Tuesday, October 31, 2017

24 HOURS TO LIVE

TAJUK : 24 HOURS TO LIVE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Ngeri

PELAKUN UTAMA : Ethan Hawke, Paul Anderson, Rutger Hauer, Liam Cunningham

PENGARAH : Brian Smrz

SINOPSIS : Selepas terbunuh dalam satu misi, seorang pembunuh upahan telah dihidupkan semula oleh majikannya. Ini telah memberikan pembunuh itu peluang untuk menebus kesilapan.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 32 Minit

TAYANG : 9 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

ONLY THE BRAVE

TAJUK : ONLY THE BRAVE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Ben Hardy, Jennifer Connelly, Taylor Kitsch, Miles Teller

PENGARAH : Joseph Kosinski

SINOPSIS : Drama ini diangkat dari kisah pasukan elit yang berdepan Yarnell Hill Fire, kebakaran di Prescott, Arizona pada Jun 2013 yang telah membunuh 19 anggota bomba Prescott dari Granite Mountain Hotshots

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 13 Minit

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, October 30, 2017

PERANSANG RENTAP

TAJUK : PERANSANG RENTAP

BAHASA : IBAN (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Romantik

PELAKUN UTAMA : Vincent Mallang, Diana Johor, Charlmay, Emmanuel Reuben, Ethel Lampai

PENGARAH : Lina Johor

SINOPSIS : Mengagumi keberanian pahlawan Sarawak yang dipanggil Rentap, Jenang memasang impian untuk menyertai peperangan menentang British. Bagaimanapun, dia kecewa apabila tidak dibenarkan menyertainya. Dia kemudian telah bertemu dengan Entiang, seorang gadis dari kampung seberang yang mana dia kemudian telah jatuh cinta. Perkara menjadi lebih sukar apabila dia perlu bersaing dengan Jambai untuk memenangi hati Entiang.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 48 Min

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

NEVER SAY DIE

TAJUK : NEVER SAY DIE

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Allen Ai, Mary Ma, Shen Teng, Xue Haowen

PENGARAH : Song Yang, Zhang Chiyu

SINOPSIS : Setelah terkena kejutan elektrik, seorang peninju dan seorang wartawan tiba-tiba bertukar tubuh. Kini mereka perlu mencari jalan untuk kembali ke tubuh masing-masing.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 40 Min

TAYANG : 2 November 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, October 24, 2017

ASLI

TAJUK : ASLI

BAHASA : MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Drama / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA : Gina Wong, Rain Lee, Amit Joyo A/L Bah Chu Hong, Alang A/L Bah Kang

PENGARAH : David Liew

SINOPSIS : Ia berkisarkan tentang seorang gadis campuran etnik semai bernama Anggun yang dalam misi mencari identiti sebenarnya. Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki bernama Keong yang membantunya sepanjang pengembaraannya. Sebagaimana Keong bergelut untuk menunaikan impian bapanya, dia juga memberi harapan kepada Anggun untuk lebih mengetahui tentang masa lampaunya. Sepanjang pengembaraan yang mengubah hidup itu, Anggun telah menimba pengajaran yang membuatkan dia menjadi seorang yang lebih baik.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 28 Min

TAYANG : 26 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

SEVEN SUNDAYS

TAJUK : SEVEN SUNDAYS

BAHASA : TAGALOG

EDARAN : STAR CINEMA

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Ronaldo Valdez, Aga Muhlach, Dingdong Dantes

PENGARAH : Cathy Garcia-Molina

SINOPSIS : Adik-beradik keluarga Bonifacio bersatu semula apabila mereka mengetahui bapanya menghidap penyakit kanser. Dalam proses ini, mereka perlu menangani isu-isu yang tidak dapat diselesaikan di antara mereka sebelum ianya terlambat.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 8 Min

TAYANG : 26 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, October 23, 2017

THOR: RAGNAROK

TAJUK : THOR: RAGNAROK

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Drama / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins

PENGARAH : Taika Waititi

SINOPSIS : Terpenjara di dunia lain tanpa tukulnya, Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 10 Minit

TAYANG : 26 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, October 18, 2017

FIDAA

TAJUK : FIDAA

BAHASA : TELUGU (INDIA)

EDARAN : SRI VENKATESWARA CREATION

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Sai Pallavi, Varun Tej, Sarah Uriarte Berry

PENGARAH : Sekhar Kammula

SINOPSIS : Varun Tej akan tinggal bersama dua adik beradiknya di Amerika Syarikat dan dia akan menjaga adiknya. Abangnya adalah seorang jurutera perisian yang sangat rajin bekerja. Cerita ini adalah tentang cinta, perkahwinan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 24 Minit

TAYANG : 18 Oktober 2017

PANGGUNG : The PSB Cineplex

TRAILER :

Tuesday, October 17, 2017

DUBAI MY LOVE

TAJUK : DUBAI MY LOVE

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : TSAR ASIA

GENRE : Romantik

PELAKUN UTAMA : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali

PENGARAH : Aidilfitri Mohd Yunus

SINOPSISIa berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Amar yang terpaksa menanggung malu selepas kekasihnya Balqis tidak munculkan diri pada hari perkahwinan mereka. Berikutan itu, Amar telah membawa diri ke Dubai untuk memulakan hidup baru dan ketika di sana dia bertemu dengan Maryam. Bagaimana saudara Balqis, Fazleena, telah datang melawatnya, mengingatkannya kepada Balqis dan menguji cintanya pada Maryam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 24 Min

TAYANG : 26 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

SKY HUNTER

TAJUK : SKY HUNTER

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA : Li Chen, Fan Bingbing, Wang Qian Yuan, Li Jia Hang

PENGARAH : Li Chen

SINOPSIS : Beberapa juruterbang Air Force telah diberi ujian secara tiba-tiba untuk dipilih ke pengkalan rahsia Air Force yang dipanggil Sky Hunter. Wu Di dan Ling Weifeng lulus dalam ujian itu manakala Hao Chen disingkirkan. Wu Di dan empat lagi askar lain sahaja yang berjaya ke pengkalan itu selepas beberapa siri latihan. Satu hari berita tersebar yang Hao Chen telah ditangkap oleh tentera penentang negara asing. Nekad untuk menyelamatkan bekas rakan sepasukannya, Wu Di mengumpul beberapa juruterbang untuk misi menyelamat.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 56 Min

TAYANG : 19 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, October 16, 2017

HAUNTED HOTEL

TAJUK : HAUNTED HOTEL

BAHASA : MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Sushar Manaying, Azman Hassan, Teddy Chin, Alvin Chong, Li Chuan

PENGARAH : Ryon Lee

SINOPSIS : Ketika bercuti di Malaysia, seorang pelancong China bersama rakannya mahu pergi ke Genting Highlands. Bagaimanapun, berikutan kekeliruan, mereka menginap di salah sebuah hotel paling berhantu di Asia. Selepas menyedari situasi seram mereka, mereka bersetuju untuk meninggalkan tempat itu, namun ia tidak semudah yang disangka.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 32 Min

TAYANG : 19 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

FLATLINERS

TAJUK : FLATLINERS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE : Drama / Seram / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons

PENGARAH : Niels Arden Oplev

SINOPSIS : Sekumpulan pelajar perubatan telah melakukan eksperimen tentang pengalaman `hampir mati` yang membabitkan tragedi lampau. Eksperimen itu kemudian telah menyebabkan nyawa mereka terancam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 50 Minit

TAYANG : 18 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, October 15, 2017

MERSAL

TAJUK : MERSAL

BAHASA : TAMIL

EDARAN : TSR FILMS

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Vijay, Kajal Aggarwal, Samantha Ruth Prabhu, Nithya Menon

PENGARAH : Atlee Kumar

SINOPSIS : Tiba di India, seorang ahli silap mata kembali bertemu dengan abangnya yang sudah lama tidak dijumpainya, yang kini seorang doktor di Amerika. Dia mula mengetahui identiti sebenarnya, sekaligus membuatkannya mahu memburu pembunuh ibu bapanya untuk membalas dendam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 47 Minit

TAYANG : 18 Oktober 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Friday, October 13, 2017

HAPPY DEATH DAY

TAJUK : HAPPY DEATH DAY

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine

PENGARAH : Christopher Landon

SINOPSIS : Seorang wanita bernama Tree Gelbman mendapati dirinya mengulangi hari yang sama setiap hari, iaitu hari jadinya. Dalam setiap pengulangan, dia perlu merungkai siapa yang cuba membunuhnya dan mengapa.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 37 Minit

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, October 9, 2017

TOMBIRUO

TAJUK : TOMBIRUO

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : ASTRO SHAW

GENRE : Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat

PENGARAH : Seth Larney

SINOPSIS : Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya.

KATEGORI : UNRATED

DURASI :

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

GEOSTORM

TAJUK : GEOSTORM

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Gerard Butler, Abbie Cornish, Katheryn Winnick, Alexandra Lara, Amr Waked, Jim Sturgess, Eugenio Derbez, Ed Harris, Andy Garcia

PENGARAH : Dean Devlin

SINOPSIS : Seorang lelaki telah ke angkasa lepas bagi menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat, manakala adiknya mendapat tahu mengenai plot untuk membunuh presiden.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 49 Minit

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, October 8, 2017

SHUTTLE LIFE

TAJUK : SHUTTLE LIFE

BAHASA : MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Jack Tan, Angel Chan, Sylvia Chang

PENGARAH : Tan Seng Kiat

SINOPSIS : Ah Qiang tinggal di bandar besar bersama ibunya yang mempunyai masalah mental dan adik perempuan berusia 5 tahun, Hui. Apabila Hui mati dalam kemalangan, Ah Qiang tertekan untuk menuntut mayat adiknya pulang ke rumah. Bagaimanapun, dia kemudian menyedari satu lagi halangan iaitu dia tidak dapat membuktikan hubungannya dengan Hui memandangkan kelahiran adiknya tidak pernah didaftarkan. Tanpa bantuan daripada ibunya, Ah Qiang kini bergelut seorang diri.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 31 Min

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, October 6, 2017

LAST NIGHT

TAJUK : LAST NIGHT

BAHASA : TAGALOG

EDARAN : STAR CINEMA

GENRE : Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA : Piolo Pascual, Toni Gonzaga, Joey Marquez

PENGARAH : Joyce Bernal

SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang Mark dan Carmina yang pertama kali bertemu secara tidak dijangka. Mereka kemudian mendapati yang mereka tinggal di hotel yang sama dan mempunyai nasib yang sama, kedua-duanya mempunyai masalah hidup dan cuba untuk membunuh diri. Namun akhirnya mereka kemudian memulakan persahabatan yang membuatkan mereka terikat satu sama lain.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

MY LITTLE PONY THE MOVIE

TAJUK : MY LITTLE PONY THE MOVIE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Animasi / Fantasi / Muzikal

PELAKUN UTAMA : Tara Strong, Ashleigh Ball, Andrea Libman

PENGARAH : Jayson Thiessen

SINOPSIS : Apabila kuasa jahat mengancam pekan Ponyville, "Mane Six" - Twilight Sparkle, Applejack, Rainbow Das, Pinkie Pie, Fluttershy dan Rarity - telah mengembara ke Equestria untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka dengan menewaskan kuasa jahat itu. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu rakan baru dan cabaran yang akan menguji persahabatan mereka.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 40 Minit

TAYANG : 12 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, October 3, 2017

I'M NOT A TERRORIST

TAJUK : I'M NOT A TERRORIST

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : WHITE MERPATI ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe

PENGARAH : Arjin Uppal

SINOPSIS : Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 50 Min

TAYANG : 5 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, October 2, 2017

STRONGER

TAJUK : STRONGER

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Jake Gyllenhaal, Tatiana Maslany, Clancy Brown, Frankie Shaw, Miranda Richardson, Maggie Castle

PENGARAH : David Gordon Green

SINOPSIS : Jeff Bauman, seorang mangsa pengeboman Boston Marathon pada tahun 2013, membantu polis untuk menjejaki pembunuh. Pada waktu yang sama, dia bergelut untuk memulihkan dirinya semula selepas insiden pengeboman tersebut.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam

TAYANG : 30 September 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

BLADE RUNNER 2049

TAJUK : BLADE RUNNER 2049

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE : Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Ryan Gosling, Harrison Ford, Robin Wright, Dave Bautista

PENGARAH : Denis Villeneuve

SINOPSIS : Tiga puluh tahun selepas kejadian dalam filem pertama, Officer K, `blade runner` baru untuk Los Angeles Police Departement, telah menemui satu rahsia yang tersimpan lama yang boleh mencetuskan kekacauan. Dengan penemuan itu, K mengambil keputusan untuk mengembara mencari bekas `blade runner` yang telah hilang selama 30 tahun, Rick Deckard.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 44 Minit

TAYANG : 5 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, October 1, 2017

NO GAME NO LIFE

TAJUK : NO GAME NO LIFE

BAHASA : JEPUN

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Anime

PELAKUN UTAMA : Yoshitsugu Matsuoka, Ai Kayano, Yoko Hikasa, Yukari Tamura

PENGARAH : Atsuko Ishizuka

SINOPSIS : Enam ribu tahun sebelum kedatangan Sora dan Shiro ke dunia Disboard, dunia dipenuhi dengan peperangan dan manusia diancam dengan kepupusan. Di tengah peperangan dan kekacauan yang berlaku, seorang lelaki, Riku, mengambil keputusan untuk memimpin tamadun manusia ke masa depan yang dia percayai. Ketika berada di bandar Elf, dia bertembung dengan Shuvi, robot android yang memintanya mengajar makna mempunyai hati manusia.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 46 Minit

TAYANG : 5 Oktober 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

TOKYO GHOUL

TAJUK : TOKYO GHOUL

BAHASA : JEPUN

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Drama / Seram

PELAKUN UTAMA : Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Yu Aoi, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi

PENGARAH : Kentaro Hagiwara

SINOPSIS : Dalam dunia di mana pelesit atau `ghoul`, orang yang hanya boleh hidup dengan memakan daging manusia, hidup di kalangan manusia normal secara rahsia, Ken Kaneki yang tidak tahu telah keluar bersama pelesit bernama Rize Kamishiro. Dia telah diserang oleh Rize tetapi Rize kemudian mati dalam satu kemalangan pelik. Ken telah dihantar ke hospital di mana dia menjalani pembedahan dan organ Rize dipindahkan kepadanya demi menyelamatkan nyawanya, tetapi ia telah menukar dirinya kepada separuh pelesit. Kini, Ken perlu memakan daging manusia jika dia mahu terus hidup.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam

TAYANG : 5 Oktober 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :