Friday, March 13, 2020

KAMEN RIDER: REIWA THE FIRST GENERATION

TAJUK: KAMEN RIDER: REIWA THE FIRST GENERATION

BAHASA: JEPUN

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE:  Aksi

PELAKUN UTAMA: Fumiya Takahashi, So Okuno, Ryutaro Okata, Noa Tsurushima, Hiroe Igeta, Gaku Oshida

PENGARAH: Teruaki Sugihara

SINOPSIS: Filem ini adalah filem ke-11 daripada siri filem "Movie War", iaitu gabungan antara "Kamen Rider Zero-One" dan "Kamen Rider Zi-O". Kemalangan Daybreak Town telah mengubah dunia dan kepintaran buatan (AI) pada 12 tahun lalu. Sougo Tokiwa membuat keputusan untuk berhenti menjadi adiwira Kamen Rider Zi-O demi menjalani kehidupan biasa. Walaubagaimanapun, niatnya terganggu apabila seorang Time Jacker mengubah sejarah semula, memaksa Sougo untuk kembali sebagai adiwira itu. Dia kemudiannya bertemu Aruto Hiden, iaitu Kamen Rider Zero-One yang datang dari dunia yang dia cuba selamatkan. Kini kedua-dua mereka tidak mempunyai pilihan lain selain bersatu untuk bersama-sama menyelamatkan dunia itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 38 Min

TAYANG: 14 Mac 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, March 10, 2020

PEE NAK 2

TAJUK: PEE NAK 2

BAHASA: THAILAND

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE:  Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA: Vachiravit Paisarnkulwong, Bhuripat Vejvongsatechavat, Witthawat Rattanaboonbaramee, Atiwat Saengtien, Khunnapat Pichetworawut, Phiravich Attachitsataporn

PENGARAH: Phontharis Chotkijsadarsopon

SINOPSIS: Kuil Thamma Nakanimitr kembali aman selepas Sami Nong, Sami First dan Sami Balloon menunaikan janji mereka dan menewaskan hantu Nak Nont. Walaubagaimanapun, Balloon dan First meninggalkan dunia sami secara rahsia untuk hidup normal, meninggalkan Nong di kuil itu bersama Novice Nott dan Odd. Namun pemergian mereka tidak lama, mereka kembali ke kuil itu untuk mencari perlindungan dari hantu yang mula mengganggu mereka. Apabila situasi menjadi semakin rumit, memandangkan mereka tidak boleh meninggalkan kuil yang terkena sumpahan itu tanpa berdepan bahaya, mereka bertemu Toh, seorang penyanyi Korea-Thai yang datang ke kuil itu untuk ditahbiskan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 12 Mac 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

JODOH SYAITAN

TAJUK: JODOH SYAITAN

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA:  Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi

PENGARAH: Ismail Bob Hasim

SINOPSIS: Akibat sering gagal dalam hubungan percintaan, Megat membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Di sana, ibunya ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. Pada masa yang sama, dua rakannya iaitu Awang dan Kulup sedang mencari mayat untuk dipaku. Mereka telah diarahkan oleh Tok Chai, dengan harapan mayat itu akan hidup semula untuk dijadikan isterinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 23 Min

TAYANG: 5 Mac 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, March 6, 2020

BULAN & PRIA TERHEBAT

TAJUK: BULAN & PRIA TERHEBAT

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA/INDONESIA)

EDARAN: SKOP PRODUCTION / ASTRO SHAW

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Zizan Razak, Zahirah MacWilson, Khir Rahman, Bell Ngasri, Maya Karin

PENGARAH: Frasco Mortiz

SINOPSIS: Setelah Melati diculik sindiket perdagangan manusia yang diketuai oleh Ricky, Bulan, seorang pelatih pasukan khas dari Indonesia, nekad untuk mencari semula adiknya di Malaysia. Dia kemudiannya bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing. Selepas mendapat tahu tentang masalah Bulan, Haris menawarkan diri untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka kini berdepan bahaya apabila Ricky dan pembantunya Agus telah menghantar pembunuh upahan bernama Tony untuk memburu dan membunuh mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 53 Min

TAYANG: 12 Mac 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BLOODSHOT

TAJUK: BLOODSHOT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE:  Aksi / Drama / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce

PENGARAH: Dave Wilson

SINOPSIS: Seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa selepas dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas dia dan isterinya dibunuh. Dengan teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot, yang mampu pulih secepat mungkin. Dia tidak dapat ingat masa lampau pada mulanya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri dari fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya dan isterinya. Bagaimanapun, dia mendapati sesuatu tentang konspirasi ini.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 49 Min

TAYANG: 12 Mac 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

TROLLS WORLD TOUR

TAJUK: TROLLS WORLD TOUR

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Animasi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA: Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton, Mary J. Blige

PENGARAH: Walt Dohrn

SINOPSIS: Sambungan filem "Trolls" ini berkisarkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia Trolls yang baharu. Setiap satu daripadanya mempunyai genre muzik yang berbeza. Namun satu ancaman misteri menyebabkan Poppy, Branch dan rakan-rakan mereka perlu menjelajah ke tempat baharu demi menyatukan semua Trolls untuk menentang ancaman tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Min

TAYANG: 12 Mac 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, March 2, 2020

THE HEIRESS

TAJUK: THE HEIRESS

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Janella Salvador, Maricel Soriano, Sunshine Cruz

PENGARAH: Frasco Mortiz

SINOPSIS: Luna adalah seorang ahli sihir yang akan menghentikan apa sahaja untuk menjaga dirinya sendiri dan anak saudaranya, Guia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Min

TAYANG: 05 Mac 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

KONOSUBA! GOD'S BLESSING ON THIS WONDERFUL WORLD - LEGEND OF CRIMSOM

TAJUK: KONOSUBA! GOD'S BLESSING ON THIS WONDERFUL WORLD - LEGEND OF CRIMSOM

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Anime

PELAKUN UTAMA: Jun Fukuyama, Sora Amamiya, Ai Kayano, Akeno Watanabe, Aki Toyosaki, Hiroki Takahashi

PENGARAH: Takaomi Kanasaki

SINOPSIS: Berdasarkan novel bersiri Natsume Akatsuki, "KonoSuba: God`s Blessing on this Wonderful World!". Ia menceritakan tentang Kazuma, seorang budak pendiam dan suka bermain permainan video yang mati dilanggar trak dan telah dihidupkan semula di alam lain, iaitu di sebuah dunia fantasi di mana wujudnya ahli sihir dan dewi-dewi. Dia menubuhkan sebuah kumpulan bersama seorang dewi yang nakal, Aqua; seorang ahli sihir yang gemarkan letupan, Megumin; dan seorang tentera Salib, Darkness. Apabila Megumin dan Yunyun meminta bantuan untuk menyelamatkan Kampung Crimson, iaitu kampung halaman mereka, Kazuma dan kumpulannya bersetuju untuk memberikan bantuan, tanpa menyedari mereka bakal berdepan dengan ancaman terbesar mereka.

KATEGORI: ""PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Min

TAYANG: 05 Mac 2020

PANGGUNG: TheMall Cineplex

TRAILER: