Tuesday, June 26, 2018

ANIMAL WORLD

TAJUK: ANIMAL WORLD

BAHASA: INGGERIS / MANDARIN (CHINA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Action / Adventure / Drama

PELAKUN UTAMA: Li Yifeng, Dongyu Zhou, Michael Douglas

PENGARAH: Han Yan

SINOPSIS: With his mother in a vegetative state, she relies on Zheng Kaisi and his childhood sweetheart Liuqing for survival. Kaisi doesn't have any aim in life, however, and ends up in debt. He then joins a mysterious gambling party on a ship called "Destiny", hoping to win because if he does, all his debts will be cleared. There is only one rule: any tricks can be used during the game. Kaisi will have to survive the various tricks and schemes planned by the leader, Anderson, in order to win.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 10 Minit

TAYANG: 28 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SICARIO 2: DAY OF SOLDADO

TAJUK: SICARIO 2: DAY OF SOLDADO

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Benicio del Toro, Josh Brolin, Catherine Keener, Jeffrey Donovan

PENGARAH: Stefano Sollima

SINOPSIS: Pihak kartel kini mula menyeludup masuk pengganas ke sempadan AS-Mexico, memburukkan lagi perang dadah. Untuk menghentikan mereka, ejen FBI Matt Graver sekali lagi bekerjasama dengan Alejandro Gillick.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 3 Minit

TAYANG: 28 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, June 25, 2018

BROTHER OF THE YEAR

TAJUK: BROTHER OF THE YEAR

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi / Kekeluargaan / Romantik

PELAKUN UTAMA: Nichkhun Horvejkul, Urassaya Sperbund, Sunny Suwanmethanon

PENGARAH: Witthaya Thongyooyong

SINOPSIS: Chut dan Jane adalah dua beradik yang mempunyai personaliti berbeza. Chut seorang yang selalu gagal manakala Jane berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya. Bagaimanapun, Chut seorang abang yang sangat pelindung apabila berkaitan dengan soal cinta adiknya. Jadi apabila Jane menjalin hubungan cinta dengan jejaka kacukan Jepun bernama Moji, dia menyembunyikan hubungan itu daripada pengetahuan Chut. Konflik mula timbul apabila Moji melamarnya, kerana ia bermakna Jane perlu pindah ke Jepun dan dia tahu Chut pasti tidak akan bersetuju.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 4 Minit

TAYANG: 28 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BLOK 404

TAJUK: BLOK 404

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Ngeri

PELAKUN UTAMA: Zamarul Hisham, Raja Azri, Nur Risteena, Amar Asyraf

PENGARAH: Isma Aizal Yusoof

SINOPSIS: Seorang lelaki psiko telah dibebaskan dari rumah sakit jiwa dan kini pulang ke pangkuan keluarganya. Mereka kemudian telah menguruskan sebuah rumah penginapan yang terletak jauh di kawasan pedalaman, di mana mereka mengumpan mangsa untuk menginap di sana. Apabila mangsa terpedaya, mereka kemudian akan menyeksa dan membunuh mangsa mereka.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 28 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, June 13, 2018

THIS IS PILAH

TAJUK: THIS IS PILAH

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Juzzthin, Zaidatul Iesna Mohd Raus, Kazar, Eliza Mustafa

PENGARAH: Rosdi Md. Dali

SINOPSIS: Seorang pemuda bernama Jasni telah jatuh cinta dengan gadis pilihannya, Ara. Namun keinginan untuk berkahwin dengan Ara mendapat tentangan daripada ibu gadis tersebut, Mak Siti, yang melihat Jasni sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan biarpun bapanya, Pak Dollah, seorang usahawan berjaya. Sementara itu, dalam senyap Pak Dollah sebenarnya sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Selepas mendapat tahu seorang pemuda dari Seremban mahu mengahwini Ara, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerima lamaran pemuda itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 14 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, June 12, 2018

INCREDIBLES 2

TAJUK: INCREDIBLES 2

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Animasi

PELAKUN UTAMA:Holly Hunter, Craig T. Nelson, Sarah Vowell, Huck Milner, Samuel L. Jackson

PENGARAH: Brad Bird

SINOPSIS: Keluarga Parr bergelut untuk menjalani kehidupan normal sementara Helen Parr, yang dikenali sebagai Elastigirl, keluar melawan penjahat. Sementara itu, suami Helen, Bob Parr, yang juga merupakan Mr. Incredible, tinggal di rumah menjaga anak-anak mereka Violet, Dash dan Jack-Jack. Bagaimanapun mereka bersama Frozone perlu menentang penjahat baru The Underminer yang mempunyai rancangan jahat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 14 Jun 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Monday, June 11, 2018

OCEAN'S 8

TAJUK: OCEAN'S 8

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS PICTURES

GENRE: Jenayah

PELAKUN UTAMA: Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, Helena Bonham Carter

PENGARAH: Gary Ross

SINOPSIS: Kakak Danny Ocean, Debbie, cuba merancang untuk melakukan rompakan pada acara tahunan Met Gala di Bandar New York. Sebelum itu dia perlu mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada Lou, Rose, Daphne Kluger, Nine Ball, Tammy, Amita dan Constance.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 14 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ADRIFT

TAJUK: ADRIFT

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Romantik / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Shailene Woodley, Sam Claflin

PENGARAH: Baltasar Kormakur

SINOPSIS: Filem ini diangkat dari kisah sebenar dua pelayar yang merupakan pasangan kekasih, Tami Oldham dan Richard Sharp. Mereka telah mengembara ke lautan pada tahun 1983 namun tidak menjangka yang mereka akan bertembung dengan ribut taufan teruk. Selepas ribut sudah reda, Tami terjaga dan mendapati Richard cedera parah dan bot mereka sudah musnah. Dia kini perlu mencari kekuatan untuk menyelamatkan dirinya dan juga lelaki yang dicintainya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 14 Jun 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, June 8, 2018

HARI MINGGU YANG KE-EMPAT

TAJUK: HARI MINGGU YANG KE-EMPAT

BAHASA: MELAYU (BRUNEI)

EDARAN: ORIGIN ARTISTIC

GENRE: Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA: Shafiee Mostar, Kai Anwar, Liyana Yus, Ian Zulkifli, Terry Wong

PENGARAH: Siti Kamaluddin

SINOPSISBak kata pepatah, “di mana ada asap, pasti ada apinya”, begitulah juga dengan Amin apabila bertemu dengan Bakar.  Berlatarbelakangkan suasana Brunei sekarang, Amin (Kai Anwar) seorang mantan pekerja dari London yang sangat gemar menggunakan payung kuningnya kembali ke tanah air untuk menguruskan hal hartanah peninggalan orang tuanya.  Kepulangannya ke kampong halaman menjadi kacau apabila Amin bertemu dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Bakar (Shafiee Mostar) seorang yang pernah dihormatinya dan merupakan mantan pegawai Bomba. Perselisihan terjadi di antara mereka sehingga terjadi satu trajedi dan mereka bersatu dan membina persahabatan dan membuktikan bahawa berbezaan antara mereka boleh membuahkan satu ikatan persahabatan yang baik.  Menampilkan 100% artis tempatan Brunei, filem yang bercorak komedi dan kekeluargaan ini menceritakan tentang kemasyrakatan dan pentingnya kekeluargaan, terutama sekali pada empat hari minggu di bulan puasa.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 24 Minit

TAYANG: 14 Jun 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Wednesday, June 6, 2018

KAALA

TAJUK: KAALA

BAHASA: TAMIL (INDIA)

EDARAN: DMY CREATION SDN BHD

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Rajnikanth, Nana Patekar, Samuthirakani, Huma Qureshi, Easwari Rao

PENGARAH: Pa Ranjith

SINOPSIS: Rajinikanth membintangi sebagai Karikaalan, atau lebih dikenali sebagai Kaala, yang ketika kecil melarikan diri dari Tirunelveli ke Mumbai. Dia kini adalah ketua penjahat Dharavai, dan kemudian bertukar membela nasib orang Tamil di Mumbai.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 47 Minit

TAYANG: 07 Jun 2018

PANGGUNG: The PSB Cineplex

TRAILER: