Friday, December 20, 2019

QUEEN OF SPADES: THE LOOKING GLASS

TAJUK: QUEEN OF SPADES: THE LOOKING GLASS

BAHASA: INGGERIS (RUSIA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Angelina Strechina, Daniil Muravyev-Izotov, Vladislav Konoplyov, Claudia Boczar

PENGARAH: Aleksandr Domogarov Jr.

SINOPSIS: Para pelajar di sebuah sekolah berasrama, yang dulunya sebuah rumah agam terbiar, bercerita tentang kisah seram mengenai kanak-kanak yang dibunuh dalam rumah tersebut pada kurun ke-19 oleh pemilik lama, Countess Balinskaya. Suatu hari, ketika menerokai bangunan lama sekolah itu, para pelajar tersebut menjumpai sebuah cermin yang mempunyai lukisan misteri di atasnya. Dengan niat untuk bergurau, mereka berdiri di hadapannya dan membaca sebuah mantera, memanggil roh Queen of Spades untuk menunaikan hajat mereka. Tanpa mereka ketahui, nyawa mereka akan diambil sebagai ganti kepada setiap hajat mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 26 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE CAVE

TAJUK: THE CAVE

BAHASA: INGGERIS / THAILAND

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA: Ekawat Niratvorapanya

PENGARAH: Tom Waller

SINOPSIS: Sebuah filem berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 23 Jun 2018 di Thailand. Ia mengisahkan tentang kumpulan bola sepak Wild Boar, yang terdiri daripada 12 orang kanak-kanak berusia 11 hingga 16 tahun, yang terperangkap bersama penolong jurulatih mereka di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai. Operasi pencarian dan menyelamatkan mereka menjadi sukar akibat kenaikan paras air di dalam gua itu berikutan hujan lebat.

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Umur.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 26 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 17, 2019

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

TAJUK: STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson

PENGARAH: J. J. Abrams

SINOPSIS: Filem terakhir dari trilogi "Star Wars" ini bermula dengan filem pada tahun 2014 "Star Wars: The Force Awakens", diikuti oleh filem "Star Wars: The Last Jedi" pada tahun 2017.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 22 Minit

TAYANG: 19 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, December 16, 2019

BUSUT BONANG

TAJUK: BUSUT BONANG

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri

PENGARAH: Khalid Nadzri

SINOPSIS: Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk mencari pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. Pemilik rancangan televisyen "Merungkai Misteri" iaitu Joey dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut, menyebabkan mereka sesat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 19 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

IP MAN 4: THE FINALE

TAJUK: IP MAN 4: THE FINALE

BAHASA: KANTONIS (HK / CHINA)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Aksi / Seni Mempertahankan Diri

PELAKUN UTAMA:  Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-kwan

PENGARAH: Wilson Yip

SINOPSIS: Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 20 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 15, 2019

RATU ILMU HITAM

TAJUK: RATU ILMU HITAM

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Hannah Al Rashid, Ario Bayu, Imelda Therinne, Miller Khan, Tanta Ginting

PENGARAH: Kimo Stamboel

SINOPSIS: Hanif membawa isterinya Nadya dan anak-anak mereka ke rumah anak yatim jauh di pedalaman, di mana dia dibesarkan dahulu untuk melawat Pak Bandi, pengasuh di rumah itu. Dua rakannya, Anton dan Jefri, turut datang bersama isteri-isteri mereka. Namun, mereka mula diganggu kejadian-kejadian aneh ketika bermalam di rumah itu. Lebih menakutkan, anak-anak mereka turut melihat kelibat seorang wanita. Seorang demi seorang daripada mereka mula hilang atau mati. Semuanya angkara Ratu Ilmu Hitam, yang berdendam dan lahir daripada dosa-dosa anak-anak yatim yang tinggal di rumah itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 02 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, December 8, 2019

THE SACRED RIANA: BEGINNING

TAJUK: THE SACRED RIANA: BEGINNING

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: The Sacred Riana, Aura Kasih, Agatha Chelsea, Prabu Revolusi

PENGARAH: Billy Christian

SINOPSIS: Sejak kecil, Riana tinggal bersama kedua ibu bapanya, yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh. Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 51 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

BLACK CHRISTMAS

TAJUK: BLACK CHRISTMAS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Imogen Poots, Aleyse Shannon, Brittany O'Grady

PENGARAH: Sophia Takal

SINOPSIS: Filem ini adalah `remake` kepada filem arahan Bob Clark tahun 1974 yang sama judul. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas. Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 32 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, December 3, 2019

21 BRIDGES

TAJUK: 21 BRIDGES

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Jenayah / Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Chadwick Boseman, J.K. Simmons, Sienna Miller, Taylor Kitsch, Channing Tatum

PENGARAH: Brian Kirk

SINOPSIS: Seorang anggota NYPD berpeluang untuk membuktikan dirinya dengan menyertai misi memburu seorang pembunuh polis.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 02 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

UNBREAKABLE

TAJUK: UNBREAKABLE

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS CBN

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA:  Angelica Panganiban, Richard Gutierrez, Bea Alonzo

PENGARAH: Mae Czarina Cruz

SINOPSIS: Kesakitan menemukan mereka bersama. Akankah cinta memecah-belahkan mereka?

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 59 Minit

TAYANG: 12 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, December 2, 2019

GARANG

TAJUK: GARANG

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: SKOP PRODUCTION

GENRE: Aksi / Sukan

PELAKUN UTAMA: Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Emma Maembong

PENGARAH: T. Kanageswaran

SINOPSIS: Izam merupakan seorang atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Konflik timbul antara dua rakannya, Jasmin dan Reza, yang juga merupakan golongan kurang upaya handal berkerusi roda, apabila Izam ditimpa kemalangan. Perkara itu menyebabkan Jasmin terpaksa meminta bantuan daripada tiga rakan lamanya untuk merungkai konflik tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 05 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, November 26, 2019

TOKYO GHOUL S

TAJUK: TOKYO GHOUL S

BAHASA: JEPUN

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Seram / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Masataka Kubota, Maika Yamamoto, Shota Matsuda, Nobuyuki Suzuki, Kai Ogasawara

PENGARAH: Takuya Kawasaki

SINOPSIS: Ken Kaneki, pelajar kolej yang separuh hantu dan separuh manusia, berlindung di Anteiku Cafe selepas Margaret, seorang model, telah dibunuh oleh hantu jahat Shuu Tsukiyama. Dia mula rapat dengan dengan hantu-hantu yang lain dan berlatih kuasanya secara rahsia demi melindungi kediaman barunya daripada pasukan anti-hantu. Latihannya diuji apabila Shuu muncul di kafe itu untuk mencari separuh hantu untuk dimakan.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 28 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

JUMANJI: THE NEXT LEVEL

TAJUK: JUMANJI: THE NEXT LEVEL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Komedi

PELAKUN UTAMA: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito

PENGARAH: Jake Kasdan

SINOPSIS: Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya. Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 3 Minit

TAYANG: 05 Disember 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, November 25, 2019

KEMBALINYA ANAK IBLIS

TAJUK: KEMBALINYA ANAK IBLIS

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Ahmad Al Ghazali, Mikha Tambayong, Valerie Thomas

PENGARAH: Rudy Soedjarwo

SINOPSIS: Resort Pulau Ayunan menyimpan satu sejarah silam mengerikan di mana berlakunya pembunuhan kejam pekerja-pekerja resort dan sebuah keluarga. Rama, Garin, Quincy dan Celsi terselamat dari serangan roh yang menghantui resort itu, namun jasad Hana dan Fira masih belum ditemui. Rama, yang mana kekasihnya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa, bercadang untuk kembali ke pulau itu untuk mencari jasad-jasad tersebut. Namun begitu, dia terpaksa berdepan beberapa halangan sepanjang perjalanannya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 28 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

EJEN ALI THE MOVIE

TAJUK: EJEN ALI THE MOVIE

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: PRIMEWORKS STUDIO

GENRE: Animasi

PELAKUN UTAMA:  Ida Rahayu, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Shafiq Isa, Fadhli Shafian

PENGARAH: Usamah Zaid

SINOPSIS: Ejen Ali yang berusia 12 tahun tampil dengan peranannya sebagai seorang perisik selepas diambil bekerja oleh agensi rahsia MATA secara tidak sengaja. MATA telah membaikpulih alat ciptaannya Atlas untuk menaik taraf IRIS menjadi IRIS NEO di luar pengetahuannya. Apabila alat ciptaan baru itu mula diuji sebagai peranti asas bagi semua ejen MATA, Ali mula mempersoalkan kedudukannya dalam agensi tersebut. Walau bagaimanapun, dia mempertaruhkan kesetiaannya kepada MATA apabila terlibat dengan misi untuk merungkai beberapa rantaian misteri, selepas dia didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa mengetahui tentang masa silamnya..

KATEGORI: "U" - Sesuai Untuk Tontonan Semua Peringkat Usia.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 28 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, November 20, 2019

KNIVES OUT

TAJUK: KNIVES OUT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Jenayah / Drama / Misteri

PELAKUN UTAMA: Daniel Craig, Chris Evans, Lakeith Stanfield, Michael Shannon, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Don Johnson

PENGARAH: Rian Johnson

SINOPSIS: Detektif Benoit Blanc dan pihak polis ditugaskan untuk menyiasat kematian misteri seorang penulis novel jenayah terkenal, Harlan Thrombey, yang ditemui mati di rumah agamnya di kawasan terpencil sehari selepas majlis hari jadinya yang ke-85. Pihak polis perlu menyoal siasat setiap ahli keluarga bermasalah Harlan, yang dijemputnya ke majlis itu dengan harapan untuk menyatukan mereka semua. Memandangkan kesemua mereka adalah suspek, detektif itu terpaksa berdepan pelbagai tipu helah demi membongkar kebenaran.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 28 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

LAST CHRISTMAS

TAJUK: LAST CHRISTMAS

BAHASA: INGGERIS (UK / USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Emilia Clarke, Henry Golding, Emma Thompson, Michelle Yeoh

PENGARAH: Paul Feig

SINOPSIS: Kate bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 43 Minit

TAYANG: 28 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, November 19, 2019

FROZEN 2

TAJUK: FROZEN 2

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA: dina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad

PENGARAH: Jennifer Lee, Chris Buck

SINOPSIS: Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 21 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, November 18, 2019

MISI OPERASI X

TAJUK: MISI OPERASI X

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Aksi / Drama / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Ebi Kornelis, Tya Arifin, Shareeta Selvaraj, Wan Adi Rafuan Datuk Rashid

PENGARAH: Zulkifli M. Osman

SINOPSIS: M.O.X adalah sebuah badan perisikan yang diketuai oleh `M` manakala KFR13 pula adalah sebuah organisasi diketuai oleh Komander Moshie. KFR13 menjalankan aktiviti haram dan berkait dengan pertubuhan pengganas antarabangsa berpangkalan di Alaska, yang sering melakukan ancaman kepada kestabilan dunia menggunakan peralatan senjata pemusnah yang canggih. Ancaman KFR13 turut menyebabkan ejen-ejen rahsia M.O.X telah terkorban atau hilang tanpa dikesan. Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro menyelamatkan seorang pelajar Malaysia bernama Martias yang berjaya menggodam rancangan dan formula senjata KFR13. Semenjak itu, KFR13 mengekori Don Pedro ke mana sahaja dia pergi, termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska, untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 21 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

WIRA

TAJUK: WIRA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: ASTRO SHAW / GSC MOVIES

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Yayan Ruhian

PENGARAH: Adrian Teh

SINOPSIS: Hassan telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara. Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 21 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, November 13, 2019

CODE 8

TAJUK: CODE 8

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Robbie Amell, Stephen Amell, Sung Kang, Alex Mallari Jr

PENGARAH: Jeff Chan

SINOPSIS: Berlatarbelakangkan sebuah dunia di mana empat peratus daripada populasi dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Namun, golongan itu berdepan diskriminasi dan hidup dalam kemiskinan, yang membawa kepada perbuatan jenayah. Demi membiayai kos perubatan ibunya yang sakit, Connor Reed yang mempunyai kuasa istimewa, bekerja sebagai seorang buruh sehinggalah dia terjebak dengan dunia jenayah yang menguntungkan. Dia telah dipengaruhi oleh Garret, orang bawahan kepada Marcus Sutcliffe, iaitu raja dadah yang memerintah Bandar Lincoln. Dalam pada dia cuba mempertingkatkan kuasanya untuk melakukan aktiviti jenayah, dia telah menjadi buruan pihak polis yang diketuai oleh Ejen Park dan Ejen Davis.

KATEGORI: 18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 38 Minit

TAYANG: 14 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

FORD VS FERRARI

TAJUK: FORD VS FERRARI

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Biografi / Drama

PELAKUN UTAMA: Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitriona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas

PENGARAH: James Mangold

SINOPSIS: Demi menandingi kereta lumba Enzo Ferrari di 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966, pereka kereta Amerika Carroll Shelby dan pelumba kereta Ken Miles bekerjasama untuk membina sebuah kenderaan revolusi bagi syarikat Ford Motor Co. Mereka perlu mengatasi undang-undang fizik, masalah peribadi masing-masing serta penglibatan korporat bagi membina kereta lumba tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 33 Minit

TAYANG: 14 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, November 11, 2019

KL VAMPIRES

TAJUK: KL VAMPIRES

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Aksi / Seram

PELAKUN UTAMA:  Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul

PENGARAH: Daven R

SINOPSIS: Dua kumpulan pontianak, yang mana kedua-duanya berketurunan Raja Bersiong, tidak lagi menghisap darah manusia. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari, dibantu oleh ketua komander Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai oleh Argus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya, yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong menggunakan sihir yang menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 14 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

LAMPOR KERANDA TERBANG

TAJUK: LAMPOR KERANDA TERBANG

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Adinia Wirasti, Dion Wiyoko, Nova Eliza

PENGARAH: Guntur Soeharjanto

SINOPSIS: Kepulangan Edwin dan Netta bersama anak-anak mereka, Agam dan Sekar, tidak disambut baik oleh penduduk kampung halaman Netta di Temanggung, Jawa Tengah. Malah, penduduk kampung turut berasa curiga dan menuduh kepulangan Netta telah membangkitkan Lampor, roh jahat yang membawa keranda terbang, untuk menyerang kampung itu. Dalam pada Edwin cuba mempertahankan isterinya serta nyawa anak-anak mereka yang terancam, dia mula mengesyaki Netta menyimpan rahsia besar.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Minit

TAYANG: 14 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, November 6, 2019

MIDWAY

TAJUK: MIDWAY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Sejarah

PELAKUN UTAMA: Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy Moore, Dennis Quaid, Darren Criss, Woody Harrelson

PENGARAH: Roland Emmerich

SINOPSIS: Sebuah filem aksi arahan Roland Emmerich berkisarkan tentang Pertarungan Midway, yang diceritakan oleh para pemimpin dan pelayar yang bertarung di Teater Pasifik Perang Dunia Kedua.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 18 Minit

TAYANG: 07 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, November 5, 2019

GUILT BY DESIGN

TAJUK: GUILT BY DESIGN

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Nick Cheung, Zhang Han, Paul Chun, Elaine Jin

PENGARAH: Lai Siu Kwan, Sze Pak Lam, Liu Yongtai

SINOPSIS: Seorang ahli juri kes berprofil tinggi mendapat tahu anak perempuannya telah diculik. Dia kini berdepan dilema, dia ingin menyelamatkan anaknya tetapi untuk berbuat demikian, dia perlu mengikut kehendak penculik dan menggunakan kemahiran istimewanya untuk mempengaruhi kes itu serta menetapkan keputusannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 34 Minit

TAYANG: 07 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, November 4, 2019

KHUN PHAEN BEGINS

TAJUK: KHUN PHAEN BEGINS

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Komedi

PELAKUN UTAMA: Mario Maurer, Supakorn Kitsuwon, Jade-Angelica Fromento

PENGARAH: Kongkiat Khomsiri

SINOPSIS: Selepas mendapat tahu seorang penjahat cuba menguasai bandar itu, seorang pemuda berlatih sedaya upaya sehingga dia bersedia untuk berlawan. Sebelumnya dia sering membuang masa mencari keseronokan dan masalah, sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengembara dari Suphan ke Ayutthaya Kingdom dengan harapan menyertai tentera untuk berperang. Pada masa yang sama, dia juga cuba untuk memenangi hati gadis idamannya, yang kini sudah bertunang dengan seorang anggota tentera.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 18 Minit

TAYANG: 07 November 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, November 1, 2019

DOCTOR SLEEP

TAJUK: DOCTOR SLEEP

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Ewan McGregor, Rebecca Ferguson, Kyliegh Curran, Carl Lumbly

PENGARAH: Mike Flanagan

SINOPSIS: Filem ini adalah adaptasi dari novel Stephen King pada tahun 2013 dengan judul sama, yang merupakan sekuel kepada novel "The Shining" pada 1977 yang juga diadaptasi ke layar perak pada 1980. Kali ini ia memberi fokus kepada anak Jack Torrance, Dan, yang kini sudah besar tetapi masih trauma dengan kejadian yang berlaku di Overlook Hotel. Dan bergelut dengan kuasa psikiknya, yang dia gelar sebagai `the shining`. Dia menemui tujuan baru dalam hidup selepas bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai kuasa sepertinya.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 2 Jam 34 Minit

TAYANG: 07 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 29, 2019

ISA PA, WITH FEELINGS

TAJUK: ISA PA, WITH FEELINGS

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Romantik, Komedi

PELAKUN UTAMA: Maine Mendoza, Carlo Aquino, Cris Villanueva |

PENGARAH: Prime Cruz

SINOPSIS: Ia adalah filem komedi romantis Filipina yang diarahkan oleh Prime Cruz. Bintang Maine Mendoza sebagai arkitek muda yang bercita-cita, Mara Navarro. Carlo Aquino memimpin sebagai Gali Pastrano, jirannya yang tulen dan guru bahasa isyarat. Kedua-duanya membina persahabatan yang menimbulkan perasaan romantis antara satu sama lain. Tetapi, bagaimana mereka menyelesaikan perbezaan mereka apabila mereka tidak dapat berkomunikasi?

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 42 Minit

TAYANG: 31 Oktober 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: