Wednesday, June 21, 2017

CAN WE STILL BE FRIENDS?

TAJUK : CAN WE STILL BE FRIENDS?

BAHASA : TAGALOG (PHILIPPINES)

EDARAN : STAR CINEMA PRODUCTION

GENRE : Romantik

PELAKUN UTAMA : Gerald Anderson, Arci Muñoz, Bryan Santos

PENGARAH :  Prime Cruz

SINOPSIS :  Mengisahkan Digs (Gerald Anderson), seorang yang sederhana dan jarang mengeluh dan Sam (Arci Munoz) seorang yang idealistik dan bercita-cita tinggi adalah pasangan kekasih yang akhirnya menjadi bekas kekasih.  Hubungan mereka berakhir setelah lapan tahun bersama dan berhasrat untuk berpisah dengan cara yang terbaik dan tidak menyakiti satu sama lain. Merekapun berusaha untuk menghadapi kehidupan masing-masing walaubagaimanapun mereka saling memerhatikan sebagai "sahabat" dan akhirnya berlomba siapakah yang akan mendapatkan pasangan baru walaupun pada kenyataannya salah satunya masih mempunyai perasaan cinta.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 53 Minit

TAYANG : 29 Jun 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, June 20, 2017

DORAEMON MOVIE: NOBITA'S ADVENTURE IN THE ANTARCTIC KACHI KOCHI

TAJUK : DORAEMON MOVIE: NOBITA'S ADVENTURE IN THE ANTARCTIC KACHI KOCHI

BAHASA : JEPUN

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Anime

PELAKUN UTAMA : Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Yumi Kakazu, Tomokazu Seki, Subaru Kimura, Chiaki

PENGARAH :  Atsushi Takahashi

SINOPSIS : Ketika musim panas, Nobita dan rakan-rakannya tidak tahan dengan bahang, jadi Doraemon telah membawa mereka ke sebuah bongkah ais terapung di Pasifik Selatan. Di sana, mereka membina taman hiburan dan berseronok, tetapi mereka kemudian menemui sebentuk cincin emas misteri dalam ais tersebut. Mereka mendapati bahawa cincin tersebut telah ditanam di Antartika 100,000 tahun dulu - ketika manusia tidak boleh hidup di sana. Mereka pergi ke Antartika untuk mencari pemilik cincin tersebut dan telah terjumpa bandar yang hancur tertimbus di dalam ais. Dengan menggunakan peralatan Doraemon, Time Belt, mereka mengembara ke masa lampau untuk bertemu dengan seorang gadis bernama Kara yang mempunyai kaitan dengan cincin misteri itu. Bagaimanapun, mereka berdepan masalah besar sebagaimana Bumi mungkin akan bertukar menjadi beku buat selama-lamanya.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 40 Minit

TAYANG : 29 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, June 19, 2017

VAMPS

TAJUK : VAMPS

BAHASA : INGGERIS (RUSIA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Fantasi / Seram

PELAKUN UTAMA : Mikhail Porechenkov, Konstantin Kryukov, Aglaya Shilovskaya, Roman Madyanov

PENGARAH :  Sergey Ginzburg

SINOPSIS : Berlatarkan abad ke-18 di Rusia, Maharani Elizabeth telah membuang sami bernama Lavr yang mempunyai pengetahuan rahsia purba ke kuil berhantu di kawasan pergunungan. Beberapa tahun kemudian, maharani itu telah menghantar Andrey untuk membawa pulang paderi itu . Andrey mengembara ke tempat tersebut dan bertemu dengan Lavr, tetapi sebelum mereka dapat pulang ke St. Petersburg, mereka perlu berdepan dengan kuasa dan makhluk jahat.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 25 Min

TAYANG : 29 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, June 16, 2017

TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT

TAJUK : TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Santiago Cabrera, Anthony Hopkins

PENGARAH :  Michael Bay

SINOPSIS : Optimus Prime telah pulang ke planetnya, Cybertron, yang kini merupakan planet mati. Dia mendapati dirinya merupakan orang yang bertanggungjawab memusnahkan planetnya. Di bumi, manusia dan transformer pula sedang berperang. Kunci untuk menyelamatkan masa depan terletak pada masa lampau. Cade Yeager dan Bumblebee telah bersekutu dengan seorang pemerintah British dan seorang profesor dari Oxford untuk mencari jawapan yang mampu menyelamatkan bumi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 29 Minit

TAYANG : 22 Jun 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, June 13, 2017

ONCE UPON A TIME IN VENICE

TAJUK : ONCE UPON A TIME IN VENICE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Bruce Willis, Jason Momoa, John Goodman, Thomas Middleditch, Famke Janssen

PENGARAH :  Mark Cullen, Robb Cullen

SINOPSIS : Filem komedi arahan Mark dan Robb Cullen ini mengisahkan tentang seorang detektif persendirian berpengkalan di Los Angeles cuba mendapatkan semula anjingnya yang dicuri oleh sebuah geng. Ketua geng tersebut kemudian memaksanya bekerja untuk geng tersebut jika dia mahu mendapatkan semula anjingnya.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 1 Jam 35 Minit

TAYANG : 15 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, June 9, 2017

DESPICABLE ME 3

TAJUK : DESPICABLE ME 3

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Animasi

PELAKUN UTAMA : Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand

PENGARAH :  Pierre Coffin, Kyle Balda

SINOPSIS : Gru bertemu dengan penjahat baru iaitu Balthazar Bratt, bekas bintang kecil pada tahun 80an yang kini merancang untuk menakluk dunia. Tetapi bukan itu sahaja masalah Gru, kembarnya yang tidak diketahuinya, Dru, yang merupakan seorang yang lebih kacak, gembira dan berjaya, tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Dru merancang untuk mengajak Gru menyertai rancangannya untuk mencuri berlian yang dicuri oleh Bratt.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 35 Minit

TAYANG : 15 Jun 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, June 7, 2017

COMRADE IN AMERICA

TAJUK : COMRADE IN AMERICA

BAHASA : MALAYALAM

EDARAN : A & A RELEASE

GENRE : Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Dulquer, Chandini Sreedharan, arthika Muralidharan, Soubin Shahir

PENGARAH : Amal Neerad

SINOPSIS : Aji Mathew, seorang anak muda yang berani dan sederhana yang berasal dari Pala. Dia bertemu yang  dengan  seorang gadis ketika berada di kolej bernama Sara, mereka saling jatuh cinta sehingga dewasa. Detik-detik mereka bercinta menghadapi bermacam rintangan, adakah mereka akan mengecapi kebahagiaan?

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 14 Minit

TAYANG : 8 Jun 2017

PANGGUNG : PSB Cineplex, Seria

TRAILER :

Tuesday, June 6, 2017

GREMLIN

TAJUK : GREMLIN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARANRAINFILM SDN BHD

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA :Adam Hampton, Katie Burgess, Caleb Milby, Rachael Messer

PENGARAH : Ryan Bellgardt

SINOPSIS : Dua tahun sudah berlalu sejak pembunuhan anak lelakinya yang berusia 10 tahun. Satu hari, Adam Thatcher menerima kotak misteri daripada saudaranya. Kotak itu mempunyai sesuatu yang berbahaya di dalamnya. Makhluk di dalam kotak itu akan membunuh setiap orang yang disayanginya seorang demi seorang, melainkan dia memberinya kepada seseorang yang disayanginya dan memberi sumpahan itu kepada mereka

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 20 Minit

TAYANG : 8 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, June 5, 2017

SIAM SQUARE

TAJUK : SIAM SQUARE

BAHASA : THAILAND

EDARAN RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA :Purim Rattanaruangwattana, Nutthasit Kotimanuswanich, Thanabordee Jaiyen, Ploy Sornarin, Eisaya Hosuwan, Thanyawee Chunhasawasdikul, Atikhun Adulpocatorn, Morakot Liu

PENGARAH : Pairach Khumwan

SINOPSIS : Ketika waktu siang, Siam Square sangat popular di kalangan pelajar tetapi pada waktu malam, ia bertukar menjadi kawasan menyeramkan. Para pelajar percaya yang mereka perlu memuja roh jahat untuk lulus dalam Peperiksaan Kemasukan Kebangsaan. Peluang untuk lulus peperiksaan itu kononnya meningkat dengan mengikat tali berwarna merah di sebuah kerusi. Apabila sekumpulan pelajar yang tidak percaya dengan kepercayaan tahyul itu menjumpai kerusi tersebut dan mencuba ritual itu, salah seorang mereka mula dihantui dan mati. Pada masa sama, khabar angin mengatakan roh jahat gadis yang hilang sejak tiga dekad lalu kembali berkeliaran di jalanan pada lewat malam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 52 Minit

TAYANG : 8 Jun 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, June 4, 2017

THE MUMMY

TAJUK : THE MUMMY

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITD INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA :Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe

PENGARAH : Alex Kurtzman

SINOPSIS : 2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 50 Minit

TAYANG : 8 Jun 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :