinya yang tidak tertanding serta kebolehan untuk menjadi salah seorang pembunuh upahan kerajaan yang paling digeruni di dunia. KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja. DURASI: 1 Jam 59 Minit TAYANG: 25 Julai 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: TOY STORY 4 BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Komedi / Animasi / Kekeluargaan PELAKUN UTAMA: Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Maddie McGraw, Christina Hendricks, Jordan Peele, Keanu Reeves PENGARAH: Josh Cooley SINOPSIS: Sheriff Woody dan Buzz Lightyear kini menjadi milik seorang kanak-kanak bernama Bonnie, selepas diberikan kepadanya oleh pemilik mereka terdahulu iaitu Andy. Mereka kemudian diperkenalkan kepada Forky, `spork` yang ditukar menjadi permainan. Untuk menunjukkan kepadanya bagaimana menjadi permainan, Woody dan Buzz membawa Forky dalam satu pengembaraan. KATEGORI: "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. DURASI: 1 Jam 40 Minit TAYANG: 20 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: CHILD'S PLAY BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Aubrey Plaza, Gabriel Bateman, Brian Tyree Henry, Tim Matheson, Mark Hamill PENGARAH: Lars Klevberg SINOPSIS: Seorang ibu telah memberi anak lelakinya patung bersempena dengan hari jadinya, tanpa menyedari bahaya yang bakal berlaku berikutan patung tersebut akan mengganas. KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja. DURASI: 1 Jam 31 Minit TAYANG: 20 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE INVINCIBLE DRAGON BAHASA: KANTONIS (HK) EDARAN: LOTUS FIVE STAR GENRE: Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Zhang Jin, Anderson Silva, Kevin Cheng, Annie Liu, Stephy Tang PENGARAH: Fruit Chan SINOPSIS: Kowloon merupakan seorang ejen rahsia bertatu naga yang mula dikenali selepas membantu polis merungkai kes-kes misteri. Namun sikap terburu-burunya sering mengundang padah. Akibatnya dia bertarung dengan seorang detektif Macau dan juga seorang tentera veteran Amerika bernama Alexander, yang mempunyai kaitan rahsia dengan Kowloon. KATEGORI: UNRATED DURASI: TAYANG: 21 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: KRASUE: INHUMAN KISS BAHASA: THAILAND EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Romantik / Ngeri PELAKUN UTAMA: Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, Sapol Assawamunkong, Surasak Wongthai PENGARAH: Sittisiri Mongkolsiri SINOPSIS: Di sebuah perkampungan terpencil, seorang gadis mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue. Kerana sumpahan itu, setiap malam kepalanya akan bercerai dari tubuhnya dan dia mula memburu darah dan daging. Apabila ternakan di kampungnya banyak mati, ini telah menyebabkan orang kampung berang dan mula memburu Krasue. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam 2 Minit TAYANG: 13 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: DETECTIVE CONAN: THE FIST OF BLUE SAPPHIRE BAHASA: JEPUN EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Anime PELAKUN UTAMA: Minami Takayama, Wakana Yamazaki, Rikiya Koyama, Kappei Yamaguchi, Kenichi Ogata PENGARAH: Tomoka Nagaoka SINOPSIS: Filem ke-23 dari francais "Detective Conan" dan siri "Case Closed" yang diangkat dari manga Gosho Aoyama dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang `blue lapis fist`, batu nilam biru terhebat dunia. Ia dikatakan telah karam dalam kapal lanun pada lewat abad ke-19 di Singapura. Apabila ia dijumpai dan dipamerkan di hotel Marina Sands Singapura, satu pembunuhan kemudian berlaku di sana. Di tempat kejadian, kad Kaitou Kid dijumpai. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: TAYANG: 13 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: MEN IN BLACK INTERNATIONAL BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT GENRE: Aksi / Pengembaraan / Komedi PELAKUN UTAMA: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Rafe Spall, Laurent Bourgeois, Larry Bourgeois, Emma Thompson, Liam Neeson PENGARAH: F. Gary Gray SINOPSIS: Chris Hemsworth membawa watak sebagai Ejen H, ejen terhebat di cawangan Men in Black (MIB) United Kingdom, dan Tessa Thompson sebagai Ejen M, ahli baru cawangan tersebut. Mereka bekerjasama untuk bertempur dengan makhluk asing di muka Bumi. Pada masa yang sama, mereka perlu menyelesaikan masalah terbesar mereka setelah mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam TAYANG: 13 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: CHASING THE DRAGON II: WILD WILD BUNCH BAHASA: KANTONIS (HK) EDARAN: LOTUS FIVE STAR GENRE: Aksi / Jenayah PELAKUN UTAMA: Tony Leung Ka-Fai, Louis Koo, Gordon Lam, Simon Yam PENGARAH: Jason Kwan, Wong Jing SINOPSIS: Penculik bersiri Logan menculik anak lelaki seorang jutawan Hong Kong dan meminta wang tebusan sebanyak 2 juta dollar. Dia dan kumpulannya berjaya mendapatkan wang tebusan itu tanpa dikenakan sebarang tindakan kerana tiada laporan polis dibuat. Ini hanya salah satu jenayah bersiri yang mereka lakukan ke atas golongan elit Hong Kong pada tahun 90-an tanpa sebarang masalah. Mereka semakin berani dan menyasarkan orang kaya di Macau pula, tanpa mengetahui seorang ejen rahsia telah menyeludup ke dalam kumpulan mereka. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam TAYANG: 6 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE BIG TRIP BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Animation PELAKUN UTAMA: David Grout, Tim Sell, Brodey Milburn PENGARAH: Natalya Nilova SINOPSIS: Seekor burung upeh yang cuai membuat kesilapan menghantar anak panda ke alamat yang salah. Bagi memperbaiki kesilapan itu, sekumpulan haiwan liar yang terdiri daripada beruang, moose, harimau dan arnab perlu bekerjasama untuk mengembalikan anak panda itu ke pangkuan keluarganya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 30 Minit TAYANG: 6 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: POCONG THE ORIGIN BAHASA: INDONESIA EDARAN: TGV PICTURES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Samuel Rizal, Nadya Arina, Surya Saputra, Della Dartyan PENGARAH: Monty Tiwa SINOPSIS: Sebelum seorang pembunuh kejam bernama Ananta dihukum bunuh oleh kerajaan negerinya, dia memberitahu anak perempuannya Sasthi bahawa dia perlu dikebumikan di kampung asalnya. Selepas kematiannya, Sasthi dan seorang pengawal penjara, Yama, pergi ke kampung halaman Ananta membawa mayat ayahnya. Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai gangguan aneh, membuatkan mereka mengalami kepayahan memindahkan mayat itu, lebih-lebih lagi mereka perlu melakukannya sebelum bulan purnama. Ini kerana Ananta dipercayai mengamalkan ilmu hitam di mana jika pengamalnya tidak dikebumikan di kampung asal selepas kematian, mereka akan dihidupkan semula dan bulan purnama menjadikan mereka lebih kuat. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 31 Minit TAYANG: 4 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: X-MEN: DARK PHEONIX BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: 20TH CENTURY FOX GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains PELAKUN UTAMA: Sophie Turner, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Jessica Chastain, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Evan Peters PENGARAH: Simon Kinberg SINOPSIS: Ketika misi menyelamat di angkasa lepas, Jean-Grey hampir mati apabila dia dihentam oleh kuasa kosmik misteri. Setelah pulang, kuasa itu membuatkannya lebih berkuasa tetapi juga tidak stabil. X-Men kini mendapati diri mereka berdepan dengan Jean yang semakin tidak boleh dikawal, mencederakan orang tersayang dan memecah-belahkan mereka. Mereka perlu menjadi mencari jalan untuk bersatu dan menyelamatkan roh Jean serta Bumi daripada makhluk asing yang mahu menjajah galaksi dengan menggunakan kuasa itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 54 Minit TAYANG: 6 Jun 2019 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER: