Wednesday, June 29, 2016

ANAK MAMI NASI KANDAQ

TAJUK : ANAK MAMI NASI KANDAQ

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : ALTERNATE PICTURES SDN BHD

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida

PENGARAH : Prof Madya A. Razak Mohaideen

SINOPSIS : Seorang pengusaha restoran nasi kandar, Mamu Nizam, merupakan seorang duda yang mempunyai lima anak gadis. Apabila Mami Kalsom membuka gerai makan di hadapan restorannya, dia berdepan masalah kerana perniagaannya semakin merosot. Berikutan itu Mamu Nizam telah meminta nasihat daripada Mamu Hussin dan Tuan Akhlak Khan yang mencadangkan dia menggunakan kesemua anaknya untuk bekerja di restoran supaya dapat menarik pelanggan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 37 Min

TAYANG : 06 Julai 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

COLD WAR 2

TAJUK : COLD WAR 2

BAHASA : KANTONIS (HK)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Aksi / Jenayah / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Aaron Kwok, Tony Leung Ka-Fai, Chow Yun-Fat, Eddie Peng, Aarif Rahman, Charlie Young

PENGARAH : Longman Leung, Sunny Luk

SINOPSIS : Selepas kejadian pada filem pertama, Sean Lau kini adalah Pesuruhjaya Polis selepas berjaya dalam operasi menyelamat. Bagaimanapun, perkara bertukar menjadi buruk apabila isteri dan anaknya diculik. Sean terpaksa meminta bantuan dari bekas musuhnya, Waise Lee, di mana dia kembali bekerja bagi membantu menyelamatkan isteri dan anak Sean.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 50 Min

TAYANG : 08 Julai 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, June 26, 2016

THE LEGEND OF TARZAN

TAJUK : THE LEGEND OF TARZAN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WARNER BROS. PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Alexander Skarsgard, Margot Robbie, Christoph Waltz, Samuel L. Jackson, Djimon Hounsou

PENGARAH : David Yates

SINOPSIS : Selepas beberapa tahun Tarzan meninggalkan hutan di Africa untuk hidup bersama isterinya Jane Porter di London sebagai John Clayton III, Lord Greystoke, dia telah dijemput ke Congo untuk berkhidmat sebagai perwakilan Parlimen. Dia tidak menyedari dia kini berhadapan dengan keadaan bahaya yang didalangi oleh Kapten Belgium, Rom.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 49 Min

TAYANG : 30 Jun 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, June 20, 2016

INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

TAJUK : INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Jessie Usher, Liam Hemsworth

PENGARAH : Roland Emmerich

SINOPSIS : Filem arahan Roland Emmerich ini adalah sekuel kepada filem "Independence Day" yang akan menyaksikan Liam Hemsworth membawa watak utama apabila dunia sekali lagi diceroboh oleh makhluk asing.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 01Min

TAYANG : 23 Jun 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, June 14, 2016

FINDING DORY

TAJUK : FINDING DORY

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Pengembaraan / Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Ellen Degeneres, Ed O'Neill, Ty Burrell, Kaitlin Olson, Albert Brooks, Eugene Levy, Diane Keaton

PENGARAH : Andrew Stanton

SINOPSIS : Kesinambungan selepas kejadian "Finding Nemo", Dory yang mengidap amnesia secara tiba-tiba kembali ingat zaman kanak-kanaknya. Ditemani oleh Nemo dan Marlin, dia telah mengembara bagi mencari keluarganya. Dia kemudian mendapati dirinya berada di Institut Hidupan Marin Monterey, di mana dia bertemu dengan paus putih Beluga bernama Bailey, paus jerung bernama Destiny dan juga Octopus bernama Hank.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 01 Jam 40 Min

TAYANG : 16 Jun 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, June 12, 2016

I AM WRATH

TAJUK : I AM WRATH

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SABAN FILMS

GENRE : Misteri / Aksi

PELAKUN UTAMA : John Travolta, Christopher Meloni, Sam Trammell, Amanda Schull, Patrick St. Esprit, Rebecca De Mornay, Luis Da Silva

PENGARAH : Chuck Russell

SINOPSIS : Film ini bercerita tentang seorang Stanley Hill diperankan oleh John Travolta, dia merupakan seorang pria yang memutuskan untuk melakukan balas dendam kepada pelaku pembunuhan istrinya. Hal ini dilakukannya setelah polisi terus gagal untuk menangkapnya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja.

DURASI : 01 Jam 32 Min

TAYANG : 13 Mei 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

LONG LONG TIME AGO 2

TAJUK : LONG LONG TIME AGO 2

BAHASA : MANDARIN (SINGAPORE)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Aileen Tan, Mark Lee, Wang Lei

PENGARAH : Jack Neo

SINOPSIS : Selepas banjir besar melanda negara pada tahun 1969, Zhao Di telah mengambil alih ladang bapanya dengan bantuan gangster, Ah Long. Sebagaimana ekonomi Singapura semakin berkembang, pemikiran rakyat Singapura dipaksa berubah dari semasa ke semasa. Osman yang konservatif bertengkar dengan anak lelakinya, Ahmad, yang berlatih dengan kumpulan rock. Ini menyebabkan Ahmad melarikan diri. Sementara itu, Ah Hee dan Rani mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi ibu bapa mereka tidak bersetuju. Pada tahun 1977, pihak kerajaan mula membuat pembangunan semula, memaksa penduduk keluar dari perkampungan mereka. Dalam kekecohan berlaku, Zhao Di mula jatuh sakit.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 50 Min

TAYANG : 16 Jun 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE REZORT

TAJUK : THE REZORT

BAHASA : INGGERIS (UK)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Dougray Scott, Jessica De Gouw, Martin McCann, Jassa Ahluwalia, Elen Rhys

PENGARAH : Steve Barker

SINOPSIS : Berlatarkan selepas malapetaka zombi berlaku, Melanie, Lewis dan Archer bertemu di sebuah resort ala safari yang mana mereka mahu membunuh zombi untuk bersukan demi mengawal persekitaran, sebelum aktivis zombi masuk campur dalam sistem dan mengugat manusia.

KATEGORI : UNRATED

DURASI :

TAYANG : 01 Septermber 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

CENTRAL INTELLIGENCE

TAJUK : CENTRAL INTELLIGENCE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA : Dwayne Johnson, Kevin Hart, Ed Helms, Amy Ryan, Danielle Nicolet

PENGARAH : Rawson Thurber

SINOPSIS : Filem arahan Rawson Marshall Thurber ini mengisahkan tentang seorang akauntan yang kembali bertemu dengan rakan lamanya melalui Facebook. Dia bagaimanapun kemudian telah diperdaya oleh rakannya itu untuk masuk ke dalam dunia pengintipan. Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Dwayne Johnson dan Kevin Hart sebagai peneraju.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 54 Min

TAYANG : 16 Jun 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Sunday, June 5, 2016

WARCRAFT: THE BEGINNING

TAJUK : WARCRAFT: THE BEGINNING

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell

PENGARAH : Duncan Jones

SINOPSIS : Filem ini berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, Manusia dan adiwira Orc dari permainan video popular dengan nama yang sama, sebagaimana Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor. Tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 03 Min

TAYANG : 09 Jun 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, June 1, 2016

EYE IN THE SKY

TAJUK : EYE IN THE SKY

BAHASA : INGGERIS (UK)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Drama / Ngeri / Perang

PELAKUN UTAMA : Aaron Paul, Helen Mirren, Alan Rickman, Barkhad Abdi

PENGARAH : Gavin Hood

SINOPSIS : Kolonel Katherine Powell adalah pegawai tentera yang berpengkalan di London yang dari jauh mengarahkan operasi rahsia dron, yang mana pasukannya perlu menangkap kumpulan pengganas di rumah selamat mereka di Nairobi, Kenya. Sebagaimana pengganas mahu melakukan serangan berani mati, misi Powell secara tiba-tiba bertukar daripada "tangkap" kepada "bunuh". Tetapi apabila seorang budak berusia sembilan tahun memasuki zon bunuh, ini menimbulkan perbalahan antarabangsa mengenai akibat daripada perang moden.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja.

DURASI : 01 Jam 42 Min

TAYANG : 09 Jun 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

NOW YOU SEE ME 2

TAJUK : NOW YOU SEE ME 2

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Aksi / Komedi / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Daniel Radcliffe, Jesse Eisenberg, Dave Franco, Mark Ruffalo, Michael Caine, Jay Chou

PENGARAH : Jon M. Chu

SINOPSIS : Selepas setahun bebas daripada FBI, Four Horsemen kini kembali untuk melakukan satu lagi rompakan berbahaya. Mereka berharap untuk mendedahkan salah laku seorang taikun dengan membuat persembahan terakhir bagi membersihkan nama mereka, dan pada masa yang sama mendedahkan dalang di sebaliknya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa..

DURASI : 01 Jam 55 Min

TAYANG : 16 Jun 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :