Tuesday, January 30, 2018

MAKRIFAT CINTA

TAJUK: MAKRIFAT CINTA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: TSR  FILMS

GENRE:  Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Syamsul Yusof, Nora Danish, Nabila Huda, Dato' Adi Putra, Datuk Aznil Haji Nawawi, Puteri Balqis, Sabrina Ali

PENGARAH: Kamal G

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 02 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BRAVEN

TAJUK: BRAVEN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  Jason Momoa, Garret Dillahunt, Stephen Lang, Zahn McClarnon

PENGARAH: Lin Oeding

SINOPSIS: Dibintangi oleh Jason Momoa sebagai peneraju, ia mengisahkan tentang seorang pembalak yang tinggal di kawasan pergunungan. Dia perlu mempertahankan keluarganya apabila sekumpulan pengedar dadah menggangu mereka.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 33 Minit

TAYANG: 02 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 29, 2018

MARROWBONE

TAJUK: MARROWBONE

BAHASA: INGGERIS (SPAIN)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Drama / Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA:  George MacKay, Anya Taylor-Joy, Mia Goth, Charlie Heaton

PENGARAH: Sergio G. Sánchez

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang pemuda dan empat adik beradiknya yang menyembunyikan rahsia kematian ibu mereka kerana mahu kekal bersama. Namun mereka mula dihantui oleh entiti jahat yang berkeliaran dalam rumah agam mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 1 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

GUARDIANS OF THE TOMB

TAJUK: GUARDIANS OF THE TOMB

BAHASA: INGGERIS (CHINA/AUSTRALIA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA:  Li Bingbing, Kellan Lutz, Kelsey Grammer, Shane Jacobson, Wu Chun

PENGARAH: Kimble Rendall

SINOPSIS: Sepasukan saintis kehilangan rakan kepada `labyrinth` purba ketika cuba untuk membuat penemuan terbesar abad ini, yang melibatkan mumia maharaja dari China 200 BC. Ketika kumpulan itu berjuang menyelamatkan diri daripada labah-labah pemangsa, mereka menemui rahsia di sebalik kuasa dan kebijaksanaan luar biasa serangga itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 1 Februari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 24, 2018

THE WITCH

TAJUK: THE WITCH

BAHASA: KHMER (CAMBODIA)

EDARAN: REGALBLUE PRODUCTION

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Huy Yaleng, Hin Channiroth, Lim rotha

PENGARAH: Huy Yaleng

SINOPSIS: Raj adalah hartawan di Era Longvek. Isterinya, Tep Leak hamil dengan dua anaknya. Mereka hidup dalam harmoni sehinggalah pada satu hari di mana semua terjadi apabila Raj ditangkap dan cedera. Selepas Raj tersedar, semuanya berubah. Perigi di kampung mereka menjadi kering, ternakan banyak yang mati. Semakin ramai orang hilang begitu sahaja. Kelakuan Rajpun mula menjadi pelik. Adik iparnya, Tep pong, mula menuduhnya melakukan sihir. Apa yang berikut adalah satu suasana yang menakutkan pada waktu malam.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 20 Minit

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

Tuesday, January 23, 2018

ANG DALAWANG MRS REYES

TAJUK: ANG DALAWANG MRS REYES

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: STAR CINEMA

GENRE:  Komedi

PELAKUN UTAMA: Judy Ann Santos, Angelica Panganiban, JC de Vera

PENGARAH: Jun Lana

SINOPSIS: Perjalanan dua wanita yang mengejar suami mereka berdua yang mempunyai nama keluarga yang sama. Perkahwinan bahagia mereka seolah-olah sedang diuji apabila kedua-dua isteri tersebut mendapati bahawa suami mereka mempunyai hubungan sulit antara satu sama lain, membuatkan Lianne dan Cindy dalam satu petualangan dengan harapan untuk menggagalkan hubungan suami mereka.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI:

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BEHIND THE WALLS

TAJUK: BEHIND THE WALLS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ROAMING ELEPHANT PRODUCTION

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA:  Vanessa Angel, Reggie Lee, Lew Temple

PENGARAH: James Kondelik, Jon Kondelik

SINOPSIS: Setelah bertahun-tahun menunggu, kini sebuah keluarga akhirnya pindah dan mendiami rumah tersebut.  Melalui pandangan yang jahat, kita akan menyaksikan sebuah keluarga yang dalam kehancuran sedang mencari untuk memulakan hidup baru di dalam rumah yang baru, namun malangnya rumah itu seperti bernyawa dan sedang memerhatikan dan mahukan mereka hidup kekal di dalamnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 22, 2018

ANG PANDAY

TAJUK: ANG PANDAY

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: STAR CINEMA

GENRE:  Aksi / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Coco Martin, Awra Briguela, Jake Cuenca

PENGARAH: Coco Martin

SINOPSIS: Lizardo, pengkhianatan jahat dari Panday kembali dari dunia kegelapan sekali lagi membawa malapetaka kepada umat manusia. Flavio III yang tidak mengetahui bahawa darah keturunannya adalah satu-satunya yang mampu memusnahkan Lizardo, dia perlu mencungkil bakat dari dunia yang berbeza supaya dapat memperoleh kepercayaan kuasa mitos pedang legenda.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 8 Minit

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MAZE RUNNER: DEATH CURE

TAJUK: MAZE RUNNER: DEATH CURE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE:  Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden

PENGARAH: Wes Ball

SINOPSIS: WICKED telah mengambil hidup, memori dan rakan Thomas. Tetapi semuanya akan berakhir selepas satu ujian terakhir. WICKED tidak tahu yang Thomas masih mempunyai memori lama dan dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Thomas menewaskan Maze. Dia berjaya mengharungi Scorch. Kini dia dalam misi mencari penawar untuk mengubati wabak membawa maut yang dikenali sebagai "Flare".

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 21 Minit

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, January 21, 2018

PADMAAVAT

TAJUK: PADMAAVAT

BAHASA: HINDI (INDIA)

EDARAN: BHANSALI PRODUCTIONS

GENRE:  Drama / Aksi / Sejarah

PELAKUN UTAMA: Deepika Padukone, Shahid Kapoor, Ranveer Singh

PENGARAH: Sanjay Leela Bhansali

SINOPSIS: Rani Padmavati (aka Padmini) dikatakan sebagai salah satu wanita paling cantik yang pernah ada. Cerita kehidupan nyata ini merupakan lambang Cinta dan pengorbanan antara Ratu Rajput Padmavati dan Rana Rawal Ratan Singh, penguasa Rajput dari Mewar. Kehidupan sempurna mereka berubah menjadi malang apabila Allauddin Khilji menatap Raju Padmavati. Alauddin Khilji dikenali sebagai salah satu penguasa paling kejam dari dinasti Khilji, yang menaiki takhta dengan membunuh bapa mertuanya, saudaranya dan bapa saudara mereka. Dia terkenal dengan serangan dan penaklukan negeri-negeri hanya untuk tanah dan wanita. Dan, motif di belakang serangan terhadap Mewar tidak lain adalah untuk menawan Ratu Rani Padmavati. Benteng Chittorgarh, hari ini, merupakan lambang semangat Rajputana, kesetiaan dan keberanian sejati dan simbol kekuasaan wanita.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 2 Jam 44 Minit

TAYANG:  25 Januari 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Friday, January 19, 2018

DHANAPATI

TAJUK: DHANAPATI

BAHASA: NEPAL

EDARAN: TUKEE ARTS

GENRE:  Drama

PELAKUN UTAMA: Khagendra Lamichhane, Surakshya Panta, Janak Bartaula

PENGARAH: Dependra K. Khanal

SINOPSIS: Seorang lelaki bernama Dhanapati, dari golongan kelas rendah yang mahu anak perempuannya mendapatkan pendidikan tertinggi di Nepal, dia memutuskan menjual barang yang ada dalam rumahtangganya untuk membayar keperluan sekolah anak perempuannya. Setelah sekian lama menderita dalam kemiskinan yang teruk, dia akhirnya kehilangan semua harapan. Diapun lalu pergi ke sahabatnya untuk meminta pekerjaannya, kawannyapun membawa Dhanapati ke kancah permainan politik. Semasa berada di parti, diapun melakukan hal yang tiada siapapun yang akan melakukannya, selepas berjaya menamatkan perhimpunan dia menyedari bahawa dia hanyalah salah satu tipu daya dan permainan wang.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 30 Minit

TAYANG:  25 Januari 2018

PANGGUNG: The Arena Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 17, 2018

12 STRONG

TAJUK: 12 STRONG

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Drama / Perang

PELAKUN UTAMA: Chris Hemsworth, Michael Shannon, Michael Pena, Navid Negahban, Trevante Rhodes, Elsa Pataky

PENGARAH: Nicolai Fuglsig

SINOPSIS: Ia mengisahkan tentang pasukan Unit Elit pertama yang dihantar ke Afghanista selepas insiden 9/11; di bawah pimpinan kapten baru, pasukan itu perlu bekerjasama dengan panglima perang Afghani untuk menumpaskan Taliban.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 10 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Arena Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 16, 2018

BEST STORY

TAJUK: BEST STORY

BAHASA: MANDARIN (MALAYSIA)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE:  Komedi / Suspens / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Jack Lim, Jack Yap, Eric Lin, Yoke Chen, Wayne Cai, Jane Ng

PENGARAH: Teddy Chin, JY Teng, Eden Wan

SINOPSIS: Ia sebuah filem koleksi cerita yang memberi fokus kepada beberapa orang dan pengajaran yang dipelajari mereka dalam hidup. Cerita pertama berkisarkan tentang Chen Yao Zu, seorang tidak berguna yang merancang untuk membunuh seorang lelaki bernama Darren supaya dapat mengubah nasibnya. Cerita kedua mengenai seorang penulis skrip Huang Xun Wen yang mendapat bantuan daripada seorang gadis optimistik Le Le untuk menyiapkan skripnya. Cerita ketiga, Kang Jing kembali pulang ke rumah untuk majlis pengebumian tetapi kakaknya tidak suka berikutan dia lama meninggalkan rumah. Aktiviti paranormal sering berlaku dalam rumah dan akhirnya rahsia terbongkar.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BUKAN CINTA MALAIKAT

TAJUK: BUKAN CINTA MALAIKAT

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Donita, Bonda Afida, Dynas Mokhtar

PENGARAH: Aziz M.Osman

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 25 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 15, 2018

REALMS

TAJUK: REALMS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE:  Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA: Praya Lundberg, Pitchaya Nitipaisankul, Ryan Kelley, Madison Mckinley

PENGARAH: Daric Gates

SINOPSIS: Filem seram yang berlatarkan di Bangkok, Thailand ini berkisarkan selepas insiden kejar-mengejar di antara polis dan perompak yang berakhir dengan kemalangan. Dua orang perompak dan tiga tebusan mereka kemudian berlindung di sebuah rumah misteri di dalam hutan. Sebagaimana penjenayah merancang plot jenayah baru dan tebusan cuba melarikan diri, mereka mula menyedari yang rumah tersebut tidak selamat.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DEN OF THIEVES

TAJUK: DEN OF THIEVES

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Aksi / Jenayah / Drama

PELAKUN UTAMA: Gerard Butler, 50 Cent, Pablo Schreiber, O'Shea Jackson, Jr., Evan Jones

PENGARAH: Christian Gudegast

SINOPSIS: Filem arahan Christian Gudegast ini berkisarkan tentang seorang pencuri sedang merancang untuk merompak bank, tetapi kemudian telah terperangkap di antara dua kumpulan penjenayah.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 20 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, January 12, 2018

THAANAA SERNDHA KOOTTAM

TAJUK: THAANAA SERNDHA KOOTTAM

BAHASA: TAMINL (INDIA)

EDARAN: BHARATHAN FILMS

GENRE:  Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Suriya, Keerthi Suresh, RJ Balaji

PENGARAH: Vignesh Shivan

SINOPSIS: Filem ini mengisahkan sepasukan penipu yang bertindak sebagai agen CBI untuk melakukan serbuan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 18 Minit

TAYANG: 11 Januari 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER

Wednesday, January 10, 2018

DOWNSIZING

TAJUK: DOWNSIZING

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Matt Damon, Kristen Wiig, Christoph Waltz, Alec Baldwin, Neil Patrick Harris, Jason Sudeikis

PENGARAH: Alexander Payne

SINOPSIS: Berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang menyedari hidup mereka akan lebih bagus sekiranya mereka dengan sukarela menjalani proses yang akan menjadikan diri mereka bersaiz mini, jauh lebih kecil daripada saiz manusia biasa. Bagaimanapun malang menimpa lelaki itu apabila isterinya menarik diri di saat akhir. Kini tinggal dia berseorangan menyertai banyak komuniti orang `kecil` yang semakin berkembang di seluruh dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 15 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 9, 2018

AYAT AYAT CINTA 2

TAJUK: AYAT AYAT CINTA 2

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE:  Romantik

PELAKUN UTAMA: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura

PENGARAH: Guntur Soeharjanto

SINOPSIS: Filem sekuel "Ayat-Ayat Cinta" pada tahun 2008 ini berkisarkan tentang Fahri yang kini tinggal di Edinburgh. Bekerja sebagai pensyarah di Universiti Edinburgh, dia menyibukkan diri dengan kerjanya itu untuk melupakan Aisha.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 8 Minit

TAYANG: 11 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BUSKER

TAJUK: BUSKER

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE:  Romantik / Remaja

PELAKUN UTAMA: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan

PENGARAH: Kye Fariz

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 11 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 8, 2018

ALONG WITH TH GODS: THE TWO WORLDS

TAJUK: ALONG WITH TH GODS: THE TWO WORLDS

BAHASA: KOREA

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE:  Drama / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Ha Jung-woo, Cha Tae-Hyun, Ju Ji-Hoon, Lee Jung-Jae, Kim Hyang-gi

PENGARAH: Kim Yong-Hwa

SINOPSIS: Selepas mati secara tiba-tiba, Ja-hong, seorang anggota bomba, telah dibawa oleh tiga malaikat ke dunia selepas kematian. Dia perlu melepasi tujuh ujian sepanjang 49 hari dan membuktikan dirinya tidak bersalah sebagai manusia sebelum dia dapat dihidupkan semula. Sepanjang ujian berlangsung, dia sering ditemani oleh tiga malaikat yang mempertahankannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 19 Minit

TAYANG: 18 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE COMMUTER

TAJUK : THE COMMUTER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE:  Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Liam Neeson, Vera Farmiga, Sam Neill, Elizabeth McGovern

PENGARAH: Jaume Collet-Serra

SINOPSIS: Michael adalah jurujual insuran yang menaiki tren setiap hari untuk pergi dan balik kerja. Satu hari, rutin hariannya bertukar menjadi bahaya apabila dia dihubungi oleh seorang yang tidak dikenali dan dipaksa untuk membongkar identiti penumpang yang bersembunyi dalam keretapinya sebelum tiba di perhentian terakhir. Kesuntukan masa untuk menyelesaikan teka-teki, Michael kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu jenayah konspirasi, yang akan menyebabkan nyawanya dan penumpang lain terancam.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 11 Januari 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 3, 2018

THE REVENGER SQUAD

TAJUK : THE REVENGER SQUAD

BAHASA : TAGALOG

EDARAN: STAR CINEMA

GENRE :  Komedi / Aksi

PELAKUN UTAMA : Vice Ganda, Daniel Padilla, Pia Wurtzbach

PENGARAH : Joyce Bernal

SINOPSIS : The Revenger Squad mendedahkan kuasa-kuasa besar mereka apabila salah satu dari mereka yang paling muda ternyata berusia dua puluh satu dan menerima kuasanya sendiri.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 51 Min

TAYANG : 11 Januari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

LEGEND OF THE DEMON CAT

TAJUK : LEGEND OF THE DEMON CAT

BAHASA: MANDARIN (CHINA/JEPUN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE :  Fantasi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Huang Xuan, Shota Sometani, Kitty Zhang, Qin Hao

PENGARAH: Kaige Chen

SINOPSIS: Berlatarkan ketika Dinasti Tang, seekor kucing syaitan telah muncul dan membuat kacau dengan menganggu keamanan di Bandar Chang`an, menyebabkan beberapa siri kejadian aneh. Penyair Bai Letian dan Sami Kukai bekerjasama untuk menyiasat kematian Gundik Yang dengan mengikut jejak yang ditinggalkan oleh kucing itu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 9 Minit

TAYANG : 11 Januari 2018

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :