Friday, December 20, 2019

QUEEN OF SPADES: THE LOOKING GLASS

TAJUK: QUEEN OF SPADES: THE LOOKING GLASS

BAHASA: INGGERIS (RUSIA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Angelina Strechina, Daniil Muravyev-Izotov, Vladislav Konoplyov, Claudia Boczar

PENGARAH: Aleksandr Domogarov Jr.

SINOPSIS: Para pelajar di sebuah sekolah berasrama, yang dulunya sebuah rumah agam terbiar, bercerita tentang kisah seram mengenai kanak-kanak yang dibunuh dalam rumah tersebut pada kurun ke-19 oleh pemilik lama, Countess Balinskaya. Suatu hari, ketika menerokai bangunan lama sekolah itu, para pelajar tersebut menjumpai sebuah cermin yang mempunyai lukisan misteri di atasnya. Dengan niat untuk bergurau, mereka berdiri di hadapannya dan membaca sebuah mantera, memanggil roh Queen of Spades untuk menunaikan hajat mereka. Tanpa mereka ketahui, nyawa mereka akan diambil sebagai ganti kepada setiap hajat mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 26 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE CAVE

TAJUK: THE CAVE

BAHASA: INGGERIS / THAILAND

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA: Ekawat Niratvorapanya

PENGARAH: Tom Waller

SINOPSIS: Sebuah filem berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 23 Jun 2018 di Thailand. Ia mengisahkan tentang kumpulan bola sepak Wild Boar, yang terdiri daripada 12 orang kanak-kanak berusia 11 hingga 16 tahun, yang terperangkap bersama penolong jurulatih mereka di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai. Operasi pencarian dan menyelamatkan mereka menjadi sukar akibat kenaikan paras air di dalam gua itu berikutan hujan lebat.

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 26 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 17, 2019

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

TAJUK: STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson

PENGARAH: J. J. Abrams

SINOPSIS: Filem terakhir dari trilogi "Star Wars" ini bermula dengan filem pada tahun 2014 "Star Wars: The Force Awakens", diikuti oleh filem "Star Wars: The Last Jedi" pada tahun 2017.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 22 Minit

TAYANG: 19 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, December 16, 2019

BUSUT BONANG

TAJUK: BUSUT BONANG

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri

PENGARAH: Khalid Nadzri

SINOPSIS: Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk mencari pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. Pemilik rancangan televisyen "Merungkai Misteri" iaitu Joey dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut, menyebabkan mereka sesat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 19 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

IP MAN 4: THE FINALE

TAJUK: IP MAN 4: THE FINALE

BAHASA: KANTONIS (HK / CHINA)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Aksi / Seni Mempertahankan Diri

PELAKUN UTAMA:  Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-kwan

PENGARAH: Wilson Yip

SINOPSIS: Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 20 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 15, 2019

RATU ILMU HITAM

TAJUK: RATU ILMU HITAM

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Hannah Al Rashid, Ario Bayu, Imelda Therinne, Miller Khan, Tanta Ginting

PENGARAH: Kimo Stamboel

SINOPSIS: Hanif membawa isterinya Nadya dan anak-anak mereka ke rumah anak yatim jauh di pedalaman, di mana dia dibesarkan dahulu untuk melawat Pak Bandi, pengasuh di rumah itu. Dua rakannya, Anton dan Jefri, turut datang bersama isteri-isteri mereka. Namun, mereka mula diganggu kejadian-kejadian aneh ketika bermalam di rumah itu. Lebih menakutkan, anak-anak mereka turut melihat kelibat seorang wanita. Seorang demi seorang daripada mereka mula hilang atau mati. Semuanya angkara Ratu Ilmu Hitam, yang berdendam dan lahir daripada dosa-dosa anak-anak yatim yang tinggal di rumah itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 02 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 8, 2019

THE SACRED RIANA: BEGINNING

TAJUK: THE SACRED RIANA: BEGINNING

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: The Sacred Riana, Aura Kasih, Agatha Chelsea, Prabu Revolusi

PENGARAH: Billy Christian

SINOPSIS: Sejak kecil, Riana tinggal bersama kedua ibu bapanya, yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh. Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 51 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

BLACK CHRISTMAS

TAJUK: BLACK CHRISTMAS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Imogen Poots, Aleyse Shannon, Brittany O'Grady

PENGARAH: Sophia Takal

SINOPSIS: Filem ini adalah `remake` kepada filem arahan Bob Clark tahun 1974 yang sama judul. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas. Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 3, 2019

21 BRIDGES

TAJUK: 21 BRIDGES

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Jenayah / Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Chadwick Boseman, J.K. Simmons, Sienna Miller, Taylor Kitsch, Channing Tatum

PENGARAH: Brian Kirk

SINOPSIS: Seorang anggota NYPD berpeluang untuk membuktikan dirinya dengan menyertai misi memburu seorang pembunuh polis.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 02 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

UNBREAKABLE

TAJUK: UNBREAKABLE

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS CBN

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA:  Angelica Panganiban, Richard Gutierrez, Bea Alonzo

PENGARAH: Mae Czarina Cruz

SINOPSIS: Kesakitan menemukan mereka bersama. Akankah cinta memecah-belahkan mereka?

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 59 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 2, 2019

GARANG

TAJUK: GARANG

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: SKOP PRODUCTION

GENRE: Aksi / Sukan

PELAKUN UTAMA: Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Emma Maembong

PENGARAH: T. Kanageswaran

SINOPSIS: Izam merupakan seorang atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Konflik timbul antara dua rakannya, Jasmin dan Reza, yang juga merupakan golongan kurang upaya handal berkerusi roda, apabila Izam ditimpa kemalangan. Perkara itu menyebabkan Jasmin terpaksa meminta bantuan daripada tiga rakan lamanya untuk merungkai konflik tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 05 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: