Tuesday, October 30, 2018

THE NUTCRACKER AND THE FOUR REALMS

TAJUK: THE NUTCRACKER AND THE FOUR REALMS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Keira Knightley, Morgan Freeman, Mackenzie Foy

PENGARAH: Lasse Hallstrom

SINOPSIS: Clara sedang mencari kunci magik untuk membuka kotak yang mengandungi hadiah berharga. Dia berjaya menemuinya menggunakan benang keemasan yang diberikan oleh bapa angkatnya tetapi kunci itu hilang ke dunia misteri. Dia kemudian mendapati dirinya di dunia magik itu, di mana dia bertemu dengan askar bernama Phillip, sekumpulan tikus dan pemangku raja yang mempengerusikan tiga alam: Land of Snowflakes, Land of Flowers dan Land of Sweets. Tetapi alam keempat, di mana Mother Ginger tinggal, adalah alam yang dia perlu pergi bersama Phillip untuk mengambil semula kuncinya. Dengan melakukan itu, dia juga berharap dapat mengembalikan keharmonian di tempat itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 20 Min

TAYANG: 01 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

ICEMAN: THE TIME TRAVELER

TAJUK: ICEMAN: THE TIME TRAVELER

BAHASA: KANTONIS (CHINA/HK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Donnie Yen, Simon Yam, Wang Bao Qiang, Huang Shengyi, Yasuaki Kurata

PENGARAH: Raymond Yip Wai Man

SINOPSIS: He Ying dan Sao hilang selepas jatuh ke laut ketika bertarung di Jambatan Tsing Ma. May mencari He Ying tetapi perlu menyembunyikan diri di rumah rakannya kerana paparazzi mengikutnya. He Ying akhirnya ditemui dan dia kini dalam misi mencari Golden Wheel of Time dengan Yuanlong dan Hiehu. He Ying percaya dengan Yuanlong yang mendakwa dia sudah sekian lama mencari mereka selepas dicairkan 18 tahun lalu. He Ying tidak sedar yang Yuanlong membawanya ke perangkap.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 01 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, October 29, 2018

KUNG FU LEAGUE

TAJUK: KUNG FU LEAGUE

BAHASA: MANDARIN (CHINA)

EDARAN: RAM ENTERTAINMENT

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA:Vincent Zhao, Andy On, Dennis To Yu-Hang, Danny Chan Kwok-kwan

PENGARAH: Jeffrey Lau

SINOPSIS: Fei Ying Xiong adalah seorang artis komik muda yang berhasrat hero hasil kerjanya akan hidup dan membantunya. Hasratnya menjadi kenyataan apabila Wong Fei-hung, Huo Yuan Jia, Ip Man dan Chen Zhen muncul dalam era moden dan bersetuju untuk melatihnya supaya dia menang pertandingan seni mempertahankan diri. Dia berharap pada masa yang sama dia akan memenangi hati gadis idamannya, Bao`er.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 01 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE POOL

TAJUK: THE POOL

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Theeradej Wongpuapan, Ratnamon Ratchiratham

PENGARAH: Ping Lumprapleng

SINOPSIS: Seorang lelaki dan teman wanitanya mendapati diri mereka terperangkap di dalam sebuah kolam renang terbiar berkedalaman 6 meter. Bukan sahaja tiada tangga dan jalan keluar dari kolam itu, malah terdapat pemangsa berbahaya yang turut terperangkap dengan mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, October 28, 2018

THE GRINCH

TAJUK: THE GRINCH

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Animasi

PELAKUN UTAMA: Benedict Cumberbatch

PENGARAH: Peter Candeland, Yarrow Cheney

SINOPSIS: Grinch sangat membenci apabila tiba musim Krismas dan tidak tahan melihat perkampungan Whoville menyambut Krismas. Dia kemudian merancang untuk merosakkan perayaan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, October 24, 2018

OVERLORD

TAJUK: OVERLORD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Aksi / Seram

PELAKUN UTAMA: Jovan Adepo, Jacob Anderson, Pilou Asbæk, Iain De Caestecker

PENGARAH: Julius Avery

SINOPSIS: Sekumpulan askar payung terjun AS membawa misi kritikal untuk kejayaan penjajahan bersekutu. Tetapi mereka kemudian menyedari yang tentera Nazi bukan satu-satunya masalah mereka. Pihak Nazi juga menjalankan eksperimen terhadap tentera Nazi, mencipta kuasa luar biasa yang kini digunakan untuk menentang mereka.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 49 Minit

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 23, 2018

FIRST LOVE

TAJUK: FIRST LOVE

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Aga Muhlach, Bea Alonzo, Sandy Andolong

PENGARAH: Paul Soriano

SINOPSIS: Dalam pertemuan yang sudah ditakdirkan apabila menyelamatkan nyawa seseorang yang tidak dikenali, ahli perniagaan Nick menemui seorang juru foto yang impulsif dan optimis Ali, yang percaya kepada takdir dan sangat menghargai waktu. Nick, yang coba mencari penyelesaian untuk kesilapan masa lalunya, tertarik ke arah semangat Ali. Walaupun hidup dengan penyakit jantung kongenital dan masih menunggu dalam senarai untuk pemindahan hati, Ali terus berharap akan masa depannya. Ali menantang Nick untuk merebut setiap saat dalam hidupnya sebelum terlambat. Sementara itu, Nick mencari cara untuk memberi Ali kesempatan baru atas kehidupannya - walaupun itu bermakna mempertaruhkan nyawa dan cintanya untuk satu sama lain

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 2 Minit

TAYANG: 01 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

7UJUH

TAJUK: 7UJUH

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: PRIMEWORKS STUDIOS

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Johan As'ari, Cristina Suzanne, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Dee Dee Nash, Riz Amin, Marsha Milan, Faizal Hussein

PENGARAH: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

SINOPSIS: Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 30 Minit

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, October 22, 2018

RAMPANT

TAJUK: RAMPANT

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Sejarah

PELAKUN UTAMA: Hyun Bin, Jang Dong-gun, Jo Woo-Jin, Kim Eui-Sung

PENGARAH: Kim Sung-Hoon

SINOPSIS: Lee Chung seorang Putera Joseon yang mempunyai kemahiran bermain pedang tetapi dia juga kaki perempuan dan kaki judi. Dia telah diberikan kepada Dinasti Qing sebagai tebusan politik tetapi pulang ke Joseon selepas 10 tahun kemudian apabila abangnya Lee Young menaiki tahkta. Kemudian, Lee Chung perlu berdepan dengan raksasa yang mengganas pada waktu malam.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 10 Minit

TAYANG: 25 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

HUNTER KILLER

TAJUK: HUNTER KILLER

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Gerard Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini

PENGARAH: Donovan Marsh

SINOPSIS: Seorang kapten kapal selam perlu bekerjasama dengan pasukan U.S. Navy SEALs untuk menyelamatkan presiden Rusia yang telah diculik oleh seorang general yang berpaling tadah.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 2 Minit

TAYANG: 25 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, October 21, 2018

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

TAJUK: GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Pengembaraan / Komedi / Kekeluargaan

PELAKUN UTAMA: Jack Black, Madison Iseman, Odeya Rush, Ben O'Brien, Caleel Harris

PENGARAH: Ari Sandel

SINOPSIS: Pada malam Halloween di sebuah pekan kecil, Wardenclyffe, Sonny dan Sam secara tidak sengaja telah melepaskan Slappy the Dummy selepas membuka manuskrip yang mereka jumpa di sebuah rumah terbiar, yang mana sebelum ini merupakan rumah penulis fiksyen seram R.L. Stine. Kini dua budak itu bersama Sarah, iaitu kakak Sonny, dan Stine sendiri, perlu menghentikan Slappy yang mahu merancang Malapetaka Halloween.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 25 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

HALLOWEEN

TAJUK: HALLOWEEN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak

PENGARAH: David Gordon Green

SINOPSISSekuel ini adalah kesinambungan daripada kejadian yang berlaku 40 tahun lalu dalam filem "Halloween" (1978). Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh orang gila Michael Myers, perlu berdepan dengannya sekali lagi buat kali terakhir.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, October 17, 2018

OPERASI X

TAJUK: OPERASI X

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: DREAM PICTURES PRODUCTION

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Aaron Aziz, Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen

PENGARAH: Sandosh Kesavan

SINOPSIS: ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 47 Minit

TAYANG: 01 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

DESTINATION WEDDING

TAJUK: DESTINATION WEDDING

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Komedi / Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Keanu Reeves, Winona Ryder

PENGARAH: Victor Levin

SINOPSIS: Lindsay dan Frank adalah tetamu jemputan untuk sebuah majlis perkahwinan. Biarpun tidak senang dengan sikap masing-masing, mereka mendapati diri mereka tertarik antara satu sama lain.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 25 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 16, 2018

THE ROPE CURSE

TAJUK: THE ROPE CURSE


BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kimi Hsia, Jason Tsou, Chen Bor Jeng, Sun Ke-Fang

PENGARAH: Liao Shih Han

SINOPSIS: Ia dipercayai apabila seseorang membunuh diri dengan menggantung dirinya, tali yang digunakan akan terkena sumpahan. Di daerah Fujian di China, ritual purba dibuat untuk membuang sumpahan itu dengan membakar tali itu dan meletakkannya dalam laut. Taiwan masih lagi mengamalkan ritual ini sebagai tanda menghormati si mati. Jia-Wei, seorang pekerja stesen televisyen, sering menghabiskan masa membuat video strim mengenai perkara pelik dan dia bersama tunangnya ambil keputusan untuk buat video tular dengan menyiarkan ritual itu. Bagaimanapun pasangan itu terkena sumpahan dan hidup mereka mula menjadi huru-hara.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

GOL & GINCU 2

TAJUK: GOL & GINCU 2

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: RED FILMS SDN BHD

GENRE: Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf

PENGARAH: Umi Salwana Omar

SINOPSIS: Zak dan Yaya dua orang pelajar universiti yang memiliki nama yang sama iaitu Zakiah tetapi perangai mereka yang bertentangan akhirnya telah mencetuskan pergaduhan di antara mereka berdua. Apabila pergaduhan di khalayak ramai itu menjadi tular di media sosial, pihak pengurusan universiti mengenakan tindakan disiplin ke atas mereka sebagai teladan kepada pelajar lain. Mereka kemudian memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie, menyangka yang ia hanya kerja mudah. Sangkaan mereka meleset apabila berlaku sebaliknya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 25 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, October 15, 2018

MALICIOUS

TAJUK: MALICIOUS

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: RAM ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Josh Stewart, Bojana Novakovic, Melissa Bolona, Delroy Lindo

PENGARAH: Michael Winnick

SINOPSIS: Adam, seorang profesor kolej muda, dan Lisa, isterinya yang hamil, menjumpai sebuah kotak antik dalam rumah baru mereka. Mereka membuka kotak tersebut dan tanpa menyedari telah melepaskan entiti jahat yang mempunyai niat untuk membunuh. Bagaimanapun, mereka hanya mengetahui mengenai entiti menyeramkan itu apabila Adam bertemu dengan Dr. Clark, seorang profesor parapsikologi.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

A STAR IS BORN

TAJUK: A STAR IS BORN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Drama / Muzikal

PELAKUN UTAMA: Bradley Cooper, Lady Gaga, Sam Elliott

PENGARAH: Bradley Cooper

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang bintang filem membantu seorang penyanyi dan pelakon muda untuk mencapai kejayaan, walaupun umur dan masalah alkohol telah menjatuhkan kerjayanya sendiri.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 15 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, October 14, 2018

FIRST MAN

TAJUK: FIRST MAN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Biografi / Drama

PELAKUN UTAMA: Ryan Gosling, Claire Foy, Corey Stoll, Kyle Chandler

PENGARAH: Damien Chazelle

SINOPSIS: Filem drama biografi ini berkisarkan tentang angkasawan Neil Armstrong dan pengembaraannya dalam menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke Bulan. Ia memberi fokus kepada tahun-tahun sebelum misi Apollo 11 pada 1969.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 22 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

MY HERO ACADEMIA THE MOVIE

TAJUK: MY HERO ACADEMIA THE MOVIE

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Anime

PELAKUN UTAMA: Daiki Yamashita, Nobuhiko Okamoto, Kenta Miyake

PENGARAH: Kenji Nagasaki

SINOPSIS: Filem ini adalah kesinambungan dari siri anime Final Exam, di mana kini anggota U.A. Class akan mengikuti rombongan ketika cuti musim panas. Sebelum mereka pergi, All Might dan Deku telah dijemput untuk pergi ke bandar terapung ciptaan manusia yang dipanggil "I Island". Di sana sedang berlangsung konvensyen khas "I Expo", di mana penyelidik berkumpul. Ketika mereka berdua berada di sana, secara tiba-tiba penjahat memasuki bandar itu dan menahan orang yang berada di sana sebagai tebusan. Kini ia menjadi tugas Hero Association untuk menyelamatkan bandar itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 36 Minit

TAYANG: 11 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 9, 2018

SANTET

TAJUK: SANTET

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Seram / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Kelly Brook, Marcellino Lefrandt, Ayu Dyah Pasha, Jazz Ocampo

PENGARAH: Helfi Kardit

SINOPSIS: Selepas tinggal bertahun di Amerika, Rendy pulang ke kampung halamannya di Indonesia bersama isteri dan dua anak mereka. Dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit dan tinggal berseorangan selepas bapanya membunuh diri. Ibunya secara tiba-tiba mula menyerang isteri dan anaknya, dan apabila ibunya muntah darah, kaca dan paku di hadapan mereka, Rendy membawa ibunya ke hospital walaupun tahu tiada perubatan moden yang dapat membantu. Rendy mula menyedari ibunya terkena sihir hitam iaitu santau.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 26 Minit

TAYANG: 25 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE NEGOTIATION

TAJUK: THE NEGOTIATION

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Jenayah / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Hyun Bin, Son Ye-jin, Kim Sang-Ho

PENGARAH: Lee Jong-Seok

SINOPSIS: Ha Chae-Yoon bekerja sebagai perunding krisis untuk Agensi Polis Metropolitan Seoul. Apabila pegawai atasannya diculik oleh penyenayah, Min Tae-Koo, dia perlu berunding untuk pembebasan bosnya.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 11 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, October 8, 2018

PAPILLON

TAJUK: PAPILLON

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE: Biografi / Jenayah / Drama

PELAKUN UTAMA: Charlie Hunnam, Rami Malek, Roland Møller, Tommy Flanagan

PENGARAH: Michael Noer

SINOPSIS: Berdasarkan buku autobiografi terlaris dengan judul sama, ia berkisarkan tentang Henri "Papillon" Charriere, seorang pemecah peti keselamatan daripada dunia bawah tanah Paris. Dia telah disumbat ke penjara seumur hidup di Selatan Amerika selepas diperangkap untuk satu kes bunuh. Untuk kembali bebas, dia telah bekerjasama dengan seorang pemalsu barang, Louis Dega, yang bersetuju untuk membiayai Papillon untuk melarikan diri sebagai pertukaran untuk perlindungan.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 13 Minit

TAYANG: 18 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE SCHOOL

TAJUK: THE SCHOOL

BAHASA: INGGERIS (AUSTRALIA)

EDARAN: ONEWORLD ALLIANCE FILM SDN BHD

GENRE: Seram / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Megan Drury, Will McDonald, Alexia Santosuosso, Milly Alcock

PENGARAH: Storm Ashwood

SINOPSIS: Seorang doktor bernama Amy terjaga dan mendapati dirinya berada di sebuah sekolah terbengkalai, di mana dia telah dipenjara oleh Zac dan sekumpulan kanak-kanak liar. Dia nekad untuk keluar dari situ supaya dia dapat mencari anak lelakinya, jadi dia melarikan diri dengan bantuan Timmy dan Becky. Dia kemudian mengetahui kebenaran di sebalik kewujudan Zac dan sesuatu yang menakutkan yang menyebabkan kanak-kanak itu terperangkap di situ.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 11 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, October 2, 2018

EXES BAGGAGE

TAJUK: EXES BAGGAGE

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Drama / Romantik

PELAKUN UTAMA: Angelica Panganiban, Carlo Aquino, Dionne Monsanto

PENGARAH: Dan Villegas

SINOPSIS: Setelah pertmuan yang tidak disenghajakan, PIA (Angelica Panganiban) dan NIX (Carlo Aquino) seolah-olah dilanda perasaan cinta. Perbualan yang sederhana akhirnya menjadi tarikan yang mendalam. Walaupun luka mereka dari hubungan sebelumnya, kedua-dua mereka memutuskan untuk mengambil peluang sekali lagi antara satu sama lain.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 44 Minit

TAYANG: 04 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

A SIMPLE FAVOR

TAJUK: A SIMPLE FAVOR

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Jenayah / Misteri

PELAKUN UTAMA: Anna Kendrick, Blake Lively

PENGARAH: Paul Feig

SINOPSIS: Stephanie seorang blogger dan rakan baiknya Emily berkahwin dengan Sean. Satu hari, Emily hilang tanpa dikesan. Untuk merungkai misteri kehilangannya, Stephanie dan Sean mencarinya, namun kemudian mereka membongkar kebenaran yang rumit.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 56 Minit

TAYANG: 11 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, October 1, 2018

KALLA: HIDUP ATAU MATI

TAJUK: KALLA: HIDUP ATAU MATI

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA: Vanida Imran, Azhan Rani, Faizal Hussein, Farali Khan, Haeryanto Hassan

PENGARAH: Wan Hasliza

SINOPSIS: Ia berkisarkan tentang seorang pensyarah Sejarah, Ezahar, yang sudah berkahwin dengan Serina dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila bangunan tempat isterinya bekerja dibom kumpulan pengganas bergelar Kalla dan Serina terkorban. Ezahar yang sedih dengan tragedi itu nekad mahu menuntut keadilan dengan bertindak mencari pengganas itu. Dia kemudian menerima berita yang isterinya masih hidup dan dia mendapatkan bantuan Uyun, seorang bekas anggota Kalla, untuk membantunya mencari Serina.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Minit

TAYANG: 11 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

PROJECT GUTENBERG

TAJUK: PROJECT GUTENBERG

BAHASA: KANTONIS (HK)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Aksi / Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Chow Yun-Fat, Aaron Kwok, Zhang Jingchu, Joyce Feng

PENGARAH: Felix Chong

SINOPSIS: Seorang dalang yang mempunyai nama panggilan `Painter` dan gengnya sedang diburu oleh polis Hong Kong. Aktiviti jenayah mereka telah melangkaui peringkat global dan sukar untuk membezakan sama ada barang itu palsu atau asli sebagaimana mereka mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan barang palsu berkualiti. Berikutan itu, seorang pelukis bernama Lee Man telah dipanggil untuk membantu kes itu.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 11 Minit

TAYANG: 04 Oktober 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER: