Sunday, September 29, 2019

KABADDI KABADDI KABADDI

TAJUK: KABADDI KABADDI KABADDI

BAHASA: NEPALI

EDARAN: QSR DIGITAL

GENRE: Komedi / Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Dayahang Rai, Kabita Ale, Bijay Baral, Maotse Gurung

PENGARAH: Ram Babu Gurung

SINOPSIS: Dayahang Rai sebagai watak utama Birkaji, yang lagi dalam tekanan dari orang tuanya untuk berumah tangga. Dia sebaliknya, bersumpah untuk tetap bersikap keras kepala selepas apa yang berlaku dengan Maiya dalam kisah hidupnya sebelum ini. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kenalan dia jatuh hati kepada Kashi (Upasana) yang sudah jatuh cinta dengan Dhwaanse (Karma). Konflik semakin bertambah apabila ibu Kashi (Luniva) mahu Dhankaji (Wilson) menjadi pasangan anak perempuannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 55 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The PSB Cineplex, Seria

TRAILER:

Wednesday, September 25, 2019

THE FATAL RAID

TAJUK: THE FATAL RAID

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Patrick Tam, Min Chen Lin, Jeana Ho, Michael Tong

PENGARAH: Jacky Lee

SINOPSIS: Filem ini adalah sekuel kepada filem "Special Female Force" (2016). Pertarungan antara sekumpulan anggota polis dan sekumpulan gangster dalam sebuah operasi rahsia yang berlaku di Hong Kong telah mengorbankan Shirley, Hei dan komando-komando lain. Tragedi hitam yang berlaku 20 tahun lalu itu telah meninggalkan kesan mendalam kepada Inspektor Tam Ka Ming dan ketua Pasukan Wanita Khas, Madam Fong. Kini, bagi sebuah operasi baru, Madam Fong telah menubuhkan satu pasukan baru yang disertai empat orang ahli iaitu Alma, Zi Han, Sheila dan Tong Yu. Tetapi operasi mereka diganggu oleh kumpulan gangster di Macau dan pada masa yang sama, mereka mendapati Hei masih hidup.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

LATE NIGHT

TAJUK: LATE NIGHT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Emma Thompson, Mindy Kaling, Max Casella, Hugh Dancy, John Lithgow

PENGARAH: Nisha Ganatra

SINOPSIS: Katherine Newbury adalah seorang perintis dan pengacara lagenda sebuah rancangan bual bicara lewat malam. Oleh sebab dituduh sebagai pembenci golongan wanita, dia mengambil Molly bekerja di pejabatnya yang semua penulisnya adalah lelaki. Namun Katherine telah berdepan dengan masalah apabila bilangan penonton rancangannya yang semakin berkurang dan sebuah saluran ingin menggantikannya. Molly yang ingin membuktikan bahawa dirinya berguna, cuba untuk membantu Katherine memberi nafas baru kepada rancangan bual bicara dan kariernya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 4250 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, September 24, 2019

NEZHA

TAJUK: NEZHA

BAHASA: MANDARIN (CINA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Animasi

PELAKUN UTAMA: Lü Yanting, Han Mo, Chen Hao

PENGARAH: Jiaozi

SINOPSIS: Berdasarkan lagenda purba China, filem ini berkisar mengenai seorang budak lelaki, Nezha, yang dilahirkan dari mutiara syurga oleh Primeval Lord of Heaven. Namun, dia sering dibenci dan ditakuti oleh penduduk kampung kerana mempunyai kuasa luar biasa yang ditakdirkan untuk membawa kemusnahan kepada dunia. Dia perlu membuat pilihan sama ada menjadi baik atau sebaliknya bagi mengubah takdirnya dan menjadi adiwira.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

WALK WITH ME

TAJUK: WALK WITH ME

BAHASA: KANTONIS

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Michelle Wai, Alex Lam, Qi Yuwu, Anna Ng, Richard Ng

PENGARAH: Ryon Lee

SINOPSIS: Dengan bapanya seorang penagih dadah dan ibunya seorang jururawat yang sibuk, seorang wanita tinggal bersendirian tanpa kasih sayang keluarga. Dia mula melihat seorang budak perempuan kecil bertocang sering mengikutnya, selepas salah seorang jiran di rumah sewanya berpindah kerana diserang roh jahat. Dia juga dibuli oleh pengurus di tempat kerja serta bapanya di rumah. Tanpa sesiapa untuk membantunya, dia akhirnya meminta pertolongan satu patung aneh untuk melawan pembulinya. Apabila mereka ditemui mati dalam keadaan yang aneh, dia merasakan patung itu ada kaitan dengan kematian mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 03 Oktober 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, September 23, 2019

DANUR 3: SUNYARURI

TAJUK: DANUR 3 SUNYARURI

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Prilly Latuconsina, Sandrinna Michelle, Shawn Adrian Khulafa

PENGARAH: Awi Suryadi

SINOPSIS: Risa menyedari bahawa kebolehannya untuk melihat hantu menghalangnya untuk bercinta. Dia tidak memberitahu teman lelakinya, seorang penyampai radio bernama Dimas, mengenai kebolehannya dan mengenai lima orang rakannya yang bukan manusia. Apabila seorang rakan hantunya mula menyakat Dimas, Risa menutup mata batinnya supaya dia tidak boleh melihat hantu dan boleh hidup normal. Namun perbuatannya membawa nasib malang. Walaupun tidak boleh melihat hantu, dia boleh menghidu `danur` (cecair yang keluar dari mayat reput). Dia mendapat tahu satu roh jahat wanita telah memasuki rumah itu ketika hujan lebat dan ia bukan sahaja mengugutnya malah rakan-rakan hantunya juga.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SUATU KETIKA

TAJUK: SUATU KETIKA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Drama / Sejarah / Sukan

PELAKUN UTAMA: Namron, Pekin Ibrahim

PENGARAH: Prakash Murugiah

SINOPSIS: Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur.

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 20 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, September 22, 2019

KAAPPAAN

TAJUK: KAAPPAAN

BAHASA: TAMIL (INDIA)

EDARAN: DMY CREATION SDN BHD

GENRE: Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Suriya, Mohanlal, Arya, Sayyeshaa, Boman Irani

PENGARAH: K.V. Anand

SINOPSIS: Sebuah filem thriller aksi arahan K. V. Anand yang dibintangi oleh Suriya, Mohanlal, Arya, Sayyeshaa dan Boman Irani. Ia berkisar mengenai seorang pegawai Perlindungan Khas, yang diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang-orang ternama termasuk Perdana Menteri.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 47 Minit

TAYANG: 20 September 2019

PANGGUNG: The Grand Cineplex, Seria

TRAILER:

Tuesday, September 17, 2019

HUSTLERS

TAJUK: HUSTLERS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Komedi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Constance Wu, Jennifer Lopez, Cardi B, Keke Palmer, Lili Reinhart, Julia Stiles

PENGARAH: Lorene Scafaria

SINOPSIS: Diinspirasi dari kisah benar tertulis dalam artikel majalah New York berjudul "The Hustlers at Scores" oleh Jessica Pressler yang telah tular. Sekumpulan bekas penari di sebuah kelab malam iaitu Destiny, Ramona, Diamond, Mercedes, Elizabeth, Annabelle dan Liz, merancang untuk melakukan pencurian terhadap pelanggan Wall Street mereka yang kaya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 19 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

AD ASTRA

TAJUK: AD ASTRA

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Brad Pitt, Tommy Lee Jones, Ruth Negga, Liv Tyler, Donald Sutherland

PENGARAH: James Gray

SINOPSIS: Dua puluh tahun lalu, bapa Roy McBride telah hilang ketika dalam misi ke Neptune untuk mencari makhluk asing. Kini Roy bekerja sebagai jurutera Korps Tentera dan mengembara ke angkasa lepas untuk mencari bapanya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 4 Minit

TAYANG: 19 September 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, September 16, 2019

RAMBO LAST BLOOD

TAJUK: RAMBO LAST BLOOD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Sylvester Stallone, Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal

PENGARAH: Adrian Grunberg

SINOPSIS: Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran Perang Vietnam ini perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 19 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SCARY STORIES TO TELL IN THE DARK

TAJUK: SCARY STORIES TO TELL IN THE DARK

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Zoe Colletti, Michael Garza, Austin Abrams, Gabriel Rush

PENGARAH: André Øvredal

SINOPSIS: Selama beberapa generasi, sebuah bandar kecil bernama Mill Valley berada dalam bayang-bayang keluarga Bellows. Sebuah rumah agam milik keluarga itu yang terletak di hujung bandar pernah didiami seorang gadis bernama Sarah. Dia menyimpan seribu satu rahsia mengerikan dan menulis sebuah buku yang penuh dengan kisah-kisah seram berdasarkan hidupnya yang terseksa. Pada tahun 1968 di Amerika, sekumpulan remaja mendapati semua kisah tersebut menjadi realiti selepas menemui rumah agam menakutkan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 19 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, September 15, 2019

JOKER

TAJUK: JOKER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Jenayah / Drama

PELAKUN UTAMA: Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy

PENGARAH: Todd Phillips

SINOPSIS: Berlatarkan pada tahun 1980an, ia berkisarkan tentang Joker. Dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di Gotham City selepas gagal mencipta nama dalam komedi.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 2 Jam 2 Minit

TAYANG: 03 Oktober 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, September 8, 2019

THE LAST WISH

TAJUK: THE LAST WISH

BAHASA: MANDARIN (HK)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Peng Yuchang, Wei Daxun, Darren Wang, Zeng Meng Xue

PENGARAH: Tian Yusheng

SINOPSIS: Seorang pelajar sekolah menengah yang menderita distrofi otot diberitahu bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia bertekad untuk melengkapkan hasrat sebelum mati iaitu untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar. Ketika kedua sahabat baiknya, Xu Hao dan Zhang Zheng Yang mendengar berita ini, mereka tidak berusaha keras untuk mendapatkan keinginan terakhir sahabat baik mereka.

KATEGORI: UNRATED

DURASI

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

QUIET COMES THE DAWN

TAJUK: QUIET COMES THE DAWN

BAHASA: INGGERIS (RUSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Aleksandra Drozdova, Kuzma Kotrelev, Oksana Akinshina, Aleksandr Molochnikov

PENGARAH: Pavel Sidorov

SINOPSIS: Selepas kematian misteri adiknya, seorang gadis sering bermimpi buruk sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi. Di situ, dia bersama pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama. Namun perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 53 Minit

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE SPIRIT OF RAMAYANA

TAJUK: THE SPIRIT OF RAMAYANA

BAHASA: THAILAND

EDARAN: SKOP PRODUCTION

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Ausadaporn Siriwattanakul, Anusorn Maneeted, Jeffrey Benjakul, Thitikan Sitthisamphan

PENGARAH: Chaiwat Sitalasai

SINOPSIS: Bagi membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa impiannya untuk menjadi seorang penari adalah benar, termasuk ingin mendapatkan wang untuk membayar bil, penari berusia 24 tahun, Mintra, menyertai uji bakat untuk sebuah pementasan berjudul "Ramayana", dengan harapan dapat menggalas watak Seeda. Pengarah berpendapat dia terlalu baik untuk watak yang memerlukan sisi baik dan gelap itu, dan telah memilih musuhnya Gina. Perkara itu telah menghidupkan sisi gelap Mintra. Dia kemudian bersetuju untuk menerima bantuan hantu yang ingin menghidupkan sisi gelapnya. Namun, Mintra hanya mendapat peluang kedua untuk menyertai uji bakat watak utama itu kerana Gina telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh hantu tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

METAMORPHOSIS

TAJUK: METAMORPHOSIS

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Ngeri

PELAKUN UTAMA: Bae Sung-Woo, Sung Dong-Il, Jang Young-Nam, Kim Hye-Jun

PENGARAH: Kim Hong-Sun

SINOPSIS: Sepasang suami isteri serta tiga anak mereka mengalami ketakutan apabila kejadian aneh sering berlaku di rumah baru mereka. Suasana menjadi lebih teruk apabila satu roh jahat menyamar sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Anak sulung keluarga itu kemudian meminta bantuan bapa saudara mereka yang merupakan seorang paderi Katolik.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 53 Minit

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

PLAYMOBIL

TAJUK: PLAYMOBIL

BAHASA: INGGERIS

EDARAN: TGV PICTURES / SQUARE BOX PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Animasi

PELAKUN UTAMA: Anya Taylor-Joy, Gabriel Bateman, Daniel Radcliffe, Jim Gaffigan, Meghan Trainor, Adam Lambert

PENGARAH: Lino DiSalvo

SINOPSIS: Diinspirasikan dari permainan kanak-kanak dengan nama yang sama, ia berkisarkan tentang pengembaraan dua beradik Charlie dan Marla dalam dunia animasi Playmobil. Ia bermula apabila Charlie secara tiba-tiba hilang ke dalam dunia Playmobil dan Marla perlu pergi menyelamatkannya. Di sana dia berdepan penjahat, Emperor Maximus. Selain daripadanya, Marla juga bertemu dengan pemandu trak Del, ejen rahsia Rex Dasher, robot dan ramai lagi sepanjang pengembaraannya.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Friday, September 6, 2019

IKUT AKU KE NERAKA

TAJUK: IKUT AKU KE NERAKA

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Clara Bernadeth, Rendy Kjaernett, Cut Mini Theo, Sara Wijayanto, Rini Mentari, Teuku Rifnu Wikana

PENGARAH: Azhar Kinoi Lubis

SINOPSIS: Seorang ibu berjuang untuk menyelamatkan anak dan keluarganya dari sesuatu yang menakutkan yang cuba membawanya ke neraka.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 26 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, September 3, 2019

ONE PIECE STAMPEDE

TAJUK: ONE PIECE STAMPEDE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Anime

PELAKUN UTAMA: Mayumi Tanaka, Kazuya Nakai, Akemi Nakamura, Kappei Yamaguchi, Hiroaki Hirata, Ikue Ohtani

PENGARAH: Takashi Otsuka

SINOPSIS: Lanun-lanun dari serata dunia berkumpul di Ekspo Lanun untuk menyertai pencarian harta karun yang dibuat secara besar-besaran. Misi mereka adalah untuk mencari harta peninggalan milik Gol D. Roger.

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur

DURASI: 1 Jam 41 Minit

TAYANG: 19 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DENDAM PONTIANAK

TAJUK: DENDAM PONTIANAK

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: PRIMEWORKS STUDIO

GENRE: Seram / Romantik

PELAKUN UTAMA: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadiah M. Din, Nadia Aqilah

PENGARAH: Glen Goei, Gavin Yap

SINOPSIS: Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu Pontianak tersebut.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 12 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, September 2, 2019

WEATHERING WITH YOU

TAJUK: WEATHERING WITH YOU

BAHASA: JEPUN


EDARAN: TGV PICTURES


GENREAnime / Fantasi / Romantik


PELAKUN UTAMAKotaro Daigo, Nana Mori, Yuki Kaji, Shun Oguri, Tsubasa Honda, Chieko Baisho


PENGARAHMakoto Shinkai


SINOPSISHodaka Morishima yang tinggal di sebuah pulau terbiar berpindah ke Tokyo dan menganggur. Selepas hidup terasing akhirnya nasib menyebelahinya apabila dia diterima bekerja sebagai penulis majalah. Cuaca mula hujan setiap hari selepas Hokada mula bekerja. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang gadis bernama Hina Amano, yang kekal ceria biarpun hanya tinggal berdua bersama adiknya. Dia kemudian mendapat tahu bahawa Hina mempunyai kuasa luar biasa dan mampu mengawal cuaca.


KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.


DURASI: 1 Jam 50 Minit


TAYANG: 5 September 2019


PANGGUNG: The Mall Cineplex


TRAILER:


WARNING: DO NOT PLAY

TAJUK: WARNING: DO NOT PLAY

BAHASA: KOREA

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA: Seo Yea-Ji, Jin Seon-Kyu

PENGARAH: Kim Jin-Won

SINOPSIS: Mi-Jung, seorang pengarah baru yang meminati genre seram, merancang untuk membikin sebuah filem seram. Suatu hari, dia mendapat tahu daripada rakannya, Jun-Seo, mengenai sebuah filem yang dikatakan dirakam oleh hantu. Atas sifat ingin tahu yang tinggi, dia mula menyiasat mengenai filem itu hingga membawanya bertemu dengan pengarah sebenar filem itu, Jae-Hyun. Namun, dia mula diganggu kejadian-kejadian aneh akibat tidak mempedulikan amaran Jae-Hyun yang menyuruhnya melupakan tentang filem itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 5 September 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: