Tuesday, August 30, 2016

TRAIN TO BUSAN

TAJUK : TRAIN TO BUSAN

BAHASA : KOREA

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn

PENGARAH : Yeon Sang-Ho

SINOPSIS : Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian. Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 17 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 01 Jam 58 Min

TAYANG : 08 September 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, August 28, 2016

PETE'S DRAGON

TAJUK : PETE'S DRAGON

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Pengembaraan / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA : Oakes Fegley, Oona Laurence, Robert Redford, Bryce Dallas Howard, Wes Bentley, Karl Urban

PENGARAH : David Lowery

SINOPSIS : Filem arahan David Lowery ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Pete yang melarikan diri dari ibu bapa angkatnya yang kejam dengan pertolongan seekor naga peliharaan. Filem ini merupakan `remake` kepada filem 1977 dengan tajuk yang sama.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk semua peringkat umur.

DURASI : 01 Jam 43 Min

TAYANG : 31 Ogos 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

MORGAN

TAJUK : MORGAN

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Kate Mara, Anya Taylor-Joy, Toby Jones, Rose Leslie, Boyd Holbrook, Michelle Yeoh

PENGARAH : Luke Scott

SINOPSIS : Seorang penyelesai masalah korporat telah pergi ke satu lokasi rahsia di kawasan pedalaman untuk menyiasat sebuah kemalangan. Kemalangan itu ada kaitan dengan sesuatu benda menyerupai remaja yang dibuat di makmal. Dia perlu membuat keputusan untuk menghapuskan benda buatan itu atau tidak.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 17 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 01 Jam 32 Min

TAYANG : 01 September 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 23, 2016

DON'T BREATHE

TAJUK : DON'T BREATHE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL

GENRE : Ngeri

PELAKUN UTAMA : Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, Stephen Lang

PENGARAH : Federico Alvarez

SINOPSIS : Filem seram ini mengisahkan tentang tiga pemuda yang merancang untuk merompak rumah seorang jutawan buta yang tinggal bersendirian. Bagaimanapun, selepas mereka berjaya memecah masuk rumah tersebut, mereka mendapati bahawa lelaki buta tersebut merupakan seorang psikopat berbahaya yang mula memburu mereka seorang demi seorang

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 17 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 01 Jam 30 Min

TAYANG : 25 Ogos 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, August 22, 2016

PEKAK

TAJUK : PEKAK

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : PRIMEWORKS STUDIOS

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah

PENGARAH : Mohd Khairul Azri

SINOPSIS : Seorang lelaki cacat pendengaran bernama Uda berazam untuk kembali mendengar. Untuk menggapai cita-citanya itu, dia telah terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Cinta antara mereka mula berputik, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 01 Jam 36 Min

TAYANG : 01 September 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

MECHANIC: RESURRECTION

TAJUK : MECHANIC: RESURRECTION

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Aksi / Jenayah / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Jason Statham, Jessica Alba, Tommy Lee Jones, Michelle Yeoh

PENGARAH : Dennis Gansel

SINOPSIS : Selepas memalsukan kematiannya daripada musuhnya, Steve McKenna, Arthur Bishop telah bersara dari menjadi pembunuh upahan. Tetapi apabila orang tersayangnya diculik, dia terpaksa mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk melakukan tiga pembunuhan yang mustahil dan pembunuhan itu perlu dilihat seolah-olah kemalangan.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 17 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 01 Jam 39 Min

TAYANG : 25 September 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, August 21, 2016

THE SECRET LIFE OF PETS

TAJUK : THE SECRET LIFE OF PETS

BAHASA : INGGERIS (USA)


EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES


GENRE Animasi


PELAKUN UTAMA : Louis C.K., Eric Stonestreet, Kevin Hart, Albert Brooks, Hannibal Buress, Bobby Moynihan, Lake Bell, Ellie Kemper, Steve Coogan


PENGARAH Chris Renaud, Yarrow Cheney


SINOPSIS Seekor anjing terrier bernama Max mempunyai hidup yang gembira sebelum pemiliknya membawa pulang seekor anjing kacukan bernama Duke yang membuat hidupnya kucar-kacir. Pada mulanya kedua-dua mereka bermusuhan, tetapi apabila seekor arnab bernama Snowball membina bala tentera daripada haiwan-haiwan terbiar untuk merancang membalas dendam terhadap semua haiwan peliharaan dan pemilik mereka, Max dan Duke telah bekerjasama untuk menentang Snowball.


KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.


DURASI : 01 Jam 30 Min


TAYANG : 08 September 2016


PANGGUNG : The Empire Cineplex


TRAILER :

KUBO AND TWO STRINGS

TAJUK : KUBO AND TWO STRINGS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Animasi

PELAKUN UTAMA : Art Parkinson, Matthew McConaughey, Charlize Theron, Ralph Fiennes, Brenda Vaccaro

PENGARAH : Travis Knight

SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Kubo yang hidup aman bersama ibunya di sebuah perkampungan. Namun hidupnya mula menjadi kucar-kacir apabila satu roh dari masa lampau telah muncul. Ia telah menyebabkan pelbagai kekecohan dengan dewa-dewa dan raksasa-raksasa memburu Kubo. Demi menyelamatkan dirinya, Kubo mesti mencari sut perisai ajaib yang pernah dipakai oleh mendiang ayahnya, yang merupakan seorang Samurai lagenda.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 41 Min

TAYANG : 25 Ogos 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 16, 2016

CHINESE GHOST STORY

TAJUK : CHINESE GHOST STORY

BAHASA : KANTONIS (Malaysia)

EDARAN : METROWEALTH

GENRE : Seram / Komedi

PELAKUN UTAMA : Jeff Chin, Bernard Hiew, Juztin Lan, Emely Poon, Houson Ng, Joe Chang, Catherine Ang, Lynn Lim, Yap Chin Fong, Cheah Ghim Hin

PENGARAH : Silver

SINOPSIS : Tiga sekawan, Lam Zhong Fak, Malcom dan Wu Heng Yan telah bertembung dengan hantu kanak-kanak di tempat meletak kereta pada waktu malam. Apabila mereka tiba di rumah masing-masing, perkara pelik mula berlaku kepada mereka. Lam berdepan masalah kewangan kerana permohonan pinjamannya ditolak. Dia telah pergi bertemu dengan bomoh untuk meminta bantuan dan diberi `toyol` yang boleh menunaikan hasratnya. Malcom menghadapi masalah rumah tangga kerana dia syak isterinya berlaku curang. Dia juga bertemu dengan seorang bomoh yang memberinya minyak pengasih untuk mengembalikan cinta isterinya. Sementara itu, Wu adalah satu-satunya yang boleh melihat makhluk halus. Selepas bapanya meninggal dunia akibat penyakit jantung, dia telah merayau bertanyakan kepada setiap hantu mengenai lokasi bapanya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 30 Min

TAYANG : 18 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, August 15, 2016

THE BFG

TAJUK : THE BFG

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Kekeluargaan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Mark Rylance, Ruby Barnhill, Bill Hader, Rebecca Hall

PENGARAH : Steven Spielberg

SINOPSIS : Filem yang bertemakan kekeluargaan dan fantasi ini merupakan adaptasi daripada novel karya Roald Dahl yang mengisahkan tentang seorang gadis muda, Ratu England dan seekor gergasi yang dikenali sebagai BFG. Mereka dalam pengembaraan untuk menentang musuh jahat, seekor gergasi yang menjadikan manusia sebagai makanan, yang cuba menakluk bumi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 57 Min

TAYANG : 18 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

CALL OF HEROES

TAJUK : CALL OF HEROES

BAHASA : KANTONIS (HK)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Lau Ching Wan, Louis Koo, Eddie Peng, Yuan Quan, Jiang Shuying, Jacky Wu

PENGARAH : Benny Chan

SINOPSIS : Berlatarkan pada 1914 susulan runtuhnya dinasti Qing, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang tampil berdepan dengan seorang panglima perang muda yang kejam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 58 Min

TAYANG : 18 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

NINE LIVES

TAJUK : NINE LIVES

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAINFILM SDN BHD

GENRE : Komedi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA : Kevin Spacey, Robbie Amell, Jennifer Garner, Christopher Walken

PENGARAH : Barry Sonnenfeld

SINOPSIS : Tom Brand adalah seorang bilionair yang berjaya tetapi hubungannya dengan keluarganya tidak begitu rapat. Hari jadi anak perempuannya makin dekat dan setiap tahun dia akan meminta kucing tetapi Tom tidak menyukai kucing. Kali ini dia telah pergi ke sebuah kedai haiwan mistik yang mempunyai kucing eksotik, yang mana pemilik kedai memperkenalkan kepada seekor kucing bernama Mr. Fuzzypants. Ketika dalam perjalanan ke parti, dia telah kemalangan dan apabila bangun dia terperangkap dalam tubuh kucing. Dibela oleh keluarganya sendiri, Tom mula merasai apa makna kehidupan..

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 36 Min

TAYANG : 18 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Thursday, August 11, 2016

MOHENJO DARO

TAJUK : MOHENJO DARO

BAHASA : HINDUSTAN (INDIA)

EDARAN : SURAYA FILMS

GENRE : Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA : Hrithik Roshan, Pooja Hegde

PENGARAH : Ashutosh Gowariker

SINOPSIS : Ketika zaman pra-sejarah Lembah Indus, seorang lelaki jahat yang tamak mahu memusnahkan Mohenjo Daro, salah satu bandar tertua dalam dunia purba. Seorang penternak muda, Sarman, masuk ke bandar dan bertemu Chaani, anak kepada seorang Paderi. Sarman kemudian cuba memenangi cinta Chaani, dan dalam percubaannya itu telah membongkar rahsia yang tiada siapa patut tahu - mengenai Chaani, mengenai Mohenjo Daro dan masa lampaunya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 35 Min

TAYANG : 12 Ogos 2016

PANGGUNG : The PSB Dualplex Seria

TRAILER :

Tuesday, August 9, 2016

LINE WALKER

TAJUK : LINE WALKER

BAHASA : KANTONIS (HK)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Charmaine Sheh, Louis Koo, Francis Ng, Nick Cheung

PENGARAH : Jazz Boon

SINOPSIS : Apabila Ding, seorang ejen yang sedang dalam penyamaran, mendapat mesej daripada Blackjack yang mendakwa dia seorang ejen penyamaran yang sudah terputus hubungan dengan polis, Ding telah melaporkan kepada pegawainya Inspektor Q, yang terus melancarkan misi mencari Blackjack. Sementara Inspektor Q mencari tempat persembunyian Blackjack, dia mendapati pembabitan sebuah kumpulan wang dalam pengedaran dadah di Brazil yang melibatkan pengerusi syarikat Kwok Ming, penasihatnya Lam, orang kanan Lam, Shiu dan ketua kongsi gelap Foo-hei, yang dikatakan telah mati tetapi sebenarnya tidak dan merancang untuk membuat kemunculan semula dalam dunia jenayah.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 50 Min

TAYANG : 11 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, August 7, 2016

11.12.13 SCARY HOLIDAY

TAJUK : 11.12.13 SCARY HOLIDAY

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Sukollawat Kanarot, Darancharas Sukheviriya, Mek Mekwattana, Nuntanuch Losuwan, Ariigantha Mahaplearkpong

PENGARAH : Sarawut Wichiensarn

SINOPSIS : Berlaku ketika Festival Songkran, atau juga dikenali sebagai Tahun Baru Thai, filem ini memaparkan tiga cerita berlainan yang berlaku ketika musim cuti tersebut. Pada 11 April, Tar memandu pulang ke kampungnya selepas memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, Som, yang tidak mahu melepaskannya. Pada 12 April, Mod mengambil keputusan untuk bertemu dengan rakan-rakan universitinya tetapi mereka memberitahunya yang dia telah mati dalam satu kemalangan kereta. Pada 13 April, Kat dan Jane telah merancang percutian ke Chiang Mai untuk menyambut Festival Songkran tetapi mereka mendapati salah seorang daripada mereka telah mati sebelum perjalanan bermula.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 39 Min

TAYANG : 11 Ogos 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, August 2, 2016

NERVE

TAJUK : NERVE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Jenayah / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Dave Franco, Emma Roberts, Emily Meade, Juliette Lewis, Kimiko Glenn

PENGARAH : Henry Joost, Ariel Schulman

SINOPSIS : Venus, seorang pelajar senior sekolah tinggi, mendapati dirinya terperangkap dalam permainan dalam talian `benar dan cabar`. Lama-kelamaan setiap langkahnya dimanipulasi oleh satu komuniti tidak dikenali yang digelar `watchers`.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja.

DURASI : 01 Jam 36 Min

TAYANG : 11 Ogos 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, August 1, 2016

TEMUAN TAKDIR

TAJUK : TEMUAN TAKDIR

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Jenayah / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Zahim Albakri, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Vanidah Imran, Thanuja Ananthan

PENGARAH : Dhyan Vimal

SINOPSIS : Dua pegawai polis adik-beradik, ACP Roslan dan Inspektor Shariff, dalam misi memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van keselamatan. Penyiasatan telah membawa mereka menemui rahsia aktiviti kumpulan yang dianggotai oleh Omar, Faisal dan Vikram, yang mana setiap seorang daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi. ACP Roslan terpaksa berdepan dengan kekangan masa untuk menyelesaikan kes dan mencari dalang.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 25 Min

TAYANG : 11 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

KAMPUNG DRIFT

TAJUK : KAMPUNG DRIFT

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE : Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA : Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa, Zalfa Zain, Chen Sin Foo, Puovin Sandera, Syazwan

PENGARAH : Nevin Hiong

SINOPSIS : Johan seorang remaja yang mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift walaupun ditentang keras oleh ayahnya. Minatnya terhadap sukan itu tidak pernah pudar dan bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis `gila`, Pak Idon, dia menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri dalam sukan drift selepas mendapat tahu sejarah hitam ayahnya berkait rapat dengan sukan itu. Johan bagaimanapun berdepan kesukaran apabila terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan. Semua ini membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan mahu mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 38 Min

TAYANG : 04 Ogos 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :