Sunday, March 31, 2019

PET SEMATARY

TAJUK: PET SEMATARY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Jason Clarke, Amy Seimetz, John Lithgow

PENGARAH: Kevin Kolsch, Dennis Widmyer

SINOPSIS: Seorang doktor telah membawa keluarganya pindah dari Boston ke sebuah pekan kecil di Maine. Dia kemudian mendapati tempat mereka tinggal berdekatan dengan tanah perkuburan haiwan. Apabila tragedi berlaku, dia meminta bantuan jirannya Jud Crandall tetapi ini hanya menyebabkan perkara menjadi semakin teruk.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 41 Minit

TAYANG: 4 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, March 29, 2019

SHAZAM!

TAJUK: SHAZAM!

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA:  Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong, Grace Fulton

PENGARAH: David F. Sandberg

SINOPSIS: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Billy telah dikurniakan kuasa enam adiwira purba oleh ahli sihir yang sedang nazak. Dia hanya perlu menyebut nama ahli sihir itu, iaitu Shazam, dan dia akan bertukar menjadi adiwira dewasa.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 12 Minit

TAYANG: 4 April 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, March 25, 2019

FAMILIA BLONDINA

TAJUK: FAMILIA BLONDINA

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA:  Karla Estrada, Jobert Austria, Xia Vigor

PENGARAH: Jerry Lopez Sineneng

SINOPSIS: Cindy meninggalkan keluarganya dan pindah ke AS untuk berkahwin dengan seorang tentera Amerika. Apabila suaminya meninggal dunia, dia dililit oleh hutang suaminya dan terpaksa kembali ke Filipina dengan tiga anaknya yang semuanya berambut perang untuk menyokong mereka. Dia kemudian bertemu Tony, seorang duda dengan anak-anak yang juga berambut perang dan mendidik anak-anak mereka tentang apa yang dimaksudkan sebagai orang Filipina

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 46 Minit

TAYANG: 28 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DUMBO

TAJUK: DUMBO

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin

PENGARAH: Tim Burton

SINOPSIS: Filem `live action` ini adalah adaptasi dari kisah klasik "Dumbo". Dumbo adalah anak gajah yang mempunyai telinga besar dan ini membuatkannya menjadi bahan jenaka di sarkas milik Max Medici. Bekas bintang Holt Farrier dan anaknya Milly dan Joe telah direkrut oleh Medici untuk menjaga Dumbo. Sarkas itu membuat kemunculan semula hebat apabila mereka mendapat tahu Dumbo boleh terbang, yang mana ia menarik perhatian usahawan V.A. Vandevere. Dumbo telah direkrut untuk kolaborasi hiburan terbaru Vandevere iaitu Dreamland. Namun ia tidak seindah yang disangka apabila Holt mengetahui rahsia gelap mengenai Dreamland.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 52 Minit

TAYANG: 28 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, March 24, 2019

EERIE

TAJUK: EERIE

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Bea Alonzo, Jake Cuenca, Maxene Magalona, Charo Santos-Concio

PENGARAH: Mikhail Red

SINOPSIS: Berlatarkan di sebuah sekolah Katolik lama untuk perempuan, di mana seorang wanita bernama Pat Consolacion bekerja sebagai kaunselor. Apabila kematian misteri seorang pelajar mengancam kewujudan sekolah itu, dia perlu membantu pelajar lain sambil cuba merungkai kebenaran di sebaliknya. Keghairahannya dalam cuba menyiasat kes itu dengan lebih mendalam menyebabkan pekerjaannya di sekolah itu diancam oleh Mother Alice, yang merupakan seorang yang kejam dan disyaki oleh para pelajar sebagai suspek utama. Pat kemudian bertemu dengan bekas pelajar, Eri, dan Pat berjaya merungkai rahsia gelap sekolah itu melaluinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 41 Minit

TAYANG: 28 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RED STORM

TAJUK: RED STORM

BAHASA: MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Henry Thia, Zhang Bo Nan, Li AI Jin, Michael Chuah, Henley Hii

PENGARAH: Michael Chuah

SINOPSIS: RuNan, anak perempuan seorang taikun kaya dari China, menjadi sasaran kumpulan penyeludup manusia. Ketika dia berada di Malaysia, bapanya telah menugaskan bekas tentera China, Hong Peng, untuk menjadi pengawal peribadinya. Pihak polis tempatan juga menugaskan pegawai hebat mereka, Ah Bu, untuk kes itu. Ah Bu telah putus asa apabila gagal dalam satu misi tiga bulan lalu yang menyebabkan kematian rakan setugas dan isterinya. Bagaimanapun, kini dia perlu mempertaruhkan nyawanya semula sebagaimana dia menyertai Hong Peng untuk menyelamatkan RuNan selepas perempuan itu diculik. Ketika penyiasatan, dia mendapati kaitan di antara penculik RuNan dan kegagalan misi terakhirnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 33 Minit

TAYANG: 28 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, March 19, 2019

THE QUAKE

TAJUK: THE QUAKE

BAHASA: INGGERIS (NORWAY)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kristoffer Joner, Ane Dahl Torp, Jonas Hoff Oftebro, Edith Haagenrud-Sande

PENGARAH: John Andreas Andersen

SINOPSIS: Tiga tahun selepas kejadian dalam "The Wave", ahli geologi Kristian Eikjord kini di ambang perceraian tetapi cuba memulihkan perkahwinannya. Menderita PTSD selepas bencana di Geiranger, dia bergelut untuk menjalani kehidupannya ketika ini. Apabila dia mendapat tahu kematian rakan sekerjanya di Oslo, dia pergi ke sana untuk menyiasat. Dia mendapat tahu yang rakannya terbunuh akibat pergeseran seismik ketika sedang mengkaji pergerakan seismik di bandar Norway itu. Dia juga mendapat tahu yang Oslo pernah dilanda gempa bumi 5.4 magnitud pada tahun 1904 dan bimbang gempa bumi lebih kuat bakal berlaku tidak lama lagi.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 46 Minit

TAYANG: 28 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FIVE FEET APART

TAJUK: FIVE FEET APART

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Drama / Romance

PELAKUN UTAMA: Cole Sprouse, Haley Lu Richardson

PENGARAH: Justin Baldoni

SINOPSIS: Teenagers Stella and Will meet while both are living in a hospital. They fall in love with each other but because both of them are cystic fibrosis patients, they must always stay five feet apart.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 56 Minit

TAYANG: 21 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, March 17, 2019

US

TAJUK: US

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Ngeri

PELAKUN UTAMA: Lupita Nyong'o, Winston Duke, Elisabeth Moss, Yahya Abdul-Mateen II, Tim Heidecker

PENGARAH: Jordan Peele

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang wanita bermana Adelaide Wilson yang kembali pulang ke rumah di tepi pantai semasa zaman kecilnya bersama suami, Gabe, dan dua anaknya untuk cuti musim panas. Tiba-tiba, empat orang yang memiliki wajah yang sama dengannya, serta keluarganya, memecah masuk rumah mereka untuk mendera keluarga tersebut.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berumur 18 Tahun Ke atas sahaja.

DURASI:  1 Jam 56 Minit

TAYANG: 21 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

WONDER PARK

TAJUK: WONDER PARK

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL  PICTURES

GENRE: Animasi / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Brianna Denski, Matthew Broderick, Jennifer Garner, Kenan Thompson, Ken Jeong, Mila Kunis

PENGARAH: David Feiss

SINOPSIS: June menjumpai sebuah taman hiburan yang penuh dengan nyanyian, persembahan haiwan menari, dan penghibur jalanan. Dia kemudian menyedari yang taman hiburan itu hanyalah imaginasinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 26 Minit

TAYANG: 21 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, March 5, 2019

BIKERS KENTAL 2

TAJUK: BIKERS KENTAL 2

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Zizan Razak, Afdlin Shauki, Awie, Amerul Affendi, Bront Palarae

PENGARAH: Helmi Yusof

SINOPSIS: Bidin Al Zaifa sedang dilamun cinta dengan wanita Thai bernama Cherry Porntit. Dia melamarnya tetapi abang kekasihnya, seorang juara Muay Thai, tidak mahu adiknya berkahwin dengan Bidin. Perkara menjadi lebih buruk apabila musuh Bidin iaitu Al Buqerk memburunya untuk menyelesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy dan Aidil, Bidin cuba menyelesaikan masalah cintanya dan musuhnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 34 Minit

TAYANG: 14 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, March 4, 2019

MILLY & MAMET

TAJUK: MILLY & MAMET

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Julie Estelle

PENGARAH: Ernest Prakasa

SINOPSIS: Ia adalah kesinambungan dari filem "Ada Apa Dengan Cinta 2" yang berkisarkan mengenai pasangan suami isteri Mamet dan Milly yang kini mempunyai cahaya mata. Mamet mempunyai minat mendalam dalam dunia masakan dan mahu menjadi seorang cef. Bagaimanapun impiannya tidak kesampaian apabila dia terpaksa bekerja di kilang milik bapa mertuanya. Dia kemudian bertemu dengan bekas rakan kuliahnya Alexandra, yang memberitahu dia sudah mempunyai pelabur untuk membuka sebuah restoran yang pernah mereka inginkan sebelum ini. Pada masa yang sama, hubungan Mamet dengan bapa mertuanya semakin keruh apabila kedua-dua mereka sering berselisihan faham.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 40 Minit

TAYANG: 7 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RESIDE

TAJUK: RESIDE

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Ananda Everingham, Ja Natthaweeranuch, Ploy Sornarin

PENGARAH: Wisit Sasanatieng

SINOPSIS: Kumpulan ajaran sesat Jit Asongkha (Infinity Spiritual Centre) yang terdiri daripada Madame dan perantisnya Dej, Prang, Soy, Kruea, Krit dan Nop berkumpul di sebuah rumah yang dijadikan sebagai ibu pejabat untuk melakukan ritual menghidupkan mayat semula. Ketika mengelilingi mayat itu, mereka memuja roh untuk muncul tetapi mereka tiba-tiba mendapati diri mereka perlu menentang roh jahat yang cuba untuk merasuk mereka. Terperangkap dalam rumah akibat ribut petir, mereka perlu menyelamatkan diri dengan mencari jawapan mengapa roh itu mensasarkan tubuh mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 44 Minit

TAYANG: 7 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, March 3, 2019

CAPTAIN MARVEL

TAJUK: CAPTAIN MARVEL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace, Lashana Lynch

PENGARAH: Anna Boden, Ryan Fleck

SINOPSIS: Mejer Carol Danvers adalah juruterbang United States Air Force. Apabila DNAnya secara tidak sengaja tercampur dengan genetik makhluk asing, ia membuatkannya mendapat kuasa luar biasa.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  2 Jam 4 Minit

TAYANG: 6 Mac 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: