Tuesday, July 28, 2020

THE ROOM


TAJUK: THE ROOM

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Ngeri

PELAKUNOlga Kurylenko, Kevin Janssens, Carole Weyers

PENGARAHChristian Volckman

SINOPSISKate dan Matt berpindah dari sebuah bandar raya ke New Hampshire. Di rumah baru mereka, sebuah bangunan terpencil, mereka menemui sebuah bilik yang boleh menunaikan hajat. Setelah dua kali keguguran, tiada apa yang mereka mahukan selain mempunyai anak sendiri. Kate meluahkan hajatnya, walaupun ia tidak dipersetujui oleh Matt, dan telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun tidak lama selepas itu mereka mendapati hajat mereka bakal membawa maut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 30 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SOLAR IMPACT

TAJUK: SOLAR IMPACT

BAHASA: INGGERIS (UK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Fiksi

PELAKUNOliver Park, Natalie Martins, Lucy Southal

PENGARAHTudley James

SINOPSISRadiasi solar dan kemusnahan besar telah berlaku di seluruh dunia selepas serpihan-serpihan solar jatuh ke Bumi. Kini, sekumpulan rakan perlu berjuang untuk meneruskan hidup dan menyelamatkan diri sebelum mereka menjadi mangsa mutasi genetik yang telah merebak ke seluruh dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 27 Minit

TAYANG: 30 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, July 27, 2020

A CHOO


TAJUK: A CHOO

BAHASA: MANDARI (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN: Kai Ko, Ariel Lin, Zhang Xiao-Long, Vanness Wu, Darren Wang

PENGARAH: Kevin Ko

SINOPSIS: Membesar bersama-sama di sebuah rumah anak yatim, Wang Yi Zhi jatuh hati kepada Xin Xin dan setiap kali dia merinduinya, gadis itu akan bersin. Perasaannya terhadap Xin Xin semakin kuat selepas mereka meningkat dewasa. Untuk memenangi hati Xin Xin, Yi Zhi mula berlatih untuk menjadi peninju. Walau bagaimanapun, sebelum dia sempat meluahkan perasaannya, Xin Xin telah jatuh hati kepada seorang jurutera komputer, yang nampak biasa tetapi sebenarnya adalah seorang adiwira terkenal. Apabila Xin Xin telah diculik, Yi Zhi perlu menggunakan kemahiran berlawannya untuk menyelamatkan gadis itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 42 Minit

TAYANG: 31 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SCOOB

TAJUK: SCOOB

Sunday, July 19, 2020

PSIKO: 4 MANTAN

TAJUK: PSIKO: 4 MANTAN

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Jeff Smith, Denira Wiraguna, Ranty Maria, Melayu Nicole, Melanie Berentz

PENGARAH: Hanny Saputra

SINOPSIS: Biarpun mempunyai latar belakang berbeza, satu tragedi telah menemukan Sara, Airin, Rachel dan Amara, iaitu berita kematian bekas kekasih mereka, Alex. Konflik semakin rumit apabila keempat-empat gadis itu menerima surat daripada Alex, yang menyatakan jika mereka menerima surat itu selepas kematiannya, maka salah seorang daripada mereka adalah pembunuh. Terperangkap dalam ketakutan, kini mereka perlu menyiasat dan membongkar siapakah pembunuh sebenar Alex.

KATEGORI: "18" Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 21 Min

TAYANG: 23 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE RENTAL

TAJUK: THE RENTAL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Dan Stevens, Alison Brie, Sheila Vand, Jeremy Allen White

PENGARAH: Dave Franco

SINOPSIS: Dua pasangan menyewa sebuah rumah penginapan di persisir pantai untuk satu percutian hujung minggu. Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah mereka mengesyaki bahawa pemilik rumah yang kelihatan sempurna itu sedang mengintip mereka. Apabila situasi di rumah itu semakin kacau bilau, percutian sempurna mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Min

TAYANG: 30 Julai 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

THE SONATA

TAJUK: THE SONATA

BAHASA: INGGERIS

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE:  Misteri / Seram

PELAKUN UTAMA: Freya Tingley, Simon Abkarian, James Faulkner, Rutger Hauer

PENGARAH: Andrew Desmond

SINOPSIS: Berlatarbelakangkan di bandar London dan Paris, seorang pemain viola, Rose, mewarisi rumah agam milik bapanya yang telah meninggal dunia. Di situ, dia telah menjumpai karya terakhir bapanya iaitu satu kertas muzik misteri penuh dengan simbol aneh. Dengan bantuan ejen dan pengurusnya, Charles, dia mentafsir simbol-simbol itu dan mula merungkai rahsia mengenai kisah silam bapanya dan tanpa sengaja menghidupkan kuasa gelap yang menakutkan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Min

TAYANG: 23 Julai 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:
TRAILER:

Monday, July 13, 2020

TRAIN TO BUSAN 2: PENINSULA

TAJUK: TRAIN TO BUSAN 2: PENINSULA

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Aksi / Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, Kwon Hae-Hyo

PENGARAH: Yeon Sang-Ho

SINOPSIS: Empat tahun lalu, anggota tentera Jung-seok hampir hilang nyawa ketika berusaha menyelamatkan diri dari Korea Selatan apabila seluruh negara itu diserang wabak zombi bermisteri. Kini hidup sengsara di Hong Kong, dia menerima tawaran untuk kembali ke kawasan semenanjung yang dikuarantinkan itu untuk menyertai misi mengambil trak terbengkalai di tengah-tengah Seoul. Dia perlu menjalankan operasi rahsia itu dalam tempoh yang singkat dan menyelamatkan diri secara senyap-senyap selepas berjaya. Ketika memasuki zon yang dijangkiti, dia dan kumpulannya bukan hanya berdepan zombi-zombi ganas tetapi juga menemui kumpulan manusia yang terselamat. Misi mereka terganggu apabila mereka diserang unit tentera misteri Unit 631. Jung-seok diselamatkan oleh seorang wanita bernama Min-jung ketika dia berada dalam keadaan terdesak dan kini dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari kawasan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Min

TAYANG: 15 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, July 7, 2020

HOWLING VILLAGE

TAJUK: HOWLING VILLAGE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Ayaka Miyoshi, Ryota Bando, Renji Ishibashi, Masanobu Takashima

PENGARAH: Takashi Shimizu

SINOPSIS: Kampung Inunaki terkenal dengan kisah-kisah seramnya tersendiri. Kanae merupakan seorang ahli psikologi yang mempunyai deria keenam, yang membolehkannya melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus. Tanpa menyedari bahaya yang menanti, abangnya Yuma bersama kekasih abangnya Akina mencabar diri untuk pergi ke kampung tersebut. Akina akhirnya membunuh diri kerana hilang kewarasan. Yuma kembali semula ke kampung itu bersama rakan-rakannya namun dia kemudiannya didapati hilang. Kini semuanya bergantung kepada Kanae untuk menyelidik misteri dan sejarah di sebalik Kampung Inunaki.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 49 Min

TAYANG: 09 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, July 6, 2020

MY HERO ACADEMIA: HEROES RISING

TAJUK: MY HERO ACADEMIA: HEROES RISING

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  ANIME

PELAKUN UTAMA: Daiki Yamashita, Kenta Miyake, Nobuhiko Okamoto, Aoi Yuki, Ayane Sakura, Eri Kitamura, Junichi Suwabe, Kaito Ishikawa

PENGARAH: Kenji Nagasaki

SINOPSIS: Ketua League of Villains, Shigaraki Tomurra, merancang untuk memusnahkan semua golongan hero. Deku dan pelajar-pelajar kelas 1-A U.A. Academy Class dihantar ke sebuah pulau di selatan Jepun untuk melibatkan diri dalam projek melatih hero generasi baru seperti yang diberitahu oleh All Might. Mereka perlu membantu penduduk pulau itu melakukan kerja harian mereka. Bagaimanapun, mereka diganggu oleh penjahat-penjahat diketuai Nine yang tiba-tiba muncul dan memusnahkan kemudahan di pulau itu. Kini Deku, Bakugo dan pelajar-pelajar lain perlu bersatu untuk melawan Nine dan menyelamatkan penduduk pulau itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Min

TAYANG: 09 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BABA YAGA: TERROR OF THE DARK FOREST

TAJUK: BABA YAGA: TERROR OF THE DARK FOREST

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Oleg Chugunov, Glafira Golubeva, Artyom Zhigulin, Maryana Spivak, Svetlana Ustinova

PENGARAH: Svyatoslav Podgayevskiy

SINOPSIS: Egor dan keluarganya baru berpindah ke sebuah pangsapuri yang terletak di pinggir bandar. Ibu bapanya kemudian mengupah seorang pengasuh untuk mengasuh adik perempuannya yang baru lahir. Egor mendapati pengasuh itu berkelakuan aneh tetapi ibu bapanya tidak mempercayainya, tambahan lagi selepas mereka melihat keadaan yang tidak normal menerusi kamera litar tertutup. Suatu hari, pengasuh itu telah hilang bersama adik perempuannya, sementara ibu bapanya pula lupa bahawa mereka mempunyai anak perempuan. Dengan bantuan rakan-rakannya, Egor cuba menyiasat dan mendapat tahu pengasuh itu adalah iblis Slavic purba yang dikenali sebagai Baba Yaga.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 37 Min

TAYANG: 09 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, July 3, 2020

THE BRIDGE CURSE

TAJUK: THE BRIDGE CURSE

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: JC Lin, Vera Yen, Summer Meng, Ning Chang

PENGARAH: Lester Hsi

SINOPSIS: Berdasarkan lagenda urban mengenai jambatan berhantu di Universiti Taichung Tunghai, yang dikatakan dihantui roh seorang gadis yang mati bunuh diri di situ akibat patah hati. Filem ini mengisahkan sekumpulan pelajar universiti, yang mendapati roh itu mungkin benar-benar wujud, ketika mereka memfilemkan sebuah rakaman video di jambatan berhantu itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Min

TAYANG: 02 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DIGIMON ADVENTURE: LAST EVOLUTION KIZUNA

TAJUK: DIGIMON ADVENTURE: LAST EVOLUTION KIZUNA

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Animasi

PELAKUN UTAMA: Natsuki Hanae, Yoshimasa Hosoya, Suzuko Mimori

PENGARAH: Tomohisa Taguchi

SINOPSIS: Berlatarkan tahun 2010, di mana Taichi kini merupakan pelajar kolej sementara rakan-rakannya mempunyai jalan hidup tersendiri. 10 tahun sudah berlalu sejak mereka bertemu dan mengembara di Digital World. Kini kelibat Digimon dilihat semakin biasa di dunia sebenar dan kewujudan DigiDestined juga diiktiraf. Namun pada ketika ini, seekor Digimon kuat bernama Eosmon muncul menimbulkan masalah, menyebabkan Menoa dan Imura meminta bantuan daripada Taichi dan rakan-rakannya. Ketika bertarung dengan Eosmon, Taichi menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Agumon dan Digimon lain. Mereka akhirnya diberitahu oleh Menoa bahawa seekor Digimon akan lenyap apabila DigiDestinednya meningkat dewasa. Taichi perlu membuat keputusan jika dia ingin teruskan bertarung, walaupun sedar dia bakal kehilangan pasangan Digimonnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Min

TAYANG: 01 Julai 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: