Tuesday, January 28, 2020

M4M4

TAJUK: M4M4

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTIONS

GENRE: Jenayah

PELAKUN UTAMA: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz

PENGARAH: Eyra Rahman

SINOPSIS: Aini berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya yang berusia 15 tahun, Alya, sejak suaminya meninggal dunia ketika Alya berusia lapan tahun. Dia berasa senang hati melihat Alya membesar dengan baik bersama dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, yang tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya. Alya kemudian diserang oleh Apai dan rakan-rakannya yang menarik Alya ke sebuah bangunan kosong dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi dia menyembunyikan emosinya demi membantu Alya. Alya juga cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi apabila Apai mencemuhnya dengan sebuah rakaman insiden itu, dia kembali ke bangunan itu untuk berdepan dengan Apai. Malangnya, dia mati terbunuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada Apai dan rakan-rakannya, dan kini Aini berhasrat untuk membalas dendam atas kematian Alya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 6 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BIRDS OF PREY

TAJUK: BIRDS OF PREY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollett-Bell, Rosie Perez, Chris Messina, Ella Jay Basco, Ewan McGregor

PENGARAH: Cathy Yan

SINOPSIS: Selepas kehilangan Batman, Bandar Gotham dibiarkan tanpa pengawasan. Kini Harley Quinn, yang telah berpisah dengan Joker, perlu melindungi Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah apabila dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah Black Mask. Black Canary, Huntress dan Renee Montoya bekerjasama dengan Harley bagi melindungi Cassandra.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN.

DURASI: 1 Jam 49 Minit

TAYANG: 6 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 27, 2020

SI MANIS JEMBATAN ANCOL

TAJUK: SI MANIS JEMBATAN ANCOL

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Indah Permatasari, Arifin Putra, Randy Pangalila, Ozy Syahputra

PENGARAH: Anggy Umbara

SINOPSIS: Sebuah `reboot` kepada filem yang sama judul pada tahun 1990-an. Ia berkisar mengenai seorang wanita bernama Maryam yang tersepit dalam perkahwinan yang tidak bahagia bersama Roy. Dia mula berasa selesa berkawan rapat dengan Yudha, seorang pelukis yang baru dikenalinya. Namun persahabatan ini menyebabkan suaminya telah menuduhnya mempunyai hubungan sulit dan dia kemudiannya mati dalam keadaan tragis. Sejak kematiannya, kelibat roh Maryam, yang memakai selendang merah, mula muncul di tempat awam, menakutkan orang awam yang terserempak dengannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 55 Minit

TAYANG: 30 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 22, 2020

PEREMPUAN TANAH JAHANAM

TAJUK: PEREMPUAN TANAH JAHANAM

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Tara Basro, Marissa Anita, Christine Hakim, Asmara Abigail, Ario Bayu

PENGARAH: Joko Anwar

SINOPSIS: Maya, seorang gadis muda yang terselamat dari percubaan membunuh di bandar, berpindah ke kampung halamannya selepas mendapat tahu dia mewarisi sebuah rumah di sana. Dia pulang ke kampung itu bersama rakannya Dini, tanpa menyedari orang-orang kampung sedang mencarinya untuk membunuhnya demi menghentikan sumpahan yang mengganggu kampung tersebut selama bertahun-tahun. Dia menyedari bahawa dia kini perlu berjuang untuk meneruskan hidup, dalam pada dia merungkai masa silamnya yang rumit dengan lebih dalam.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 6 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

FIGHT LAH! KOPITIAM

TAJUK: FIGHT LAH! KOPITIAM

BAHASA: KANTONIS (MALAYSIA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Jack Lim, Cedric Loo, Wan Wai Fun, Steve Yap

PENGARAH: Matt Lai

SINOPSIS: Bao Li Jin merupakan generasi kedua yang juga merupakan pemilik "Kopitiam Ada Bukit Ada Air". Bapanya, yang juga pengasas kopitiam itu, menghidap penyakit Alzheimer. Kini dia perlu mengambil alih perniagaan bapanya itu serta menghalang Tao, seorang pemaju yang sombong, daripada membeli tapak kopitiamnya. Untuk itu, dia terpaksa menerima cabaran Tao dalam menyertai pertandingan tinju demi menyelamatkan kopitiamnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 30 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 21, 2020

GRETEL & HANSEL

TAJUK: GRETEL & HANSEL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Sophia Lillis, Alice Krige, Sam Leakey, Charles Babalola

PENGARAH: Oz Perkins

SINOPSIS: Seorang gadis muda, yang tinggal jauh di perkampungan, bercadang untuk membantu ibu bapanya dengan mencari kerja dan makanan. Dia telah mengembara ke dalam hutan tebal bersama dengan adik lelakinya. Malangnya, dua beradik itu telah diculik oleh seorang ahli sihir jahat selepas mereka menjumpai rumahnya yang terletak jauh di dalam hutan tebal tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 25 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ALL WELL ENDS WELL

TAJUK: ALL WELL ENDS WELL

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Julian Cheung, Louis Cheung, Raymond Wong, Chrissie Chau, Dada Chan Ching

PENGARAH: Raymond Wong

SINOPSIS: Filem kelapan dari francais "All`s Well, Ends Well". Adik beradik Yau merupakan sekumpulan penipu yang mempunyai misi untuk menghukum penjenayah. Mereka bertemu dengan adik beradik Lui selepas terlibat dengan salah faham. Dua kumpulan adik beradik itu akhirnya bekerjasama untuk menipu seorang ketua gangster dengan menggunakan pelbagai tipu helah dan penyamaran.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 25 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 20, 2020

VANGUARD

TAJUK: VANGUARD

BAHASA: KANTONIS (CHINA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Komedi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Jackie Chan, Yang Yang, Miya Muqi

PENGARAH: Stanley Tong

SINOPSIS: Ejen syarikat keselamatan rahsia antarabangsa Vanguard ditugaskan untuk melindungi seorang ahli perniagaan Cina daripada menjadi sasaran organisasi pembunuh upahan. Dengan kerjasama kakitangan perisikan dari Dubai, ejen itu perlu menentang dan menumpaskan organisasi tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 25 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ENTER THE FAT DRAGON

TAJUK: ENTER THE FAT DRAGON

BAHASA: KANTONIS (CHINA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Donnie Yen, Niki Chow, Teresa Mo Sun Kwan, Wong Jing, Louis Cheung

PENGARAH: Jing Wong, Kenji Tanigaki

SINOPSIS: Selepas ditinggalkan oleh teman wanitanya, Fallon Zhu, seorang pegawai polis Hong Kong yang cekap dengan kadar pengesanan jenayah yang tinggi, merawat hatinya dengan makan terlalu banyak, sehingga beratnya naik lebih dari 200 paun dalam masa enam bulan. Apabila Pegawai Penguasa Huang menugaskannya untuk mengawal seorang banduan ke Jepun, dia kehilangan harta bendanya dan banduan itu. Dia kemudiannya bekerjasama dengan seorang penduduk Hong Kong, Thor, untuk menyiasat kes misteri kematian mengejut banduan itu. Fallon nekad untuk menyelesaikan kes itu, walaupun masalah mula timbul dan mengganggu orang di sekelilingnya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 37 Minit

TAYANG: 23 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 15, 2020

LUCKY BLOCKCHAIN

TAJUK: LUCKY BLOCKCHAIN

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Benny Sii Tuong Kai, Koe Yeet, Liaw Ket Henn, James Wong

PENGARAH: Bryan Gao

SINOPSIS: Tiga orang jurutera sistem, Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min, membuat keputusan untuk menamatkan "Perfectly Transparent System" yang mereka bina untuk sebuah syarikat dan menukar hala tuju masing-masing setelah mendapat tahu ketua syarikat, Mike, ingin menjual sistem tersebut kepada penjenayah. Fang Yuan kemudiannya mendapati dirinya hamil Fang Rui, anak Mike yang telah mengambil kesempatan terhadapnya ketika dia mabuk. Selepas 20 tahun, Fang Rui mengenali Xiao Wei dan Bai Tao yang bekerja di sebuah syarikat rangkaian. Mereka kemudiannya mendapat tahu mengenai "Perfectly Transparent System" secara tidak sengaja dan dipenjarakan apabila seorang tukang baiki komputer mengubah sistem itu menjadi sebuah aplikasi dan menyeludupnya kepada penjenayah. Kini Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min perlu bersatu semula untuk membuktikan bahawa tiga pemuda itu tidak bersalah.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 23 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

DOLITTLE

TAJUK: DOLITTLE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Selena Gomez

PENGARAH: Stephen Gaghan

SINOPSIS: Filem arahan Stephen Gaghan ini diangkat dari naskhah "The Voyages of Doctor Dolittle" nukilan Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 41 Minit

TAYANG: 23 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 14, 2020

QUEZON'S GAME

TAJUK: QUEZON'S GAME

BAHASA: ITAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Drama / Sejarah

PELAKUN UTAMA: Raymond Bagatsing, Rachel Alejandro, Kate Alejandrino

PENGARAH: Matthew E. Rosen

SINOPSIS: Filem ini mengisahkan di mana pada tahun 1938, Presiden Filipina Manuel L. Quezon bersetuju untuk mengalu-alukan pelarian Yahudi dari Jerman di Filipina.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 16 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 13, 2020

THE GARDEN OF EVENING MISTS

TAJUK: THE GARDEN OF EVENING MISTS

BAHASA: INGGERIS / MELAYU / KANTONIS / JEPUN

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Angelica Lee, Hiroshi Abe, Serene Lim, John Hannah, David Oakes

PENGARAH: Tom Lin

SINOPSIS: Teoh Yun Ling, seorang graduan undang-undang muda yang resah dengan kekejaman Perang Dunia Kedua di Malaya, cuba mencari ketenangan di ladang teh di Cameron Highlands. Di sana, dia bertemu seorang lelaki misteri bernama Nakamura Aritomo, pemilik Yugiri, iaitu satu-satunya taman Jepun di Malaya. Dalam pada dia mempelajari tanaman Jepun daripada Aritomo dan membina sebuah taman untuk memperingati adiknya yang mati di kem peperangan Jepun, cinta mula berputik, menyebabkan mereka terjebak dalam satu hubungan yang terlarang.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 16 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BAD BOYS FOR LIFE

TAJUK: BAD BOYS FOR LIFE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Will Smith, Martin Lawrence, Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton

PENGARAH: Adil El Arbi, Bilall Fallah

SINOPSIS: Hubungan pegawai polis Michael "Mike" Lowrey dan Marcus Burnett, yang dahulunya sukar dipisahkan, kini semakin renggang. Burnett kini seorang inspektor polis sementara Lowrey, yang bergelut dengan krisis pertengahan hidup, ditugaskan untuk mengetuai pasukan elit yang baru ditubuhkan, AMMO, walaupun dia tiada persamaan dengan pasukan polis-polis muda itu. Apabila seorang ketua samseng dari kartel dadah Miami, yang mana abangnya telah dibunuh oleh Lowrey dan Burnett beberapa tahun lalu, ingin membalas dendam terhadap Lowrey ketika dia dan Burnett ingin bersara, kedua-dua polis itu perlu bersatu semula untuk menumpaskannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam  3 Minit

TAYANG: 23 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, January 12, 2020

CHHAPAAK

TAJUK: CHHAPAAK

BAHASA: HINDI (INDIA)

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE: Biografi / Drama

PELAKUN UTAMA:  Deepika Padukone, Vikrant Massey

PENGARAH: Meghna Gulzar

SINOPSIS: Filem ini menampilkan aktres terkenal Deepika Padukone sebagai Malti, seorang mangsa serangan asid yang bergelut untuk membina hidup baru. Ia berdasarkan kisah benar mengenai Laxmi Agarwal, seorang wanita yang menjadi mangsa serangan asid yang berlaku di New Delhi pada 2005 ketika berumur 15 tahun, selepas dia menolak lamaran seorang lelaki berusia 30-an.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 1 Minit

TAYANG: 10 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, January 8, 2020

DARBAR

TAJUK: DARBAR

BAHASA: TAMIL

EDARAN: LOTUS FIVE STAR

GENRE: Aksi / Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA:  Rajinikanth, Nayanthara, Sunil Shetty, Nivetha Thomas, Yogi Babu

PENGARAH: A. R. Murugadoss

SINOPSIS: Filem aksi thriller arahan A. R. Murugadoss ini menampilkan Rajinikanth sebagai seorang anggota polis bernama Aaditya. Dia telah dihantar ke Mumbai untuk membaik pulih keadaan kerana kerajaan pusat menganggap undang-undang di bandar itu berada di luar kawalan. Pada masa yang sama, dia juga perlu hapuskan kerja-kerja haram yang dijalankan oleh seorang hartawan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 39 Minit

TAYANG: 9 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, January 7, 2020

MIRACLE IN CELL NO.7

TAJUK: MIRACLE IN CELL NO.7

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Drama

PELAKUN UTAMA:  Aga Muhlach, Bela Padilla, Xia Vigor

PENGARAH: Nuel C. Naval

SINOPSIS: Joselito (Aga Muhlach), seorang lelaki cacat intelek yang secara salah didakwa dengan serangan seksual, menculik dan membunuh seorang gadis kecil. Di dalam penjara dia menjadi kawan baik dengan rakan-rakannya dan bersama-sama mereka membuat rancangan untuk menyelundupkan anak perempuannya (Xia Vigor) di dalam sel. Beberapa tahun kemudian, anak perempuannya (Bella Padilla) menjadi peguam dan bertekad untuk membuktikan yang ayahnya tidak bersalah.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 9 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SURAYA

TAJUK: SURAYA

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Farihin Ufiya, Ainul Aishah, Amir Rahim, Azhar Amir

PENGARAH: Feisal Azizuddin

SINOPSIS: Nabila dan Adam adalah pasangan YouTuber terkenal yang menerima 20 ribu `likes` untuk saluran mereka dalam jangka masa singkat. Untuk memastikan populariti mereka kekal dan demi berterima kasih kepada pelanggan mereka, mereka bercadang menerbitkan sebuah siri vlog berjudul "Duet Desa", yang merakam percutian mereka di serata Malaysia sambil meneroka budaya-budaya tradisional. Bagi episod pertama, Nabila memilih Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau. Namun, mereka sesat ketika dalam perjalanan ke destinasi akibat hujan lebat yang mengganggu GPS dan rangkaian telekomunikasi mereka. Apabila mereka terjumpa Homestay Abadi, milik seorang wanita cantik bernama Suraya, mereka menetap di situ. Mereka kemudian menyedari mereka terperangkap di `homestay` itu selepas berlakunya kejadian-kejadian aneh dan pembunuhan bermisteri. Kini mereka perlu mencari jalan keluar sebelum mereka turut menjadi mangsa bunuh pemilik `homestay` yang berbahaya itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 22 Minit

TAYANG: 9 Januari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, January 6, 2020

THE MYSTERY OF THE DRAGON SEAL

TAJUK: THE MYSTERY OF THE DRAGON SEAL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Jason Flemyng, Charles Dance, Rutger Hauer, Jackie Chan, Arnold Schwarzenegger

PENGARAH: Oleg Stepchenko

SINOPSIS: Sekuel kepada filem tahun 2014, "Viy", ini mengisahkan tentang seorang lelaki Inggeris bernama Jonathan Green. Kali ini dia sekali lagi melakukan pengembaraan hebat yang mana ia telah membawanya ke China. Dia telah berjaya membuat penemuan menakjubkan, bertemu dengan makluk pelik, bertemu kerabat diraja China dan berdepan dengan guru seni mempertahankan diri berbahaya. Dia juga perlu berdepan raja segala naga, Dragon King.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 4 Minit

TAYANG: 9 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

UNDERWATER

TAJUK: UNDERWATER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Aksi / Drama / Seram

PELAKUN UTAMA: Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr.

PENGARAH: William Eubank

SINOPSIS: Norah Price adalah salah seorang daripada sekumpulan penyelidik yang terperangkap jauh di dasar lautan selepas makmal bawah air mereka musnah akibat satu gempa bumi. Selain berdepan masalah kekurangan oksigen dan alatan yang rosak, mereka turut diburu oleh satu raksasa laut dalam bermisteri yang muncul akibat gempa bumi itu. Mereka perlu bekerjasama dalam mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari terus diburu raksasa tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam  35 Minit

TAYANG: 9 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, January 5, 2020

1917

TAJUK: 1917

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Drama / Perang

PELAKUN UTAMA: George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch

PENGARAH: Sam Mendes

SINOPSIS: Filem arahan Sam Mendes ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua tentera muda British semasa Perang Dunia Pertama berlaku.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam  59 Minit

TAYANG: 16 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

PLAYING WITH FIRE

TAJUK: PLAYING WITH FIRE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Komedi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA: John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haybert, Judy Greer

PENGARAH: Andy Fickman

SINOPSIS: Sekumpulan anggota bomba lasak, yang bercadang untuk menjaga sekumpulan adik-beradik yang mereka selamatkan dari kebakaran, menyedari mereka telah bertemu lawan mereka melalui tiga kanak-kanak nakal itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 09 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: