Friday, April 28, 2017

LEBUHRAYA KE NERAKA

TAJUKLEBUHRAYA KE NERAKA

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : PRIMEWORKS STUDIO

GENRE : Seram / Drama

PELAKUN UTAMA : Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim

PENGARAH : Mamat Khalid

SINOPSIS : Filem seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 1 Jam 33 Min

TAYANG :04 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, April 26, 2017

BAAHUBALI 2: THE CONCLUSION

TAJUK : BAAHUBALI 2: THE CONCLUSION

BAHASA : TAMIL (INDIA)

EDARAN : MSK FILM PRODUCTION SDN BHD

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Drama

PELAKUN UTAMA : Prabhas, Anushka Shetty, Rana Daggubati, Tamannaah Bhatia

PENGARAH : S.S. Rajamouli

SINOPSIS : Filem epik Tamil arahan S.S. Rajamouli ini adalah sekuel kepada filem "Baahubali" pada tahun 2015. Apabila Shiva, anak kepada Baahubali, mengetahui mengenai warisannya, dia mula mencari jawapan. Ia juga memaparkan sisi dengan kejadian lalu yang berlaku dalam Negara Mahishmati.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 50 Min

TAYANG :28 April 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, April 24, 2017

GHOST-DANUR: I CAN SEE THEM

TAJUK : GHOST-DANUR: I CAN SEE THEM

BAHASA : INDONESIA

EDARAN : ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Prilly Latuconsina, Emilio Fernando Cortizo, Kinaryosih, Kevin Bzezovski

PENGARAH : Awi Suryadi

SINOPSIS : Ketika ulang tahun kelapannya, seorang budak perempuan bernama Risa telah membuat permintaan untuk mempunyai rakan supaya dia tidak berasa sunyi lagi. Bagaimanapun ibunya, Elly, mula mengesyaki sesuatu apabila anak perempuannya sering bergelak dan bermain seorang diri. Dengan bantuan rakan Elly, Risa dipaksa untuk meninggalkan rumah neneknya. Sembilan tahun kemudian Risa perlu pulang semula ke rumah neneknya dengan adiknya Riri. Ketika ini kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku dan secara tiba-tiba Riri hilang. Risa kini perlu menyelamatkan adiknya daripada enititi jahat yang merancang membawa Riri ke dunia lain.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 16 Min

TAYANG : 4 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

THE BRIDE

TAJUK : THE BRIDE

BAHASA : INGGERIS (RUSIA)

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Victoria Agalakova, Vyacheslav Chepurchenko, Aleksandra Rebenok, Igor Khripunov, Natalia Grinshpun

PENGARAH : Svyatoslav Podgayevskiy

SINOPSIS : Ditulis dan diarahkan oleh Svyatoslav Podgayevskiy, seorang wanita bernama Nastya menemani teman lelakinya pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarganya. Menghabiskan masa di rumah mereka, dia mula menyedari kehadiran ngeri di dalam rumah tersebut sehingga dia mula mempersoal keputusannya untuk datang.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 34 Min

TAYANG : 4 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Wednesday, April 19, 2017

FABRICATED CITY

TAJUK : FABRICATED CITY

BAHASA : KOREA

EDARAN : SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : i Chang-Wook, Shim Eun-Kyung, Ahn Jae-Hong

PENGARAH : Park Kwang-Hyun

SINOPSIS : Dalam dunia realiti, dia seorang penganggur tetapi dalam dunia realiti maya, Kwon Yoo seorang pemain permainan video hebat yang menghabiskan masanya bermain di kafe siber. Satu hari selepas memulangkan telefon yang dijumpainya, dia secara tiba-tiba dijadikan suspek utama satu kes rogol dan bunuh seorang pelajar sekolah tinggi. Demi membersihkan namanya, Kwon Yoo bersama beberapa rakannya bertindak menyiasat perkara itu. Mereka kemudian mendapati sebuah organisasi aneh yang memerangkap orang tidak bersalah ke penjara bagi pihak individu berpengaruh di negara itu.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 6 Minit

TAYANG : 20 April 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, April 17, 2017

GIFTED

TAJUK : GIFTED

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Drama

PELAKUN UTAMA : Chris Evans, Jenny Slate, Mckenna Grace

PENGARAH : Marc Webb

SINOPSIS : Seorang lelaki dalam perebutan di mahkamah menentang ibunya untuk mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya yang kematian ibu bapa. Anak saudaranya yang bijak dalam matematik ini bagaimanapun mahu tinggal bersama lelaki itu.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 42 Minit

TAYANG : 27 April 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

POIGNANT

TAJUK : POIGNANT

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Laura Mitchell, Steve Baran, Eric Schweig

PENGARAH : Jaspreet Kaur

SINOPSIS : Penyelidik medik Amy mempunyai cita-cita untuk membuka pusat kesihatannya sendiri di Vancouver. Apabila dia menemui hartanah untuk dijual, dia melawat tempat tersebut dan sejak itu dia mula mengalami beberapa fenomena luar biasa termasuk visi setiap malam mengenai babak rogol dan pembunuhan. Dia kemudian memahami visi tersebut adalah visi seorang gadis yang dirogol dan dibunuh dengan kejam. Amy kemudian ambil keputusan untuk mula menyiasat mengenai gadis tersebut bagi menuntut keadilan di atas kematian gadis tersebut. Dia menjejaki butiran jenayah yang berlaku dengan bantuan seorang detektif, dengan harapan dapat mencari dalang sekaligus membawa jawapan kepada keluarga dan rakan mangsa.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 20 April 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, April 14, 2017

GET OUT

TAJUK : GET OUT

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA : Daniel Kaluuya, Allison Williams, Bradley Whitford, Caleb Landry Jones

PENGARAH : Jordan Peele

SINOPSIS : Seorang lelaki Afrika-Amerika bernama Chris melawat keluarga kekasihnya yang berkulit putih bernama Rose untuk bertemu dengan ibu bapa kekasihnya. Pada mulanya dia melihat keluarga Rose seperti gementar untuk berdepan dengan hubungan anak mereka yang bercinta dengan bangsa lain, tetapi Chris kemudian mendapat tahu yang kebanyakan penduduk di situ yang berbangsa Afrika-Amerika telah hilang. Apabila dia bertemu rakan Afrika-Amerika di situ, dia telah diberi amaran untuk meninggalkan tempat itu, dan selepas penemuan beberapa perkara yang mengerikan, Chris mendapat tahu kebenaran yang tidak pernah disangkanya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 44 Minit

TAYANG : 20 April 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, April 11, 2017

WHO KILLED COCK ROBIN

TAJUK :  WHO KILLED COCK ROBIN

BAHASA : MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Ngeri

PELAKUN UTAMA : Tiffany Hsu, Chuang Kai Hsun, Alice Ko Chia Yen, Mason Lee, Christopher Lee

PENGARAH : Cheng Wei-Hao

SINOPSIS : Xiao Qi adalah seorang wartawan berdedikasi yang telah membeli sebuah kereta BMW terpakai. Dia kemudian mendapati keretanya sebelum ini pernah terlibat dengan satu kemalangan langgar lari yang berlaku sembilan tahun lalu. Walaupun kes tersebut sudah lama dilupakan, dia berazam untuk membuka semula dan menyelesaikan kes itu dengan bantuan polis baru bernama Ah Wei dan rakan setugasnya Maggie. Apabila mereka mendapati satu-satunya individu yang terselamat dalam kemalangan itu secara tiba-tiba hilang, Xiao Qi berasa sesuatu tidak kena. Dia yang kesuntukan masa perlu mendapatkan semula individu tersebut bagi membongkar kebenaran gelap kes itu.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 58 Min

TAYANG : 20 April 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, April 10, 2017

A SILENT VOICE (KOE NO KATACHI)

TAJUK :  A SILENT VOICE (KOE NO KATACHI)

BAHASA : JEPUN

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Anime / Drama

PELAKUN UTAMA : Miyu Irino, Saori Hayami, Aoi Yuki, Kensho Ono

PENGARAH : Naoko Yamada

SINOPSISShouya Ishida seorang pelajar sekolah rendah yang riang dan mempunyai ramai kawan. Apabila seorang gadis pekak bernama Shouko Nishimiya masuk ke kelasnya, Ishida mula membulinya di atas kekurangan gadis itu. Tindakannya itu disertai oleh rakan-rakan kelasnya. Apabila pembulian menjadi semakin teruk sehingga Nishimiya terpaksa menukar ke sekolah lain, guru dan pengetua mula menyoal pelajar di kelas itu dan semuanya menuding jari kepada Ishida. Tidak lama kemudian, Ishida telah dipulaukan oleh rakan-rakannya dan menjadi mangsa buli pula. Setahun kemudian, Ishida masuk ke sekolah tinggi dan tidak lagi bersikap seperti dahulu. Dia mendapati tidak ada gunanya mempunyai rakan, dan sasarannya adalah untuk mencari Nishimiya dan memohon kemaafan.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 09 Min

TAYANG : 20 April 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, April 9, 2017

FAST & FURIOUS 8

TAJUK : FAST & FURIOUS 8

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA : Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron

PENGARAH : F. Gary Gray

SINOPSIS : Dengan Dom dan Letty sedang berbulan madu, dan Brian dan Mia bersara dari dunia penuh bahaya, kehidupan Dom dan rakan-rakan lain yang merupakan `keluarga`nya mula normal. Bagaimanapun masalah timbul apabila seorang wanita misteri menggoda Dom ke dunia jenayah, membuatkan Dom mengkhianati mereka yang dekat dengannya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 2 Jam 16 Minit

TAYANG : 13 April 2017

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, April 3, 2017

HOSPITAL

TAJUK : HOSPITAL

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)


EDARAN : METROWEALTH


GENRE : Seram / Ngeri


PELAKUN UTAMA : Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz


PENGARAH : Mohd Azaromi Ghozali

SINOPSIS : Gadis kampung bernama Amira telah berhijrah ke bandar untuk mencari kerja. Dia kemudian memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital. Ketika dia bekerja, dia mula dihantui oleh bisikan daripada seorang wanita misteri. Dia mula mencari jawapan dan menemui yang seorang wanita memerlukan bantuannya.


KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :


TAYANG :  13 April 2017


PANGGUNG : The Mall Cineplex


TRAILER :

SMURFS: THE LOST VILLAGE

TAJUK : SMURFS: THE LOST VILLAGE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES INTERNATIONAL

GENRE : Animasi

PELAKUN UTAMA : Demi Lovato, Mandy Patinkin, Jack McBrayer, Danny Pudi, Joe Manganiello, Rainn Wilson

PENGARAH : Kelly Asbury

SINOPSIS : Filem animasi ini mengisahkan tentang Smurfette bersama-sama dengan adik-beradiknya yang merentasi kawasan Enchanted Forest untuk mencari perkampungan Smurfs sebelum musuh mereka, Gargamel the Evil Wizard, menjumpainya terlebih dahulu. Sepanjang filem ini akan menyaksikan asal usul dan kehidupan makhluk berwarna biru ini yang tinggal di rumah berbentuk cendawan, termasuk sebab mengapa mereka mempunyai 99 lelaki dan hanya seorang perempuan.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 6 April 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Sunday, April 2, 2017

GAUTAMIPUTRA SATAKARNI

TAJUK : GAUTAMIPUTRA SATAKARNI

BAHASA : TELUGU

EDARAN : FIRST FRAME ENTERTAINMENT

GENRE : Drama, History

PELAKUN UTAMA : Nandamuri Balakrishna, Hema Malini, Shriya Saran, Kabir Bedi

PENGARAH : Krish

SINOPSIS : Satakarni (Balakrishna) maharaja kerajaan Satavahana ingin mewujudkan mimpinya iaitu menyatukan Bharata Khandam. Dia berjuang dalam peperangan untuk menyatukan seluruh Bharata Khandam di bawah satu kerajaan dan sekali gus menamatkan seluruh peperangan. Filem ini menjejaki kehidupan dan kemuliaan maharaja abad kedua.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 25 Min

TAYANG :  12 Januari 2017

PANGGUNG : The PSB Cineplex

TRAILER :